Darjah 4 ialah detik permulaan cikgu-cikgu panggil murid gi depan bercakap untuk lisan atau pape je dengan tujuan menyeksa.
budak macam aku - menggigil nak terkucil tapi berani buat eye contact dengan si guru sebab tau beliau akan panggil budak yang kepala tunduk mata pandang lutut dulu - doa time ni la sekolah nak terbakar, budak nak histeria, atau paling cikai pun classmates banyak tak datang. maknanya sikitlah bilangan murid yang menyaksikan aku dimalukan nanti. sebab. aku. nebes. weh.
darah gemuruh benda biasa bagi yang tak biasa. sebab lain adalah kerana suara aku perlahan. aku taktau memang suara aku macam ni atau masa bercakap untuk semua orang dengar je dia otomatik bertukar macam aku nak cakap sorang-sorang. padahal kalau bersembang dengan kawan bukan main hu ha hu ha lagi.
sampaikan cikgu BM darjah 4 aku yang memang garang macam singa pernah tengking aku depan satu kelas "kuatla sikit ada emas ke dalam mulut tu hah?!" dan pelbagai lagi buat aku takut nak buat lisan.
cikgu, untuk pengetahuan cikgu, bukan semua orang dilahirkan dengan suara kuat macam cikgu. ada yang dilahirkan dengan suara lembut dan merdu, maka adakah salah kami dicipta Tuhan seperti ini? eh.
tapi masa darjah 5 tah dari mana datangnya keberanian, aku kasi nama untuk pertandingan bercerita bahasa inggeris. tak menggeletar pun, tapi orang komen aku cakap laju. you're too slow for me, daaa~ PANGGG! masa form 1 kat MRSM aku mula berchoral speaking, sambung masa form 2 dan form 4 kat SMKLK. pengalaman yang buat aku tak malu bersuara kuat, takde sapa tau suara sapela yang beriya tu sebab ramai sangat dan buat aku tak malu cuba jadi comel depan khalayak ramai, eh, bukan cuba, tapi memang, hik hik PANGGG! lagi. lower form tiga tahun tu BI diajar oleh Tcer Pat yang suka sangat panggil aku buat speech spontan. masa form 4 dipaksa jadi emcee perhimpunan, antara sebab kenapa aku taknak jadi pengawas dan tolak tawaran masa form 5. sedar tak sedar, semua ni buat aku rilek bila kena cakap depan orang ramai. kalau cakap depan kelas tu memang dah tak jadi hal. kalau suara aku slow, tu kau punya pasal.
nak berucap depan budak-budak form 5 untuk Jejak Jaya SPM? masih mengundang getaran jiwa. tapi cuma nebes biasa, macam orang biasa. masa Jejak Jaya PMR dulu aku orang pertama cikgu paksa berucap. takde hal. aku paksa kawan aku berucap untuk aku. selesai, har har.
aku taknak time tu sebab cikgu suruh aku cakap pasal cara belajar yang betul, bukan cara aku belajar. aku sedar diri tak layak nak kasi tips sebab tips pun ada takde je. kalau ada, memang bukan cara yang boleh buat aku bangga. aku taknak tipu, buat dorang "wow". sebab tu aku taknak berucap, walaupun aku dah ada draft ucapan yang cikgu tak kasi pun aku guna, sebab tak "menepati jangkaan".
nebes memang nebes. tapi bila dah atas pentas, rasa macam nak gi sambar je mic. jakunla katekan. nasib baik ada orang tanya soalan suruh aku jawab, dapat merasa berucap jap. kali ni, aku tak risau sangat. aku buat nota ringkas sikit, bawak atas pentas, cuba bercakap dari hati. pergh pastu ayat berterabur.
so sini nak kongsi apa isi ucapan aku, kalau dapat membantu Alhamdulillah. kalau merapu, kira halal lah. er senanye aku kopipes je sikit-sikit isi post tips belajar yang aku dah blog sebelum ni. bukan apa, korang pun boleh ambik manfaat sama. dapat sedekah kat aku pahala :)
kepada yang pernah persoalkan, kalini korang sedekah dengan lebih banyak lagi ye :)
lagipun sebab aku bajet terer nak spontan, jadi ada yang aku nak cakap, tapi tak tercakap. dan aku tau ada antara dorang yang bosan kan, atau terlalu terpana tengok aku sampai berada di awang-awangan, jadi bolehla rujuk balik kat sini. kalau kau kesah. kalau tak, takpelaaaaah.
