Sunday, September 27, 2009

LESEN DIBERI SEMULA; PMR Masih Ada

The truth is I try to be like other people.

Try to focus on study like them. Try to stop fooling around like them. Try to be all serious and discipline like them. Try to be nice to everyone and avoid mistakes or doing sinful things. Try not to go online two months before the big exam like them. Try to write all temporary farewell at myspace and blog showing how committed I am in studying. Try to be people who don’t watch tv and listen to music and blogging anymore for the sake of the future.

Try to change myself to be them for PMR.

The truth is I try to be what people expect me to be.

Try to study all the time, like living my life now does not matter, but to study and study and study up to people’s expectation. Try to have my mind only for PMR and my head only covered in books as they expect.

Try to shape and fit myself in their cup of perspective because I don’t deny the truth in what they think, I will get outstanding results only if I study and study and study according to their taste of life.

You know what? I am neither those people nor what you think of me.

I hate it and I am not proud of myself at all for still being the old me.

The truths are, I still take at least one hour daily daydreaming (yes, you can really lay down and live in your own mind for hours), I still cant stop doing sin and making Allah mad at me although everyday I will pray I have the strength to be good , I still abandon the books in front of me while watching Anak Halal, Duyung, The League of Their Own, The Comebacks and Glamour Raya, I still eat with my horse appetite like there’s no tomorrow while some candidates maybe don’t even have the mood to see food and are losing weight, I still go online and make my online icon invisible and sometimes I got busted by my friends, I still put my pen down and dance whenever I listen to my songs, I still play endlessly with my Malmal Sayang, and I still have the habit of starting my study late at night, sleep at 3 am and wake up the next morning at 10 am.

Yes, I am still me the way I remember.

I know some of you wouldn’t believe it, but hell I don’t care. This isn’t something many people always think I lie to amaze them when actually I do study like crazy. I maybe an idiot for the way I behave but I am not stupid to say false things out loud to change people’s impression.

What I say is what I do. If you get the wrong impression of me, that’s your issue. This is my resentment for myself, if you still haven’t noticed my dear.

I have exactly 10 days to PMR. The only things I have studied for the last time and wont do them anymore although I suck at them are Science, KHB form 3, ¾ of Agama Islam and . . oh, only those. I don’t know how I’m going to live for another ten days.



“Bismillahirrahmanirrahim. Ya Allah, Kau bantulah aku dan Calon PMR lain pada saat-saat akhir ini. Kau bukakanlah pintu kejayaan bagi kami dalam PMR. Kau permudahkanlah jalan kejayaan bagi kami. Kurniakanlah belas kasihanMu, rahmat dan petunjukMu, serta pertolonganMu sebelum, semasa dan selepas kami menduduki PMR. Ya Allah, Kau berilah aku dan Calon PMR lain keputusan cemerlang, 8/9 A, Kau jadikanlah kami pelajar cemerlang dan yang terbaik antara yang terbaik. Amin”


And you won’t see any ‘DISITA’ in this post. This blog is back in action.

Sunday, September 20, 2009

DISITA SEKALI LAGI.



Aku membelakangi kamu untuk PMR.

This time, for good. in the contex, until after PMR is over lah.
GOODLUCK PMR CANDIDATES.
i have no experience for PMR and UPSR was certainly different from this one,
but i can tell being unprepared and haven't finished studying 2 weeks before PMR
is not close to normal never mind glory.

I need nothing but His will and mercy and help now.
so help me praying, alright? thanks.

goodluck everyone.
see you after it's over.




UPDATE: KEGAGALAN; MASIH ONLINE! BAB 1 OKEH.


Friday, September 18, 2009

Abah pakai lampin tak?

Iklan Raya Terbaik Yang Pernah Ada



Aku ingat, time ni aku darjah 6. First time aku tengok, aku menangis teresak esak. tak boleh control dah. dan aku akan still sedih setiap kala aku tengok iklan ni. Aisyah, awak ingat tak? awak pun menangis jugak. lepas tu kite message pasal iklan ni. iklan ni mendalam gila. aku taktau nak ckp ape dah. tengokla sendiri.

Blog Disita Edisi Raya

Eh, blog aku masih disita lah. cume macam dok penjara lah kan, raya masih boleh ketemu sama yang teristimewa :D

okay jangan mengarut. kad di bawah ni memang baki kad raye aku yg tade kasi ke sesape. so aku pun dengan muke tak malu suruh budak2 kelas sign kan utk aku. aku suruh sign je, tp hasilnya membuat aku terharu. terima kasih korang. muah muahhhhh. dan terima kasih zul. kerana tulis name aku Amolune. hm agak menarik.

Before balik, kami perempuan berpelukan, sayu terdengar takbir bergema.

oleh budak laki kelas. walaupun secara tak langsung, korg masih meninggalkan kesan dlm jiwa aku kerana takbir raya yang begitu bersemangat. scene yg sempurna.






Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Aku mintak maaf atas semua kesalahan aku yang buat korg terasa.
even kalau itu bukan salah aku tapi korg masih terasa, aku mintak maaf la jugak.
mwahahah.
serious. mintak maaf ye. halalkan segalanya.
permudahkanlah jalan aku utk berjaya dlm PMR dan utk masuk sorga :D
Amin :)

oh dan. aku takkan tulis pasal raya aku tahun ini. so sila bace raya last year punya post.
click lah. post itu masih baru. as every raya is the same to me. enjoy.

Saman Cermin Kereta Gelap Sangat

Hari: Khamis
Mood: Climax. maksud aku teruja nak cuti raya.
Waktu: Balik sekolah.

Aku, Nawa dan Hazirah sedang berjalan ke arah gate kecik sekolah.
Topik bualan: undefined.

Aku, Nawa, Hazirah: blablablabla, blabla, blabla. bla? oh bla.
Aku: eh, tu kereta abang kite ek? kite tak pakai speck.
*seraya pointing ke arah kereta perdana turquoise yang terletak betul2 depan gate.
Nawa: haa, abang awak.
Aku: eh, ade mak kite ke dlm tu?
Diorg: tak, abang awak je.
Aku: oh ok, bye korang.
*telah berjalan keluar dr gate yg temboknye dipenuhi oleh muke muke yg dikenali.
Aku: BYEE KORANG BYEEEE!
*membuka pintu kereta.
*memandang ke dalam.

Otak berfungsi cepat selama 2 saat: em. ade kemungkinan tak abang aku suruh kawan die yg tak dikenali ambek aku gune kereta die? oh dan. em. ade kemungkinan tak dlm kereta abang aku dah direnovate? dan em. kenapa muke kawan abg aku tak boleh blah senyum begitu?

Ok faham.

Aku: eh, heee, sorry (senyum)
*tutup pintu kereta. berjalan dengan muka cool ke arah kawan2. seolah olah itu benda biasa. tak pandang tempat lain. hanya pandang hadapan. so kalau semuaorg tengah gelakkan aku pun aku tak perasan.

berjalan mcm model. hinggalah sampai ke tempat kawan2. diri ini beberapa minit yang dicontrol cool dan ayu akhirnya meletup juga.

Aku: B*BI!!!!
*terlompat lompat mencarut segala yg boleh.

Encik Kereta Biru, anda tahukah yang kaler kereta anda yang memeningkan kepala tu hanya abang saya je yang gila cat sebegitu?
Encik Kereta Biru, anda tahukah yang dari tepi kereta anda yang bukan proton tu nampak mcm perdana?
Encik Kereta Biru, tahukah anda kereta mak saya diservice jadi kemungkinan besar memang abang saya dengan kereta perdana turquoisenya yang menjemput saya?
Encik Kereta Biru, tahukah anda ini pertama kali dalam 15 tahun hidup saya saya tersalah kereta?
Encik Kereta Biru, tahukah anda berapa ramai orang di crime scene tersebut dan mereka termasuklah kenalan di myspace, abang form 4 yang handsome, abang kawan baik, dan lebih kurang 20 orang lagi?
Encik Kereta Biru, tahukah anda lepas ni saya terpaksa mula memakai topeng H1N1 supaya tak dikenali?
Encik Kereta Biru, tahukah anda, saya ada pertimbangkan pilihan untuk berhenti sekolah ketika itu juga dan terus kahwin dok rumah jaga anak?

dan tolongla Encik Kereta Biru, kerajaan telah meletakkan garis panduan supaya
CERMIN KERETA TU TAK BOLEH GELAP LAGI KE???!!!

Saturday, September 12, 2009

BLOG INI DISITA UNTUK SEMENTARA

Pukul: 3 pagi.
Aktiviti: Menatap blog selama 30 minit tanpa henti.
Objektif: Untuk melepaskan rindu yang akan dirasakan selama pemergian 33 hariku.
Catatan: Ini suatu yang baru bagi aku. Tidak online seminggu pun sudah rasa menderita, bayangkan dugaan dan godaan yang akan aku hadapi.
Motif: PMR.




Tiada lagi ini.
Selamat Tinggal Blog.
Doakan Aku berjaya.



UPDATE: ITU SEMUA TIPU DAN KEGAGALAN SAMA SEKALI.

BUKTI? AKU TENGAH ONLINE SEKARANG, APA LAGI.




Brainwash

BELAJAR BELAJAR BELAJAR.

BELAJAR ITU INDAH
LAGI MENGASYIKKAN.


*hypnotist diri sendiri.

Friday, September 11, 2009

Luahan The PMR Candidate

Aku Tak GEMBIRA.

gembira tak gembira aku kena belajar jugak. tapi benda tu memberi kesan tahu? PMR kejam dia ingat semua org bahagia lah boleh belajar dengan tenang jawab senang senang mase ambek die nanti. takde consideration langsung.

aku mengaku aku tau yang aku The Candidate. semua org tau aku rase. so jauh sekali niat nak perasan kat sini. aku rase takde masalahla kalau schoolmate aku tetiba kate amalina riak nak mati padahal diorg yang cop aku camtu. aku tak pnah kate pape.

masalahnya aku bukan seperti The Candidate yang lain. aku takde itu kualiti. Allah tu je yang maha pemurah.

selalu bila aku dapat result, aku selalu tak percaya dengan mata sendiri. aku tau aku buat camne, berapa banyak maen agak je, aku tau aku tak layak. nauzubillah. bukanlah aku taknak pertolongan Allah ni, aku sangat bersyukur. tapi aku takut. kenapa? ni bukan standard aku. usaha aku tak setimpal.

aku takut dengan result sendiri. aku mestilah obsess dengan 8 A tu, aku taknak dapat markah A yang rendah pun. aku selalu berdoa, harapkan miracle lah. dan tup tup, doa termakbul. dan aku takut. kenapa senang sangat? bila dapat result ok, aku takut nak jawab bila org tanye.

mungkin kalau aku berusaha betul betul dan tahu aku layak dapat bagus, aku akan jawab dengan bangga. tapi tak. sebab aku takut, kenapa orang lain susah, aku senang je nak dapat ape aku nak?

aku tak selesa bila ade orang kate die tak puas hati dengan aku. padahal aku taknak attention ni semua. aku nak markah tinggi, tapi aku nak jadi nobody. takde sape nak kesah pasal markah aku. aku lagi suka.

aku rase bodoh bila aku tak dapat jawab bila orang tanya macamana aku belajar. sebab aku memang taktau nak jawab sebab aku tak buat. aku rasa aku jahat sebab mcm aku tanak bagitau diorg rahsia aku. padahal there's no rahsia at all. lagi lagi bila org kate aku tanak kongsi tips, nak berjaya sorg2, tanak org lain berjaya, korg rase ape perasaan aku?

aku memang tak boleh nak kata apa, sebab aku bukan budak yang belajar hari hari ikut jadual semua. aku belajar bila nak periksa sahaja. dan sekarang aku baru nak concentrate sebulan sebelum pmr. korg ingat aku nak ke dapat 8A sorg2? korg ingat aku boleh happy ke bila tak ramai yg dapat 8A? sedangkan mase ujian biasa pun aku nak sorok markah aku, ni kan pulak kalau betul betul. aku siap doa kita semua dpt tau. tapi orang tak faham aku. dan aku pun tak faham diri sendiri.

tetiba aku terfikir, mungkin Allah mudahkan jalan aku dlm study sebab jalan aku yang lain tak mudah. susah. Allah tu kan maha adil. mungkin itulah hikmahnya bila aku menangis tak habis habis. mungkin. dan aku sangat bersyukur. aku rase bersalah kat Allah sebab aku bukan baik sangat. banyak yang Dia kasi banyak sangat sebenarnya tapi aku hanya rase yang sakit je. mungkin aku bertuah, sebab macamane orang nak rase kebahagiaan sebenar kan bila dah sentiasa gembira?

takpelah, i know things can be worse than they are now. even aku tak dapat banyak yang aku nak, yang orang lain ada, tp aku ade satu anugerah yang ade pada orang lain tapi diorg tak rase mcm ape aku rase sebab diorg ade segala-galanya yang buat hidup bermakna pada aku. tapi aku tahu aku tak boleh stick dengan anugerah tu for eternity. aku rase anugerah tulah yang buat aku waras sekarang, kalau tak, aku macam hidup tak bernyawa kot.

dan aku selalu mintak mcm mcm kat Allah tapi aku tau apa yang aku pulangkan kat Dia tak setanding langsung dengan apa yang dia kasi kat aku. takpe, doa je lah. asal aku optimistik sangat ni? perubahan kot. haha. aku akan terus doa dan doa dan doa supaya Dia tak jemu tolong aku :)

InsyaAllah. Amin.

Life Isn't Yours

How does it feel when life doesn't feel like yours
When your dreams are tied back
By the will of handling the mortal fate
When your will is doubted
By the pain of endless bleeding source
When the pain is worse
If you obey your own will of saving the uncertainty
Letting your dreams perished in reality
And for nothing if fate cheats you.

How does it feel when life can be even in pitcher black at any moment?
When nothing is guaranteed in return?
Suddenly life doesn't feel like yours.

Because your life isn't in your hand.
And i have no other path than to live according to the unknown plan.


claim : i dont like copy brats and that's why i dont post all of my poems here as i really hate people claiming my works are theirs aka PLAGIARIZING. no matter how mind numbing my writing could be, i guess it is my right to overemphasize about this. Again, HAK CIPTA TERPELIHARA, thank you.

The Face in The Mirror

I see the troubled face
I see the trembling lips
I see the wet chicks
drowning in the flood
unstoppable stream from the dying eyes
making way besides the leaked nose bricks.

As i stare straight ahead
I see the bloodshot eyes rise
Striking like a threat
In the mirror.

I pull the edge of the lips with much effort
Thinking there are silver linings hidden somewhere
And i laugh at the sight of the grinning swollen face
Forced to digest the unusual optimism like the world is fair.

But the eyes betray the lips
Ah, the eyes again.
The reflection of weakness and truth
and the torturing pain.

Is any of them saddened by the pathetic image they shape in the mirror?
Does any of them desperately wish they can mold their destiny that is so unforeseeable?
Would any of them feel what the heart feels, ever?

Is this an outrageous test or a fair redemption?
If this is a test, Dear God owes me big one.
Life perfection.
If this is the later, I certainly owe him
And I will wait until my debt is paid.

Until then, the face in the mirror is tainted forever.

claim : i dont like copy brats and that's why i dont post all of my poems here as i really hate people claiming my works are theirs aka PLAGIARIZING. no matter how mind numbing my writing could be, i guess it is my right to overemphasize about this. Again, HAK CIPTA TERPELIHARA, thank you.

Monday, September 7, 2009

PMR, like meeting mother-in-law to be.

Okay esok hari aku akan start belajar dengan serious, insyaAllah.

tiada lagi hari tidak jemu online 24 jam, hari menonton cerita best seperti semalam iaitu cerita The Hottie and The Nottie (lawak nak mati ok), hari tidur petang walaupun memerlukan letak lidi pengorek gigi di eyelids mcm Mr Bean, dan tiada lagi hari di dapur sehingga digigit tikus.

Aku akan belajar.
*mata bergemerlapan*

Esok bermulalah hari pertama untuk program PMR yang melibatkan 4 minggu keseluruhannya. kelas aku iaitu 3Cem1, 3Cem2 dan 3 Tqwa dah dipecahkan dan digabung dlm 20 kumpulan berlainan, satu kumpulan ade sorg mentor dan dua mentee. akan ade bengkel, latih tubi non stop dan juga gerak gempur.

aku dahlah tiada bakat menjadi seorg guru, habeslah ahli kumpulan aku nanti. pernah terjadi satu kes di mana aku mengajar Hazirah satu soalan matematik ni yg dia tak faham, aku mengajar sampai mcm menderita suruh die faham pada masa yg sama tergelak gelak sebab tu. rupanya teacher Zainab perhati je aku ajar die, die pon gelak. akhirnya teacher yg ajar Hazirah sendiri. malunya aku --"

method ni dah sinonim ngn sekolah asrama. masa aku kat MRSM dulu, form 1 pun ade mentor mentee camni. aku mentor sejarah, sains, BI, agama kot. dan setiap mentor akan dapat sijil, fuaaa. cuma sedihnya aku tak sempat dapat sijil sebab dah give up keluar mrsm awal awal.

aku sangat harap program 4 pusingan/minggu ni akan berjaya, amin amin amin. sebab mungkin ini jelah yg dapat bantu aku untuk dapat 8A. dulu mase aku dengar ade senior belajar sebulan je before PMR, aku tak percaya, mcm, mustahil lah. dan aku yakin dulu semalas malas aku pun, aku pasti akan belajar konsisten dr awal tahun.

tp tidak. aku hanya belajar bila ade periksa, dan aku sekarang baru nak start belajar dengan konsisten untuk PMR. SEBULAN before PMR. apelah nasib aku nanti :(

tapi insyaAllah, aku yakin program i boleh berjaya, sebab tu je yg aku boleh buat sekarang. there's no turning back. hanya yakin, ikhtiar pada last minute, doa dan tawakal je lah yang akan buat aku terima qada dan qadar untuk result PMR nanti. all the lucks of the world for us.

digigit tikus balasan tak belajar

Aku janji weekend semalam merupakan weekend terakhir aku tak belajar. tp tu takleh dipanggil as mensia siakan masa, sebab hari sabtu dan ahad aku ade aktiviti dapur yg bermanfaat ;')

sabtu, aku tolong memasak mostly ;') terharu lagi. nampak sangat tak selalu masuk dapur. haha. yelah aku taklehla masuk hari hari kan, kate calon PMR ececeh terbau penipuan di sini. padahal rutin kebanyakan petang aku di bilik hanya Allah lah yg tau betapa membuang masenya.

aku buat sambal belacan. bukan nak kecoh. tp aku buat sambal belacan turun temurun warisan keluarga tanpa pengawasan mama. dan berjaya buat dgn sedap sampai semuaorg puji ;')

hari tu jugak aku beriya membasuh ayam sampai berpuluh minit. memang kalau aku basuh ayam lama gilaa, sebab bila anda basuh ayam, baru anda perasan betapa banyaknya lemak ayam yg tersirat dah masuh ke perut anda dan straight ke paha anda. aku takkan biarkan penyeksaan terhadap badan mcmni berlaku. even mak aku pun korek lemak ayam jap je, tp aku bersungguh sungguh potong bahagian tertentu dan korek lemak hingga ke akar umbi. terutama kat kulit, sampai nak tercabut kulit tu aku siat. lemak tebal nak mati.

terima kasih kepada khidmat basuh ayam aku yg jarang ditawarkan ni, keluarga aku selamat drpd ancaman obesiti untuk sehari dua ;') aku terharu lagi sekali.

tengah khusyuk mengorek, tetiba aku rase ade benda gigit kaki aku. sakit. tp takleh blah, bila dengar bunyi gigi tersebut ter'ketip'. $%&$%&%^&*(^(^*&^&!!!! terus aku lari berteraburan paha ayam yg tengah dibasuh tadi, darah ayam pun meleret di lantai dapur basah. dan mencarut satu perkataan B.

aku nak tanya, boleh mati tak bila tikus gigit kita?

tikus of courselah ade bawak kuman dan racun sebab tu kite takleh makan benda yg tikus dah makan kan, masalahnya skang die dah makan aku. taktaulah tikus atau tupai atau biawak atau ular. tp serious sakit, sumpah. peliknya takde kesan, padahal td ade bunyi gigi tikus bertemu. mungkin kulit ibu jari kaki kiri aku ni tebal sangat kot, tak berjaya ditembusi. hangin aku.

mak aku gelak je, die kate die berpuluh tahun habeskan masa die kat dapur berpuluh jam satu hari, ta pnah pun kena gigit ape ape. mungkin itu petanda buruk kut bila aku masuk dapur. mane la tau. abang aku lak ckp "mungkin die tak pnah bau kau kot kat dapur, ingat kayu ke ape ke". insulting gila aku takde laa sebulan sekali masuk dapur, kerap je ceh, cuma bukan hari hari la aku basuh ayam. takpelah janji kau puji sambal aku sedap --"

malam sabtu tu pukul 12.30 malam aku dan ma ikut along dan co balik umah dorg, saje dah lame tak tido situ. sampai 1.30 pagi. bangun balik 3.30 pagi nak sahur kat luar konon, 2 jam je tido bayangkan. tapi hujan lebat, kitorg druve thru MacD dan beli nasi lemak kampung baru yang terbaik. setelah meredah hujan usung semuaorg, last last kitorg sahur depan TV tengok Nur Kasih. tayah tanyala masing masing bangun pukul berapa pagi ahad tu ya.

petang kitorg buat Famous Amos. ye, THE Famos Amos cookies. resepi original. alkisahnya camne boleh dpt resepi original dan camne nak buat aku post kemudian arh, panjang ceritanya. bersemangat kami buat, best gila. aku dahla suka teruja guna oven, sbb oven kat rumah dah rosak lama dah so dah lama tak guna buat kuih atau kek T_T

kawan kawan sme pandai gune oven n buat kek tp aku tak pun, aku buat tiramisu je sbb tu pun tak gune oven. eleh tp at least aku pandai kena minyak kuali. credit utk diri sendiri. satu lagi credit utk aku, buat famous amos tak mudah weh, terutama bila anda kena guna mesin pengadun tu guna tangan adun kat periuk nasi sbb bowl die dah rosak. gila penat.

bau mmg bau famous amos. cume rase lain sikitlah sbb kitorg tak ikut resipi sangat, ade main taruk je. lgpon ade kesalahan dlm process membuat. tp overall, sedap.

itulah weekend aku. walaupun rase sia sia tak belajar, tp siapa yg boleh kata memasak tu mensia siakan masa? takkan? jadi aku puas hati. dan utk melegakan hati lagi, setelah hari sabtu makan 2 setengah potong kek coklat, dua round macaroni cheese dan hari ahad makan berpinggan nasi arab yang addictive gila tu, berat aku tak naik walau 1 kg pun ;') terbaik.

Pisang Segar; eh, aku jarang cerita pasal hari aku akan? sebab dua hari ini je pon yang ade modal nak bercerita, yang lain. . . T_T

Sunday, September 6, 2009

Dilemma Orang Berdosa

selain Nur Kasih dan Cinta Sempurna, semalam di Astro Ria aku pun tengoklah satu cerita hebat ni. tang mana yg hebat tu? tang message die. aku sebagai tv expert sumpah tak pnah lagi tengok drama bertemakan message sebegitu rupa. dan membuatkan cerita bernama Antara Garisan ni bertambah best, sebab message yg ditonjolkan tu sebenarnya dah lama aku terfikir nak buat blog pasal tu, dan perkara yang aku selalu fikir dan jadikan isu dlm hati.

Cerita tu tunjuk pasal seorg ustaz ni yg sentiasa ditemani lelaki berjubah beserban tangan berlilit tasbih dan bercelak tebal. lelaki bercelak tu kekonon supporter die la, kate kat ustaz tu yang ustaz tu golongan terpilih dan memacam lagi. last last ustaz tu buat cult pulak dengan penduduk kampung yang ilmu agama cetek tp ade hati nak mengamal makruf nahi munkar.

tak salah, takyah tunggu kita sempurna baru nak berdakwah kan? masalahnya bg sesetengah orang yg iman tak kuat, diorg jlnkan hukum agama ikut sedap rase je, bukan ikut kitab dan sunnah. mcm cult ustaz ni lah, orang mengandung anak luar nikah die gi sepak terajang, mcm sial.

aku panggil cult sebab mmg diorg ni ajaran sesat pun. si ustaz yg patutnya lebih arif tentang hal mcm ni pergi terpengaruh ingat diri sendiri tu istimewa, golongan terpilih padahal biasanya alim ulama sejati yg memang hidup mati semata mata untuk agama pun menangis nangis bertaubat tiap jam, langsung tak fikir diorg istimewa ke ape ke padahal dah sah ahli sorga. si pengikut pulak mengikut ustaz dan menjerit tak tentu arah konon berjihad, bukan ikut agama. berjihad kepala engkau la suka hati terajang perempuan, patutla omputeh ingat kite terrorist.

last last, ustaz ni ditangkap berzina dengan housemate die. bodoh. nama ustaz tp serumah ngn pompuan, konon nak menolonglah. paling kelakar ustaz ditangkap beradultery time tu, satu satunya benda die pakai ialah serban. tak sempat bukak kaaa? dah kena tangkap terus "astaghfirullahalazim", mcm tak sedar lak kau tengah landing atas perempuan tu.

kemudian di akhir cer, supporter ustaz tu yg bercelak tu rupanya yg jadi narrator dan cerita pengajaran cerita ni. ayat akhir die berbunyi lebih kurang;

"dan akulah makhluk Allah yang telah bersumpah untuk menyesatkan manusia"

kemudian ade budak lalu sebelah die, lepas die ckp ayat tu, die panggil budak tu yg dah jalan sepuluh kaki belakang die. budak tu kate "aku tak nampak kau pun tadi?". si supporter bercelak kate "eh, aku ade. . .".

korg faham tak? akal cepat berfungsi. untuk buat korg yg tak faham menjadi faham, mase credit cerita ni ade perbualan antara seorg budak laki kecik ngn mak die;

budak: mak, betul ke bulan puasa takde syaitan?
mak: betul, semua syaitan kena ikat.
budak: habis tu, kenapa ade orang masih buat jahat mak?

dan dialog habis begitu sahaja. PERFECT CONCLUSION. faham?

si supporter bercelak tu merupakan syaitan. ye, syaitan. sebab tu lah budak yg lalu sebelah die di akhir cerita tak nampak die. dan patutlah papepon die selalu berdiri di belakang ustaz cult dan membisikkan benda, ustaz je nampak, orang lain tak nampak. die syaitan.

kenapa syaitan ade bulan puasa? ustaz sekolah ckp, mungkin bukan semua syaitan kena ikat. mungkin mak bapak dan orang kuat syaitan aje kena ikat, atau mungkin diorg yg terlepas. sebab ulama pon ade berbincang pasal ni, cume takde jawapan tepat. wallahuallam.

OK PANJANG GILA INTRO. AKU SEBENARNYA KAN NAK CERITA PASAL MESSAGE DI SEBALIK CERITA TU. JGN KEMANA MANA, JGN MEMBELAKANGI BACAAN AGAMA. ceh agama lah sangat. takpe, aku cuba ya.

message die berbunyi manusia semua sama di mata Allah. ade watak kaki disko mengandung anak luar nikah, sekelip mata bertaubat dan watak seorang ustaz yg sekelip mata hanyut dlm maksiat. see, Allah boleh ubah kite bila bila mase Dia nak.

tu yg dah lama aku nak blog dan nak ckp kat kwn kwn yg kdg2 bila timbul cerita tentang anak si polan ni tak solat lah ape lah, diorg terus buat muka lain dan ckp perkara yg aku rase tak patut. tak taulah tah tah mata aku salah interpret, tp pada aku diorg tak boleh fikir buruk atau hina atau keji orang yang buat dosa. maaf kalau salah tafsir muka korg ye.

sebab aku dah lame pendam isu ni jugak lah terhasilnya poem melalut di tekan sini.

I'll start with the saying 'hate the sin, not the sinner'. pernah tak kite terfikir, Allah tu boleh hina kite bila bila yang die nak (nauzubillah) dan boleh muliakan si pendosa bila bila yg die nak. siap ade lagi message ni dlm alquran, kite belajar untuk PMR tak silap aku. tp aku lupe ayat mana.

jadi janganlah kita fikir yg negatif tentang orang yg buat dosa tu, jgnlah cop diorg as something something sebab bila bila mase je Allah boleh letak kite kat tempat diorg. patutnya kite bersyukur kite bukan di tempat diorg. aku tau ade sesetengah orang yg tak terfikir pasal ni.

dan aku tak kate aku bagus pasal aku salu terfikir, kalau tak same je la aku ngn ustaz tadi. aku mungkin selalu kesiankan orang yg buat dosa sebab aku pun pernah jadi diorg. aku pernah jd budak yg salu tunduk dgn godaan syaitan, dan selalu jugak nak berubah. tp tahukah korg? untuk org yg pernah buat salah, untuk berubah jd baik bukanlah mudah.

malah aku masih lg susah tinggalkan dosa aku yg dulu, tp aku dah tekad utk berubah sikit demi sikit. dan aku tak pernah cte kat kwn kwn aku, sebab diorg akan give me the 'look', ayat seperti "ya Allah" dan lain lain lagii.

bersyukurlah korg tak jd salah sorg drpd org yg diuji Allah mcm aku ni. bersyukurlah yg korg ni baik dan mulia dan tak buat dosa mcm aku ni. dan ingatlah, Allah boleh uji korg bila bila mase jugak, macam aku ni. kita tak selamanya baik, dan kita tak selamanya buruk. aku selalu doa yg buruk aku ni akhirnya tertanggal juga, dan baik aku walaupun sebesar kuman tu berkekalan.

geez, banyak korg taktau sebenarnya psl aku dan banyak korg tak fhm pasal org yg berdosa. jgn tunggu sampai korg dah buat dosa dan rase susahnya berubah baru korg boleh simpati kat golongan yg berdosa ni.

cerita Antara Garisan tu memang mendalam sgt bg aku, sebab dah lame aku nak luahkan tp tak terkeluar dgn kata kata. kita manusia, semua samanya. of courselah its good bila kite nak menempelak dan membenci diri sebab dosa kita dan menyanjung alim ulama, tp jgn la asal kite sempurna solat lima waktu je, kite dah anggap org yg tertinggal subuh tu sebagai kurang baik dr kite, walaupun sikit pun tu antara die dgn Allah. jgn bila kite dah tutup aurat sepenuhnya, kita nak pandang slack dekat orang pakai sleeveless yg tengah amek wuduk kat surau KLCC.

kadang kadang benda simple dan kecik camni pun kite terlepas pandang, tp kesannya besar. aku pun kadang kadang terlintas gak fikiran negatif dekat orang yg pierce di pusat dan tayang kat seluruh alam ni, tp cepat cepat la kite sedar kan. mungkin aku akan berada kat tempat die nanti, mane lah tau. mungkin satu hari nanti ade musibah menimpa aku dan hidup aku terumbang ambing malah jd lg teruk dr die, nauzubillah. kite tak tau ape ape pun kan.

ape yg aku boleh buat ialah kesian kat die, aku tau susah nak tinggalkan dosa yg dah sebati ngn kite, dan aku hanya boleh doa aku tak jadi mcm die, tu je. aku tak pernah fikir benda teruk kat org mcmtu, sbb aku percaya dosa yg aku susah nak tinggalkan tu tak as tempting as dosa die. aku ni pun dah susah nak berubah, ape tah lagi die, jadi aku sgt kesian. orang yg bertuah dilahirkan kebal drpd ujian berat mcmni mungkin tak akan rase ape aku rase kat org mcm tu.

aku langsung bukan seorg yg sgt baik dan alim dan ini dan itu. tp ini common sense, dan aku rase tak salah nak bgtau org walaupun diri aku tak sempurna. aku tanak korg pandang rendah dekat org yg berdosa, mungkin korg tak perasan, tp perasaan tu mesti ade at least sikit kan. Ingat la, manusia sama je di mata Allah, kenapa kita pulak yg nak judge orang lebih lebih? bila bila Allah boleh tukar tempat kite dengan orang yg kite hina tu.

aku nak semua org faham dilema dan penyesalah yg org berdosa hadapi, dan macamane susahnya untuk berubah. kalau kita ni tak buat benda buruk yg diorg buat, anggaplah Allah tolong jauhkan kita drpd benda benda tu. senang ckp suruh org tinggalkan dosa, cuba buat sendiri? kalau tak rase panahan berapi syaitan, kita takkan tau susahnya nak lari.

personally aku rase orang yg sentiasa digoda ni tp berjaya menolak godaan walaupun sikit demi sikit lagi hebat drpd orang baik yg memang bertuah tidak digoda dengan cara yg sama.

sebelum menamatkan post berbunyi serius dan keagamaan yg panjang berjela, aku nak ckp yg aku ni hanya org biasa yg terasa nak buat post mcm ni dan tetiba berbunyi formal tanpa disedari, terima kasih. sila tinggalkan comment? ok tiada siapa bace.

Saturday, September 5, 2009

Cinta Sempurna

dah alang alang bercakap tentang ceritakan agama bertemakan cinta, baik aku cakap sekali pasal cerita Cinta Sempurna. Best, cuma taleh lawan Nur Kasih lah. banyak boleh improve, banyak boleh buang mane mane part yang takde pon lagi bagus. nampak mcm typical malay drama dr segi lakonan semua, tp ceritanya best pada aku.

ni ha trailer dia. 9 minit tu sebenarnya diisikan dengan lagu tema yang panjang gila dinyanyikan oleh Yuna. trailer Cinta Sempurna ni jugak dianggap spoiler sbb die tunjuk semua konflik sampai episode last, which aku pun tak tengok lagi. Selamat menonton :D



boleh ditonton sambil berbuka round ke dua pada pukul 10 malam, weekdays dan ulangan 4.30 petang kot weekdays jugak, tp tak boleh melantaklah sambil makan tu, sila ingat.

Nur Kasih, kasihan korang yg terlepas

mari cerita tentang Nur Kasih yang disiarkan di TV 3. hah ape? tak pernah dengar? nescaya kamu lah golongan terugi duniawi, tahu tak? baik kau pergi disko je kalau tak tengok Nur Kasih.

eh. boleh pulak macam tu.

tapi sirius lah, TERBAIK. dan anda haruslah teruskan membaca post ini hingga ke kalimah terakhir, and thee shall be rewarded. nantikan trailer Nur Kasih yang aku sertakan di akhir post, dengan syarat korg bace semua. no peeping! jgn menipu di bulan puasa, baca dulu.

fine orang akan kata aku ini tak bersyukur dengan tanah air sendiri sebab suka merungut tentang macam macam hal termasuklah tentang bidang seni kita yang dibanggakan sgt ni. but for all i know i of most people will not lose the patriotism, insyaAllah. i doubt i will, you cant judge my semangat cintakan tanah air only based on the things i say about Malaysia.

I complain because WE ALL need improvement. remember, complaining is the catalyst for changes. sila bezakan antara rase 'tidak bersyukur' dan 'tidak berpuas hati' ye kawan kawan. if we just accept what the 'bigger' Malaysians have to offer us willingly, then we will never go anywhere, baik dlm segi apa pun. termasuklah dlm bidang seni kite ni.

I don't really watch Malay films and dramas, i rarely do. But i did watch so many of them and i do watch TV more than anything i ever do in my life kot, so it is appropriate if i say most of malay dramas i've watched, they were all of low quality. trust me, i'm an TV expert here.

last last aku pun tak nak tgk sgt dah drama melayu terutama yang bersiri, kalau cerekarama tu laenlah cerita kadang2 best jugak. Rashid Sibir dulu pun aku respect gila semua cerita die mase die baru nak femes, tapi sekarang die asek asek buat cerita konsep and message sama berapa ribu kali tah, dan selalu menunjukkan kebodohan dan kejahatan orang melayu dah macam dunia ni kehausan orang melayu yang bertamadun je. mungkin benar.

But not with Kabir Bathia. i tell you, he's one of the best. maybe the best. if i prefer Afdlin Shauki as the best in comedy making, then Kabir Bathia is definitely up to Afdlin's standard. i don't know, higher? kalau korang tengok cerita Khabir Bathia ni, semuanya lain drpd typical drama melayu yang lipsing pun tak kena, shot dr angle yang berbeza pun bercanggah, tu belum lagi ckp psl lawak slapstik yang kurang bijak dan drama dan pengisian yang kurang.

Antara cerita Kabir Bhatia ni ialah Cinta, Sepi, dan yang terbaru Setem, yang ramai kata memang menaikkan taraf filem melayu yang zaman P. Ramlee pun dulu lagi hebat levelnya. Cerita Sepi tu, bila aku tengok muke Afdlin yang berwajah sedihnya tak semena mena aku rase nak menangis. gaya simple, tp sampai ape yg Kabir nak kite rase tu.

So the same goes to Nur Kasih, although personally i think its the best yet. sayang ni cerita bukan filem di wayang, kalau tak sure pecah panggung. aku rase ni cerita pertama negara kite yang sebegini, macam Ayat-Ayat Cinta punye motif; cinta dan islam. cerita lain pun ade jugak, tp typical malay type. ade yang bagus, tp kalau Kabir ni buat betul betul dlm movie, lagi bagus. memanglah tak boleh lawan Ayat-Ayat Cinta, tp Nur Kasih sudah cukup hebat nak banding dengan drama tempatan.

dalam Nur Kasih, korang takkan tengok issue yang sentiasa dibangkitkan dalam drama Melayu yang boring tahap gaban bila dah tunjuk berjuta kali dalam setiap cerita berlainan seperti dunia korporat yang projek 50 billion petik jari je datang beramai ramai, rebut kuasa di syarikat yang besar atau antara adik beradik dan hofkos paling typo rebut makwe, cinta orang ketiga, dedah sini dedah sana anak melayu ke anak cina, plot nak membunuh orang senang senang walaupun si pengupah bukanlah pak menteri atau orang kaya besar yang berkuasa menyelamatkan diri dan mcm lah negara kita kuno tiada forensik nak tangkap dorg, cerita anak tinggalkan mak bapak last last disumpah bila tak sempat nak mintak maaf mak bapak mati di pondok usang dalam cuaca ribut, bla bla bla. the list goes on.

but instead, what you will find in Nur Kasih ialah sinematografi cantik yang tak pernah dibuat kat Malaysia, penyampaian simple tapi mendalam, cerita tentang Islam yang ditunjukkan dengan cara tidak memaksa dan tidak menakutkan penonton yang tidak berapa alim, pelakon baru dan muda tapi lakonan kelas A, pelakon nampak tak perlu mencuba berlakon dan semuanya natural, crew crew hebat yang buat shots yang cantik dr pelbagai angle, lagu tema yang merdu syahdu, dan mcm mcm lagi lah. dan buat pertama kali aku suka akan Dato Jalaluddin Hasan punye lakonan. in short, ini cerita lain drpd lain wo.

aku tak nafikan cerita ni lebih kurang mcm typical novel Melayu, tapi yang penting cerita ni disampaikan dengan best dan takde plot meleret yang mengarut sangat tentang penderitaan si heroin.

setiap kali aku tengok episode cerita ni, hati mesti tersentuh bila tengok muka pelakon-pelakon yang sedang memainkan watak ayah yang tertanya tanya kesilapannya dlm mendidik anak, ibu yang kehilangan teman hidup, abang yang berkorban cinta lama untuk adiknya, seorang adik yang menyesal dan mahu kembali ke jalan Allah, dan seorang isteri yang menderita.

diorang tak payah meraung menangis mcm cerita melayu lain selalu buat, aku jadi malu nak bersedih dgn dorg adelah. malah lagi dorg hilangkan simpati aku kat watak tersebut. tp dlm Nur Kasih ini, dorg kelip mata dua kali dan air mata jatuh sekali pun dah cukup.

Korang tengoklah sendiri ye, tak rugi. tapi mungkin pada aku sorg je kot, kalau korg tak minat, aku harap korg letakkan minat korg tu kat drama melayu lain yang bukan sahaja bermanfaat, tapi ade kelainan dan ade standard. mungkin aku sangat teruja dengan betapa bestnya Kabir Bhatia ni lalu terhasil lah post panjang ini di tengah tengah kesibukan PMR.

terima kasih kerana membaca, hadiah untuk korg semua :D yang tak bace tapi nak tengok tu silalah anggap diri anda sebagai orang yang tidak berpuasa tapi menjamu selera dengan kuih muih orang yang berpuasa ketika berbuka.




masih tidak terlambat untuk anda start menonton! Setiap Jumaat, 9 malam latest punya, dan setiap Sabtu dan Ahad, 5 pagi ulangan punya. ulangan tu baru start drpd episode pertama pada hari pertama puasa. so, masih boleh catch up. dan boleh didownload full series kat TV3 punya website.


Pikir selalu; Dengan fakta yang Kabir Bhatia sebenarnya berasal dan belajar di India tentang perfileman, apakah yang dapat dirumuskan tentang pengarah ORIGINAL tempatan?

Friday, September 4, 2009

Fantasi Bersama Jejaka Idaman

Dialog bayangan bersama jejaka idaman;

keretapi: i'm so sorry, but i really can't accept your love. it doesn't matter what i feel about you, what i want to, what matters is the fact that i rather not.
jejaka idaman: why? i keep asking u and u never really tell me the reason. its not fair, you know it. maybe i can change for the better? i'm begging you!
keretapi: no! its not about you, trust me. its just. . me. i'm the issue here. i wish to go no further.
jejaka idaman: you have told me just another reason for you to tell me what's the problem. we've been friends for years, we trusted each other so much, now why can't you tell me? tell your best friend here why is it you can't accept love from 'another' man.
keretapi: *laugh* seriously, its not just the man, its men.
jejaka idaman: that makes the 'another' man feel a little better. then?
keretapi: okay. i have had enough of men. as simple as that.
jejaka idaman: what?! i never knew you've had a boyfriend!
keretapi: firstly, men aren't all supposed to be one's boyfriend, are they? and second, no, i never had one. even if i had i wouldn't tell you. but the thing is, its not about boyfriends whatsoever.
jejaka idaman: should i believe you? for all i know, maybe you are lying because you want me to stop persuading you. now i tell you, i wont stop. we've known each other for too long. you know my weakness and i thought you have accepted it. but i was wrong. just admit it.
keretapi: oh my god, i have never said such things! and won't ever! because they are not true at all, please understand me, will you? you are making this much more difficult than it is. i'm done explaining. i'm out of here. dont you prove to me that you are just the same as all of you are.
jejaka idaman: no, come back! i'm so sorry! i was being a fool! no, i'm so sorry. what i want to hear is why you can't accept me. and no matter how that may hurt, but its better than leaving me in the darkness. please? i'm still your friend, ain't i?
keretapi: alright. i'm gonna say this once and for all, and you shall never talk about it again.
jejaka idaman: i promised! tell me, why can't you accept men? me?
keretapi: as i said, i've had enough of everything. i cant bear gambling my own fate and life in order to get love. its not worth it. you dont know whether he is the right one, or even you. to be crazy and running after something so unpredictable and changeable, its not logical anymore. i don't believe in men who live in these days. most of them have been so bad even years ago, when i was a little girl, and i bet they are even worse now. for all i know, everyone these days are so wrong. even i am.
jejaka idaman: who made you this way? some unworthy random guy who so foolishly rejected your affection?
keretapi: hahah, i wish so. no, not some random guy. since i was little, i never let any random guy got the best of me, my pride.
jejaka idaman: so then, how could you end up this way?
keretapi: one thing you should know dear, boyfriends aren't always the one who can break a girl's heart and aren't the only role played my men. there's so much more of the world to it.
jejaka idaman: tell me, who is it if its not some random boy?
keretapi: you have asked me the correct question and have got the best answer one could ever get. can we go eat ice creams or anything now?


terpulang kepada siapa yang faham, siapa yang tidak. dan semestinya aku tak maksudkan kau faham ke tidak bahasa inggeris itu. dialog ni ade tersirat, dan semestinya dalam dunia sebenar aku takkan cakap benda sejiwang dan senovel dan semelodramatik ini walau macamane jiwang dan novel dan melodramatik pun aku waktu tu.

kalau tak faham pun bagus, so ape yang korg dapat drpd drama pendek di atas hanyalah trailer sebuah karya agung yang belum dihasilkan. hehehe.

Pisang Segar; peranan jejaka idaman masih belum diisi dan tidak akan diisi selagi masa belum ditepati dan belum disentuh oleh Illahi :)

ecececeh. tapi siapa nak hantar resume penyertaan dibuka.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails