aku menelefon ibu menggunakan telefon bimbitku, Diena pula tekun menelaah formula matematik tambahan. aku meminta ibu mengambilku, sambil mataku melirik ke kiri dan kanan, manalah tahu ada mawas si pengawas mengintip gerak geriku membawa barang larangan.
sedang aku bercerita kisah silam penuh tragediku kepada Diena, ada kelibat menghampiri kami.
oh, seorang junior berbangsa sigh rupanya. budak ini lagi, getus hati kecilku. mungkin dia mahu menukar duit kertasnya dengan duit syilingku seperti biasa.
"hai akak," dia menyapa.
"hai," aku berbasa-basi.
inilah detik permulaan episod kejanggalanku.
JANGGAL 1
Diena yang tidak pernah berkenalan dengan Adik Kaur, cuba beramah-mesra, "form berapa ni?"
"form 2", pendek jawapannya.
sunyi.
sebagai manusia yang benci akan keheningan, aku bermonolog, atas dasar apakah engkau datang ke mari jika engkau hanya berdiri seperti statue of liberty? menganggu perbualan aku sahaja, baru nak capai klimaks tadi. kemuncak cerita.
"sekarang rehat kan?" aku memecah kesunyian.
"haah,"
"awak tak makan ke?"
"memanglah kalau boleh nak makan, tapi nak makan macam mana kalau duit takda,"
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
JANGGAL 2
Diena bertanya kepada aku "bila awak nak cerita kenapa awak keluar dari MRSM yang hazab tu?"
"panjang ceritanya Diena, terlampau rumit, tidak boleh disimpulkan dengan istilah 'pendek kata'. eh tahukah awak, semasa saya kecil apabila orang menyebut 'pendek kata', saya teringat Ibrahim Pendek dalam cerita Labu Labi?"
Diena berasa geram seraya mengecilkan matanya yang sepet menjadi garisan satu dimensi, oh, rupa yang menawan hati.
"baiklah, apa kata awak baca di laman myspace saya. ketika saya masih mentah dan tidak mengenali apa itu facebook dan blogspot, myspacelah segala-galanya. ada saya lakar kisah duka saya di situ, siap ada banyak komen dan kudos lagi tau!" aku memberi saranan.
tiba-tiba Adik Kaur menyampuk, "akak, you ada facebook?"
"ada. awak ada ke?"
"nak ada macam mana kalau duduk rumah kebajikan, internet takda apa pun takda, telefon duit syiling saja ada."
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
JANGGAL 3
Aku perasan perubahan air muka Adik Kaur. ada sinar asing dalam matanya, cahaya ragu-ragu membayangi wajahnya. . . ada kekeliruan di situ.
dia memerhati Diena. seolah-olah ada pancaran laser meng-x-ray Diena yang sedang menghafal biologi. Diena tidak peka dengan tumpuan yang diberi, biasalah orang kalau dah tenggelam dalam longgokan ilmu, tidak akan perasan sekalipun ibu mertua yang lalu.
akhirnya Adek Kaur memulakan bicara.
"akak, kenapa tudung you panjang dan tebal?"
Diena terkesima. "er. . . takde apa-apa. tiada sebab."
"ada cikgu i pun tudung panjang macam tu, bila tanya, dia kata pakai saja-saja," Adek Kaur masih meneliti tuding labuh Diena, mungkin agak luar biasa baginya.
"memang saja-saja pun," Diena mengiyakan.
"tapi, i dengar orang cakap untuk tutup aurat, betul ke?" dia bertanya lagi, ingin tahu.
Diena nampaknya lega kerana tidak perlu menjelaskan dengan panjang lebar, dia membalas "haa, tutup aurat, betul lah tu."
sekarang giliran aku pula ditenung oleh Adek Kaur. keningnya berkerut, garis-garis muncul di dahi.
matanya melirik ke tudungku yang berpotongan agak pendek daripada biasa kerana tudung yang lebih sopan sedang disidai di jemuran.
"tapi akak. . . . ."
". . . kenapa you tak tutup aurat?"
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
BALAS DENDAM NAMPAK. THAT'S IT BUDAK, AKU TAKNAK TUKAR DUIT SYILING DENGAN KAU LAGI!
tapi apa yang dia tu cakap ada betulnya. terhina seketika. oh, malunya kalau pandangan semua non-muslim hanya bersandarkan pada orang islam macam aku!
dik, akak tengah cuba lah ni.

BUT ROME WAS NOT BUILT IN ONE DAY OKEH , wuwuwu T_______T