KORANG HARUSLAH ....
KENAL DIRI DAN KEPERLUAN SENDIRI!
Kalau esok atau lusa nak periksa, baru aku study. sebab aku pemalas, penagguh, and work best under pressure, so aku study last minute. TAPI aku still belajar daripada awal. awal pada aku bukan sejak awal tahun belajar hari-hari, tapi belajar betul-betul setiap exam walaupun ujian bulanan pertama dengan target macam nak SPM. memang aku tak study hari-hari, TAPI aku study exam-exam untuk dapat straight A's. aku tak pernah rasa "oh, baru ujian", "ala, mid year je", I took every test and exam seriously.
aku struggle malam sebelumnya, TAPI mungkin boleh masuk otak, Alhamdulillah, sebab aku tau cara nak belajar setiap subjek. aku study untuk exam je, TAPI sekurang-kurangnya aku ada study betul-betul, so kalau nak prepare untuk the next test, tak susah sangat sebab aku pernah prepare untuk the previous test.
Aku tak pernah tusyen sebab aku taknak serabut banyak kerja. TAPI aku cuba buat semua homework yang cikgu sekolah kasi, yang pada aku memang terlebih cukup sampai meniru kawan ialah satu keperluan. baik meniru daripada biar kerja bertimbun pastu kena marah dengan cikgu. TAPI meniru tu sambil cuba faham. bukan setakat nak dapat lima star je (AWW MASA SEKOLAH RENDAH KALAU KERJA SIAP CIKGU RAIT KASI STAR PASTU KALAU DAH BANYAK STAR BOLEH DAPAT HADIAH BERUPA PEN TUKAR MATA DAN SEBAGAINYA). Aku memang bergantung kat cikgu sekolah. TAPI aku buat homework betul-betul, niat nak belajar, bukan setakat nak siap je.
Aku tak suka tusyen sebab takleh tido petang dan tengok tv serta online malam. TAPI aku stayback hari-hari untuk siapkan kerja sampai pukul 3, 4 atau 5 mengikut keperluan dan kerelaan. balik, tido. lepas Isyak tengoklah Glee ke HIMYM ke apa ke, on la FB ke Tumblr segala. TAPI kalau dah mula sambung kerja yang tak siap tu lambat, tido pun haruslah lambat, dalam 3 pagi camtu. aku rela, asalkan dapat buat apa aku suka. TAPI kena ganti balik masa yang dah guna sia-sia.
Aku tak pernah sekat diri aku daripada buat apa-apa, TAPI aku tau apa aku patut buat. so, tu cara aku.
Korang kena tau apa yang sesuai untuk korang. Bila korang lagi selesa buat kerja, kalau aku, malam. Macam mana, kena sunyi ke, boleh bising ke. Sebab aku cepat ngantuk dan bosan, aku buat je kerja depan tv, depan internet, sambil texting semua. Aku lagi suka belajar sorang, kalau tak aku banyak sembang. Kena bergantung pada diri sendiri, takyah ikut orang.
orang lain tak patut pertikaikan cara korang, dan korang tak patut pertikaikan cara orang lain. faham?

sekian, terima kasih. ceee dah boleh berucap dengan tenang dah sekaranggg.
padahal tah-tah semua orang rasa aku melalut je. takpe, masih rasa berjaya :')
padahal tah-tah semua orang rasa aku melalut je. takpe, masih rasa berjaya :')