I'm still alive!
dah lama tak blog kan, manalah tau orang ingat aku sakit ke, koma ke, plane crash ke. jangan tanya kenapa aku selalu bayangkan diri sendiri terlibat dalam worst case scenario.
oh tapi memang aku sakit pun lepas balik umrah. buat hapus dosa sikit, setakat demam, selsema, batuk dan sakit tekak tu boleh hidup lagila walaupun dah tak rupa orang. aku ingat nak blog macam-macam, tapi tak terdaya rasanya macam parah benar dah. kat sana aku jalani kehidupan sambil blogging mentally, kan senang kalau ada machine yang connected to the brain, bila kita fikir je, terus tertype sendiri di computer?
bakal-bakal engineer yang ramai sekalian, gua cabar lu olang.
all memes in this post belong to their respective owners
Oh, result SPM?
tak macam sesetengah orang, aku tak sesakkan otak or dada fikir pasal tu. aku pun taktau dari mana datangnya ketenangan ni, mungkin dari keimanan. pergh. tapi memang, aku macam redha sangat, padahal aku tak dapat agak berapa aku dapat. aku tau apa-apa je boleh jadi, so aku siapkan diri.
last aku doa masa tawaf wada', sebab pas balik terus period. ambik pill senanye, biar tahan kat sana. ok too much details, patut censored. lepas tu doa pun setakat dalam hati je. aku doa lebih supaya aku redha, sebab nak ubah keputusan macam dah terlambat. apa yang aku boleh ubah sekarang ialah cara aku terima.
beberapa hari before result, aku stress dengan manusia. pastu aku teringat manusia yang baik dengan aku. pukul 4 pagi, menggigil kesejukan bawah selimut, aku menangis teringat dorang. aku doa dengan air mata dan hingus meleleh biar dorang dapat keputusan cemerlang, bahagia, berjaya dalam hidup. aku rasa tu je yang aku dapat balas untuk setiap kali dorang ada dengan aku. pada dorang mungkin small matter, tapi bermakna. biarlah sikit je kawan aku yang sebenar-benar kawan, as long as they remain true.
Haje the true friend dan aku terbaring kesempitan dalam fitting room selepas penat berjalan.
malam sebelum 21.3, aku tido pukul 12, dah awal sangat dah tu. tapi terbangun pukul 3 pagi. baring dalam gelap, nak tido balik memang tak boleh, sesuatu yang misteri. sebab aku ni, nak SPM pun tido manjang tau tak. aku nak pergi sekolah lambat, so kalau nama tak dipanggil naik pentas, takdelah kecewa sangat.
tapi aku ingat apa mak aku cakap masa aku stress dengan manusia haritu.
aku tak suka bagitau mak aku. biasanya, aku just duduk sebelah dia, tapi aku diam semacam. and biasanya, mulut aku dengan automatik macam ada otak sendiri cakap pasal apa yang mengganggu aku, tapi sepatah dua je sambil menyeka air mata. and biasanya, mak aku dok diam, mungkin dia tau kalau dia pandang atau pegang aku, akan ada drama air mata dan pelakonnya ialah yours truly. and biasanya, dia cakap camni "kalau orang cakap apa-apa, tu sebab dia tak terima ketentuan, tak terima qada dan qadar. biarkan"
and selain apa yang dia biasa cakap, haritu, dia cakap "kalau tak dapat bagus pastu orang mengata, cakap 'kau dapat ke?'. kalau dapat bagus tapi dorang bising jugak, cakap je 'kau ada?' pergi je, kalau nama tak kena panggil pun kenapa? dah bukan rezeki nak buat macamana"
aku bersyukur yang sekecoh-kecoh family aku, dorang takde masalah setiap kali aku cuak kalau aku tak dapat straight A's. dorang selalu cakap "takpe, dah bukan nasib. jangan tensyen. ala tapi kau mesti dapat punyala", yang pada masa sama menambah tensyen senanye.
berbekalkan message kakak ipar aku yang buat aku tak jadi penakut sangat, "whatever the result is, the whole family is very proud of you already," aku pun pergilah sekolah.
sampai je, nampak Tcer Pat. nak pegi salam ambik berkat, tetiba dia cakap 3 orang je dpat straight A's. hah? takkan 3 orang je? kalau cakap 30 orang aku percaya, sebab kawan-kawan aku, budak sekolah aku power-power. aku rasa sedih kalau betul, because we deserve to get better. "teacher r u serious i'm like freaking out right now", responku. mesti sebab result sekolah bagus, saje nak bagi cuak. tapi semua yang aku jumpa cakap diorang dengar benda sama daripada semua cikgu. ini serius *gaya wonderpet*
pastu kena panggil masuk dewan. omegod ada 3 je hamper. omegod cikgu pegang 3 je slip. omegod. aku dah diam je masa tu, sekali sekala bukak mulut untuk make fun of the ucapan, attempt untuk buat lawak sambil gelak menggeletar. pegang tangan kawan sebelah, berharap untuk kali terakhir.
totally me
nama pertama dipangggil. ok, agak dah. congrats. nama lagi satu, kawanku! so hepi for you! dah cakap awak mesti dapatla. result dia lagi bagus than nama pertama, oh panggil secara ascending rupanya.
nama ketiga...
nama aku. alhamdulillah :')
7 A+, 2 A, 1 A-. 7 A+! the lucky number, the magic number, the number of Harry Potter! sempat lagi. Alhamdulillah.
itu je yang aku fikir masa tu, sampai sekarang. Alhamdulillah. even to this day, when i think of all the blessings i get, and this staight A's as the cherry on top of it, i feel so blessed i can cry.
i think of this as none other than rezeki yang Allah kasi. i have many reasons to not deserve it, but instead, Allah granted my prayers. i don't think this comes from me, it's so stupid to think like that. if you brag about a blessing thinking you own it, it might never occur to you that Allah is the one who gives it.
Thank You Speech
this comes from my mother, whose prayers always make a difference and without which, i wouldn't have gotten the same outcome. this comes from my family, friends, teachers. from all the times i was hurt and from all those tears, from the time when my existence as a fetus fuels envy in some that they wanted my mother to get an abortion to the time when i face the envy myself in person, from those things taken away from me, from Babah not being here with me, from everything i have experienced, it all makes up for this one blessing, and more.
itu yang sentiasa aku fikir setiap kali aku dapat semua A. aku tak fikir usaha aku berbaloi, sebab aku tak tau apa yang aku buat untuk melayakkan aku dapat result camni. tapi aku fikir berbaloi aku sabar, yakinkan diri "takpe, Allah ambik sekarang, Allah uji macam-macam, because Allah will give me something better". and he always does. I have faith in Him, and i guess i get some rewards for that, thank you, The Ar-Rahman.
SPM 2011 defied the usual rules people, so beware
ada satu doa aku Allah makbulkan, tapi tak macam yang aku nak. dari dulu aku doa biar kawan aku semua puas hati, takde yang sedih harini. tapi ada yang nangis kecewa sampai aku pun nangis sama. Allah has better plans for them, i convinced them and tried to help, although i knew i was not helping. ramai je dapat result cemerlang, cuma tak semua A. setakat 1, 2 B, tapi yang penting, dorang happy. baru aku pun happy.
this is too much, tak pernah log masuk paper 2. dahlah guna equation sama untuk dua pecahan soalan, kalau satu taktau, dua-duala taktau. aku la tu. tak dapat simplify, aku tinggal je. goodbye
A- aku Add Math. aku peluk Cikgu Hamidah cakap "cikguuu, dapat jugak A-", dia cakap "haa kan dah kata, boleh pun," hehe comel je. sebab aku pernah 2, 3 kali B. Add Math subject yang paling berisiko bagi aku tak dapat straight A's. dah tau camtu tapi malas buat latihan sendiri, so setiap kali buat kertas cikgu kasi aku niat "dapat A- pun jadilah". memang study untuk A-, sebab tak ready nak buat commitment untuk A+. bengong tak. kali pertama aku memang aim nak dapat cukup makan je.
A, dua subject yang tak pernah dapat bawah A+. mana tak kecewa. aku dah tau Math aku takleh A+, sebab dalam dewan tu aku tau aku salah, tapi taktau apa. soalan graf besar yang 12 markah tu, tetiba aku salah semua. dah keluar dewan baru tau salah kira equation sebab salah tengok simbol. kalau dah nak jadi kan, semudah tu pun boleh cuai. aku redha, sebab sampai ke saat akhir aku usaha dengan soalan tu. memang Allah taknak kasi, adalah tu dosa kat mana-mana.
ini soalan yang buat aku gelak dan geleng kepala fikir "apa kejadahnya lah yang aku boleh hentam ni?" sampai keadaan tu jadi kelakar, sebab taktau apa dah.
lagi satu A, Bio. memang tak expect. tetiba tak dapat A+, cikgu pun frust. takde sape A+. jumpa cikgu terus cakap "sorry cikgu bio tak A+", tsk. salah akula sebab banyak gap tengah-tengah SPM tu, bukan nak belajar. tapi subjek lain pun macamtu jugak, Physics dengan Chem boleh pulak. kalau boleh nak tukar je grade tu, sebab i'm emotionally attached to Bio. subjek yang tenangkan perasaan bila fikir pasal subjek yang kasi tekanan. graf Bio memang tak banyak berubah untuk SPM, in fact aku rasa graf kalini naik.
mungkin sebab ni. paper 3 physics and chemistry study segala spots yang ada, last-last keluar yang tak dijangka, memang taktau pape. pasrah je dua-dua. so untuk bio, ambik langkah berjaga-jaga. baca semua... last-last spot sebijik tu keluar. pandai betul taktik, i c wut u did thaaar.
Aku dapat apa?
Kelakar orang kita. kalau periksa je, birthday je, mesti tanya dapat apa. macam hadiah tu dah jadi satu kewajipan.
aku tak mintak apa-apa. dari dulu memang macamni. sebab family aku tak sekat aku daripada beli apa aku nak. mungkin sebab aku tak nak banyak. takyah tunggu dapat semua A atau genap tua setahun. aku pun sedar hidup macam mana, takyah tau mintak je. tapi biasalah pompuan, kalau tak suka membeli tu tak sah. tapi ada duit sendiri kan, pandai guna pandaila simpan.
tapi aku tau tu bukan apa yang babah buat kalau dia ada. 4 hari lepas result, birthday aku. kalau babah ada, mesti dia buat kenduri kesyukuran, jamuan atau makan-makan sekali dengan birthday party anak pompuan dia ni. kalau babah ada, babah kasi macam-macam. tapi takpe, babah takde. aku tak kisah. mungkin kalau babah ada, aku tak hidup dengan prinsip macamni. kalau babah ada, tah-tah aku tak dapat 10 A pun. apa yang Allah kasi atau ambik, aku terima, sebab semua ada hikmahnya.
ada la jugak abang aku dengan sedara mara kasi sikit, terima kasih banyak-banyak :')
Tapi aku beli ni untuk diri sendiri, tattadaaa!
laptop ni bukan birthday present atau reward, sebab aku memang dah lama nak beli pun. daripada awal tahun. ingat lagi komputer yang aku guna tu? dah nazak sangat. bila dia meragam, gerak sikit, stuck 10 minit. asyik nak kena buat disc clean up je, tah apa yang buat penuh pun aku taktau. dah berapa banyak makian yang aku lemparkan kat dia, kesian. tapi aku tetap sayang dia.
komputer tu dah berkhidmat untuk aku sejak form 2 lagi. bila nak online benda lagha which is setiap masa, buat kerja, print benda, scan pape, even bantuan masa SPM, semua boleh sebab ada dia. biasalah, sedangkan lidah lagi tergigit, apatah lagi tuan yang baran dengan komputer tuanya ini. i love you.
belajar sejarah sehari sebelum paper SPM bertemankan rakan-rakan seperjuangan yang tak dikenali di FB. kami tak pernah putus asa, hari-hari online untuk berbincang, bertanya, dan mengharapkan soalan bocor setiap masa. tapi apakan daya.
bila dia ok je, aku rasa tak perlu nak beli baru. tapi bila dia buat masalah, memang mencabar keimanan dan keayuan. akhirnya, tanggal 21.3 hari aku dapat result tu, dia sudah di hujung nyawa. aku bukak, dia tutup sendiri. pastu takleh bukak dah. banyak benda dalam tu, taktaulah camne nak retrieve balik. dengan rasa hiba, aku cari ketenangan dengan mencari teman baru. maka muncullah laptop pink itu dalam hidupku.
aku memang cari yang pink ok, yang lain taknak. tema laptop ni secara luaran dan dalaman memang semuanya 'Pink is always the new pink'.
sho girlie la me.







5 comments:
Tahniahhh, Kak Ama!
WELL DONEEE!!!(:
Tahniah Ama :) hahaha salts tak boleh blah. Bio kita asyik A-, sekali SPM B+ hamek kau. Sedihh.
Cos Biology is one of my fav subjects. Mintak2 dapatla asasi sains memana ni. Nak sangat2 sambung belajar bio. :) InshaAllah
nadia, thanks! alhamdulillah :D
awak pun peqah, thanks and alhamdulillah and congrats too! i knoww, memang tak dapat disangkal lagi dah betapa graf naik kali ini. kte pun kalau tak dpt psychology, nak belajar bio. my fav among those three :)
well done,,, !!!!
tahniah weyh ama... :'D
thanksa amir! alhamdulillah :')
Post a Comment