Monday, August 31, 2009

Merdeka Resolution; II

Aku akan kena maki dan dituduh menipu bila aku buat statement ni;

Aku tak belajar langsung untuk cuti 10 hari ni.

walaupun berjuta kali orang kena jerit ngn aku bila diorg expect aku rajen dan geeky sebegitu, mereka masih ingat aku menipu bila cakap aku tak belajar langsung.

"alah ama, kau jgn nak tipu, kau khatam tiga kali untuk PMR dalam mase 5 hari kan?"
"alah ama, takkan lah kau tak belajar sikit pun? menipu"
"alah ama, kau saje nak buat orang fikir kau tak belajar, padahal periksa nanti. . ."

JANGAN NAK INGATKAN AKU DEKAT MUKA MUKA DIORG YANG TAK FAHAM FAHAM BAHASA LAGI! terancam ke hahhhhhhh?

ok rilek, rilek weh, rilek, rilek RILEK. jgn ikut perasaan. dan aku memang tak ikut perasaan, kalau tak dah lame lagi teruk aku mengamuk nanti.

korang tak kenal aku, diam lah. tahu tak korg dah buat aku tensyen nak mati? aku tak pnah tensyen nak PMR camne aku tensyen kat korang tahu tak? busuk hati betul korang ni. benda ni nampak kecil, tapi dah bersarang dan dah merebak dlm hati aku ni tau. korang tak faham.

Ok dah diam. sambung Merdeka Resolution II aku. iaitu. aku. akan. belajar! yes aku akan belajar. sekarang ni bila korang nak panggil aku "rajen nerd geeky takde life", panggil lah puas puas ikut suka moyang kau lah ok. asalkan time korg buat aku sentap tu, aku betul betul tengah belajar. dan aku AKAN belajar. aku AKAN. aku JANJI. InsyaAllah aku takkan langgar.

cuti 10 hari ni, aku dah puas tak belajar. aku dah puas online, membuta, tengok tv, masuk dapur (jgn ragu ragu lg BOLEH TAK?), melepak, mendengar lagu, dan mcm mcm lagi. dan start esok, aku akan tinggalkan semua ni, InsyaAllah. doakan aku berjaya jadi rajin, ye? Aku dah takut dah ni, aku tau kebanyakan kawan aku lelaki perempuan semua dah ckp nak belajar gila gila cuti 10 hari ni, dan aku tau diorg dah konfiden nak PMR. tapi bukan cara aku belajar masa hari cuti.

Aku lagi suka belajar masa hari sekolah, dekat sekolah, bukan dekat rumah. sebab tu aku nampak rajin kat sekolah, sebab balik rumah, memang aku tak sentuh buku dah.

sebab aku dalam masa 10 hari ni, takde satu hari pun yang aku tak online 20 jam, jadi aku rase aku dah penat online. PENAT ONLINE, dengar tak? PENAT BUANG MASA, PENAT SIA SIA KAN MASA, PENAT MENANGGUH. penat bersuka ria. sebab aku dah terlampau penat lepak, jadi aku rase aku akan TERUJA BILA BELAJAR, ESOK.

TIPS AKU UNTUK BELAJAR; KORANG ENJOY LAH PUAS PUAS SAMPAI RASA NAK MUNTAH BILA KORG ENJOY LAGI, LEPASTU BELAJAR. memang jalan lah aku rase.

Azam aku, aku tak sabar sabar nak belajar sampai aku rase nak muntah, sampai aku rase nak enjoy balik, sampai aku rase aku nak ambek PMR bukan sebab dah ready, tapi sebab dah tak tahan nak belajar lagi. Ya aku BOLEH! InsyaAllah. Allah menentukan. kalau aku tak ikut azam aku ni dan terus sia siakan masa, maksudnya itu kehendak Allah.

hehehehe.

Merdeka Resolution; I

[Amaran: Azam ini tiada kena mengena dengan kemerdekaan itu sendiri]

Sempena kemerdekaan kita pada tahun ini, maka aku pun berazam untuk kurangkan post melalut tentang emosi, perasaan, dan perkara perkara yang aku alami tapi korg tak nampak visualnya. Aku juga akan cuba tidak blog tentang perkara boring yang tidak membawa sebarang manfaat. Aku akan cuba la blog pasal prinsip aku, pendapat aku, dan bukan pasal fikiran aku sebab itu peribadi sangat.

Masa mula mula buat blog ni dulu, tujuan aku ialah untuk tulis pasal perspektif aku kat dunia (ceh ceh), macam mane aku lihat sesuatu benda dan perkara tu, kira berilmiah lah sikit konon. tapi last last bila dah buat blog, banyak pulak post merapu --" aku sendiri tak suka, ape tah lagi orang laen.

Percayalah, selaen drpd fikiran melalut, aku banyak fikir pasal banyak perkara. yang serius. yang berat. tapi bila aku nak share, aku rase macam tak patutlah pulak, kang timbul isu lak. sebab tulah aku end up blog pasal benda yang takkan timbulkan isu, iaitu pasal aku sendiri T_T. Jari aku laju nak taip pasal politik, tapi tu terlampau taboo aku rase bg pihak aku.

Ade orang kate die taknak blog pasal diri die, konon nak biar tersembunyi dan illusive lah.
tapi aku dapat agak, benda yang aku simpan lagi bernilai drpd fikiran yang die sorokkan tu. dan bila aku dah cakap sikit kat blog pasal benda peribadi, aku rase orang akan salah sangka. orang akan fikir aku kecoh tentang perkara kecil, dan aku punya cobaan tadela besar mane pun, sdan aku ini, dan aku itu. diorg fikir diorg dah kenal aku drpd blog aku ni, semata mata sebab aku selalu ckp benda peribadi. Fakta; banyak lagi aku tak cakap weyh.

so untuk tak bertambah melalut, kesimpulannya, aku akan cuba blog benda berguna --"

Kemerdekaan; personal symbolic Part 2.

