Friday, December 31, 2010

Teringat Mengingati New Zealand Lagi

walaupun semalam dah buat post pasal ni, tapi post hari ni nak tambah isi sikit. sebab aku lupa masukkan beberapa isi penting semalam, hesh.

ni dah jadi kaki pelupa pasal apa ni? banyak makan semut lah tu.

yek.



di sini saya sertakan beberapa lagi sebab yang membuatkan saya terkenang New Zealand jauh di sana jauh di mata tapi dekat di hati termimpi-mimpi what the.


1. Hari Jumaat

kat New Zealand, ada nasi bryiani tau. tulen hasil tangan orang Pakistan ke India tah, yang aku tau belah-belah sanalah, tempat asal nasi bryiani. nasi bryiani kita kan banyak lauk, ada ayam masak merah, daging hitam, itu ini buah buah tu apa nama tah.

tapi nasi bryiani yang aku makan kat NZ ni, cuma ada satu lauk je. pilih lah nak ayam ke, kambing ke, daging. lauk ni kering pulak tu, bukannya berkuah. so nasi bryiani ni nampak humble je, tak banyak aksesori. ceh.

tapi sedap diaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tak terkata!


ni baru sedap betul namanya, nasi bryiani dia tu yang sedap sendiri tanpa bantuan pape! rasa dia kuat, makan nasi kosong pun dah umph dah.

tapi nasi ni ada setiap hari jumaat je, lepas solat jumaat.


kat New Zealand setiap jumaat makan nasi bryiani. portion besar gedabak boleh makan dua orang atau makan sampai malam.


tadi tengahari tak makan nasi bryiani pun.



sebab aku kat Malaysia, bukan New Zealand T__T



2. Tumblr

aku buat tumblr pertengahan tahun ni, tapi aku tak update sangat tumblr tu.

bila kat New Zealand, baru aku start hari-hari reblog, baru active ah. lepastu baru start ada followers. baru start orang tegur aku, puji tumblr aku. . . awh terharu. dalam sebulan setengah kat New Zealand, aku dah ada followers yang agak cepat berkembang.

sedih lah kan camni, setiap kali on Tumblr nak teringat New Zealand.



terima kasih New Zealand :')




Thursday, December 30, 2010

Aku Ingat Ini dan NZ lah Aku Teringat. WHAAT

Assalamualaikum!

okay dah selamat sampai ke Malaysia pada ahad malam 26/12. tapi serious takde mood nak blog pape, padahal banyak gila aku nak cerita. nantilah ek aku buat post apa yang terjadi pada hari terakhir aku kat New Zealand.

kenapa takde mood nak blog?

sebab malam aku sampai tu, mata sangat bengkak and jap jap teringat orang sana, pastu menangis balik. hari esoknya pun mood masih tak stabil and mata masih tak bulat bersinar.

padahal mata memang tak pernah bulat bersinar pun, but you get the point.




anywaaaayz. aku nak buat list pasal perkara yang buat aku teringat NZ, yang mungkin buat air mata aku membanjiri satu Malaysia.


1. Panas

masa baru keluar dari KLIA, abang first aku yang ambik. kereta dia biasanya aircond sangat kuat dan boleh buat kita feeling winter. tapi malam tu, lepas dua minit je dalam kereta dia, aku dah berpeluh. berpeluh dalam aircond, bayangkan.

sebulan lebih tak berpeluh dan badan tak berbau. deodorant itu apakah? tanyaku setelah menetap di NZ selama itu.

tapi sekarang. . . aku duduk dalam aircond pun dah berpeluh. . . kalau kat NZ matahari terik pun kemungkinan nak berpeluh ialah 1 dalam 1000. . . kalau aku kat NZ aku takdela berpeluh sekarang. . . .

WUAAAAAAAAAA


2. Mandi

masa baru sampai NZ, aku mandi seminggu paling banyak 3 kali je kot. tu pun sebab nak basuh rambut. kalau tak, memang tak mandila aku. . .

heh NZ sejuk tau bila mandi even air panas pun akan menggigil gila! pastu badan tak berbau! itu sangat normal di negara yang iklimnya dingin, kau je yang tak memahami! eh asal defensive sangat ni.

kat Malaysia kena mandi hari-hari. . . sehari dua kali pun tak cukup. . . apakah funsi mandi kalau berpeluh kembali. . . . mungkin sebagai mandi harus untuk bersihkan daki. . . kat NZ tak berdaki pun. . . .

WUAAAAAAAAAA


3. Solat

ok bukan sebab kat NZ tak solat ke apa, what the fish. tapi sebab kat NZ waktu dia lain dengan kat Malaysia. Subuh 4 pagi, Maghrib 9 malam and Isyak nak masuk pukul 11.

macam relax lah sikit kan tak terkejar-kejar. . . eh mengada nak berlengah-lengah solat ye, dapat time winter kang baru kau tau maghrib masuk pukul 4 petang terus!


4. Langit yang gelap cepat sekali hadir

jika di NZ masa summer ni, langit yang gelap hadir pada pukul 9 malam. . . kalau pukul 8 tu langit still terang. . . biasanya pukul 7 baru keluar rumah bersiar-siar di tepi pantai. . . wah bahagianya satu hari boleh buat macam-macam. . .

tapi kat sini nak keluar rumah pukul 6 petang pun dah lambat sangat dah, kena tutup tingkap pulak tu sebab nyamuk terbang sini sana. . . kat NZ takyah tutup tingkap pun takpe. . .

WUAAAAAAAAAA


5. Makanan

kat NZ, binatang tak duduk dalam kandang. jadi mereka bebas bersuka ria tanpa tekanan. kat Malaysia, binatang sesak terkurung, sampai jadi stress. bila binatang stress, dorang banyak kolestrol. bila banyak kolestrol, kita tak elok makan. nak kunyah pun liat.

samalah konsep dengan ayam kampung. kat Malaysia susah nak cari ayam kampung yang betul-betul sihat walafiat bahagia semasa hayatnya kan? tapi kat NZ, semua binatang memang kampung lah. tu yang sedap dia lebih tu.

ayam Malaysia stress sampai kurus. bila kurus kena injek bagi gemuk, mahal dan nampak menyelerakan, padahal itu semua bahaya, penipuan! badan kita yang jadi mangsa! kat NZ binatang gemuk tak kena injek semua original dan kita pun tak sakit!

kesimpulan: Malaysia buat makan nomnomnom tak selamat!

ARGHHHHHHHHHH


6. Paranoid

aku ni memang paranoid. satu bulan lebih yang aku tak paranoid dalam hidup ialah masa kat NZ. kalau tak aku takleh tidur kadang-kadang takut pencuri masuk rumah, cek pintu kunci ke tak berapa puluh kali tah, dengar something je terus jerit "BERAMBUS DARI RUMAH AKU, AKU PANGGIL POLIS KANG!" hantu pun takut ok dengan aku.

kat NZ, rumah kunci setakat cukup syarat je, tingkap dengan pintu bilik mana ada kunci. sampai aku was-was bila lah selamat nak tukar baju ke apa, kang ada jugak yang pengsan kat pintu kang.

kat NZ, budak-budak boleh main kat luar sesuka hati. kat Malaysia, aku pun taknak main kat luar weh. mana lah tau ada sesapa nak culik aku, aku kan kecil dan comel. yek.

kat NZ, makcik-makcik tua bebas berjalan pergi shopping mall, padahal dah bongkok siap pakai tongkat lagi. tapi kat sini, makcik-makcik tua lah target utama kepala setan berbadan manusia yang takde hati perut dalam otak fikir nak duit je macam dah bodoh sangat takde agama padahal orang kat NZ yang agama lain pun tak kemaruk buat jenayah tau takk!

ni yang buat aku benci Malaysia ni kan! perompak peragut pencuri perogol pembunuh bermaharajelela!

ARGHHHHHHHHHH!


7. Sesuatu yang tak menggembirakan berlaku



kat NZ aku happy je, takde apa yang buat aku tak gembira. . .

kat sini. . .


8. Masa Makan

kat rumah ni aku makan sorang-sorang je. zaman makan bersama keluarga dah berlalu pergi, aku terlambat untuk tu. zaman aku ni semua orang buat hal sendiri.

tapi kat NZ, kitorang berenam makan sama-sama. tunggu waktu makan, lepas makanan dimasak, semua makan berjemaah. aku rasa seronok gila. rasa memang family moment lah.

kat sini. . .


9. Bangun Pagi

pagi pertama aku bangun kat Malaysia, aku expect akan bangun sebab bunyi kelentang kelentung di dapur, sebab bilik kat NZ tu sebelah dapur je. lepas tu bau breakfast. inilah motivasi bangun awal namanya!

tapi kat sini, aku bangun. sunyi. tak bau pape. bau pencemaran mungkin. terus mataku berair dan rasa macam nak sambung tido balik, sebab kalau aku bangun, aku bukan dekat rumah abang aku yang best, tapi kat rumah aku rupanya. . . .


10. Bila Rasa Sunyi

macam sekarang. mungkin aku free blogging dalam bilik, privacy ah konon. tapi takde suara kakak ipar aku, takde bunyi anak sedara aku yang lelaki main ukelele and menyanyi, takde anak sedara perempuan aku yang suka main sorang-sorang, atau menggila berlakon jadi watak tertentu sampai aku pecah perut gelak.

takde semua tu.


yang ada bunyi kipas je.






macam gedik je eh benda kecik pun nak sedih bila fikir. apa lah aku ni kan?

tapi sebenarnya, benda kecik ni lah yang buat aku teringat NZ, yang buat aku teringat family abang aku kat sana, buat aku teringat abang aku yang paling rajin layan aku masa aku kecik, kakak ipar aku yang aku dah kenal sejak lahir yang jaga aku macam adik sendiri, anak-anak sedara aku yang jadi kawan aku. . . . .


ye, aku tau apa korang fikir. aku patut bersyukur. aku ada apa yang ada orang takde. Alhamdulillah aku ada.

tapi salah ke kalau aku rindu apa yang AKU takde sekarang?




Friday, December 24, 2010

Farewell New Zealand

The time has come.

it feels like it was only yesterday I was so excited to board a plane after years, and to be having a 10-hour-journey to New Zealand. It feels like i was just unpacking my stuff, sorting it in a room i would be sleeping in for 44 days.

it feels like just an hour later, i was repacking again. this evening i folded my cloth, gather my things and stuffed them in the bag. tears accompanied me throughout the process, wetting my shirt, making my eyes blood red.

i'm so used to not enjoying the company in my house (except my mother of course) that i've been living my life all lonely, preferring to be trapped in my room than interacting with people i don't have chemistry with.

i'm used to having privacy, to do everything alone. blogging freely in my bed room, watching tv to my heart content, and other things i don't have to share with anyone.

staying in my brother's house hardly gives me privacy. it's hard for me not to have a computer of my own and i hardly watch tv here. not to mention suddenly being in a house with more people than usual is not an everyday thing to me.

but would i trade my company for my privacy?


when the company in question is a family which is normal, on the right track, has overcapacity of love, not the usual family you have, you're willing to sacrifice your 'alone moments'.

if you are always surrounded by people, if you have never live seemingly a lonely life, you can not understand how a company can make you feel really uncomfortable or extremely happy.


my nephew, he's experiencing puppy love. i perfectly understand how you need to tell someone about it. when i was 11, out of desperation to talk about my crush, i told him, who was 6. he still remembers that little secret of mine. it's funny now he's 11 it's his turn to tell me about his crush.

he said he will email me about the updates. when he was chatting with her i was giving him ideas. now that i'll not be here anymore, he doesn't have anyone to express his excitement to.

a couple of times he said "i wish you could stay longer, i wish you could stay until next year". he even asked "do you have to go back to Malaysia?".



my niece made me something out of paper and ribbons, it turns out to be drawings of cats hanging on a ribbon with the words "for ayu". she suggested "what if you just skip school or something?".


i wish, how i wish.


God knows how i don't want to leave New Zealand. i don't want to live the reality, to face bitter elements in my life. if i can i'm holding back my hands from greeting the life i knew, where everything is a mess, stress gets the best of me, paranoia creeps in me every second, annoyance and hatred stand in the way, and although life is materially complete, but negative feelings nest inside me.

in New Zealand, everything's the opposite and simple life with basic necessity can make me feel full, complete, free, happy.

i shouldn't be whining about going home, but after all i never thought of the place i live in as my 'home'. home is where your heart is, and at times my heart isn't even there.



in 2008 my brother and his family returned to Malaysia for a while, and after i bid them farewell at the airport as they were going back to New Zealand, i cried myself to sleep.


now it's my turn to board the plane, to be waved goodbye, and i don't know how to handle the emotion, to swallow the tears in front of people.



I will miss everything in New Zealand: the conserved mother nature, the safety from harm, the low rate of crime, the low cost of living, the variety of colourful flowers, the beautiful beaches, the cool breeze, the kindness of strangers, the friendliness of fellow muslims, the tight malay community, the uncorrupted government, the fresh air, the large moon, the starry sky, the simplicity of life, and most of all the presence of the perfect family i crave.


Raining Rotorua

Assalamualaikum!

post before ni pasal Wellington kan? haa post kali ni pasal Rotorua!

kitorang tido kat bach, bach ni macam homestay. kalau homestay kat Malaysia ala-ala back to basic punya konsep, ada unsur hidup tradisional kan?

homestay or bach kat New Zealand ni sangat modern okay!

tengok gambar sekarang, tengok!

okay kenapa banyak tanda seru buat penat korang je menjerit dalam kepala.


bach kitorang depan tasik Rotorua. dah dok depan tasik kan, haruslah suhu sangat sejuk sampai kena pasang heater. kalau tak surrender masuk bilik air, ambik wuduk pun terfikir nak guna debu. mengada betul.


inilah bach itu. agak besar kan?



living room yang selesa. sofa pun gebu dan bersih, tv flat screen, cool tak cool?


dapur memang lengkap dengan peti ais, oven, microwave, dapur, dish washer, segala pinggan mangkuk pisau sudu garpu semua ada. ni lagi hebat daripada rumah sendiri ni. rumah aku oven dah rosak, dishwasher lagi tak pernah jumpa.


bilik tidur 1. cermin meja solek (pergh solek), ada. cermin besar gedabak kat almari untuk bergaya sakan, ada. bilik terbaik ni.


bilik 2.


toilet macamni nak kencing dan mandi pun rasa bahagia.


boleh berkayak lagi! tapi sayang, masa kitorang pergi lake ni musim hujan. hujan memang tak kasi peluang bergumbira di tasik langsung, kalau hari cerah tasik tu sepatutnya kaler turquoise. mengidamla kau nak tengok tasik camtu.


suasana lepas subuh, ya Allah menakjubkan. udara yang masuk dalam hidung dan lalu ikut respiratory system sangat bersih, rasa macam alat pencuci yang bawak keluar udara kotor dari Malaysia bila carbon dioxide disingkirkan dari badan. wah.


nampak tak itik sekeluarga tu? kat tasik Rotorua ni ada itik special. apa nama dia aku lupalah pulak. itik ni lagi rare daripada burung kiwi (BURUNG KIWI WHAAT? GOOGLE GO), about 1500 ekor je masih wujud, and 1/3 ke 2/3 tah yang hidup kat tasik ni.

banyak lagilah keistimewaan itik ni tapi aku lupa. well i'm not here to study so daa~ *tunjuk tapak tangan


ini pepatung. pepatung ini cedera. ibu saya yang memang suka main dengan serangga mengambilnya. ibu saya membelainya seolah-olah dia seorang bayi comel. ibu saya siap bercakap pelat dengannya. ibu saya suap dia makan daun. kami sekeluarga rasa sedih nak tinggalkan dia di tempat yang penuh dengan labah-labah itu, takut dijadikan sajian kang.

saya sayang ibu saya sebab dia sayang serangga.



burung 2 ekor ni hanya ada kat New Zealand. cuba kau perhati betul-betul, bawah beak dia macam ada janggut putih terbuai-buai.

burung 2 ni tengah gaduh. mula-mula yang kanan duduk sorang dengan aman, tetiba yang kiri muncul, bik bik bik bik bik mereka bertengkar. duh tempat nak bertenggek pun jadi isu, kau tak nampak betapa banyak pokok kat New Zealand ni?

pastu gaduh-gaduh, burung kanan pun mengalah lalu berlalu pergi. sukalah tu burung kiri.


2 objek dalam gambar ni sebenarnya ialah fern. New Zealand punya trademark (one of many) is fern, sebab banyak gila jenis fern kat sini, yang tak rupa daun pun ada. unik tak unik?


bergambar kenangan.


Wednesday, December 22, 2010

Wonderful Wellington

Assalamualaikum!

jika ada sesape yang kisah pasal aku, korang mesti perasan yang aku takde selama 5 hari. ok fine takde sape kesah. takpe, takpe.

manakah aku pergi?

cuti-cuti New Zealandlah! kalau tak terperap je kat rumah, tido main game online tumblr facebook blog makan tido lagi. pastu complain gemuk.

2 malam tido kat Wellington, 2 malam lagi kat Rotorua. tapi post kali ni aku cakap pasal Wellington dulu okeh. sila bagi tumpuan.

nak tau tak perjalanan naik kereta pergi Wellington berapa lama?

10 jam!

kat NZ undang-undang kena pakai seat belt. semua orang patuh bukan macam kat Malaysia. sakit belakang ke apa ke, jangan gatal nak bukak seat belt okeh. jadi kemungkinan aku nak tido baring atas riba ibu tersayang memanglah tiada.

bayangkan betapa bersimpulnya urat sendi aku. tsk.



aku sangat suka Wellington sebab teringat London. jalan, bangunan dia yang cantik. modern and classic at the same time. pastu banyak orang putih, kalau Auckland bangsa lain yang berlambak, especially geng mata sepet. spoil feeling luar negara ok.

Wellington juga lagi sejuk, unlike Auckland yang agak dah terasa panasnya sekarang. tempat makanan halal pun banyak, restoran Malaysia ada nama Rempah, Kayu Manis, macam-macam. even makanan Malaysia yang tak halal pun ada.

tetiba aku rasa patriotik gila Malaysia dikenali kat sini. tapi masuk kedai pun still order burger gak. nak buat camne tekak ai tekak mat salleh~

kat Wellington pergi banyak tempat antaranya:


TEMPAT YANG ADA BANYAK PATUNG MOVIE MACAM-MACAM

Lord of The Ring buat kat New Zealand, tapi kitorang tak pergi tempat yang dorang shoot tu. kat situ lagi macam-macam ada aaa. kitorang pergi tempat dorang buat props. bukan props LOTR je, tapi movie lain pun ada. merchandise pun banyak untuk dibeli.


tapi satu je aku tak puas hati.


kenapa takde merchandise Harry Potter? HAH? HAH?

boring ah New Zealand. fail fail fail!


kenapakah rupa kau begini? ikan tak sedap?


benci gergasi ni. betul-betul buat aku nampak kerdil.


expecting mothers sila jangan tengok baby ni takut kenan kang.


MUZEUM NEGARA

sangat best! membuatkan muzeum negara Malaysia macam store barang antik pulak jadinya.


siapa cool sekarang? aku! dinasour kat belakang pun masih boleh tersenyum tenang.


ikan josh. kenapa tah masa kecik aku sebut josh. dasar comel awh.


adekah seluar dia dibuat daripada rambut dia? yek tak gatal ke.


CABLE CAR

cable car dekat Wellington bukan untuk tourism je, tapi boleh jadi transport untuk pergi kawasan atas bukit. atas bukit ada universiti lagi. dak Malaysia pergi U naik bas, dak Wellington naik cable car ok!

so pada dorang takde hal la nak naik cable car hari-hari. takde lah nak jadi peghak. kita kalau naik cable car mesti nak goyangkan lah, nak gayat lah apelah. cable car ni tak boleh nak goyangkan by the way, sebab dia macam lrt pendek. comel je.



view from the last stop, bukit paling atas untuk tourism, siap ada botanical garden segala.


teruja bergambar dengan papan tanda.


BANGUNAN TERHODOH DUNIA

antara yang terhodohlah. bangunan ni sebenarnya parlimen berbentuk bee hive. aku rasa cool je, ape pasal pulak hodoh? tulah manusia, orang dah cukup kreatif kau cakap hodoh. takde mata seni langsung.

tau tak betapa penat arkitek tu memerah idea, buruh membina bangunan sarang lebah ni?


motif? mungkin nak menunjukkan yang pemimpin berbincang secara sihat dalam parlimen kot, berusaha ke arah kemajuan. seperti lebah yang rajin mengumpul madu.

takdelah macam certain pemimpin yang berdebat macam budak tak matang, siap mencarut, ejek musuh, panggil orang binatang, pastu kroni kau pun gelak-gelak. macam budak sekolah.






parlimen mana tu aku pun taktaulah.













Monday, December 20, 2010

Beberapa Lagi Sebab Kenapa Sekolah NZ Terbaik

apakah yang aku fikirkan sampai aku terlupa nak masukkan isi penting ni?

hah?

kalau exam dah lama jadi karangan terpesong dapat 6/40 markah je lepas tu menangis dalam kelas. eh kenapa macam berpengalaman je ni.

anywayzzz you guise.

beberapa lagi sebab kita patut pindah sekolah, pindah rumah pun lagi bagus:


1. Boleh Bawak Phone, PSP, Any Electronic Devices Sort Of Thing You Name It

aku bukanlah a big fan of tabiat membawa fon ke sekolah. siap dalam exam BI akhir tahun pilih essay opinion lagi menyangkal kebaikan membawa telefon bimbit ke sekolah.

tapi kalau ada sekolah siap ada bilik untuk guna peralatan elektronik, siapa taknak bai?

maybe budak NZ tak jakun kot nak guna fon segala dalam kelas macam budak kita.

budak kita kalau bawak fon mulalah nak message budak kelas sebelah masa kelas tambahan hari sabtu ketika darjah 6 tanya cikgu mana ajar kau sekarang? cikgu aku tak garang tu selamba bawak kuar fon ni har har har.


asal macam familiar je watak dan dialog ni? hesh perangai.


2. Pemurah Dengan Cuti

tau tak macam mana sistem cuti sekolah di sini berfungsi?

setiap 11 minggu sekolah, akan ada cuti 2 minggu. kalau kita cuti mid year je yang 2 minggu kan?

lepas selang-seli 11 minggu sekolah 2 minggu cuti, dorang pun cuti akhir tahun. cuti start pada pertengahan Disember. dan tau tak sekolah dorang bukak bila?




FEBRUARY. FREAKING FEBRUARY.

tak cukup ke dengan cuti 2 minggu korang lepastu nak cuti 2 bulan setengah pulak? HAAAH? ni yang buat aku rasa nak masuk parlimen ni kaaaan!


3. BANYAK LAGI SEBENARNYA TAPI AKU LUPA.

kenapa lupa agak agak? yaaa! sebab selalu sangat sekolah sampai cell otak jadi lemah! banyak beban tak terpikul la katakan.


so



siapa nak join aku buat mogok depan kementerian sekarang?



Wednesday, December 15, 2010

Sekolah NZ Tak Boleh Best Lagi Ke?

Assalamualaikum.

tadi aku pergi sekolah anak sedara aku, Abang dan Ea. eh macam tajuk kat astro ceria pulak, okay pedulikan. harini last day sekolah, so school leavers ade buat show.

mase aku dok tunggu bila la show nak start, ada sorang budak berkaca mata hitam melompat ke atas pentas. siap mendada melentik bukan main lagi kau, siapakah budak yang penuh self-esteem ni? tanya diriku yang lupa memakai kaca mata.

oh rupanya itu Abang! anak sedara yang dulu aku tengking (dulu darah muda ok, baru 5 tahun dah ada anak sedara, tu yang cepat naik angin tu) sampai menangis, banyak ah dosa aku kat dia, sekarang dah besar siap konfiden nyanyi lagu Eye of The Tiger depan orang ramai.

persembahan dia dapat tepukan paling kuat. mataku berair bangga.


Sekolah NZ vs Sekolah Malaysia

intro dah macam karangan UPSR. mari masuk isi. sila baca dan jeles ramai-ramai.


1. Homework Tak Sesakkan Dada

homework Abang dan Ea biasanya jumaat je ada. itu pun dalam satu helai. korang kata sebab dorang baru sekolah rendah? eh hello, masa aku darjah 5 dulu dah mula tensi hadap homework siap menangis lagi.

tapi dorang? anak sedara aku lepas balik sekolah sempat tido, main game, main ukelele, main masak-masak, main dengan kucing, main pistol air, sempat main segala bendalah.

aku dulu? homework pun tak sempat siap.


itu mungkin sebab aku asyik membuta je kot.


2. National Anthem Yang Best

baru dengar sekali dah buat aku rasa macam nak tukar kewarganegaraan. sebenarnya kalau korang kenal aku, akulah paling semangat nyanyi Negaraku air mata siap bergenang lagi.

tapi Negaraku macam patriotik sangat. . . which is not suitable for people nowadays yang dah hilang patriotismnya. kalau takleh rasa patriotik, memang nak sangatlah bukak mulut nyanyi kan?

while national anthem NZ, meriah tak terkata. walaupun dalam bahasa Mauri yang bangsa lain tak faham, tapi semua boleh nyanyi. dengan semangat. sampai bergema dewan. kita?


3. Assembly Yang Happening

tau tak apa lagi dorang nyanyi masa assembly?



lagu kat radio. lagu dalam Billboard 2010 dan Billboard 1950. daripada zaman The Beatles sampai zaman si Bieber. ya, dorang tau practically semua lagu dalam dunia pada setiap zaman.

patutlah anak-anak saudara aku lagi maju daripada aku.

lepastu setiap assembly ada kelas buat persembahan. gilir-gilir, semua kelas kena, semua orang terlibat.

sebab tu budak-budak sini konfiden, daripada kecik kena berdiri atas pentas.

kalau aku, kena solat hajat bagi tak naik darah gemuruh dulu.


4. Exam Is Not THAT Important

bagi kita, UPSR tak dapat 5A nangis. dapat 5A tapi tak dapat SBP nangis. dah masuk MRSM tapi keluar balik nangis. eh tu aku, takde kena mengena dengan tajuk.

dorang ade jugak kisah pasal grade, ada yang menangis tak capai target. normal la. apa yang tak normal ialah orang tak tanya markah berapa.

NZ bebas daripada saudara mara yang nak tau kita dapat nombor berapa, nak compare kita dengan anak dia, yang tampal slip UPSR anak dia kat dinding dalam frame lagi.

aku dulu pernah kurung diri tak pergi kenduri sebab dapat nombor 11 masa darjah 3. malang sungguh nasib bila dapat sedara yang anak dia jelah yang hebat.


mak aku anak 3 orang pergi US tak canang satu kampung pun?


5. There's More To School Than Gaining Knowledge


tau tak kat sini budak sekolah yang uruskan hal gardening? memanglah ada tukang kebun, tapi siapa sign up untuk volunteer, dapat bonus. siap ada anugerah pekebun ok.

tau tak kat sini budak sekolah yang jaga lalu lintas? tolong kawan-kawan melintas siap pegang papan tanda and lambai2 tangan macam polis trafik? dapat sijil weh.

tau tak kat sini budak sekolah buat macam-macam yang kita tak buat sebab takut tak lulus exam?

Malaysia nanti kan nak tukar method kira SPM/PMR/UPSR. something like 50% academic, 30% koko, 20% sahsiah. nak tiru cara barat, tapi macam dah terlambat.

sebab kita dah biasa "TAK DAPAT STRAIGHT A HIDUP BERAKHIR", so bila nak kira pencapaian yang pentingkan aktiviti outdoor untuk lahirkan all rounded student, payahlah sikit.

mindset orang bukan boleh ubah sekelip mata.


6. Cikgu Dorang Tak Garang

cikgu anak saudara aku sangat sangat sangat selamba. dorang tak menakutkan. bila ada lagu dorang menyanyi dan tepuk tangan.

kalau cikgu sekolah rendah aku dulu berlumba-lumba semua muka nak garang je. macam ada pertandingan cikgu bengis pulak.

dahlah aku dulu 3 kali kena cubit sampai luka masa darjah 5.

mungkin sebab budak melayu ni pendekatan kena lain sikit kot, dah cakap banyak kali jangan ponteng kawad, jangan masuk makmal lambat, jangan tak siap homework tapi tak paham-paham bahasa, memang patutlah kena cubitan pedih berbisa.


School Is A Fun Place

anak sedara aku suka sangat pergi sekolah. Alhamdulillah tak mewarisi genetik mak sedaranya ini yang memang ratu ponteng.

sape tak suka pergi sekolah kalau asyik menyanyi, buat aktiviti, seronok dengan kawan, cikgu sangat cool, itu ini itu ini. . . semua ke-best-an buat dorang tak tensyen belajar.


masuk intermediate school mungkin dah serious sikit study, but still. budak-budak kat sini sangat enjoy hidup, anak sedara aku kat Malaysia tu nak patah tulang belakang angkut beg penuh buku 3 kilo.


darjah 3 dah macam tu, tapi Malaysia pulak bising nak lahirkan all rounded student?



memang cakap tak serupa bikin.




Tuesday, December 14, 2010

Pantai New Zealand Buatku Ternganga

Assalamualaikum!

Harini aku nak cerita pasal pantai, letak sikit gambar so korang tak boring. lebihan gambar kat FB ye, macam biasa.


Pantai 1



aku nampak tanda soal terapung kat kepala korang. korang pelik kenapa pasir ni hitam kan?

anak-anak, pasir pantai NZ hitam sebab pasir volcano. bukan saje hitam, tapi pasir ni juge berkilau, macam ada berlian tersembunyi. tapi tolong jangan gali pasir tu tetiba, walaupun jakun janganlah kita memalukan bangsa sendiri.



kitorang pergi pantai tu masa senja untuk tengok sunset. teruja tak?! kali pertama aku tengok sunset seindah ni depan mata, jadi maafkan aku jika aku sedikit peghak di sini.


kat FB ada gambar silhouette aku berlatarbelakangkan matahari. tapi malas nak letak kat sini.

aku pun ada gambar melompat lompat bagai superman, tapi agak tak senonoh untuk mata anda semua so aku tak letak kat FB and blog.

aku cuba tangkap gambar melompat yang sopan dan bercirikan muslimah, tapi fail. bukan salah aku aku lompat macam kayu! bukan salah aku gambar aku melompat buat mata korang menderita!

banyak gila gambar aku melompat sebenarnya, sampai sakit and merah kaki. sebab nak dapat gambar cantik. aku dah feeling ballerina dah ketika berada di udara, tapi hasil sebenar dia macam terencat je.


oh ye, petang tu warga NZ dapat amaran gempa dengan tsunami. mana taknya, bila aku melompat terus bergegar bumi.



Pantai 2

tujuan adalah untuk berpiknik. makan lasagna dan coffee roll, nomnomnom. nak mandi tapi tak bawak baju spare dan yang sewaktu dengannya. saaangat rugi sebab pantai ni best!


serious, pantai ni banyak sangat siput/kerang! belum lagi masuk laut, dalam tu lagi bertimbun. aku taktau kenapa banyak sangat, dah sesak macam India aku tengok bawah tu. tah boleh bernafas ke tidak, kot-kot tercungap-cungap semua. kesian.

sampai ada jalan ni, aku ingat made of batu putih tau. tapi bila tengok betul-betul, rupanya serpihan sea shells! dah macam pasir!


kerang kat sini cantik-cantik. ada besar ada kecik, ada bentuk pelik-pelik. ada oren, pink, hijau, warna warni pun ada! apa lagi, sebagai jakun bertauliah, aku pun kutip lah siput/kerang sampai seratus lebih. nak buat apa pun taktaulah.


ada sesape nak beli sekilo 10 dollar?



Pantai 3

tujuan adalah untuk berpiknik nasi lemak. memang orang melayu sejati. dan kali ni untuk mandi yeay! tapi malangnya laut kat sini tak sejernih laut kat Pantai 2, laut ni agak muddy. boleh je nak mandi sebenarnya, tapi aku kan penggeli.

oh ya, pantai ni tempat orang kutip kerang untuk makan. tujuan nombor 3.


bila bukak makanan, ada seekor burung ni datang. bila burung lain nak join, dia akan marah terpekik-pekik halau burung lain. sungguh aggresive. awh.

rupanya sebab dia cop ni territory dia, dia taknak share makanan dengan burung lain. so dia sebagai penjaga kitorang lah kira. sebagai ganjaran, abang aku campak ikan masin kat dia. dia makan, menggeletis sikit dan terus blah. mungkin dia rasa kitorang nak racun dia. gila kau bagi ikan masin kat burung?!

sekali tengok kang terapung-apung lak atas air, dah buat dosa.



solat di tepi pantai :') kat sini kalau travel memang kena solat kat tempat open lah, mana ada surau bai.


walaupun geli nak mandi laut, tapi aku berendam jugaklah. kutip kerang sikit-sikit.

tetiba rasa sedikit pening. dan penat.

lalu aku. . . . .




tidur di tepi pantai. sangat aman! dengan anak saudara aku main ukelele lagu Jason Mraz lagi, fuah memang tidur petang yang terbaik!



Laut NZ vs Laut Malaysia

mestilah Malaysia kalah bai! sebab NZ tengah-tengah laut dalam yang besar. naturally akan cantiklah air semua. tapi Malaysia ada jiran, Thailand, Indon, jadi air laut yang cantik sampai kat dorang dulu. kita yang dikepung ni dapat air laut yang tak menarik sangat.

teori aku lah, tolong jangan jawab dalam exam.


tapi ada hikmah! sebab kita kena kepungla kita tak kena angin monsun sangat, and effect tsunami dapat dikurangkan. yang jadi mangsa semua belah Indon tu.



eh pahal aku masuk mood geografi lak tetiba ni.





Friday, December 10, 2010

New Image, People!

i've changed my profile picture. oops, BLOG profile picture to be exact. after 2 years of blogging and using the same picture, the one with only my hand and lower half of my face visible.

because i want to kind of appear elusive. well, i like to be mystery don't i?

but with my new picture, you can see the upper half of my body! and face! whoa!





i'm cute, i know. just look at that eager face, excited to blog everything everyday.


for my tumblr, i sort of did the same thing with my icon.


i'm wearing Hogwarts uniform, has a lightning shape scar and wear Harry Potter's glasses, for Harry Potter is a part of my life. think i'm crazy? you're crazy for not loving it.

since my tumblr is still about my personal life, i wear blue uniform, which means i belong to Ravenclaw. while Harry's is scarlet cos he's in Gryffindor. how do i know which house i belong to? i took this quiz.

even if you hate HP, you have to take it. it's one of the most accurate personality test evaa.

while wearing Hogwarts uniform, i still have my veil on. because i'm not just a devoted HP fan, i'm still me. cool eh?

in the picture there's supposed to be my tumblr name above my head, just like the one in my BLOG profile picture. since i don't want you to discover my tumblr, so i erased it. heh heh.



now you must have realized i've changed my blog's template, right?

what do you think about it? i have another option actually.

it's either the multiple Keretapis in pink head scarf or. . .



in colourful head scarf.


my tumblr's theme is me in colourful Hogwarts uniform, so i might as well try the same thing with this blog.

but is it okay? does it look too childish? which one is better?


or my old template is? I don't want to be taken as a joke. Blogging is a serious business people, and i wan't people to know that i am a matured blogger.


i really need your opinion.

what do you think when you see this template i'm using? what do you think if i use the colourful one?


so what say you?








Thursday, December 9, 2010

Ini Wasiat Aku

aku selalu bayangkan apa jadi kat aku kalau aku hilang orang aku sayang. siap menangis lagi, padahal bayangkan je pun.


Siapa Sayang Aku?

ada masa aku bayangkan apa pulak jadi kalau aku yang pergi dulu. siapa akan sedih? siapa akan kisah? siapa yang rasa kehilangan aku? siapa akan rindu?

bila aku bayangkan orang menangis sebab aku, aku rasa hepi. ni memang dah kes forever alone dah ni, sampai terpaksa bayang benda macamtu untuk rasa disayangi.

eh, bukan tu je. aku nak tau jugak aku kasi kesan dalam hidup sape. kalau kewujudan aku takde makna kat sesape, memang hidup sangat rugi. aku nak ade peranan dalam hidup orang lain, aku nak orang bergantung kat aku, and only then i will die as a happy woman.


Sudden Death

ingat tak kes student Malaysia kat Indon, doctor-to-be, yang meninggal tetiba?

aku bukak FB dia. semua orang wish dia macam2. diorang doakan dia, diorang cerita kenangan diorang dengan dia, diorang cakap diorang akan rindu dia. . .

sampai part sebelum dia meninggal, aku baca apa dia post. malam terakhir, dia chat dengan abang dia. dia berlawak dengan kawan-kawan. . . masa tu dia tau tak hidup dia dah tak panjang?

kau tau apa yang menitik masa aku godek FB dia? air matalah, apa lagi.


tetiba terperasan sesuatu yang mengejutkan. total friends dia kau tau berapa?



666.


siot punya omen number, lu buat gua terkesima sementara. nasib baik iman masih ada di dada. but still, an interesting coincidence you got there facebook.


If I Die Young



1. Gambar Lawa Sikit, Photoshop Pun Photoshoplah

kalau apa-apa jadi kat aku, and muka aku perlu masuk paper, tolonglah letak gambar yang decent sikit. jangan gambar IC. kalau tak nanti kau tengok gambar aku kat paper to tercensored dengan sendirinya. jeng jeng jeng~


2. Blog dengan FB sumber dosa

Blog dengan FB aku, takde sape tau password, so takde sape boleh delete. apa post aku yang sakitkan hati orang, apa gambar aku yang ternampak aurat, tu semua akan beratkan dacing dosa aku sampai bila-bila. hadoi.

and jangan cakap kat family aku yang aku ada FB dengan blog, okay?

aku pernah baca blog sorang budak perempuan, dah meninggal a couple of years ago. sakit ape tah. dia ceria je walaupun tengah cerita pasal doktor tak kasi harapan untuk sembuh. last post pasal dia nak cuba treatment baru. tetiba kat ruang komen, orang dah start sedekahkan alfatihah.

bila dia dah meninggal, baru blog dia famous sebab orang nak tau kisah dia. jadi baik korang semua baca blog aku dari sekarang. hah hah hah.


3. Pergi Dengan Kemas, Bersih dan Bergaya

aku taknak tinggalkan bilik aku dalam keadaan huru hara. ada masa bilik aku agak bersepah, terutama musim exam, buku kertas merata-rata. oh ye, kalau boleh 'adik-adik' yang direndam sempatlah basuh dan sidai. jangan nak nyusahkan orang lain okeh.


4. PRIVACY IS PRIVACY

jangan gali harta karun dalam bilik aku. kalau itu diary, jangan baca. kalau kau baca part aku cakap aku sayang kau takpe, tapi kalau kau terbaca part aku cakap aku benci kau, dah satu hal.

walaupun memang aku nak ada orang discover semua rahsia yang aku simpan selama ni. biar ada orang buat movie pasal aku ke, okay gak. aku cop Khabir Bathia director, watak aku pulak ambiklah sesape yang cun. tipu sunat.


5. Derma Harta Tak Seberapa

duit dalam bank kasi kat family. kalau tak derma kat rumah anak-anak yatim yang paling miskin. biar ada hikmah aku takde, supaya orang lain dapat rezeki.


6. Derma Organ

yang ni aku serious. sejak aku tau organ tu boleh diderma, aku dah pasang niat. kalau dah mati bukan boleh guna pun, baik derma je so ada orang dapat hidup lagi lama daripada kita.

bila ada iklan pasal derma organ, mata aku terus bersinar. aku jeles tengok orang yang dah derma organ. insyaAllah bila dah besar sikit aku register as organ donor.

mungkin aku takde duit juta-juta, tapi aku ada organ. benda tu lah aku paling excited nak derma. tapi organ dalaman jelah, mata jangan! aku nak daripada luar aku nampak normal. dalam kosong pun kosonglah.




ahaha apa aku fikir blog pasal ni, korang mesti ingat aku dah buang tebiat kan. sebenarnya first draft entry ni sangat serious dan akan buat korang rasa "apa budak ni melalut kenapa aku baca blog diaa?", so sebab aku taknak korang tinggalkan blog aku, aku delete lah part mana yang terlampau mendalam pastu tukar dengan wasiat atas ni.


lagipun, aku takde lawyer, so sekarang korang semua uruskanlah wasiat aku eh?


korang ada tak wasiat untuk aku uruskan?


heh heh heh.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails