eh, malas nak hadap dunia tu sentiasa. cuma kali ni, first time sebab kecewa yang amat sangat.
kau pernah tak jadi yang kononnya the best? in almost every freaking effing thing? pernah tak kau jadi orang yang wowww, amat terel lah konon? pada orang lain at least.
pernah tak kau jadi orang yang started off so well you even surprised yourself?
pernah tak korang sentiasa dapat A, weh A+ pun macam dah jadi darah daging, tak pernah dapat B, pernah tak kau jadi orang yang everyone WOW WOW WOW.
tetiba sekarang, kau B pun takleh dapat kot. fail itu satu kemungkinan besar dalam hidup kau. A macam dah hilang, dalam the so called genggaman.
kau tau tak apa rasanya tu?
kalau kau taktau, kau memang takkan ada rasa empati kat aku. cuba korang relate masa korang paling kecewa dengan masa aku sekarang, haaa mungkin korang boleh faham.
eh tapi tak sepenuhnya tau.
sebab, kalau kau kecewa sorang2 takpe. tapi aku? sumpah semua orang akan tau.
sebab kalau dapat markah, orang akan tanya. orang akan expect aku dapat highest. siap cheer lagi. oh so suwit, tapi suwit tak kalau apa yang korang cheerkan tu tak betul?
aku bagitau awal-awal lah eh, aku mungkin takda highest ape pun kali ni.from highest in what, 6 subjects? to nothing.
from getting what, 5A+ and 4As? to nothing.
there, aku terpaksa ah letak segala elemen mengangkat diri sendiri, so korang tau betapa langit dengan bumi beza markah aku dulu dan sekarang. kalau tak korang tak faham.
apa perasaan korang kalau korang dah biasa dapat, what? apa-apa jela yang korang biasa dapat kan. pastu tetiba drop satu dua grade. tapi orang yang tak dapat markah yang korang salu dapat tu, orang yang markah lagi rendah ah, kata kat kau "at least kau C je, aku fail tau".
korang rasa lega ke?
TAK! sebab korang tak boleh compare pencapaian korang dengan orang lain! aku tak boleh cakap, ahh, aku dapat C. ramai lagi kat sekolah ni dapat D. dear, kalau aku terus fikir macamtu, sampai bila pun aku takkan maju.
dulu, aku dapat A- pun dah rasa tak guna.
bayangkan kalau sekarang aku fail. bayangkan.
selagi kau tak rasa, kau tak faham. kau akan terus fikir aku ni overreact.
memang aku patut overreact, sebab jatuh bangun aku, orang lain pun tau. bila aku dapat tinggi, semua orang tau. maksudnya bila aku dapat rendah, konfem lagi ramai orang tau dari biasa, sebab that's not normal.
sebab tu aku tak suka orang tau apa aku dapat walaupun bagus, sebab aku taknak orang still masuk campur dalam hidup aku bila aku dapat teruk. ye, kasar bunyinya.
tau tak?
ujian sebelum ni chemist aku jatuh from A to A-. cikgu kasi kertas aku dengan berkata yang aku drop, dengan muka sangat grim. aku rasa sangat shit.
masa mid year, physics aku almost A+, highest. ujian sebelum ni, cikgu tanya markah aku. aku dapat 75. cikgu cakap "rendahnyaaa!". padahal orang lain ada lagi rendah.
cikgu pun tengok markah aku ikut standard aku. setakat drop A- pun dah buat dorang terkejut, apatah lagi sekarang ni, yang rasanya A- nak dapat tu punya payah.
mati akal aku fikir apa aku nak jawab dengan SEMUA cikgu. they expect the best but when i dont exceed such expectation, the blame's on me. i just hope they know how i feel just by getting bad grades, they dont have to add more frustration by saying or asking anything.
aku tau aku salah. aku ada alasan logik, not to be defensive, tapi cukup logik untuk buat aku terima, if only orang lain pun terima dengan senyap markah aku.
aku just nak orang faham kenapa aku malas nak hadap dunia sekarang, kenapa orang lain dah habis final semuanya gembira, tapi aku rasa takda beza, sengsara lagi adala.

shit.
kalau aku gagal sorang-sorang, rasanya memang shit. tapi bila gagal dengan semua orang tau lepastu tertanya-tanya kenapa kau boleh gagal sebegitu rupa, jadi persoalan pulak dah, dan misteri di dunia, memang rasa dia berjuta kali ganda lebih shit, macam terjatuh dalam loji.
aku tak kesah, aku taknak keluar daripada loji ni.