Bagi mengurangkan tense dan drama di Kemerdekaan; personal symbolic: Part 1, aku akan cerita satu lagi moment 31 August, tetapi yang special. Warning; takdelah special mane, tetapi kalau dah kisah aku ni, apanya yang special yang besar besar pun?

Moment bahagia ni (cis geli) ada dua symbolic;

  1. Kemerdekaan drpd MRSM aku iaitu pada 31 August 2007
  2. The Miracle Of Ramadhan 2008, last year Ramadhan start 1 September

Nak tahu apa? Malam tu sejarah di MRSM menjenguk aku setelah 1 tahun tiada khabar berita, setelah 1 tahun tidak bersua, aku ingat last time aku tengok die time aku dah on the way keluar maktab dengan muka sememeh menangis, dan dia time tu tengah teruja bincang tentang trial SPMnya luar dewan, dan dia tak nampak aku sebab aku menyorok.

Bayangkan kalau ini movie, mesti keadaan slow motion menunjukkan kereta aku bergerak dengan aku di dalamnya menyeka air mata, dan ternampak dia yang sedang tergelak gelak memegang kertas trial, dan aku tertanya tanya bilakah akan berjumpa lagi, t upon if ever T_T

Tapi on 31 August 2008, after an exact one year, dia call aku.

Hehe. Salah ke bila aku nak bahagia walaupun secara kecil kecilan?

Kemerdekaan; personal symbolic Part 1.

Tahukah korg? Tanggal 31 August juga meninggalkan makna besar pada aku selain daripada kemerdekaan kita yang budak budak zaman sekarang ni salah gunakan.

2 tahun yang lepas, tarikh 31 August 2007, dengan rasminya berbuktikan Sijil Berhenti Maktab, aku bebas drpd Maktab Rendah Sains MARA Serting.

Cantik kan? Memanglah kemerdekaan pada generasi yang dijajah amat bermakna dan sangat berbeza berbanding kemerdekaan peribadi aku ni, tapi aku ada erti kemerdekaan tersendiri yang takde pada engkau, engkau, awak, kamu, anda, dan You.

Tetapi samalah kemerdekaan negara kita yang hanya nampak pada zahirnya, tetapi batin, kosong, dengan kemerdekaan aku ni. Masih dijajah drpd pelbagai elemen tersembunyi. Setiap tahun rakyat Malaysia megah melaung ‘merdeka’, megah dengan konsert dan mercun berjuta juta, megah dengan sambutan perarakan, tak lupa megah dengan aksi rempit dan bohsia di jalanan serta aksi anak anak merdeka di tempat larangan.

Tak malu ke kita menjerit bencikan penjajah dan mendakwa kita susah bebas, sedangkan hati masih terikat dengan budaya luar yang disanjung sanjung. Atau itukah maksud bebas? Berpeleseran dengan betina dan jantan?

Itu kemerdekaan secara umum pada generasi muda.

Kebebasan peribadi aku drpd kegilaan tertekan kat MRSM juga tak lepas drpd dijajah. Dijajah dengan senyap, bukan pada zahir, tapi pada batin.

Macamana korg tak nampak kaki disko itu dijajah dengan teruk sekali pada luaran diorg, macamtulah jugak korg tak nampak macamane aku ni dijajah.

Dijerut dengan pelbagai ketakutan, dan ini satu bentuk jajahan bagi aku.

Hati Malaya; Jiwa Aku

Aku kecewa bila tahu yang cerita Hati Malaya arahan Suhaimi Baba atau nama manjanya Shumi tu tak dpt sambutan masa ditayangkan dulu. Pernah aku bace, dua orang je yang masuk panggung! Apa orang melayu dah takde kesedaran? Aku pun tengok Transformers jugak, tapi takdela sampai nak lupakan erti kemerdekaan kita. Waklu.

Tadi aku tengok cerita ni. Terima kasih TV2. setelah bertahun tahun mungkin aku tak hadap TV2 ni, akhirnya aku mengalah kerana teruja nak tengok Hati Malaya.

On the surface, atau pun apa yang akan difikirkan oleh orang orang yang sangat shallow (suka hati aku la), Hati Malaya mungkin nothing but an educational movie. Kenapa? Sebab sangat sesuai ditonton oleh budak PMR. Aku yakin dengan tengok cerita ni je aku dapat ingat sedikit fakta sejarah, lagi lagi la siap tulis kat bawah tu kejadian, tempat, siapa terlibat, etc.

Tapi dalamannya, ataupun ape yang aku lebih gemar anggap ‘fikiran aku’ (pergh pedulikan), Hati Malaya sangat best dan special. Kalau korg tengok dan tak rase ape ape malah anggap boring, memang sahlah korg antara manusia yang aku dah chop as –censored- dan aku akan prejudice kan korg. Ye aku mmg camtu.

Tolonglah jangan cakap aku emo semata sebab tu aku menangis tengok cerita ni. Kalau nak cakap aku emo, sila cakap kalau mase tu aku menangis berhingusan akibat tak cukup duit nak beli beg LV. Itu baru namanya emo tak bertempat.

Lagipun ade aku peduli korg panggil aku emo? At least Ama Emo nilah yang ade perasaan, daripada sesetengah orang yang ingat diorg cool sangat tu. Air mata mahal la konon. Gunalah air mata simpanan korg tu beli kemerdekaan yang buat korg dapat huha huha sekarang ni.

Aku rase nilai air mata yang tumpah tu bergantung kepada sebab sedihnya si tuan mata.

Ok balik kat topic asal. Aku tau ade cerita cerita tak sedap pasal Tunku Abd Rahman kita tu, yelah sebab perjuangan dia la. Bukan setakat gossip murahan, tapi siap ade walking proofs lagi. Dan aku tak cakap aku tak percaya semua cerita tu, ade logikknya juga.

Tapi Tunku is still Tunku, tak kesahlah betul ke tak benda negative yang aku dengar tu. Aku percaya ke tak, letak tepi sebab ape ape pon, aku respect sama itu orang tua.

Oh ye, kalau korg musykil dan tak percayakan aku pasal cerita tak sedap Tunku tu, sila la mula cari apa gunanya perkataan ‘akhbar’ dan ‘internet’. Jangan lupa, akhbar arus perdana takkan keluarkan cerita yang tak baek tentang kerabat pihak yang suap die ya.

Air mata aku gugur mase part yang Tunku (lakonan siapa entah, tapi wahai pelakon tersebut, kau idolaku! He played the role with his best, and I felt like I was seeing the real Tunku Abdul Rahman) dengan muka tekad ckp tak cukup duit nak pergi London, dan dia tak dpt teruskan berckp mase die harap orang semua tolong die tu.

Mesti BELIAU segan terpaksa mintak bantuan rakyat dan rase sucks, dahlah harta warisan beliau semua dah pajak gadai T_T. Dan Maya Karin pun bangun, kate die akan tolong Tunku, dan Betty Benafe pon keluarkan semua gelang tangan die, letak dlm selendang, dan mereka round dewan mintak sumbangan. Kemudian orang2 yang perhati dari atas dewan pun baling baling duit, Tunku menangis air mata merambu-rambu, terduduk dan tutup muka, orang kerumun dan tenangkan dia, wah sedihnya aku masa tu. P

elakon yang berlakon Tunku tu dahlah nada suare cakap bunyi sedih je, slow pulak tu, tapi selalu senyum. Dia macam pemimpin betul do.

Kemudian part die tunjuk kemerdekaan kat depan BSAS tu, wow lagilah. Diorg semua nyanyi lagu Negaraku, jalur gemilang dinaikkan buat pertama kalinya, dan semua orang sama ada pelakon utama mahupun tambahan semua menangis berpelukan masa nyanyi lagu Negaraku tu. Korang tak dpt bayangkan ke apa perasaan sebenar rakyat Malaysia masa tu? Ini gambaran je pun dah sedih, apetah lagi yang betul. Tak terlintas ke?

Aku tahu ade pihak yang tak gemar lah dengan Tunku and the gang yang bawa kemerdekaan, dan mereka pun ade sebab kukuh, tapi Tunku Abdul Rahman pun bukan petik jari je dan boleh turun Union Jack tu. Walaupun pihak lain terpaksa berperang mandi darah dan Tunku hanya bersusah payah berunding, Tunku juga yang bawa kemerdekaan kat kita kan.

Aku dah bace banyak pasal dia, tapi aku bukan orang yang membuta tuli anggap seseorang tu macam macam. Apa yang baik aku angkat, dan aku angkat perjuangan Tunku Abdul Rahman sebagai Bapa Kemerdekaan kita :’(

Friday, August 28, 2009

RANTING Orang Utan



www.rantingmereka.blogspot.com

click the link, people.
don't let the Orang-utans think you are all ignorant and cruel being,
and don't let the men responsible for this mess think you are with them.

are you with the wrong side or not?
you decide.



DEMI NYAWA ORANG UTAN KITA

i really wasnt born tu study, i ASSURE you. but i was born to do something that erh, not involving studying, and when i WANT to do it, i DO IT WELL.

remember about the orang utan competition thing? yes. ever since the day TV9 came to our school and talked about it, i already had almost everything in my mind regarding this contest. but well being a PMR candidate i had trial and god's forsaken jobs for me to settle.

but during this school holidays, i've thought to really enter the competition and eveything. and i texted my friends, but the response wasnt as enthusiastic as i was, so stopped hoping.

then suddenly nawa texted me after berbuka tadi, sounded all excited about the contest and wanted to do it right away, and being an over excited girl since day one, i went straight to my computer and haven't left untill this very moment (of course i did for some IMPORTANT reasons only).

and now its 4.18 in the morning, and i havent slept yet for the sake of that freaking BLOG!
gosh i'm so into this, i dont care PMR is a month away, you wont caught me dead reading PMR books untill this hour if it isn't two nights away from any exam, AND I CANT FUGGING UNDERSTAND IF ANY LIVING SOUL WOULD EVER CALL ME nerd again, thank you.

cuma terkilan, if only korg semua cakap dengan semangat nak buat awal awal, for sure kite dah start lima hari before today, and korg nak pergi tusyen pergilah, I REALLY ENJOY doing this tiring crap, i mean REALLY SERIOUSLY. tapi takpe, kite masuk untuk orang utan kan. harapan nak menang, tipis. tengoklah blog pesaing semua, HEBAT. oh well.

KALAU KORG TAK BUKAK BLOG NI DAN TAK RESPON, AKU CEPUK SORG SORG, PENAT OK AKU MENULIS BERLAMBAK LAMBAK TU 5 POST DLM 7 JAM! OH OK JAP, JGN BUKAK PASAL AKU, TP SILA BUKA BLOG BERKENAAN ORANG UTAN INI DAN BAWALAH PERUBAHAN DALAM HIDUP MEREKA YG MALANG
(terus berubah intonasi dan gaya bahasa);

www.rantingmereka.blogspot.com

and DO VISIT THE BLOG often and show your support to us, as there are many new things, campaign and activities yet to be revealed in our last minute hectic days crap another two days kot sampai deadline --"

bantu kami, thank you. eh dan bantu orang utan sekali, paling penting.

Thursday, August 27, 2009

jadi chef tak perlukan PMR lapan A kan?

okay fine. aku tak bolehlah nak belajar cuti cuti ni. aku rase maybe sebab kepala otak dah set, aku ade 10 hari cuti lepas trial, dan takde ape kejar aku, aku tak lari drpd ape ape, aku takde sebab yang kukuh untuk menelaah buku tiap tiap hari. tapi kepada sesetengah pihak yang akan rase bahagia dan hidup ni adil hanya bila dorg rase aku tengah belajar gila gila, teruskan berhalusinasi.

pagi tadi, tiba tiba pergi masuk internet cari resepi best dan edit edit pastu print. pastu semangat gila nak memasak. tulah namenya godaan, amalina terkinja kinja nak masak sebulan sebelum PMR. mase laen tanak pulak gi dapur. maka tadi mak aku pun terkejut bila tau tiba2 aku dah buat puding, siap rase dgn lidah lagi pastu basuh lidah cepat2.

kesimpulannya harini aku tak belajar lagi.
aku nak jadi chef secara drastik.

aku rase maybe aku rase maybe macam senang nak bukak buku bila hari sekolah, dan bila rutin harian tu tight, maybe sebab dah biase maybe. dan it makes sense bila aku lagi mudah nak belajar bila esoknya trial, sebab dah keadaan terdesak.

so makin aku terdesak, makin aku rela bukak buku. makin takde mase, makin berhasil percubaan nak baca buku. tapi it costs me those eyebags lah and dizziness and headache. haih, style aku kot mcmni.

kenapa la aku takleh belajar sekarang? kenapa?

okay FINE. ini cuti terakhir aku bersuka ria, kemudian takde dah huha huha walaupun secara seorang diri dalam kamus hidup aku ni. rasenya sejak cuti bulan march aku dah cakap mcm tu.

how i wish to be those nerds. see how i realize time is running out but i cant do anything about it and have no option but to be geeky all the time? you pathetic losers who think i AM nerd studying all the time who cant live with the fact that i DONT. embrace it lah babe.

seriously annoyed no one would ever understand me and if someone does i will marry HIM.

ok pedulikan Si Gila. selamat berbuka puasa! :D

Tuesday, August 25, 2009

Objek di Langit.

okay, setelah lama membuang masa aku pun terjumpalah satu benda best dlm internet yang boleh dikongsi, untuk korg semua.

tahun 1992, pernah gempak dulu pasal objek objek di langit. bukan UFO, bukan alien, tapi kuasa Allah. 200 budak sekolah agama kat klang, and asrama aminuddin baki, and kawasan2 sekitar, semua dpt tengok bnda ni yang jadi between 11 pm sampai 3 am. aku dapat bygkanlah bagaimana havoc gila time tu dekat asrama yg budak2 tu nampak semua, semua org lari keluar pandang langit, berjam jam menatap tu je. ade yang meraung, menangis, insaf call mak walaupun baru siang tadi belasah junior. ni ha;



keesokan harinya siap masuk paper lagi. dan mufti Selangor pun sahkan kejadian ni real dan memang kebesaran Allah la lepas interview budak2 tu. tapi PM kesayangan kita pada masa tu ialah Dr M, yang kata itu semua karut marut seolah olah dia tahu pulak Allah takkan buat benda macamtu, maka mufti selangor pun tarik balik statement, dan kata benda tu tak sah dan meragukan. malah, mungkin laser.

aku tak fahamla, beratus saksi weh, ape yg tak sah? laser, terbaik. lepasni aku cerita camne kejadian ni terjadi, pastu korg gunalah akal ciptaan tuhan tu fikir baek baek, laser tak laser. ok aku tak berbaur politik tau. dah memang kalau nak describe pun camni la bunyinya, padahal aku tak berniat mengutuk pun. dan aku tak marah mufti tu, siapa la die nak lawan kuasa mutlak ketua kita kan.

saksi cakap kejadian tu start dengan Alif Lam Lam Ha, kemudian mula bertukar tukar. yang buat bentuk imej tu semuanya awan, awan yang putih clean. awan tu bergerak2 dengan laju, dan dibentuk bentukkan mcm dengan tangan. pernah baca doraemon part yang nobita maen awan tipu dengan chopstick lepastu buat bentuk tahi semua tu? haa macam tu la. paling masyaAllah, malam tu bukan 15 haribulan, tapi bulan sangat penuh dan terang. sampai part yang awan tu buat bentuk mata, awan tu keliling bulan tu, dan bulan tu jadi anak mata, slowly bertukar warna merah. merah. ya, merah. mcm mata yg marah.

aku google lah kan, banyak cerita pengalaman sendiri bloggers pasal benda benda ni. diorg kata time tu semua orang tengok, dan semua org dapat teka ape yg awan tu tunjuk, mcm teka teki. kalau dekat lakaran atas tu kan ade perempuan yang rambutnya terbakar, orang yang memang tengok kejadian tu cakap, perempuan tu memang mcm real gila. drpd rambut die ok, ditarik, dibakar, dan muka die meraung lepastu tinggal tengkorak hodoh. nauzubillah.

aku pantangla pihak pihak yang selalu tengok benda mcmni, dan kata mengarut, khurafat la kejadah semua. diorg ni mcm taknak percaya pulak kuasa Allah, mcm pada diorg ape yg wujud dlm dunia ni, realiti hanya kalau benda2 tu ade dalam fikiran diorg. kalau bnda yang terjadi tu tak capai tahap akal diorg, diorg taknak mengaku. siapa kau nak persoalkan? siapa kita?

bukan benda mcm ni je lah aku tak suka, aku tak suka semua pihak yang ckp mcm tu pasal semua perkara pelik. aku percaya, WITH HIS MIGHT AND WILL, EVERYTHING IS FREAKING POSSIBLE. tapi kalau dah melampau sangat dan bertentangan ngn Quran, itu lainlah cerita.

siapa cakap UFO tak wujud, alien tak wujud, tak mungkin ade hidupan laen dekat planet laen? siapa berani sangat cakap mcmtu? kau tau ke ape kehendak Allah? kau nak semuanya berfungsi ikut sense kau je? kau nak kuasa Allah tu terbatas ikut kemampuan fikiran kau je? ape yang buat kau yakin sangat? science? alam Allah ni rahsia weh, pada aku sehebat mane pun seorang saintis tu, sebanyak mana pun penemuan die, sebenarnya nothing if compared to his creation. besar sangat galaxy kita ni, takkanlah kita je yang hidup dekat bumi kan?

patutnya pengetahuan dan ilmu yang kita dapat tu kita jadikan perangsang untuk kita fikir, hebatnya Allah ni, banyaknya aku taktahu, makin aku belajar makin aku sedar keciknya aku. bukannya makin kita pandai dengan ilmu dunia, makinkita bataskan diri kita drpd fikir tentang kuasa Allah. tak mungkin lah, inilah, itulah. haih. harap harap aku tak jadi mcm ni nanti.

ape ape pun, bertuahnya mereka yang jadi saksi tu. mungkin sebab aku jarang keluar rumah sebabtu peluang aku untuk tengok benda2 ni lagi tipis kot? tayah cakap UFO, buruj pun aku tak pernah nampak. kenalah join abang aku minum minum malam2 buta lepasni. manalah tau.


Sunday, August 23, 2009

self awarded hah, no?

some people really get on my nerves. i mean, really. its everything about them. and thinking how i've been putting up with them this whole time, i should receive an award for that.

but its Ramadhan.

i think every human being isnt spared with the bad feeling huh. dont say u are. well, its Ramadhan. which doesnt bring any meaning to me. as do you keep your devil locked inside just because its Ramadhan?

try to see your whole life as Ramadhan peeps, and win yourself an award, too.

Saturday, August 22, 2009

Trial PMR

okay so friday after school i was sitting all alone one the class's floor for dua hours after being left by someONES. you know who you are.

so i took out all of my trial papers, and started like, counting and checking and everything and i dare say i can guess what my marks are. one clue, i cant stand if i get a-not-A for sejarah, khb and everything that is never in that state of embarrassment ever.

but i've embraced the fact, and good for me. dengan duduk berteleku, i wrote some notes about the trial, and actually my handwriting isnt that bad, trust me la walaweh.

yes i do talk to things. i believe everything has feeling. and thats what has been keeping me with my humanity. to stuffs. dead stuffs. gosh they will be so offended if they know i said that.




then it was trial analysis, the thing i do after every test or exam. but it always points to the same complaint and mistake all the time, ayoyo.








UPDATE: Allah keeps listening to my desperate prayers and miracles keep coming back, i got straight As, Alhamdulillah :')

Friday, August 21, 2009

Pesanan untuk Ramadhan



esok malmal balik.
yahoo tak menggambarkan kata kata.
uda balik.
yeay tak menggambarkan kata kata.

sunyinya aku sebelum ni.


Selamat Berpuasa. aku berazam nak qatam alquran yang aku start drpd last year tu. ya Allah lalainya aku start last year tak habes habes lagi sekarang. rase mcm selalu je baca. sbb tinggal lagi suku je, insyaAllah boleh habes.

walaupun aku tau bulan ramadhan bulan beribadah, tapi aku tak berkenan tengok orang yang bulan ni jela nak mendekatkan diri ngn Allah, kalau tak, mcm tak perlu. tapi sape la aku nak cakap orang. baek aku habeskan tilawah aku sudah.

Ingat, puasa jgn hanya pada nama.
Ingat, memang susah nak dirikan benteng di antara kita dengan keburukan,
Ingat, jangan pada bulan mulia ni saje kita menyayangi agama,
Ingat, jadikan masa masa seperti ini pemangkin untuk berusaha ke jalanNya.

dan kalau korg orang yang beruntung tidak diuji Allah dengan kelalaian,
jangan memandang hina orang yang terpaksa berdepan dengan hasutan syaitan.
sebab kita tak rasa kesukaran menepis godaan, bersyukurlah.
jangan sangka kita takkan memilih jalan sama yang makin jauh,
bersyukurlah hanya kerana Allah tak memilih untuk menjadikan kita bahan kajian.
mungkin sebab Dia tahu kita takkan kembali ke akar apabila kita telah sampai ke pucuk,
maka dia beri kita peluang.
Ingat, mereka yang kabur sekarang mungkin lebih baik dari kita dan lebih kuat,
kerana Allah tidak akan menguji hambaNya dengan sesuatu yang tak mampu ditanggung.
Cuma mereka tidak nampak, dihimpit kabus yang gelap.
bersyukurlah.
dan bantulah mereka yang dipilih Allah.




ni diri aku yang sebenar. living in annoying poetic motion. dulu aku tunjuk diri aku mcm ni, diorg ckp aku baek. padahal aku tak baek macam tu. bila aku tunjuk sisi yang gila gila, mereka kata aku memang gila, tanpa fikir mungkin aku sebenarnya takdelah 100% mereng dan menggelikan. dan diorg memang tidak akan nampak aku. okay terbabas. berbalik kepada topik,

Selamat Mengerjakan Ibadah Ramadhan.
pendapat aku kalau nak beribadah secara tibatiba tu, jgnlah drastik sangat. slow slow go with the flow saja, kalau tidak takut tak berkekalan dan semangat tu beterbangan. kan?

kita nak sesuatu yang kekal, bukan yang hebat pada satu tempoh je. sedangkan Allah pun kata, buang sampah yang berterabur dekat masjid hari hari pun lebih mulia drpd orang yang membuat pape ibadah dengan semangat, tapi jarang sangat.

marilah kita :)

Thursday, August 20, 2009

new home, jgn bawa naseb malang lagi.

sehari sebelum trial aku takleh focus belajar. sebab aku dengar bunyi koyakan kuat kuat dari tingkat bawah yang menggetar hati ini. dorg tengah tarik wallpaper rumah aku. mak aku semangat nak renovate. aku tak salahkan die. wallpaper tu lagi tua dari aku, dan rumah ni memang dah ade aura rumah lama. tapi pade aku kalau wallpaper nak terkoyak ke, rumah nak buruk ke, nak ape ke, everything WAS just fine the way it WAS.

was, yes. was. sekarang dah ade wallpaper baru. dan mak aku nak buat ape lagi tah aku tanak amek tau. wallpaper baru kalau lawa pun tak same ngn wallpaper lama. wallpaper lama walaupun dah pudar tapi dulu die pernah dikagumi, semua org ingat wallpaper tu sebenarnya lukisan kat dinding. tapi sekarang lepas dah buruk mak aku nak cabut. habes madu sepah dibuang.

aku sedih. pade aku semua benda kat rumah ni ade sentimental value. wallpaper tu babah yang pilih, wallpaper tu dulu saksi time aku baru lahir, nguek nguek dalam perut time mak aku mengandung. wallpaper tu, even semua benda, ade sentimental value pade aku. sebab tu la dalam bilik aku banyak junks, sebab sayang nak buang, walaupun buku rekod peperiksaan sekolah rendah. aku sedih.

pade aku banyak sangat perubahan buat something tu less valuable, less special, less original.

biarla kalau orang cakap rumah aku ni macamane pun, ni rumah aku. aku bersyukur.

tapi takpelah, kesian mak aku. ade kesah sebenarnya di sebalik renovate renovate ni. tapi malasla nak emo emo sangat, cukupla tahap aku emo mcm ni je. kalau emo lebih pon orang bukan paham and nanti jadi novel lak en. biarlah aku emo sengsorg. sob sob. sebab tu lah jugak aku tak berkenan sgt budaya renovate rumah ni. aku paranoid. trauma. fobia.

takut kan yang bukan bukan. aku rase tu sebenarnya sebab aku tak kasi renovate rumah ni. bukanlah renovate banyak pun, tukar dlm je. but, still. kalau aku ni carefree tak banyak fikir,
mesti aku melompat2 buat kenduri kesyukuran sekarang.

just one wish:

history, DO NOT REPEAT YOURSELF, not 9 years ago all over again. pleasee.

Amaran untuk Calon PMR

kalau korg nak amek pmr, tolong la sedar diri. tolongla sedar korg kena start belajar setahun lebih awal, dan bukan semua plan sistematik maha hebat korg tuh berhasil dilakukan pada saat akhir. sebab korg mungkin akan jadi mengada ngada dah nak trial pun tak habes belajar lagi.

dan sempat lagi tido petang hari hari minggu trial. menyebabkan korg kena stay up sampai pukul 4 pagi tu pon maseh terlena lena atas buku dengan pensel termasuk dalam hidung sebab nak tebus balik mase yang korg dah bazirkan sia sia.

tolong la jangan jadi macam aku.
penat weh. penat tau tak.

aku bukan taktau yang aku ni memang akan serabut time nak periksa. aku tau. sebab aku dah
banyak kali jadi camni, belajar sehari sebelum periksa non stop dan stay up minum nescafe overdose. dah banyak kali. sejak aku form two.

tapi walau camne aku menyesal pun, aku still tak berubah. haih. belajar masih last minute, sangat last minute, seminggu sebelum trial pergi tengok wayang la ape la.

kalau belajar tiga hari sebelum final tu bolehlah masuk akal, sebab final SAHAJA. tp aku ni dah melampau la kan. SEMINGGU before TRIAL baru aku nak start dr form 1, gila ke ape.

tolongla jangan cakap amalina tu dah naek lemak la tocangla dah naek tanduk tumbuh ekor la sebab tu die tak amek serious peksa ni bajet hebat sangat la tuih.

ASSALAMUALAIKUM, kau tak kenal aku kau diam. kalau aku suck peksa kali ni, bukan sebab aku naive dan bodoh sangat bongkak camtu. kalau korg betul betul kenal aku, dah memang style aku belajar macam ni sejak azali. sebelum ni kalau keputusan aku ok tu sebab tuah dan berkat doa lah, bukannya dulu aku berusaha pastu aku riak pastu aku terus ingat PMR tu mcm petik jari je lapan A datang. pleaselah.

papepon kali ni memang aku serious cakapla, aku saspen BM dan BI. BM sumpah susah gila dan aku, mcm selalu, banyak CUAI, pastu BI lak kertas dua tunggang langgang, literature aku DUA KALI GANDA essay 30 markah tu sebab feeling sangat tulis pasal kesengsaraan the Phantom, and tcer pat keeps repeating

"i wont give u an A if u dont deserve it".

damn it.

takpe, better now than the real result kan.

aku cakap kat mama "sorry kalau tak dapat straight As dah"
mama aku yang tak pernah kesah pun cakap la

"kenapa nak sorry kat mama pulak, sorry kat diri sendiri la".

wow, kalau dapat mak mcm mama aku nih memang la payah nak belajar rasenya.

Muka Masuk TV!

hari ahad tanggal enam belas titik lapan titik kosong sembilan, termaktublah takdir saya sebagai seorang bintang.

muka masuk tv 9 yeah yeah. muka kau ade masuk? haaa? kalau ade diam.

mighty mindslah. tidak ku sangka camera tu fokus dekat muka aku dan kumpulan mase tengah gelak gelak teruja, dan merakam aksi kami dari atas banyak kali mengalahkan kumpulan laen

(padahal memang nak cari spot yang ade camera).

berduyun duyunlah message masuk ke inbox ucap tahniah aku masuk tv walaupun tak menang.
(padahal farabi dan zakwan sahaja).
tapi takpe, terharu aku tau ade orang tengok. sob sob.

mak aku dan abang aku teruja sambil menjerit2. cet. bwat malu I je.
abang aku cakap

"eh nampak lawa pulak ayu dalam tv!" dengan nada jujur terkejut.
takpelah aku bersyukur dengan aset yang aku ade ni. eh maksud aku ciptaan tuhan laaaaa.

kalau mase aku untuk jadi raja sehari belum sampai lagi, at least aku dah jadi selebriti sehari.

bunyi vain dan cikaro gila.

Saturday, August 8, 2009

Harry Potter and the Hald Blood Prince

its wrong to judge someone's loyalty towards a film by the period of time she takes to watch it since the day it was released, isnt it?

so i just watched harry potter and the half blood prince this morning, so much of me being the biggest fan ever, big deal. i still say i'm the biggest fan there is, though.

pergi the mines, pagi, tak ramai orang. it was less than satu suku drpd panggung time tuh. i alone had eyebags, semalam tido lambat tapi harini sanggup bangun awal nak tengok wayang kalau nak belajar rase mcm kena himpit ngn hantu himpap je haih.

i dont understand why some harry potter fans think the movies are getting less OK than then. but for me, the movies are just getting greater each sequel. so what if the movies dont stick to the book? you really want to see 900 pages book on the screen? well, if i were you i would answer yes, i would love to watch harry potter as it is, even if i have to take breaks between every 3 hours of the film. but what the production and the directors are doing are just fine.

the movies ARE awesome, and always will be. the shots are a beauty, the storyline, the characters, the dialogues.

but sure, it could have been a LOT better, what with cutting some important parts, and harry's jokes concerning snape when snape asked him something.

harry : yes.
snape : yes, SIR.
harry : no need to call me SIR, professor.

isnt it just hilarious? and of course lots more, what should have been in it and what should have not, and i'm disappointed they made some important (even only supporting) characters like barely there, to name hagrid and lupin and tonks. and lots more. but still, its a great movie la.
i dont see why anyone wouldnt like it.

okay some whiny boys do being morons by complaining about this half blood prince movie for not having enough fight. hey but i tell you whiny boys, you want to watch movies with fight like every three seconds, go watch movies about robots that dont have any value at all. if you are not one of the whiny boys, thank you for being sensitive to the movie and empathetic to how the characters were feeling, how first love hurts, how death of a dead person kills the heart of the living, how everything works so smoothly and subtly in the film.

if you are really harry potter fans and you know how the story goes, you wouldnt care about any fight. instead, you will be crazy about the dramas and the tears in the film, like i was.

i was so excited watching it and excited untill this very moment that i feel i am gonna faint.

i read somewhere someone watched it mase awal awal lepas release, and time tu semua org penuh nak tengok harry potter. mungkin dia masuk dlm wayang yang hampir semua penontonnya tak bace harry potter, sebab dorg semua menjerit lepas dumbledore kena bunuh dengan orang yg tak disangka. sumpah best die kate time tu, semua feeling 'noo noo' je, ngn perempuan dah emo dah semua. haih, kalau lah aku pergi time tu.

it will be greater if only more vital parts were included, especially the funeral when the novel shows everybody came for the last respect, how everyone and everything was united at that time. i cried reading it, so i want to cry watching it. but i WAS going to cry when dumbledore died, and when harry mourned before dumbledore's body. i was going to cry when harry entered the headmaster's room after the headmaster was dead, and saw everything was like the way it was, how dumbledore left his spectacles on a book flipped open, as though he left it there temporarily and would come back and would put on the glasses and would continue his reading as usual. i was trembling.

but a woman DID actually CRY and SOB and MOURN during the scene. i whose lips were bitten to stop me from crying ended up biting my lips to stop me from laughing. gila semangat perempuan tu, menangis gila gila lah, but she didnt do any wrong. it was sad, man.

especially if u were me who had read the book and felt the sadness the author pictured through the words. i was sad when draco malfoy was crying too, he cried a lot in the movie.

it was indeed MY movie with sad ending and humorous dialogue and kiddie loves end up being the true loves of a lifetime all around.

kalaulah ikutkan hati nak je aku tengok lagi, tapi aku masih ade otak yang berfungsi bagitahu aku nak trial PMR lagi beberapa hari. boringnya hidup ni.

Pushed To The Edge By You

you dont really realize that you are actually missing someone, if you are not really thinking about them.

then suddenly the tear falls down the cheeks when you do.

angah, kak ija, abang and ea, rindu korg. taktahula sebab korg dekat NZ ke, or sebab there's just this thing with you guys that makes a difference than the rest of them.

and i'm not being biased.
____________________________________________________

tomorrow's the day to the cinema. and PMR isn't going anywhere.

huh, i am tired of expectations from people who wont even be affected if i dont get straight A's. you go get a life, instead of thinking false facts of what i'm doing each hour.

please have an open mind and try to comprehend that you dont have to struggle and burden your life with thick revision books to get straight A's. and i am not blowing up my own trumpets. just try to make people see sense.

you study like hell and you might end up being in one.

just tired of people asking me about how its going on with my studying when i have only like done one subject and seven others left to be 'discovered'. tired of people expecting macam macam hal yang annoying.

yes, i am jealoused with some of you who has done more than i do,how can you people be so studious when i think i'm the most determined girl ever, and i'm pissed off with ridiculous assumptions, and i'm not as good and as perfect and as hardworking as you think i am.

you may ask me to chill, but its getting colder than chiller if it gets too much.

you guys are so a pain in the neck which on the bright side, keep pushing me to do what i least like to do; study. so there you go, thanks.

dont expect anything of me, when even my own mother doesnt give me the pressure.

Friday, August 7, 2009

Senarai Kerinduan SKLK.

  1. Nursyahirah Aisyah Roslan
  2. Nasuha Nadira Md. Nizam
  3. Maisarah Shukri
  4. Nadhirah Muzafar
  5. Farah Elina
  6. Taryardar
  7. Mohd. Kaizen
  8. Nur Hakimi Nordin
  9. Md. Amir Izuddin
  10. Ikmal Iskandar
  11. Syamil Zafran
  12. Aziathul Aisyah
  13. Farah Diyanah
  14. Wan Norhafiz Ashman
  15. Afiq Ikhwan
  16. Maria Shalina
  17. Nadia Azhar
  18. Maisarah Amran
  19. Sharif
  20. Amir Hilman

And plus,

  1. Everyone

please jangan peningkan kepala otak aku dengan cakap nama korg takde kat sini kalau korg jumpa aku hari hari kat sekolah menengah, nak tahu kenapa nama korg takde sile refer tajuk. Lagi satu, dah jumpa hari hari asal nak rindu pulak.


This is to show my sorry for one of my previous posts. Aku post merungut pasal kawan and said things like if only aisyah ade dekat sini, lima saat pastu aku rase bersalah. Gusar kot kot ade kawan kawan kecik ati ingat aku tak ingat dorg, nak rindu aisyah je.


So aku pon buat senarai ni. Senarai ni aku dah cube shortlisted kan sependek mungkin, and I think top 21 deserves it, with the ‘everyone’ ranked number 21, again I did ‘everyone’ out of guilty jugak but the truth is, I do MISS everyone.


if only these people remember me the way I remember them, remember how we used to be friends. Ramai dah move on, I moved on, so its okay.

Back in SKLK, I had this wide group of contact, large circle of friends, a row of dear best friends and the best gang ever. And to name them all with the evidence that u were a friend of mine, boy how could I.

Sunday, August 2, 2009

yabedabedu.

ok ok lepasni aku tak buat post emo lagi, taknak buat sape sape kecik ati. biarlah hatiku jadi sebesar kuman je sebab nak jaga hati semua org. benci typical heroine drama melayu, tuih. lepasni bila banyak mase memang nak tulis post yang ade topik betul betul. sekarang pun maseh banyak mase, tapi aku akan SANGAT BERDOSA kalau tak memenuhi sangkaan kawan kawan aku yang fikir aku belajar baca buku pagi pagi hari hari. hahaha. chill. like i'm going to do that just to please them, being a nerd besides the divas. nope nope. tengok, sakitkan hati orang lagi. aku memang kajam. takpe, kite seri lah kite semua. yabedabedu. babai. cube untuk tak blog lepasni.


You Lot Can Get Lost

i hate people. i hate people. i hate people. there's so much they dont know about me. they never will. stuck in their own pathetic narrow mind. they come out with false facts of me, they dont even know me!

even when i thought they already do, it always seems to be a mistake. see me just like the strangers do, like i dont spend half my time with them. they can say i'm emo for this, but they dont know how long i've been holding my tongue, how time can erase, or make it even more vivid. and for people i know to speak of me like i never show my true self to them disappointing.

sorry friends, it will do a lot of help to me if you guys take it easy and dont assume i'm talking about you and go all whiny. the girl just cant say anything right here only to make sure she doesnt hurt anybody, now how can things work out?

i just hate HUMAN right now, huh. its very frustrating. very saddening. beautiful, how the desire of longing for the presence of someone that knows you in and out and understands you and respects you and can talk to you well but not in the motherly way can make your tear drops.

i'm longing for the person i dont even know exists.




i'm so missing syahirah aisyah right now. i wont babble everything to her about how i feel, instead its enough just to hear her story. its always the other way around, and it works that way. she does not know me more than the rest of them do, but she is so different.

she doesnt think of me the way most of the people do, in the ways that ache.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails