lepas habis last exam tu, lepas habis alevel tu, rasa macam... weh dah habis weh. dah free. tapi.... apa aku nak buat dengan hidup ini. apa nak buat dengan masa depan?! stop! jangan fikir pape. kita enjoyyy!
sebenarnya dah stop fikir masa depan before start exam lagi hahaha. jangan fikir boleh buat ke tak, sempat ke tak. buat je apa boleh, redah je. kalau fikir boleh panic attack. so jangan fikir. tengah2 exam pun cuba tak fikir pasal result. buat je la apa yang boleh buat lagi. usaha, pasrah. kalau fikir boleh depress. so jangan fikir.
my life is a series of running away from reality. i should do a marathon. cos you know, i said series. the only marathon i do is finishing a tv series. and i said run, so like, marathon. ok you get the joke. (did you?)
orang panggil tangga ni tangga cinderella. depan exam hall kitorang, bawah class juniors. junior tengok je senior macam ni. kau tak paham dik apa kami lalui. korang program ktj berapa bulan je, apa tau jerit perih dua tahun alevel kat sini. tsk. terasa sangat dewasa ketika itu lulz.
finishing the final paper, completing alevel, all felt surreal. almost like a fairytale. but i hope a good happy ending awaits us in this one too. insyaallah, amin. now we wait for a fairy, we wait for a miracle. we've fought enough, bruised and wounded from the battle. so now, we wait like a damsel. a damsel in distress.
but first......
semua telah bertransformasi! now everyone's a princess!.... and the guys are dudes in suits!
Glasgow, 10SS1, Social Science, interview code LN0332 ;)
kuang hasam betul ommelayu. janji pukul 8, korang datang pukul 9?! tabiat janji melayu camni toksah bawak fly la ye. buat malu je. aku punyalah menepati masa, masuk dalam tu dok tunggu ternganga, sungguh patuh. tak sempat nak bebetul make up, aw. dah masuk tu tak terfikir pulak nak kuar touch up, aw.
ok i tell u wat la k. malam tu first time aku make up in public. sebelum ni main sorang2 je prektis hihiks. tak nampak sangat dalam gambar tapi tengok muka kat cermin rasa cam dah cukup. memula segan sebab tak biasa, tapi fikir bila lagi jika bukan masa ini?! so aku pun make up la sementara tutorial memember pakai shawl. sebelah tangan pegang blusher sebelah lagi lilitkan kepala orang lol. mungkin sebab aku bersiap dengan geng yang tak beriya, aku jadi segan sebab rasa paling over. sekali bila tengok orang lain, perghlamakkk.
ada yang make up macam pro gila. ada yang tak nampak berbedak pun sebelum ni malam tu vavavoom. ada yang konon kawen pun taknak make up kecuali depan suami tapi sekali hamboi3. ada yang natural beauty selama ni malam tu ya rabbi artificial beauty dia buat aku cair, ngan make up aku sekali cair hahaha. ok ama, lek.
make up pun gambar end up kekuningan buat hape?!
aku berbedak je selama ni paling up pun letak eyeliner, kata nak make up masa kawen je sebenarnya bukan sebab poyo tapi sebab tak reti, natural beauty pun hmmm Allah dah ciptakan manusia sebaik-baik makhluk kan, jadi... loool. tapi mama saya suka jika anak dia tampil senonoh. tu untuk post lain, tapi kat post ni nak selit sikit dia lah pemangkin semangat untuk aku cuba sendiri buat pertama kali segalanya. takdela segala sangat, malam tu gua taruk bedak blusher eyeshadow eyeliner lipstick jer. tetiba tak rasa nak pakai mascara, sebab tu mata masih kecil dan tiada ilusi bundar hahaha. sebab itu juga lah kening bersepah sikit, sebab mascara boleh guna untuk rapikan dan highlight your eyebrow! #makeup101
warning: make up susah wehhh. memula aku nak putus asa dah. pastu mak aku kata benda yang aku salu kata..... "google lah." petunjuk. pebimbing. muka mak aku dengan aku tak sama. memang tau, tapi masa ni lagi la nampak muka aku muka bapak. kena perhati dengan teliti jenis mata, bentuk muka, segala. pape yang mama cakap dia buat masa muda, kalau aku buat sumpah jadi laughing stock. lain muka, lain caranya. rupanya make up ni tak semudah "sapu blusher di pipi, oles eyeshadow di mata." tidak ye. atau muka aku je yang tak mudah hm. make up is an art. which took me some attempts to master. tak master pun tapi takdela jadi clown yang mata lebam ditumbuk pipi merah ditampar malam tu ennn. kira senonohlah anak mama ni.
"you must be proud of me, i'm all grown up, i finally wear make up and don't stumble in these not-so-high heels, i'm no longer a girl, i'm a lady, mama!" bisik hati bangga.
reaksi mak tengok gambar dinner: "make up malam kena tebal baru nampak."..... ok. terima kasih. akan cuba lagi pada masa hadapan... tah bila. boleh je nak buat seperti yang telah dicuba di rumah sendiri yang hasilnya terharu rasa "terer gak aku. kengkawan nak kawen upahlah, kita kira harga memember. ok cepatla kawen sesape nak duit ni pls." kualiti hanya dijamin kalau muka kita sebijik la sebab mata lain pipi lain aku tak google lak camne hahaha.
tetiba cakap pasal make up en, gegurl gilew.
yang penting semua look good okayyy malam tu, teruja/terharu.
selaku class rep, ijad susunkan sape duduk dengan sape
pastu ijad pi main band lak kat depan
ijad aku bangga dengan kau. dia masa baru masuk intec, penyegannyaaa. kitorang salu kacau dia sebab best kacau orang segan saje gelak tengok respon dia. aku pun memang suka kacau laki pemalu dari dulu kahkah. sebab lain untuk kacau ijad: 1. hafiz in the making mengaji... ya rabbi. menyanyi pun... ya tuhan. 2. ada bakal isteri dah, alhamdulillah brother! cepat-cepatla kawen, eh tapi ijad taknak kawen muda, ok cepat-cepatlah habiskan 30 juzuk hehe.
amrizad yang dahulunya penyegan di awal kehidupan intec, di pertengahan perjalanan ketika dipaksa menyanyi di kelas punyalah payah tapi sekali buka mulut semua terpana, tapi di penutup dua tahun ini, beliau naik ke pentas dan menyanyi di hadapan semua. such change, much confidence, so wow :')
nani and me, nani is my roommate and yes, classmate
first day masuk intec, sesi ice breaking sambil kemas bilik, kitorang bersyukur kitorang banyak persamaan. dalam hal lain berbeza, tapi dari segi family, sama. aku dengan dia sama cara, sama pemikiran, sama perasaan, sama manja haha (walaupun nani lagi manja kot hik hik). tapi lepas tu, kitorang tak berkongsi sangat pasal persamaan kitorang ni.... sampaila hari-hari terakhir kami bersama. kadang-kadang banyak persamaan pun susah jugak kan sebab kita nak benda sama, tapi kat situla belajar tolak ansur. semester akhir, baru semakin menghargai dorang semua sebab semakin banyak spend time together :') when i was still in intec, towards the end, i felt that i already missed my housemates. they were the first people i missed, like the house was the first place i missed. i wish i had a picture with yana that night. i wish dayah was there at the dinner and we all could take a picture together :(
asma and sayra :)
lily and ana :)
lily and ama :)
insyaallah... to the same place we'll go, with ummul. insyaallah.
this is ummul...... need a new post for this to say everything, or the things that are okay to say.
or just nothing because we ourselves know everything and everything that it means to me :')
ceka, lily, izzy, ama, ana, anis :)
sedih je dua2 selfie blur haha. ama and asma, boleh jadi tongue twister.
unexpected friendship to that unintended depth at the last minute in those last unfortunate days, despite all the unreasonable obstacles, we are friends. for that and more, i thank you :')
ama and aina :)
annnddd.....
amalina and amrizad. hahaha. inilah ijad! ijad apahal kau kurus sangat hah?! makin melebar aku di sebelah ijad yang turun 20 kg dalam masa 2 tahun. hm. 20 ke 12. tunjuk ajarku sifu (dia dah tunjuk ajar tapi tak berjaya sebab pemalaih haih)
selamat kot letak gambar ni kat sini. ke ada sesapa nak screen shot tolong report? aku tak faham class aku. classmate pompuan lain main2 pasal ijad, it's a joke. nak kawen bila ijad mengaji nak pengsan bila ijad menyanyi la apa la haha. it's all for a good laugh. tapi bila aku main2 pasal ijad, it's a thing! korang ingat aku takleh main2 ke hah?! dasar tak kenal ama sebenar. lol.
?????????????????????????????????????
ni dari whatsapp class oke. gambar atas farewell french lecturer party sem 2, masa aku baru kawan ngan ijad dan mula sembang pasal hidup. tetiba kecoh, padahal kitorang tengah cerita pasal kisah cinta dia! gambar bawah farewell friends and lecturers party sem 4, masa ni tengah nyanyi sandiwara cinta lol. ijad kena paksa perform, cam biasa, tapi segan, cam biasa. kitorang ulang je lagu tu sebab aku suruh sebab aku suka padahal dia nak lagu lain haha. akhirnya perform gak sandiwara cinta, satu kelas siap sing a long. we sang a long to Sempurna and Kenangan Terindah too, it was nice. i liked that moment during the practice session. it started only the two of us quietly singing sandiwara cinta, then some people talking in a group heard it, and started singing with us too, but it was really slow and low :)
ijad ajar main gitar. takpela sifu tak sempat nak belajar satu jam. tapi best!
amalina and amrizad jadi bahan ejek sejak kitorang dua jadi ketua kelas alis kot. dah lah quran sama kaler maroon. dah lah am am. dah lah point exam asyik sama hahah. nasib baik jap je the thing, kalau tak awkward gak aku nak baik ngan dia sesikit kena. oh ye. aku pernah blog pasal ijad, dekat satu post tak bernama. haha ce teka ce teka.
ok bukan wedding photo booth, lek lek semua lek
me and zuhad hehe. we don't always talk but when we do, it ends up as girl talk :3 malam semalam tu dengan dia la dari hal exam sebab taknak stress, terus cakap pasal luvh lyfe kononnya. bajet je. takpe zuhad tak perlu lah set up kita dengan sesiapa. haha baru teringat, she once asked me to be her kakak ipar, comel je juad. siang tu balik lepas exam, dok sebelah dia dalam bas. we shared girly secrets. since it's "ala last day so what the heck" and all the now and never what do you have to lose kinda spirit, we revealed who our crushes were ;)
speaking of which, this picture is the death of me. i dead.
teruskan hidup, sebab hidup ini penuh barakah, kan shasha? rapat lagi, nak amek berkat sikit. eh. hew hew
(she's my girl crush in the class!!! her gang even put a restraining order against me)
sayra and i! :) love love. we share some pretty little secrets, plans of joint venture for future business based on respective interests and a liking for a certain activity, um, let's just call it a hobby hehe
me and madi!!! ok ni bukan classmate. madi architecture. tapi ni schoolmate sekolah rendah! geng menari sway masa last dinner sklk :') six years later, saw her at the interview and ended up together here :) finally, photos with madi. dari awal masuk jumpa je salu "kita kena tangkap gambar sama!", "bila nak selfieee?", "nanti habis alevel amek gambar tau!" pernah selfie sekali dalam bas, bergambar sama sekali masa ni hehe. comel je madi.
self....reflect diri
ama and nureen! thanks for everything, i appreciate it :)
ama and wani! sorry for everything, i regret it. LOOOL. hang baca tak kalini. laih taim aku belog pasai hang tak bernama walaupun tak patut la kan tapi sebab itu yang aku rasa aku nak hang baca sendiri, bukan dengaq dari sapa-sapa or dengaq dari mulut aku cos lbr masa tu kita mana bukak mulut hahaha. tapi benda dah jadi nak buat lagu mana, maap la sapa suruh tak baca belog aku muahaha. ni la bila dua orang nampak cam cold-hearted bic padahal soft-hearted babies buat drama. nanti2 ah cita pasai hang. sayang hang bai
anis and ama :)
this is ika. bukan classmate. ni legend ni, takkan taktau. dialah admin group INTEC 2012/2014 yang menyatukan kami semua sebelum masuk intec lagi! berterima kasih pada ika cepat :')
sebulan sebelum jejak kaki kat situ kitorang dah orientasi melalui teknologi dah. those were the good old times, when everybody was excited to start this journey and now.... we've ended it. awww. everybody had too much time on their hand and nobody else to talk to because all our friends had continued their studies, so we were left alone at home with each other to mingle virtually with.
masa tu aku bising dalam group tu, bersembang tah dengan sape-sape yang masuk intec tak kenal pun habis intec tak ingat pun. tapi ada yang kenal, ada yang ingat, ada yang kawan sampai sekarang :)
ada yang tengah sama sembang sekarang as i am typing this, haha.
some of them, i do hope to befriend beyond the facebook group and beyond the college compound.
to the infinity, and beyond! k.
oh and i received a chocolate dedication. i was chilling at my table when a junior handling the event came to our table asking for amalina. cuak jap.... then i was handed a chocolate. took me a second to read what's written on the chocolate and realize oh... ada orang kasi coklat. em, thanks. donno who you are, i had three guesses but it's all wrong and wani said she didn't give it, haha. i'm out of guesses but i guess it must have been a friend then. tak makan lagi coklat tu. tapi tenkiu hehe.
the night after dinner night. the glamz fades away, kids.
"hidup di dunia ini tidaklah melainkan main-main dan senda gurau. akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertaqwa."
(tetiba. ramadhan, ramadhan.)





















































