Tuesday, June 29, 2010

Trailer Harry Potter and The Deathly Hallows!

aku sebagai peminat Harry Potter yang sangat fanatik takde sape boleh kalahkan ketaksuban dan ketagihan serta kegigihan aku baca novelnya berulang kali, sangat TERUJA NAK MAMPUS DOH bila tengok trailer ni.

tak puaslah! yang paling aku suka trailer Harry Potter ialah the last trailer of Half Blood Prince. cukup elemen saspen, romance, terbaik. TAPI Deathly Hallows memang PALING EPIC! undeniable. harap2 banyak lagi trailer pasni. macam kes Half Blood Prince dulu, sampai 5 trailer kot. sila klik sini untuk usha trailer2 tersebut.

last year Harry Potter and The Half Blood Prince keluar, pastu aku macam cacing kepanasan nak tunggu setahun lebih untuk ketibaan Harry Potter and The Deathly Hallows ni. macam kalau boleh nak tido je taknak bangun2 sampailah hari movie ni ditayangkan.

lepastu life goes on, aku pun sibuk dengan benda lain sampai Deathly Hallows dah tak bermain dalam fikiran (kalau tak macam dah angau okeh). tiba-tiba sekarang trailer dia, yang official, yang penuh, daripada Warner Bros, dah keluar.

terus aku masuk dalam mode cacing kepanasan balik.

setelah tengok trailer ni, menahan nafas dan mata terbeliak penuh tumpuan, kena pulak tunggu lagi lima bulan baru keluar panggung! sapa tak tensyen!

sebelum korang tengok official trailer in HD tu, tengok ni dulu. trailer pendek yang dorang tunjuk kat MTV Movie Awards 2010.



hah, saspen? ini diaa, Bukan Keretapi Biasa presents, Harry Potter And The Deathly Hallows Official HD Trailer! tengoklah sampai terkancing gigi.



DALAM 3D OKEH! TWILIGHT KAU ADA?
akhirnya angan-angan aku untuk join dunia Harry Potter akan jadi agak real.

this is so going to be the best and the most anticipated movie ever!
man, the end is near. I WILL CRY when there's no more Harry Potter ;(

Sunday, June 27, 2010

Langit itu Indah Bila Ada Gerhana, Gambar pun ada!

masa sekolah rendah aku dah mula minat outer space. ni semua pengaruh History Channel yang selalu tayang pasal galaksi, planet, matahari, bulan bintang kejora semua. bila masuk library, buku yang aku cari mesti pasal sains angkasa. pastu kecik2 dah berangan nak beli teleskop letak kat bilik, bolehlah nampak ketibaan UFO nanti.

Nak kalahkan Dr Sheikh Muszaphar Shukor

masa darjah 3, cita2 aku nak jadi angkasawan. alangkah indahnya hidup bila time tu semuanya tak mustahil. sekarang dah boleh fikir logikla aku sedar diri, lari pusing padang pun dah pengsan nak jadi angkasawan, boleh blah.

akhirnya aku memutuskan kalau aku jadikan science sebagai kerjaya, aku nak jadi pakar astronomi, ahli kaji angkasa, benda tulah. aku memang suka science and biology kat sekolah, tapi kalau nak jadi doktor, awal2ku surrender. mau termuntah dalam perut patient kang.

sebab dah minat gila babeng, aku sangat nantikan gerhana. aku akan duduk kat luar atau bertenggek kat tingkap usha langit. gigih betul. tapi aku tak pernah pergi Planetarium Negara. agak pilu bila tengok kat TV ramai orang beratur guna teleskop. tsk tsk.

takpelah, eden ado caro tersendiri!

inilah alat yang aku guna untuk tengok pape kat langit. dari belakang binocular abangku yang kucuri, tengah binocularku sendiri, depan sekali kaca mata separa gelap agar tak buta bila tekun memandang matahari nanti. dan kamera tercinta, hofkos.

Gerhana Bulan 26 Jun 2010

aku tabah menunggu. tapi tragis, tak nampak pape. cuma kat langit ada spot yang agak terang. dekat spot tu je terang, langit belah lain gelap gelita. pukul 8 memang obvious, makin lama makin hilang.

aku kecewa. dahlah masa cuti sekolah ada gerhana matahari, tapi aku taktau. tup tup esoknya baca paper budak-budak tadika syok tengok telur berdiri atas lantai. frust gila! aku nak main telur berdiri atas lantai ketika gerhana gak!

sejak aku jadi jurufoto dan pemerhati langit tak bertauliah, ada banyak gambar menarik aku dapat tangkap. kat sini aku nak kongsi gambar gerhana matahari! ini memang usaha sendiri okeh, bukan hasil search engine. sebab tu aku resize gambar ni biar jadi kecik, so kalau ada orang nak curik pun tak puas hati. lagi2 ada signature blogku kat situ, muahaha.

Gerhana matahari 15 Januari 2010



gerhana hampir habis, matahari hampir bulat semula

Gerhana Matahari 2009 Tarikhnya Aku Lupa



tak nampak? meh zoom in sikit



tattadaa! gambar gerhana terbaik pernah kutangkap.
first time tangkap dah cun, lagi bersemangatla aku!
dan itu bukan bulan sabit ye, itu bulan menutupi matahari.

Langit Biasa pun Subhanallah, Cantik Gak

tak tengok gerhana pun masih nampak keindahan ciptaan Allah.


semoga satu hari nanti aku dapat tengok gerhana guna teleskop, amin.

Friday, June 25, 2010

Prinsip Shahir Taknak Mesra Ngan Pompuan Pun Salah?

Aku peminat fanatik Shahir AF 8 secara senyap. aku taknak kecoh sebab cukuplah dengan budak2 tak baligh, anak2 dara dan mak aji2 yang menunjukkan obsesi mereka. biarlah aku suke diam-diam je, manelah tau sebab aku memendam rasa nanti ada jodoh pulak ke. lalala.

SAY NO TO GAMBAR GELI-GELI

lepas baca Kosmo pasal Shahir Zawawi tulisan Marilyn Cantik (cantik atau celu. . . lu fikir sendiri), aku takleh dok diam. si Marylin tulis pasal media tensyen dengan prinsip Shahir. bukan prinsip mengarut nak bawak bekal sambal sotong mak die setiap kali buat show. ni pasal dia taknak tangkap gambar/pegang dengan perempuan.

tengoklah dia dari keluarga macamana, background agama. bertaranum pandai. mak tudung labuh. pernah join Saujana. pemalu, penyegan. alim in comparison with others.

dia mungkin menolak untuk bergambar ngan artis perempuan sebab; 1. mula-mula sebelah2 je. 2. lepastu duduk sama2. 3. kemudan landing berdua. 4. adegan mesra lagi intim bermula. memang itu normal untuk artis sekarang. tapi kebiasaan tak bermaksud benda tu tak berdosa.

bukannya Shahir nak buat diri dia eksklusif. kena fahamlah prinsip orang. prinsip dia pulak lagi bagus daripada artis yang syok berspandex dalam swimming pool. dalam AF memang kena pegang perempuan, nama pun adat belajar kena patuh kata cikgu yang terlalu sporting. sekarang dia dah free kan? kau nak tanggung dosa dia nanti?

mungkin pada media Shahir adalah bajet. tapi pada family dan kawan-kawan dia, mungkin dorang rasa Shahir bukan je lupa diri, tapi lupa pegangan jugak kalau mula buat benda tak senonoh yang dulu dia tak buat.

PAKAI SELUAR PENDEK PUN TAKNAK JUGAK?

dia dah biasa pakai seluar pajang, mungkin senang solat takdelah ternaik atas lutut bila sujud. orang nak tutup badan pun kena kutuk, yang berkeliaran laki pakai seluar pendek perempuan berkemban tu takpelah pulak?

kartun pun seksi

aku cakap camni bukan sebab sokong Shahir . kalau aku pun, nampak kawan sekolah pakai seluar pendek, aku yang segan. sebab tak biasa. walaupun bawah lutut, masih blushing aku.

UMAT AKHIR ZAMAN

apa yang betul, disalahkan, apa yang salah, dibetulkan. orang yang bercakap benar dicaci, orang yang membenarkan apa yang salah disukai, dihormati. mungkin aku agak melampau point out tulisan wartawan hiburan sebagai tanda akhir zaman, tapi macam betul la kan. merata-rata jelas sekarang, termasuklah dalam kehidupan seharian kita.

kalau orang berprinsipkan agama dan akhlak diprovoke, aku doa Shahir stand on his ground. kalau dia nak terikut demand wartawan, haish entahlah.

Marylin Cantik kata baik Shahir masuk je Imam Muda. macam kalau kau nak jadi mamat muka suci yang baik, pergilah masuk IM, AF ni banyak sikit dosanya. macam tulah maksudnya pada aku.

adakah rancangan realiti defines sapa orang tu sebenarnya? habis dia masuk IM, hati nurani dia bersih sangatlah (kamungkinan besar betul), kalau dia masuk AF, dia takleh jadi baik sebab banyak godaan? kalau orang baik je, jadi imam. macamlah jadi benda lain takleh berdakwah.

Shahir tu dahlah ganteng, baik, memikat hati tua dan muda, kalau akhlak dia elok, kalau semua orang teruja nak contohi dia, kan dah kira dakwah juganya tu?


takpelah Shahir, saye ikhlas membantu. tapi kalau masa awak umur 30 tahun tak kawen2 lagi, time tu saya baru 24. ade masa masuklah meminang ye. hihihik.

Wednesday, June 23, 2010

Tak Boleh Puaskan Hati Semua Orang

1. itu kata Mawi. jadi bila aku tak dapat puaskan hati sesape, aku tertanya-tanyalah, kenapa? ujian? balasan? atau cobaan untuk jadi artis?

selama aku hidup takdelah orang yang tak suka aku sangat. kalau tak suka pun dorang amat baik sebab benci secara diam je. sorang jelah, yang busuk hati semacam dengan aku. tapi benda dah lepas, biarlah.

ada jugak classmate dulu. tapi setakat buat cerita, bergossip dan mengutuk je. tu pun belakang-belakang, hormatlah sikit. bila aku tau apa dorang cakap, aku gelak. sikit pun tak tensyen. mungkin sebab kerja aku pun bergossip pasal orang lain jugak, jadi aku maafkan. atau mungkin sebab aku tak kesah, dorang perempuan, biaselah tu.

tapi yang dalam kategori tak biasa ni, agak terkesan sikitlah.

kalau Mawi, mungkin tak kisah dah. macam-macam dia kena, jadi setakat apa yang aku rasa ni memang takde hal lah pada dia. tapi pada aku, memang satu hal okeh.

ada kena mengena dengan post ini, tekan.

maaflah aku tak boleh puaskan hati semua orang. aku tak hipokrit. aku cakap apa aku buat. aku tau tipu itu dosa masuk neraka dan jadi pencuri nanti. jadi aku tak amalkan selagi boleh, Insyaallah.

aku mintak maaf awal2. be a grown up and tell me what's bothering you. kalau memang bukan salah aku, kalau memang tak dapat terima sape aku sebenarnya, memang dorang yang masalah. simple.

2. MRSM juga tak boleh puaskan hati semua orang. sebab apa? sebab. . . . WELCOME BACK ADAM! welcome to my club! haha akulah pelopor tradisi keluar asrama nih.

masuk kelas je pagi-pagi, Hafizah cakap kat aku "tengok kat tempat mosen". aku yang rabun agak blur, tapi nampaklah shape seorang lelaki berbaju biru.

first aku lupa sapa dia, mungkin terkedu. lama-lama baru aku jumpa suara untuk tegur dia dan tanya asal balik sini? dia kata tak dapat belajar kat sana.

takpelah Adam, kat sini cikgu-cikgu pun hebat, mari kita melakar kejayaan bersama!

hah semangat.

Sunday, June 20, 2010

Aku Benci Sekolah, Tapi Aku Suka UPSR dan PMR

UPSR dan PMR dimansuhkan? sebagai pelajar yang malas ke sekolah dan perkara pertama yang difikirkan ketika mendapat jadual baru ialah hari apa boleh ponteng, aku masih sokong UPSR dan PMR. seperti status Facebookku "I love to learn, I'm excited to study, but I despise school". UPSR and PMR are just an exciting sort of competition, aren't they?

kalau dimansuhkan UPSR dan PMR, kita tak takut sangat dengan outcomenya, sebab rasa its not a big deal. ambik mudah je periksa ni. budak-budak jugak takdelah beriya daripada awal tahun nak tingkatkan achievement. its just another exam, kata mereka.

pencapaian dan kebolehan sebenar pelajar pun tak dapat dikenal pasti. contohnya, Luna Maya (nama samaran) bijak, tapi takde apa yang rangsang dia untuk berusaha sebab UPSR dan PMR bukannya apa-apa. Ariel Peterporn pulak (nama samaran) tak kisah dengan UPSR dan PMR, pastu masa SPM kecundang. kalau masa PMR dia fail, mesti dia study betul-betul untuk SPM kan. ramai antara kita tak kisah dengan result periksa biasa berbanding periksa besar.

budak yang berjaya bertambah semangat untuk kekalkan pencapaian dia. budak yang tak capai target pulak, belajar dari kesilapan.


subjek PMR berkait dengan SPM, macam matematik. PMR buatkan aku denda diri kalau salah satu pun dalam kertas objektif. kesannya, aku ingat sampai sekarang matematik PMR. budak-budak pun kurang ponteng menjelang periksa besar, library pulak penuh je, even muka-muka yang biasa ponteng smoke belakang sekolah pun masuk library.

objektif nak mansuhkan supaya pelajar banyak participate dalam koko dan sukan. memang bagus tu. masalahnya, takde kaitan. sebab aku masuk kawad negeri, pergi kem jugak masa UPSR tapi still 5A sebab aktiviti tu sampai pertengahan tahun je. alah kalau malas, malas jugak. UPSR dan PMR tu alasan taknak join je kan?

target jangka pendek ialah UPSR dan PMR. bila dah capai target jangka pendek, senanglah nak capai target jangka panjang, SPM and beyond. aku ni pemalas orangnya. tapi sebab nak UPSR, aku mula buat latihan. sikap tu aku bawak ke menengah rendah. bila nak PMR, aku mula siapkan homework, siapkan nota, ubah attitude, dekatkan diri dengan tuhan. sikap tu aku bawak ke menengah atas dan stage hidup yang lain, Insyaallah.

aku memang sokong UPSR dan PMR. bagi yang tak dapat macam dorang nak, itu bukan masalah. aku ada kawan yang UPSR dapat 3 A je, 1 A pun ada tapi masa PMR dapat 8A. see, you learn from failure.

memang pahit untuk sesapa yang tak gembira dengan keputusan dia. tapi itu naikkan semangat untuk bangun dari kejatuhan kan? setakat fail ujian sekolah, kita tak terasa sangat semangat untuk berubah tu. kita pun dapat tahu pencapaian dan kebolehan kita tahap mana, kita bolehlah fikir apa kita nak buat dengan hidup ni. semua periksa bukan penentu hidup kita, tapi periksa kasi kita gambaran apa yang kita akan tempuhi nanti.

oh, aku cakap lebih. SPM pun belum lepas. keke.

Budak Paling Comel Dalam Bima Sakti

kami memang intim

Malmal dah besar, sekarang dah pandai bersembang. tadi kitorang main kereta dia, pastu dia mulala reka cerita. kete balik yumahlah, kete gi syunailah, kete mandilah, kete pakai pampers, semua ada. tapi cakap masih pelat dan tomey.

dia cepat ingat, cepat tangkap. otak pun dah berkembang, die dapat relate. macam iklan beruang kutub tak makan penguin tu. siap reti baca doa makan pelat-pelat. dah reti ikut azan. bila hingus dia meleleh, dia amik tisu. bila ada taik idung, dia kecikkan tisu tu pastu tonyoh dalam idung. nak simpan tisu? dia letak kat celah seluar.

dia memang manja. tapi cara manja dia lain. yang dia picit-picit aku sampai lebam tu, pukul aku semua tu, cara dia cakap 'i love you'. kadang-kadang dia datang peluk aku, baring atas aku. bila aku makan, dia temankan. bila dia makan, dia tanya "Ayou nak?". asal kau comel hah?

"Mal, kiss ayu?" aku mintak. "tanak" dia balas, sambil main. aku paksa "alaa kisslaaa. nak, nak!". "tanak. tanak tawan ayou," tetiba pulak budak ni taknak kawan aku? aku pun nangis "waaa waa huuu". dia datang peluk, lama. "syayang aku ke?" aku test. "syayangg", dia jawab :')

dia kalau merajuk, mesti dia "nak balik E'El". kalau dia taknak mandi, gosok gigi, makan ubat, umpannya mesti "lepasni kita balik KL, ok?" dia pun menurut perintah. untuk budak sekecik tu tau apa itu KL dan nak balik KL sebab opah dan ayunya ada kat situ, sangat mengharukan okeh.

dia mesti nak ikut aku dengan mama. kalau pergi mana-mana, dia mesti pegang tangan kuat-kuat sebab taknak berpisah. omaigod aku taktaulah nak describe dia camne dowh, kalau korang jumpa baru korang faham. tak pernah ada budak sayang aku sampai macamtu, rasa macam anak sendiri pulak dah. mana aku tau dia sayang? i know laaa!

peti ais kat rumah dia, model baru yang freeze section kat bawah. dia selalu bukak bahagian tu, pastu letak mainan dia bagi sejuk. kadang-kadang dia tekapkan pipi kat situ. weh geram gila, rasa nak makaaan je budak ni.

seminggu duduk dengan dia cuti ni, tadi tibalah masanya aku balik. aku dengan mama naik bas, dari Kuale ke KL. dari awal pagi aku dah kata "Ayu nak balik E'El harini, naik bash. tata Mal. Mal nak ikut tak?", nak, dia kata. banyak kali pulak tu dia cakap "Kemal nak ikut Ayou". bila tanya, sape nak bawak? dia kata "Ayou". pastu berguling baring ngan aku.

kalau baring ngan dia sakit oh. main ganas betul budak ni. dia peluk, picit, tarik rambut, ya Allah seksa. tapi sebab tu cara dia tunjuk sayang dia, aku pun terima ngan bahagia jela. tapi tadi dia puji tau, masa dia main rambut aku dia kata "rambot Ayou comei". the best compliment ever!

walaupun dah cakap awal-awal nak balik, bila kat stesyen bas baru dia faham. time tu dia dah diam semacam. pastu bila nak masuk bas, orang suruh babai opah dengan ayu, dia terus jebik nangis. lepastu dia meraung. lepastu dia meronta, air mata merambu-rambu.

eh Mal, kau jadi anak Ayou jela eh?

lama dia menangis. dia kata "nak naik bash". sayu gila time tu. bila bas bertolak, terus dia meronta-ronta pukul Ayah dia, memang terus kena bawak masuk kereta. Uda kata, dalam kereta pun dia still marah-marah. aku tak sangka ada budak boleh macamni ngan aku. sebab anak buah lain masa kecik dorang semua takut kat aku. . . hoh hoh.

lepas sampai, aku call dia. aku pernah nangis sebab rindu dia. mesti ramai tertanya-tanya, kenapa setiap kali cuti aku pergi Perak, rumah Malmal? sebab aku penat dengan keadaan rumah aku, aku nak perubahan. mungkin korang rasa patutnya pergi holiday kalau nak bertukar angin kan? pada aku, cukuplah setakat bertukar rumah. kedua, sebab ada Malmal, of course. bila aku nak kena balik KL, rumah sendiri, sumpah rasa macam kena hantar balik asrama.

sila pedulikan makhluk tak senonoh itu

Malmal, lagi 3 bulan Mal balik E'El, tau? Sayang kaulah budak!

Friday, June 18, 2010

Siapa Lagi Matang? Dulu ke Sekarang?

kita sekarang cepat matang kan?

tapi matang sekarang lain dengan matang dulu.


Rasulullah SAW ternak kambing, siap berniaga masa 12 tahun. tak silap aku sebelum berbisnes dengan Khadijah, bapa saudara bagindalah yang encourage dia kerja. kat sini ade terselit sikit kisah pasal nabi menangis mengenangkan nasib yg yatim piatu, dan tanggungjawab yg kena pikul sengsorang.

sekarang, budak 12 tahun sibuk melayan cinta monyet. zaman mak pak kita sopanlah jugak suka-suki ni, tapi sekarang, advance okeh. bukan baling surat pantun pen merah pen biru you marah i love you, tapi lebih. couple bagai nak rak!






aku akui dulu aku pun terjebak sama. baru sekolah rendah jumpa bawah pokok lepas balik sekolah, tapi masih malu-malu lah. couple pun tak pernah. mungkin sebab awal mula, awal jugak berakhir minat aku untuk terjebak lagi. tapi minat mencari untuk sesuatu yang halal tu memang ada dalam hati, hihi.

budak sekolah menengah, hmph lagilah. ai kasi semua kat yu. pastu kaulah jugak yang susah payah beranak kat toilet sekolah. komitmen konon. lepas clash, nangis macam mati laki. dua bulan kemudian, back in relationship mode. apakah?

aku fahamlah cinta itu fitrah, aku pun manusia biasa jugak. semestinya bukan wakil golongan 'hollier-than-thou'. tapi itu semua common sense, kawan-kawan. perasaan, cinta, air mata, tidak boleh dikawal. tapi percakapan, perbuatan, nafsu, itu semua simpanlah untuk si dia yang halal.


itu dia satu lagi yang membezakan orang dulu dan sekarang. perkahwinan. usia, persediaan. orang dulu umur 17 pun rilek je dah jadi suri rumah, jadi ketua keluarga. pandai cari makan untuk anak bini. pandai sediakan makanan untuk laki. sekarang? soal jodoh tu memanglah Allah punya kuasa. tapi soal matang dan mampu untuk layak jadi milik dan pemilik seseorang tu memang tak khatam.

k pasni aku khatamkan ye, lek lu.







tengok mat saleh pulak. walaupun warrior dan emperror dorang zaman dulu memang kaki pompuan, at least dorang produktif lah jugak. er, produktif? maksud aku dari segi jasa untuk negaralah, heh.

Alexander The Great ke Caesar tah (kaji Wikipedia tapi dah lupa) yang mula takeover negara dia ke pergi ketuai perang masa 18 tahun tah. okay serious lupa!apakah tujuan aku baca kalau aku lupa kemudian? haisssssh!

budak sekarang makin dependent. duit mintak kat mak bapak. pastu kasi awek/balak. dah lepas umur tak reti nak cari kerja, rumah sendiri, berkepit bawah ketiak mak. ada beza between manja dan mengada tahu tak? mengada tu ambik kesempatan, tapi kalau manja tu, macam aku. so takpe. lalala.





zaman tok nenek kita, keagamaan dorang kita tak nampak melalui luaran, tapi dalaman. dulu pakai kain batik je tutup kepala. zaman 50-an, pakai baju kebaya. zaman 70-an, pakai  dress segala. tapi mereka ada latar belakang agama. mengaji khatam, ibadah fardu tak tinggal, jaga maruah.

sekarang? tudung itu trend. tudung itu terpaksa. atau sebab pakwe kata yu pakai tudung misteri lah, buat i curious hikhik. di sebalik tutup litup tu, ada yang perangai sama daring dengan yang dedah. peliknya, generasi kita ajaran agama paling lengkap, dari tadika ke sekolah menengah. tapi kenapa macamni? oh, umat akhir zaman rupanya. memang itu tanda dunia nak berakhir, biarlah kita jadi tanda itu, begitu?

different people have different levels to compromise. aku jugak ada level aku sendiri, aku buat apa yang orang lain mungkin tak buat, dan aku tertinggal apa yang orang lain patuh. tapi beragaklah. jangan jadikan alasan tak logik untuk pertahankan khilaf kita.





tok nenek kita dulu sangat jaga pergaulan. berselisih pun sekilas pandang je, masing-masing tundukkan muka, tersipu malu. kalau yang advance tu pun setakat pass surat macam Rosli Dhobi selit nota cinta dalam buku untuk mata airnya yang kerja kat kedai buku. siap beli lagi satu buku setiap kali dia datang sebab taknak orang syak. bukankah comel begitu?

generasi sekarang, wah. budak darjah 2 tiru babak seks dalam porn? mana kau dapat? mak pak kau tengok ke hah? taktau porn tu dosa? dah mak pak pulak kena. budak sekolah rendah buat lawak lucah dan cabul rakan sekelas itu perkara biasa? ya. budak 5 tahun, pernah ditangkap banyak kali 'pegang' ehhemnya, dan sekali nak masukkan ehhemnya ke dalam adik perempuannya punya ehhek.

APAKAH? terkejut? percayalah, aku nak menangis berguling dengar cerita tu.








itu baru sikit contoh perbezaan kematangan generasi terdahulu dan 'kematangan' generasi kini. perubahan ni boleh berlaku mungkin sebab revolusi masa kita yang makin mendekati kiamat. jadi macam-macamlah ragam umat. termasuklah aku sekali.

bunga taik ayam mungkin cantik. tapi hidung kan ada, apa kata guna untuk bau sikit. samalah macam godaan, nampaknya best, tapi kita ada akal ada ilmu, apa kata guna untuk nilai sikit apa di sebalik godaan itu.


semoga Allah jauhkan kita dari semua yang busuk dalam dunia ni.



 p/s: sebenarnya aku tak pernah tahu bau bunga taik ayam camne. tapi nak dijadikan analogi, hentam sajelah. anda bagaimana, pernah?





Wednesday, June 16, 2010

IntenseDebate, Masalah!

Semalam, aku menjengah blog-blog femes. terjumpa ini blog. wah best, banyak betul tips blogging. aku pun baca, biaselah blogger tegar. mestilah nak maju kan?


aku akhirnya dapat tahu rahsia blog yang comment formnya comel belaka, siap boleh reply to comment, kadang-kadang ada gambar smiley kecik-kecik untuk meriahkan comment kita. nak tau apa dorang pakai?

aku pun teruja. semalam jugak terus aku sign up, buat apa patut dan tattadaa! tak sampai 10 minit babe, beres semua. dah ada CommentLuv so bolehlah increase traffic kehkehkeh. itulah jugak tujuannya, sebab si Ariff tu kata CL ni banyak pekdahnya.

tetiba aku rasa, eh kesian kawan-kawan aku yang salu comment kat sini. dorang takda ID, nanti takde gambar dorang masa comment, anon je jadi. pastu kalau takda ID, susah sikit banyaklah pulak kena isi tempat kosong utk submit comment. bukan ramai blogger aku kenal yang ada ID pun. itu melecehkan reader, sekaligus orang taknak comment blog aku. kehkehkeh.

ce reader pun sikit nak banyak songeh.

aku pun nak uninstall. eh sekali, apakah? takboleh. banyak pulak masalahnya berkaitan coding. aku pun try macam-macam, berjuta kali. bila upload backup template pun tak jadi apa. lepas berjam-jam menggoogle, baru ku tahu ye ramai lagi yang ada masalah ni. bukan masalah ni je, banyak lagi masalah lain yang naseb baek aku tak hadapi sama.

huish, tensyen aku. aku dah cuba banyak cara tapi hampeh. last-last lepas subuh baru aku tido. kesiaaaaaaan aku kan?

pukul 2 petang aku sambung agenda ini. setiap blog/wordpress yang ada masalah ni aku tinggalkan comment, merayu meraban kat situ. orang2 ID ni pun aku dah hantar report. dah segala macam kaum dan bangsa aku berkawan sebab ID ni, semua pakat kutuk.

entah untuk kali ke berapa tah, untuk page ke berapa ratus tah aku google, jumpa blog Zul's Effort. aku rasa dalam beratus web, forum, thread aku pergi godek, dialah yang ada penyelesaian terbaik.

iaitu click 'rivert widget templates to default'.

tak pernah aku terfikir! dem, 10 jam aku buang masa!

naseb baek aku tak ambik tindakan drastik delete semua benda pastu start from the very beginning balik, as suggested by some bloggers. fuh. kini blogku telah kembali guna Blogger Comment Form yang original lagi boring tu. tapi takpelah, daripada aku dah kumpul banyak komen, pastu tetiba ada masalah, pastu aku buang benda tu, pastu komen semua hilang sama, pastu tah semua tok nenek masalah lagi tah.

yang sempat comment guna IntenseDebate aku ialah sis Nana. jadi comment dia kat MARA dan JPA Taik Hidung Masin tu pun terdelete sama. sorry ye sis?


mungkin aku akan guna balik ID ni kalau dorang selesaikan masalah user lain yang bertimbun tu. kalau aku rajin nanti aku pergi tolong dorang. yang bermasalah ni majoritinya mat salleh, mana pulak dorang nak faham blog bahasa jiwa bangsa aku ni kan. pastu kalau ID dah boleh dipercayai, pastu kawan-kawan semua guna, baru aku tertarik balik kot.

tapi sekarang aku masih ada account ID, jadi boleh tinggalkan comment dekat blog yang ada Commentluv :)

memang intense okeh melayan benda ni.

MARA dan JPA Dah Tak Kasi Biasiswa untuk Undergraduate Fly

stop staring at the tittle with that dumbfounded face and read this article to get the details.

yes people, i would be more than happy to say that the article deludes you as to calm the wave of emotions i brave myself. but it is reeeaaaaaaaaal. fishing heaven, eh?

JPA and MARA are really closing our doors of possiblities. no matter how far it seems to be from our reach, but the idea of studying abroad is never impossible, reaching hands can still be stretched to embrace the star, right?


but now, how can the star be there if the galaxy is not even in sight?

how could they do that, is the question. i'm sure they are broke and these unfair decision is just to save their asses. or because Malaysia's universities and colleges are bringing together more ungrateful high and horny youths who stay up not to study but to party rather than seriously aspiring young people who graduate successfully and SAFELY.

therefore they decide to lock up all potentially outstanding students in our extremely great learning institutes. tp compensate for the failings of those who do not value the generosity of the institutes to accept some people who dont deserve the opportunity.

i dont just talk blindly, you dont believe me i suggest go read some newspapers.


my brothers studied in the States. i went there to watch them graduate one by one. i have been instilled with the impression of how great it is to be living abroad independently, really got the feeling of P. Ramlee's Dendang Perantau, experiencing the cultural difference, touching the snow with bare hands, joining Europe trip during summers, oh how i wish to do so.

during orientation week in MRSM Serting, we were asked why we applied for MRSM. the counselor handed me the mic, and i confidently answered "saya memang nak belajar dekat overseas, and MRSM buka peluang tu lagi luasla". i was 13, and i new what i want. heck, i knew it since i was three.

i am a government and daily school student now. everyone knows how boarding school students get the limelight first. sometimes even excellent gov kids are overshadowed by average SBP/MRSM kids. today, everything is worse than ever. most likely we gov students wont even be considered twice by Khazanah, Petronas, etc.


i know local education doesnt really suck, but i want something above ordinary.

and Malaysia IS ordinary.

my dream has perished.






its like you tell Rachel in Glee that she can't be a star.

Sunday, June 13, 2010

The Gadgets' Proper Funeral before The Arrivals

masih ingat lagi kisah gadget-gadgetku?

sila rujuk ye kalau lupa. haa tekan tekan.

kan mp3 Creative dengan phone pertamaku iaitu Nokia 3120 dah tamat riwayatnya. mp3 tu sejak awal tahun lepas dah innalillah, tapi selama ni aku main sumbat je dalam laci. Nokia 3120 tu pulak baru saja aku tamatkan perkhidmatannya dalam bulan April tahun ni. jadi aku pun biar je phone itu atas meja komputer, dua bulan ditinggalkan.

daripada mp3 dan phone tu terbiar kesunyian mengumpul habuk, alangkah baiknye kalau aku simpan dorang elok-elok dengan perasaan menghargai dan menyayangi, kan?

oleh itu, aku pun buatkan 'keranda' untuk beliau berdua.




cantik sungguh cinta pertamaku itu, diikat dengan riben biru, ditutup dengan perspek ke apa entah yang macam kaca tu. oh henfonku, lima tahun bersamamu takkan ku lupa. bila menatap skrinmu, aku resah, kadang-kadang aku sedih, kadang-kadang aku senyum sampai telinga. sampai satu tahap aku berguling-guling baca perkataan yang tertera di skrinmu itu. kalau tidur sambil mengenggam kau erat dalam tangan itu biasalah, konon menunggu reply message tengah-tengah malam buta. kau simpanlah segala kenangan message pahit manis dalam memorymu. kaulah saksi hidup aku sejak aku 11 tahun sampailah sour sixteen sekarang. lalui hari-harimu dalam kotak hitam itu sebagaimana engkau lalui ketika kita bersama-sama taaau.




oh mp3 Creativeku. jangan sekali-kali kau lupa ketika kita mengharungi suka duka di Serting. engkaulah yang aku cari ketika aku bermuram durja. engkau aku perlukan ketika mahu menzahirkan perasaan nostalgik, teruja, pilu dan gembira melalui lirik dan melodi. kau bersamaku ketika aku emo atau jiwang. tak lupa kalau aku takleh tidur dan takutkan hantu, engkau temankan aku dengan alunan surah al-quran sampailah mata ini terlelap. walaupun kau tiada telinga untuk mendengar, tetapi ironiknya khidmat kau diperlukan oleh telingaku ketika aku sengsara dan bahagia. teruskan bermain lagumu dalam kesunyian kotak biru itu ya.




terima kasih kawan-kawan gadget ku. jasa kalian akan ku kenang ke hari tua :')

REST IN PEACE.

__________________________________________________

ok tutup sesi overdramatik dan kebudak-budakan.

sudah baca postku Konspirasi Dunia?

dalam post tu aku ada cerita tentang The Arrivals kan? haa kat sini aku nak letak, bagi korang tergerak sikit untuk tengok dan stop-stoplah main Farmville di FB tu haih.



aku pun agak pelik, takkanlah semuanya yang terjadi kat dunia ni dirancang oleh mereka kan? kalau gitu memang hebatlah mereka, serius. tapi takda apa yang mustahil dalam dunia ni. korang tengok jelah, ok?

jangan skeptikal sangat, takut nanti kata-kata makan diri. kita tengok dan kalau ada ruang untuk baiki diri, kita cuba, tak kesahlah benar atau tak kata-kata si penghasil video ni. diorang siap kena ugut bunuh kat internet tahu tak, jadi at least mestilah ada walaupun satu kebenaran dalam video ni kan?

tengok, nilai, muhasabah, dan cuba berubah.
at least i have done my part, haven't i? its your time to do yours now.





Sandwich Ayam Oregano Domino's

Selain menelaah tentang Konspirasi Dunia aku jugak sibuk belajar memasak.

statement tak nak kalah, macamlah masak steak ke nasi arab ke. alaa budak baru nak up, biaselah masuk dapur sikit nak kecoh. siap tulis dalam blog pulak tu hah.

oh bukan nak tulis saja, ni siap nak tunjuk gambar lagi ni.

alkisahnya, satu hari tu perutku bergoncang, terdengarlah suara usus meminta belas simpati. " oi tuan rumah, kami dah lapar. kau hentam sajalah apa yang ada, akan kami digest dengan gembira," teriak organ pencerna dan enzymenya.

lalu aku secara mengejut bersemangat untuk cuba resipi baru, apa yang retinaku nampak itulah yang aku ambil dan satukan menjadi maaakaaanaaan. eh kenapa banyak pulak ciri Biology aku selitkan dalam post ni? teruskan.

jeng jeng jeng. . .




gambar kiri ialah ayam yang dipotong lebar dan nipis diperap dengan oregano dan serbuk cili Domino's. apa? serbuk cili pizza tu kau buat perap? ye, saya. sudah kukata, apa yang ada aku ambik je. sila rujuk tajuk post ye. walaupun taktau fungsi garam sebab makanan masin bukan sedap pun, tapi since semua benda letak garam, aku pun jadi pak turut saja. maka garam pun kuperap sekali.

gambar kanan ialah roti, tomato dan timun. kalau ada sayur lain sila lebihkan ye. lebih banyak lebih meriah warnanya, khasiat pun lebihlah hendaknya. haish asal macam pantun ni.


setelah perap lebih kurang 30 minit, tibalah masa untuk masak! guna butter ye, baru rasa lemak. masa gambar atas ni diambil, aku dah makan 1/3 daripada jumlah ayam sebenar. konon nak rasa lah apa yang kurang. sekali telan, eh macam sedaplah pulak. ngehngeh.

setelah angkat ayam, kita bakar roti atas kuali yang sama. serap sikit segala bahan perap yang tertinggal tu. jangan lupa letak cis time tu, bagi dia cair keemasan. fulamak ayat nak macam chef pro je. pastu sapu mayo ke apa-apa jelah yang disukai, susun sayur, letak ayam tersebut, tuang sos dan jadikan sandwich.




tadaaa!

bolehlah dimakan, sebab sebelum ni pernah tau a recipe gone bad. ini dah boleh makan tanpa rasa loya, kira pencapaianlah tu. nak nak pulak menu ni aku main hentam je bahan-bahannya, lagilah bangga. heh heh.

ruang jujur: serbuk paprika dan oregano kena letak lagi lebih, sebab rasanya ditenggelami sikit oleh sos, mayo, etc. kalau makan ayam sahaja sedaplah, macam yang aku buat ketika proses merasa tu. time tu sumpah sedap, tak tipu. rasa macam spaghetti pun ada sebab oregano. and paprika memang pedaslah time tu. tu yang syok makan tak ingat sampai berapa ketul tah habis.

jadi, kalau nak makan ringan sambil tengok World Cup, bolehlah makan ayam sahaja. tapi, kalau nak makan sedang sikit sambil bergossip bersama taulan, bolehlah buat sandwich ayam oregano serbuk cili Domino's ni.

selamat mencuba!

tapi kalau ada yang masuk wad kang, saya budak sekolah je, jangan saman ye.

Cendawan dan Cicak

Ini cerita semalam.

Secara tetiba ada seplastik baju aku yang bercendawan, kulapuk atau apa-apa jelah yang berbau semacam tu. aku taktau dah berapa lama satu kaften dan dua tee tu bergumpal dalam keadaan basah seraya menggalakkan pembiakan organisma hitam tak dikehendaki itu. yek.

aku pun ambik dengan perasaan jijik, pegang guna ibu jari dan jari telunjuk je kat hujung tangkai plastik itu. berhajat untuk buang. lalu aku letak kat tepi longkang dapur, dengan harapan takda sapa nampak kejadian ni kecuali mak aku. buat malu seh anak dara ada baju bercendawan.

tetiba aku nampak separuh lengan baju kaler maroon, hujung sleevenya kaler kuning.

alamak. adakah itu baju physical education MRSM Serting aku?

patutlah dah lama aku cari tak jumpa-jumpa. rupanya kau kat sini. aku pun resah gelisah tak senang duduk. aku cari kat semua tempat, to make sure memang baju PE Serting itu hilang, maksudnya betullah yang aku nampak di sebalik kulapuk itu ialah baju tersebut.

memang sah. aku taktau nak buat apa. sedih dan pilu.

itu kenangan tahu tak? kenangan yang aku pernah belajar PE selama 8 bulan kat serting. aku pun duduk termenung kat tepi longkang, pandang gumpalan baju tu. bau harem memang dah tak ganggu hidung aku dah, yang mengganggu otak aku ialah apa perlu aku buat.

"maa, camna ni?"

ma kata, "kalau dah berhajat sangat nak simpan baju tu, ambiklah".

tapi aku geli. geeeliiiii. nak pegang plastiknya pun berkira, ini kan pulak nak pegang baju tu. lama jugaklah aku berperang dalam diri. aku ni dahlah penggeli orangnya. sikit-sikit geli. tapi ada kebaikan, tu maksudnya aku memang pengemas dan pembersih. ece.

atau adakah ni maksudnya aku kena move on?

lupakan yang aku pernah dok MRSM. sebab ramai tak suka bila aku terkenang perkara ni. biasalah makhluk Allah yang jeles. mungkin juga kalau aku buang baju PE ni, maksudnya kenangan semua terbuang bersama, dah tak payah aku nak kempunan, nak bernostalgia lagi mengenang masa lalu. hm.

tapi takleh jadi ni. lantaklah nak kena jangkitan cendawan ke, aku tak kesah.

aku pun dengan gigih sarung tangan dalam plastik, bawak keluar baju tu dari gumpalan baju lain. maaf baju lain, mungkin agak tak adil aku hanya selamatkan baju PE, tapi korang takde sentimental value, so goodbye have a nice day in the bin. walaupun sayang tapi lemahlah weh nak hilangkan cendawan kat tiga baju. rasa bersalah tetap menguasai diri.

masa nak ambik baldi untuk rendam baju PE tu pulaklah ada cicak lompat kat tangan aku. siotan! takleh tahan ok cicak cicak ni. apa lagi menjerit lah aku terlompat-lompat. meremang bulu tengkuk teringat kesejukan kulit diaaa eeeeee.

oh Allah, banyak betul dugaan nak selamatkan baju PE ini.

tapi alhamdulillah, baju tu sekarang as good as new.

memang hari ini dalam sejarah betul.
cendawan dan cicak, memang paling geli tahu taaaak.

Friday, June 11, 2010

Konspirasi Dunia

PUH, PUH, PUH!

letih meniup habuk dari blog ni. ye dah agak lama aku tak update. kenapa?

mula-mula aku baca kat iluvislam pasal kekejaman Israel. then pasal Israel dan Yahudi, apa beza? kemudian dalami pasal ahli kitab. lepas tu, terbaca pulak The Vatican. konon pasal perbualan sorang mamat dengan orang kuat agama Yahudi.

menarik untuk dibaca, dan sangat membuka minda. aku tak skeptikal pasal konspirasi, malah agak into it, tapi tak percaya bulat-bulat. kalau betul, memang hebatlah yahudi untuk plan such thing for hundred of years. wallahuallam.

aku tengok The Arrivals dengan video The Wakeup Project yang lain. terbaca pulak pasal The Obama Deception. seterusnya pasal The Protocols of The Elders of Zion, New World Order, Illuminati, dan sepupu sepapatnya. sampai pulak dekat topik 2012, dari pelbagai sudut dan kononnya mungkin bukan the so called 'apocalypse' yang jadi, tapi satu era peradaban baru, mungkin time tulah New World Order ni direalisasikan, banyak lagilah. bukan tu je, aku siap baca pasal asal usul Hang Tuah and Co. sekali, adakah dorang ada kaitan dengan Hang Li Po?

itulah agenda aku selama beberapa hari aku hilangkan diri. tak tido malam baca pasal semua ni. salahkan forumer kat iluvislam. eh tak, salahkan diri sendiri sebab taknak ambil tau dari dulu.

aku cadangkan korang baca jugak, cuti ni nak layan facebook setiap hari pun boleh muntah bai.

kesimpulan aku pasal teori konspirasi, aku tak tolak mentah-mentah. tapi kesannya memang kita dapat tengok dengan mata, fikir dengan akal. kalau betul, kita dah termasuk dalam jerat diorang. kalau tak, kita masih menuju tempat yang sama, diorang takyah buat apa pun.

kesimpulan aku pasal 2012, aku menyampah kat orang yang bajet bagus sampai boleh kata benda ni mengarut. memanglah Allah lebih mengetahui, tapi tak rugi kan untuk tahu serba sedikit pasal hal ni. manusia ada keupayaan untuk kaji banyak benda, dah tanggungjawab kita untuk guna kelebihan tu demi agama. bukannya sampai nak percayakan manusia lebih daripada rahsia tuhan kan?

wallahuallam.

jangan risau, hidup aku tak berkiblatkan apa yang aku baca dalam internet ye. baca takpa, at least kalau ada apa-apa jadi, aku dapat kata

"aku dah baca!"

mesti nak menang okay.


Sunday, June 6, 2010

Patutlah Mak Aku Tak Suka Celine Dion. Jew Rupanya.

Heboh pasal Mavi Marmara. time tu aku periksa, tapi sebab aku dibesarkan dalam keluarga yang menitikberatkan issue semasa dan melekat depan Astro Awani atau Bernama atau Aljazeera kalau ada apa-apa berlaku, jadi aku pun tak boleh lepas pandang hal ni.

Israel kata kapal tu bawak senjata nak kasi penduduk Gaza. bawak simen dan sbg untuk diorang buat bom. tu jadi alasan diorang untuk tahan kapal kita, untuk bunuh orang kita? kata jelah kau nak rampas semua ubat dengan makanan tu, nak bagi Gaza kebulur.

pastu boleh pulak kata kita serang dia dulu. eh kalau ye pun, yang kau ikut Mavi Marmara dengan berapa banyak kapal selam, kapal perang, helikopter tu semua buat apa? kalau ye pun nak buat inspection je, kenapa macam nak perang bagai? dengan kena kepungnya, korang pulak main tembak semua orang, memang lah kitorg patut melawan.

peliknya kat sini, kalau kitorg serang kau dulu, kenapa kitorg yang ramai mati, askar kau semua sihat walafiat je? aku taktaulah kalau masih ada orang yang nak sokong Israel ni. alasan punya see through, budak sekolah cam aku pun boleh tau.

dengan Rachel Corrie pulak, korang sabotaj satellite kan, kacau radar sampai diorang tak dapat contact orang luar. eh sebab korang tak berkeras dengan Rachel Corrie, tak semestinya korang nampak bagus tau tak? setakat sebab kena gertak dengan satu dunia, tak yah lah.


gambar dapat dari sini dan bacalah sini sekali.

satu kapal bantuan kena serang, wah kecoh satu dunia. memanglah kita takleh tolerate. masalahnya, aku peliklah jugak kenapa bila jadi benda macamni, kita baru nak gelabah?

oh tak, aku lupa. kita pernah gelabah. banyak kali sebenarnya, masa Iraq first time kena, pastu Gaza, pastu sepupu sepapat diorang. tapi lama-kelamaan, perasaan tu hilang. gelabah nak lebat masa awal-awal je. pum pang strike sana sini, memorandum melayang.

serangan ke atas satu kapal tu walaupun ramai terkorban, takda apa sebenarnya. yes the activists sure suffer as hell, and we, the comfortable folks reading my blog, have no idea at all. tapi kalau nak banding dengan penduduk Gaza, diorang tak heran dah.

kenapa kita kata Israel langgar undang-undang dunia, hak asasi manusia sebab diorang serang satu kapal misi bantuan? kenapa kita tak kata diorang langgar undang-undang dunia, hak asasi manusia sebab diorang ambik tanah orang lain, tindas, bunuh sebab tamak? kenapa?

oh aku lupe. sebab dalam dunia ni sebenarnya perang dibenarkan. ye tak salah perang. cuma ada beberapa syarat je, that fine lines which get crossed many times enough to anyone even bother. dah nama pun perang mestilah orang awam kena jugak, kau bukannya perang mulut.

maksudnya kalau bila-bila Singapore contohnya, nak serang kita, takpelah. boleh je.

memanglah kita patut selamatkan kapal Mavi Marmara, Rachel Corrie. kenapa kita tak sekecoh begitu untuk selamatkan mangsa perang? kita hantar memorandum, bising sikit je Yahudi dah kecut perut, terus tak berkeras, terus berlembut.

cubalah kalau kita buat macamtu demi mangsa perang. mesti Yahudi kecut jugak kan?

eh tapi sorrylah, kita takde hak sebenarnya nak stopkan perang. sebab perang tu dibenarkan undang-undang. patutlah Yahudi selamba badak je buat macam-macam, sebab walaupun diorang tahu the whole world is against them, diorang still boleh tampil selamba menjawab soalan reporter. sebab kalau setakat perang, diorang tak bersalah sebenarnya.

i'm questioning human value here. i dont know much, and i dont want to know. jangan suruh aku refer Internet, please. dulu masa aku rajin layan politik Malaysia pun sampai tak tidur malam godek internet, ni kan pulak isu global.

korang tahu kenapa Yahudi bukan je pandai gila, tapi bersemangat jugak? sebab diorang buat ni untuk agama diorang. tak, diorang bukan nak sebarkan agama. diorang tak terima convert. berapa banyak Yahudi yang ada sekarang ni, diorang semuanya tulen daripada zaman Nabi lagi. diorang buat ni sebab nak kuatkan agama, kalahkan Islam, takluk dunia.

sebab apa? sebab agama. tulah satu ciri kat Yahudi yang kita kena contohi. oleh itu, sila baca blog ini, pasal macamana umat Islam sekarang lain dengan umat Islam dulu.

Celine Dion takleh salahkan mak aku, sebab walaupun bukan semua Jew jahat, tapi kebanyakan diorang memang tak berhati perut. tapi takpe, aku masih tak benci membuta tuli.

Peace.




Bitter Comeback For Bitter People.

dah berapa lama aku tak update blog ni, tapi bukanlah sebab aku sangat fokus belajar untuk periksa. masa yang aku tak guna untuk blog tu tak bermakna aku guna untuk belajar.

aku masih mengekalkan sikap buruk aku, iaitu belajar hanyalah bila nak periksa, dan hanyalah enam jam sehari sebelum periksa. ya.

apa, susah nak percaya?

amalina yang korang katakan nerd ini sebegitu rupa?

tu jelah kenyataannya. tapi masih ramai yang menganggap aku kononnya rajin melampaui batas, padahal tidak weh, tidak. susah sangat ke nak percaya yang aku ni malas?

oh, sebab kalau malas je result mesti nak kena fail semua lah?
takleh terima yang aku tak berusaha bermatian-matian? fine.

maaflah, kalau post kalini agak poyo. tapi niat aku cuma nak lepaskan amarah dekat manusia tak rasional yang tidak dapat menerima kebenaran je.

kau nak sangat tengok aku dapat result teruk sebab sebelum ni aku tak belajar sangat pun still dapat result okay kan? nak tengok sangatkan? pas aku fail exam ni, gelak lah kau puas-puas. gelaklah, gelak. orang kalau takde kekuatan sendiri memang suka cari kelemahan orang lain.

lepasni aku fail semua, baru kau nak puas hati kan?
jangan risau, aku tak dapat result kalini macam ujian 1 dulu. barulah kau percaya yang aku ni takdelah beriya sangat sebenarnya. kalau aku dapat okay, camna kau nak percaya kan?

ada jugak manusia yang takleh terima kekalahan sendiri, lalu mereka cipta kisah pasal orang lain, sebab tak puas hati dengan orang tu, tak puas hati dengan diri sendiri.

contohnya; artis A. tak suka artis B. sebab artis B ni bukan saja cun, tapi rezeki melimpah ruah. nyanyi setengah jam pun dapat 8 ribu. jadi artis A, canang cerita kata artis B pakai susuk, sebab tu dia nampak lawa, sebab tu ramai orang panggil kerja. padahal taknak terima kenyataan. simple je, yang sebenarnya artis B tu lagi berbakat dari dia. kalau artis B berbakat semula jadi, kau pulak tak, kau haruslah cari inisiatif lain wahai artis A, pergilah kelas vokal ke, London Weight Management ke, masuk AF ke.

pendek kata, usaha. usaha itu berbeza-beza mengikut orang. kalau kau cuba berusaha macam artis B, yang sebenarnya takdelah beriya sangat cuma Allah je mudahkan jalan dia, kau janganlah ikut rentak artis B yang selesa macamtu. kau kena usaha lebih lagi, jangan ikut orang.

faham?

aku rasa kat mana-mana pun akan ada manusia macamni. tapi korang yang baca, tolonglah jangan buang tebiat macam ni. penatlah tau tak, penat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails