Rupert Grint siot. Rupert Freaking Grint.
On a track to a hidden destination. Even Google can't find my blog, it's under an invisibility cloak. That hidden.
Tuesday, November 30, 2010
Mimpi: I Am Ginny Weasley
Rupert Grint siot. Rupert Freaking Grint.
Monday, November 29, 2010
Kenapa Bertuah Jadi A Nobody?
aku ada upload satu album kat FB yang menimbulkan kontroversi. semua orang tegur aku dah tembam. eh aku tak tahu pulak sebelum ni aku kurus eh?
orang yang betul-betul berisi, takde sape tegur "yeay kau gemuk". mungkin sebab dorang takut kena tangan. sekali tampar terpelanting 10 kaki. kalau aku tampar setakat lebam je en. okay ni maksudnya kena makan lagi banyak ni.
Berasa forever alone sebab tak hot?
sebenarnya, orang yang paling bertuah ialah orang yang physically unattractive (depends on individual) and financially broke. kenapa?
sebab orang sayang dorang sebab dorang. sebab yang tak boleh timbang dengan kg, tak boleh kira dengan ringgit.
kalau kau cantik/handsome/berduit/berstatus, kau takkan tau orang nak kawan dengan kau, nak jiwang dengan kau sebab kau ke, sebab apa yang kau ada. at some point, banyak pulak orang berebut kau sampai taktahu nak pilih. tapi dorang ikhlas ke tak?
susah nak tahu kan.
kau akan tahu bila rupa kau dah bertukar, harta kau dah berkurang. time tu sorang2 angkat kaki.
jadi kepada sesiapa yang RASA diri tu tak cukup cun/macho/loaded, sila jangan feeling forever alone. mungkin kawan kau sikit, tapi dorang ikhlas. mungkin lambat lagi kau jumpa orang yang nak dekat kau, tapi satu-satunya calon tu takkan cakap
"i love you just for your look and wealth and once they're gone, i'll be gone too"
instead korang akan dengar the sweetest and the most sincere
"i love you just the way you are and nothing's gonna change"
. . . . . . . . . . . . .
weh sumpah jiwang. takpe, something untuk kita semua fikirkan.
dah fikir dah? JOM TENGOK GAMBAR MAKANAN OH YEAH!
Thursday, November 25, 2010
Bagai Itik Masuk Blog
Baiklah, kena marah. tsk tsk. fain. . . . . forever alone~
Tuesday, November 23, 2010
Kalau Tak Blogging Aku. . .
first time pun tapi gempak tak gua punya design?
tidak, jangan kata aku lupa diri! sebenarnya, em, eh apa ek, okay sebenarnya memang nak tulis Malaysia tapii panjang sangat. NZ pendek sikit, barulah muat. heh heh.
eh tapi kenapa banyak NZ-related; buah kiwi, gambar paku pakis, burung kiwi and benda macam ubat nyamuk tu? ni sebenarnya projek sekolah anak buah aku. aku tolong buatkan. kan aku dah kata, sekolah kat NZ punyalah kurang belajar siap boleh main masak2 lagi.
Harry Potter mesti ada okay.
2. Tumblr
kalau aku hampir dicaughtredhanded on FB, aku akan bukak tab Tumblr.
dahlah orang kat Tumblr je yang obsess dengan Harry Potter macam aku, dorang faham aku. seriously HP is so big on Tumblr, you don't want to say anything bad about it or even bond with someone if you're not into Harry Potter.
aku sangat bersyukur aku ada Tumblr pada saat penting macam musim Deathly Hallows sekarang, kalau tak sengsara kena hadap budak2 FB yang tidak memahami.
3. MAKAN MAKAN MAKAN.
Kakak ipar dan abang pandai masak, habislah aku. weekdays abang aku masak, weekends kakak ipar aku pulak bersilat di dapur hasilkan something special.
selain tu, apa yang jadi isu kat sini ialah semua benda sedap.
cokelat contohnya. Cadbury dia mak oi, marbeles! kat Malaysia memang tak dapat. sebab Malaysia guna butter dari palm, tapi NZ taknak sebab palm oil industry means destruction of forests, so they use coconut oil instead.
ice-cream. THIS ice-cream. perisa lime. abang aku kata kat Malaysia ada, tapi tiga kali ganda lagi mahal, sebab . . . sebab. . .
INI ESKEM TERSEDAP SEPANJANG ZAMAN!
rasa macam nak benam muka dalam bekas dia dan lemas dengan bahagianya.
strawberry kat sini besar gedabak, kalau rasa meluat dekat sape2, baling kat muka dia pun dah memadai. tapi kalau baling kat aku, aku nganga mulut awal-awal.
stroberi tu besar dia, kalau sumbat dalam mulut konfem penuh. mungkin tercekik lagi.
susu sini pulak since fresh dari lembu dan sesaudara dengannya, jadi rasanya memang best, seenak susu ibu. eh macam mana aku boleh ingat rasa susu ibu?
semua lah kat sini boleh jadi faktor obesiti, sungguh sengsara nak tahan nafsu.
Thursday, November 18, 2010
Deathly Hallows Part 1, EPIC.


apa ni, baru 2 minit start aku dah menangis?!
kau takde perasaan dan defense mechanism kau ialah babak aksi?
8 bulan lagi?! ya Allah panjangkan umurku amin.

Wednesday, November 17, 2010
Raya Sebagai Perantau
Solat di Dewan?
sangat meriah! berkunjung ke rumah setiap orang melayu yang ada! makanan beraneka jenis membuatkan lidahku bahagia tetapi emosiku sengsara!
Rumah Terbuka ialah satu penyeksaan kepada aku yang suka makan
ini menu dekat rumah abang aku untuk menjamu kawan-kawannya:
resepi ciptaan kakak ipar, sausage dalam pastry. tapi aku yang buat :')
Coco Tiramisu, sort of my original idea since Tiramisu usually rasa kopi. weehee. aku taulah aku cakap nak kasi resepi since 2 tahun lepas, sabar ek. alah pergi je Google, apa susah. tapi taktaulah kalau ada yang sedap seperti ini. ngahahah.
petang pergi taman bunga rose, jadi bermulalah kejakunan melampau sampai budak tua ni berlari-lari berkejaran sengsorang. nanti aku update later okeh.
ps: ada kawan kakak ipar aku nak reserve aku sebagai bakal adik ipar beliau.
Alhamdulillah, kurang satu kemungkinan jadi andartu.
Tuesday, November 16, 2010
Hidup di New Zealand
Langit NZ
and bulan still visible masa siang. jadi kalau nak beraksi jiwang seperti pungguk rindukan bulan pun tak payah tunggu malam okeh.
Summer yang Sejuk!
suhu memang macam pasang aircond, kalau malam takyah cakaplah. sampai ke tulang okeh sejuk dia. rumah abang aku ni even kipas pun takde tau.
Nature Is Still The King
Si Capik The Cat
kucing ni bukan kucing abang aku, dia ada tuan sendiri. tapi nampaknya dia lagi sayang tuan aku sekeluarga daripada tuan dia. mana taknya, nak makan pagi petang siang malam dok meow meow kat sini. rantai dia ada loceng tau, so daripada jauh boleh dengar kalau dia datang.
tidur pun kat rumah abang aku gak. bermain pun dengan kitorang. dia sangaaat manja, buat aku sayu gila setiap kali tengok dia. aku tau dia sayang family ni.
sebab kalau dorang balik daripada bercuti ke camping ke, maksudnya berhari-harilah tak jumpa dia, mesti dia datang berlari-lari dengan tiga kaki dia tu. eh aku taktau nak cakap, Capik, kau memang manja dan comel lah!
aku rasa dia dah lupa siapa tuan dia yang sebenarnya.
Aku akan Gemuk!
makanan yang dia buat pulak yang kau tak pernah tau kewujudannya okeh, memang aku nak describe camne talent dia pun aku taktau. senang cakap, kalau buat restoran memang jutawan lah! kawan dia pun nak beli, tapi dia kasi free je.
selama ni aku dok Malaysia tengok FB dengan blog dia, penuh resepi makanan. hias pun cantik, kalah chef dalam tv. sekarang dah ada kat sini, hah bolehlah aku memuaskan nafsu!
birthday tahun ni siap mimpi makan moist chocolate cake dia. . . kak nak satu!
aku redho gemok dengan cara ini. gemok berbaloi namanya.
Aku akan Hitam!
anak2 sedara aku yang dulu putih merah, sekarang terus gelap. apakah pula nasib ayu mereka yang memang dah sedia hitam ni?
jangan sampai bukak sekolah tahun depan korang tak kenal aku sudah.
Monday, November 15, 2010
To Auckland With Love
apa aku kesah dulu ialah bukak inflight shopping mag dan merengek nak beli mainan. pastu tido je manjang. kali ni, walaupun 10 jam lebih atas tu, aku tido 2 jam je kot.
sebab ni haaa
then aku tido.
then aku bangun.
kalau tak gelap je malam, bintang nampak sikit2, and semalam half moon. nak tangkap gambar tapi hasilnya macam aku tangkap gambar lampu.
weehee nak landing! pilot dah suruh tutup alat elektronik. well being me, i was willing to risk the whole plane for capturing the momentzzzeh. jadi tahulah anda untuk tidak naik kapal terbang bersama saya. alah apa je camera biasa aku boleh buat? jadi bom?
awan dia macam cotton candy! kalau aku gila dah lama aku lari pergi emergency exit bukak pintu lompat makan awan dan rasa nikmat syurga selama beberapa saat sebelum jadi mayat tak dapat dikenal pasti.
bila masuk awan, putih je semua. aku sumpah dah lama gila tak naik aeroplane terbang jauh sampai jadi budak2 balik, excited nak mati setiap saat.
New Zealand, jangan terkejut kalau ada explosion dekat Airport korang yang tak best tu because i am just DA BOMB!

