Monday, December 28, 2009

Shop Till You Drop

Kalau si Shapeqah sudah beli keperluan sekolah, saye pulak belum. amat menjengkelkan fikir hendak mula bersekolah, baek aku takyah fikir terus.

memandangkan aku tak membesar, jd a waste of Ringgit if i buy new uniforms. itulah salah satu kebaikan orang yang dah tak meninggi mcm aku ni. cume kasut dah koyak, kalau katak nak masuk gigit kaki aku pun tak mustahil. haruslah beli baru kan. maksudnya 3 tahun aku pkai uniform sama, Alhamdulillah.

tp all goodness must come with a price, and it is evident if you calculate how much i've spent this year for new clothes and shoes and handbags. mungkin sikit pade korang, tp satu perkembangan pada aku.

baru tahun ni aku mula minat bershopping, walaupun purata keluar rumah sebulan amatlah jarang. tp mana aku beli hasil shopping aku? yang pasti bukan dekat pasir tani.

menakutkan betapa darah mengalir laju bila handbag, baju atau kasut berada depan mata, kaki terus terangsang untuk bergerak laju mcm pakai kasut beroda. sampai time shopping je, terus aku rase mcm perempuan sejati.

mungkinkah sebab aku terpengaruh dengan andaian kalau permpuan je bershopping itu satu kemestian? atau aku dah secara rasminye seorang perempuan matang? dalam Science Form 3 tajuk Growth, diorg patut tambah satu lg tanda perempuan sudah puberty; shopping craze.

KALAU ANDA TAK PERASAN, SAYA HILANG 10 KG BERBANDING TAHUN LEPAS. start februari tahun ni aku dah mula turun berat, dan april je berat aku dah constant. tuntasnya di sini, makin byk baju aku dpt muat, so lebih teruja tau tak?

bayangkan masuk fitting room, dan mendapati baju yg dulu tak muat dengan korang, sekarang bagai buku bertemu ruas! okay peribahasa tu tak kena. bagai cincin dengan permata! hah lantaklah, PMR dah lepas, SPM lagi dua tahun, to hell with peribahasa. haha tp bahasa masih jwa bangsa tau. aku cube pakai baju darjah 4, dan MASIH MUAT. gilalah, boleh berjimat sangat sebenarnya. syabas badan, syabas.

dulu masa aku sekolah rendah, aku benci shopping. that was the stage when i was looking for 'the identity', and i mistakenly chose to be sort of a boyish girl. nak yang hitam je, nak pakai topi, whaddefudge. mak aku risau, die selalu semangat nak belikan aku baju keperempuanan. biaselah anak permpuan sorang, ape salahnye die layan anak die mcm baby, pakaikan segala yang ade dekat kedai tu. ape-ape mak aku pilih yg pink, aku taknak. yg comel, aku taknak. annoying gila.

orang cr identity mase belasan tahun, aku 10 tahun pun dah ade dilemma tu. samelah cepatnye aku gatal mase sekolah rendah. at least sekarang aku takdelah baru nak menggatal, cari identity, sebab kalau aku baru nak mencuba sekarang bahaya, kang tersilap langkah. sebab makin besar makin banyak pilihan. dulu sekolah rendah apelah sangat. takde lah aku rebel sekarang with wide open possibility untuk buat benda mengarut kan.

at least aku dah merasa jadi nakal yang jahat, tapi sebelum aku ade peluang untuk jd lagi teruk. takdelah aku baek sangat, ape pun takde. kalau aku baek gila, mana mungkin aku sekarang hidup penuh dengan rase taubat dan insaf, ceh ceh.

tapi memanglah, dulu baju aku asek2 same je. sampai satu tahap aku malas sangat nak shopping, aku pakai baju abang-abang aku. betul. nasib baik dulu abang-abang aku agak feminin, baju pun berbunga berdaun mcm dekat pantai.




sekarang baru mak aku tau penangan hebat seorang anak perempuan. dulu die paksa aku shopping, sekarang belum sempat nak ckp apa aku dah hilang dr pandangan. aku shopping sendiri tau, bila jumpe yg berkenan baru dtg tunjuk kat mak aku. die approve je tp mmg dasar anak manja, tak boleh selagi mak tak tengok.

aku masih ade perasaan kesian yg tebal untuk mak aku. seboleh2nya aku taknak beli pape, tapi mak aku tu baek sangat, die akan paksa. kadang-kadang siap boleh bergaduh sebab aku taknak beli, die suruh aku beli. die tau aku nak, tp aku enggan (ENGGAN, fuish) sebab aku tau die akan bayar. kadang2 aku bayar sendiri. bila aku lupe bawa duit, aku mesti ckp "nanti balik, ma ganti dengan duit ayu tau. janji, kalau tak dosa. nanti haram".

tapi aku bersyak wasangka yang mak aku tak pernah ganti duit die dgn duit aku, so aku ambik initiative sendiri. aku masukkan duit dlm purse die dengan harapan die tak perasan.

tadi mak aku nak belikan beg Bonia untuk aku. apahal lah mak aku ni. die kate reward 8A. aku taknak lah reward. bukannya aku dpt barang bila result gempak je, mak aku tu kalau aku nak ape semua die beli. tapi naseb baek lah aku tak segila tu, naseb baek aku tak banyak demand. sebab tulah tak suke konsep reward, mcm kejam gila mak aku tak kasi beli pape kalau tak dapat result bagus.

tapi masa laen mcm fon, camera, dvd player dan mp3 aku bayar sendiri jugak, cume approval mak itu penting. takkan maen beli je.

akhirnya mak aku balik dengan sebuah beg dan dua kasut, dan aku ckp tu reward untuk die dptkan aku 8A. kalau bukan mak aku bangun malam2, buat solat hajat, bace doa mcm2, rasenya takdelah 8A dalam genggaman. isk sebak. kesian mak aku, kalau babah ade takpelah die nak bazir duit untuk aku. ni baek die bazir duit untuk diri sendiri. orang dah offer nak tolong bayarkan expense monthly taknak pulak, ni jelah cara aku berterima kasih kat die. halang die drpd belikan aku barang-barang.

kenapa walaupun aku cakap pasal benda normal seperti shopping, mesti topik menyimpang ke perkara sentimental? hah?









4 comments:

Shafiqah Omar said...

oit. Oit. OIT, sHHHafiqah. ok kta tak marah sebab kita tau awk memain. *tahan..tahan...*

MAk kita plak tak biasa offer2 kat kita barang, biasanya kita kena amik dan tunjuk mak kita (yes, kena amik dan tunjuk bkan sbb manja, tp sebab at least kalau pakai barang tu takde lah mak tak pernah nampak, sbg anak solehah, mak mesti tau barang2 kita, cewahh)

tapi entahlah hari Ahad tu tetiba je offer2. Kita sbnrnya nak brg2 tu, tp takyahla. cukup2. lenkali beli.

Ama, kta sebak bila awk cakap pasal babah tu... ehh awk pun pgl babah gak ke? sama2. Apa kata awk buat post psl babah awk?

Kalau tak memudaratkanlah. kita nak tau gak.

ok comment dah melebihi had.

:D

Keretapi said...

haha, naseb awak faham gurauan itu. ade gak terfikir awak nak mengamuk jerit "AWAK TAK BC BLOG KITE KE AMAAA?" tp tak la kot, sbb awak tau smorg bc blog awak! xD

awak mak dah offer, amek jelaaaa. lenkali mak awak nak offer agi ke? hohoho

kite nak cerita, tp panjang sgt ah. haha,no tak memudaratkan pon.

a good suggestion, nnt kite coba ya?

tape i value comment terlebih had :D

heyH said...

i'm super amazed.

haha.
taleh bla. bukan la amaze sebab tak percaya asal budak ni betul anak yang baik sgt dalam post ni.

eh, org dah lama dah perasan,

aah susah aah nak ekspelen. tp.. kita sangat..
aahh!! tatau de right word
haha. bye.

Keretapi said...

haha haz, i do think i have split personalities. kite boleh jd sgt teruk, dan boleh jd sangat baek.

eh tak tak xD heheh

em,awak perasan kite baek ke? time kaseh. kdg2 bile kite jd bengong sikit, and org mula berkata2, kite akan hot dan mcm fikir sendiri
"aku tadela gedik tu!"
"tadela jahat tu!"

mcmlah mmg kite elok sgt. but still, kite optimistlah dgn diri sendiri. heh ape aku ckp ni.

dan hazirah, i'm waiting to read your writing when you think you are not vocab-limited, tau? bukannya susah sgt, tulis je. ade awak bc blog kite penuh dgn perkataan rare ke? manade. kite pun tau guna ayat biase je, sure you can too kann

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails