Assalamualaikum. Aku nak gi umrah. tadaaa!
Aku tak bagitau sesape kecuali sorang kawan. malas nak habaq benda tak tentu, lainla kalau dah last minute camni. by last minute aku maksudkan malam ni. iye, malam ni.
dua tahun lepas time nak gi NZ pun kat airportla aku message orang cakap aku nak pergi, sila doakan keselamatan kami. ada yang mengamuk sebab tak bagitau awal-awal. rasa dihargai :').
ceritanya bermula apabila ramai dak pas SPM nak gi umrah. aku cakap "best kan kalau dapat pegi ma?" tetiba esok dia bagitau bahawasanya kami akan ke Mekah pada hujung bulan ini. u say wuuut??? tetiba aku berat hati. tetiba aku macam "oh tidak! secepat ini???"
padahal dulu rasa alangkah indahnya kalau dapat pergi umrah dengan emak. yelah, orang tua kita dah tua, bukan selama-lamanya ada dengan kita. aku sentiasa ingat fakta ini, membuatkan aku lebih paranoid dan sering berdoa biar dapat kongsi benda bermakna dalam hidup dengan mama.
tetiba sekarang macam... taknak pergi! mungkin sebab dah berbulan aku tak kemana-mana. aku duduk rumah, buat apa-apa aku suka. suka hatila nak cakap hidup aku bosan ke, takde hidup langsung ke, ada aku kesah? i love a peaceful and quiet life, takyah ke sini sana lepaklah menggelabahlah. kadang-kadang dengan kawan-kawan rapat tu bolehlah.
bukannya tak kena bebel langsung. mak mana yang tak membebel kalau anak dara dia tak berapa ada kualiti untuk jadi seorang isteri? ala ma, lek lu, lambat lagi. aku tak kesah duduk rumah wp kena marah, sebab time ni la nak duduk puas-puas dengan mak kan? kenapa? sila refer perenggan kelima.
mungkin jugak sebab berita ini sungguh secara tiba-tiba! kurang daripada sebulan untuk buat persiapan. persiapan terbaik aku hanyalah berkaitan dengan barang keperluan. sebelum ni susah naa aku nak beli jubah. see the height laa. malas nak potong bagi pendek, kesian tak?
aku ada jubah masa kecik je. sekarang, jubah untuk budak-budak tak muat, jubah untuk orang besar lak meleret-leret. aku kan lagi suka pakai baju berkain daripada seluar, so bila mood datang aku pakai baju kurung sebab aku tak suka skirt. at least boleh lipat kat pinggang, tsk tragis.
aku tak beli jubah sebab selain faktor ketinggian, jubah yang aku jumpa semua aku tak berkenan. sama ada kosong sangat atau terlebih bergaya tak ingat. labuci dekat lutut, wth? camne nak bawak solat? buat melawa bolehla. harga pun tak agak-agak, kadang-kadang bukan cantik pun yang over-over ni. jubah yang ada sulam atau manik tapi simple susah nak jumpa.
mungkin aku salah tempat. sebab bila aku pergi Giant kat sini, omagosh! comel-comel jubah dia! harga dalam 70 paling murah, boleh nego. design cantik, tak lebih-lebih, kaler kiut-kiut, i likeee. apa lagi, beli beli! pasni dah ada jubah yang boleh dipakai ke mana-mana tanpa nampak macam nak melawat kubur ataupun tengok fashion show. tsk.
aku cakap pasal apa tadi? scroll jap. oh ye, umrah.
salah satu sebab utama aku mula-mula taknak pergi ialah sebab aku tak ready. aku ni ikut suka hati je ada buat ada tinggal. contohnya, aku pakai stokin tapi tak pakai handsocks. bila ada gambar ternampak tangan, mulala nak photoshop. sedih je kalau gambar ngan kawan-kawan, semua dah comel, tetiba ternampak lengan. takleh masuk FB :(
aku rasa macam tak layak je nak jadi tetamu Allah, takut sebenarnya. nak ke bumi Mekah terima kaki aku? kalau dah takut tu prepare la awal-awal kan? tapi sama macam periksa, aku ambik pendekatan last minute. cuak usaha awal-awal, so aku usaha hari sebelumnya.
KAU INGAT PERGI UMRAH NI MACAM FINAL EXAM KE?
tapi dah ni cara aku. lagi aku takut, lagi aku malas, lagi last minutelah usaha. sebelum tu aku lek lek je, sekarang baru menggelabah. old habit dies hard u no.
aku tanya mak aku, dia memang nak pergi ke? bukan sebab aku cakap pasal umrah kan? dia kata memang dia nak pergi lepas aku habis sekolah, almaklumlah sebelum ni ada anak kena jaga kat rumah. fine. dia kata dia boleh je pergi time lain, tapi kalau aku nak pergi dengan dia, sekaranglah masanya. pasni kang aku tercampak kat mana-mana tah, memang taklah nak gi umrah.
lepas aku balik nanti, jangan expect aku berubah walaupun 90 degree. aku nak berubah, tapi guna skala aku sendiri. yang manusia tak nampak. so. jangan. jadi. cam. makcik2. yang. tengok. artis. balik. umrah atau haji. pastu. complain "same je ghupenye". aku tampar kang.
oleh itu, tolonglah doakan saya dan mak saya selamat pergi dan balik ye? doakan semoga takde perkara tak elok yang jadi. semoga Allah terima aku yang hina ni. semoga aku dapat kebaikan sepenuhnya kat sana. semoga Allah makbulkan doa kita.
Amin.
InsyaAllah aku akan doakan kawan-kawan aku semua :)

5 comments:
have a safe journey Ama. Rindunya Makkah :')
InsyaALLAH, AMIN (: Sentiasa selamat Akak di sana di samping ibu tersayang!:D
Wow this is awesome ama. Cherish the whole trip! semoga mendapat umrah yang maqbul. Dan betul, memang kita pun selalu fikir macam awak. Dahla mak kita... dia sakit en. haha ok. :)
Thanks korang :")
Peqah, yes. kita. bayangkan macam2. even though mak kita tak sakit pun. isk.
have a safe journey :)
Post a Comment