Sunday, March 27, 2011

Lessons-proof

arca yang buat serabut bithday aku tu kalah.

---------------------------------------------


I don't know what jinx has been put on my family. it's not a jinx, maybe it's mere stupidity. Babah was the only one who knew how to handle business, but even then he was lied to by people too greedy for money but too lazy to work for it. now? gosh. you studied business, and i can understand if studying theory and working practically are two different things. but after been conned countless times, why don't you just give up and start going to interviews asking for a job? stop trying to BUAT business. instead just work for others, tak boleh ke? you don't have the talent, but you have faith in others who don't deserve it! STOP TRUSTING PEOPLE FOR THE LOVE OF GOD! especially the one who has conned us before, someone whose mother is a big fat liar, making him literally the son of a b*tch. i can't understand how you could trust them so easily with what i have. aku tak berkira lah okay, kalau boleh tolong keluarga, tolong kita daki balik bukit yang babah pernah tawan dulu, aku tak kisah. tapi lain kali cakap dulu boleh tak dengan sape kau berurusan? kalau aku tau, aku takkan kasi sikit pun. kalau aku tau, aku tak kisah nak gaduh ke apa, tapi aku akan stop korang daripada kena tipu lagi. I'm only seventeen yet i know we shouldn't have trusted those people. when i was 8, i knew we shouldn't have trusted his mother. it's only common sense! gosh i can't even lah. sick of this kind of problems. now i'm the one who's directly involved in this sh*t.



UPDATE: aku cepat marah, tapi cepat cool. seriously, aku hot pasal ni pun masa aku tau je. lepastu aku rilek. sebab benda dah jadi kan. takde sape mintak benda jadi camtu. aku tak fikir langsung pasal apa yang aku hilang. aku tak marah sape2 pun kecuali keturunan penipu tu. aku doa aku takkan jumpa lagi keluarga diorang, tapi kalau aku jumpa, aku nak tengok balasan untuk dorang depan mata aku sendiri.


watlek sudah. kan?
--------------------------------------------



em kalau rajin aku post pasal arca. kthnxbai.

Friday, March 25, 2011

Jadi Hari Ini Hari Jadi

Saya.

Yeay aku dah 17 tahun, boleh kahwin!

eh tak. fokus tu biar betul sikit, boleh ambik SPM! haaa. pfffft.


--------------------------------------------------------------

This is like the worst birthday ever, i usually don't have a superb celebration or something, my birthday tends to be boring, because it is just like any other day. but this is the worst.

i don't ask for anything, i just want a day off. i want to lie in bed and drown in my fantasies, watch the TV and never let go of the remote control, as if being a sloth is something new to me. but what i really want is, to forget about the homework. i don't even wanna touch a book.


but hey, that isn't what's happening to me.

for today, tonight and tomorrow, i will be very busy building a sculpture for a competition. now i'm tired, i'm disappointed and i'm hoping i can jut spend the rest of the day enjoying being seventeen - which is doing nothing cause when you're in form 5 you're supposed to be working hard for SPM right? the working hard part is gonna start soon, hopefully.





in simpler words, so much for a happy birthday.

--------------------------------------------------------------



sebab hari ini hari jadi saya, saya mahu buat diri rasa lebih berharga.

jadi saya dengar lagu jiwang Sempurna.



alah lagu Indon yang buat semua perempuan rasa terharu tu. dengarlah dan bayangkan ada orang nyanyi camtu untuk korang, ada rasa nak titiskan air mata tak?

lepasni nak dengar pulak lagu Chantek (Altimet) lepastu Istimewa (Indigo). Just The Way You Are pun boleh jugak, tapi tak nak sebab perempuan dalam video klip tu cantik sangat, memanglah "I love you just the way you are". ish, tak relevan untuk aku.


-------------------------------------------------------------------------


To Allah, thanks for everything. tears shed this subuh is no indication of the redemption and gratefulness i feel. Alhamdulillah.



To those who wish, who give, and who sing, i can't thank you enough. you don't know how much it makes me happy, it may seem silly, but to me it never is. people, i love you.



and to those who don't, i love you too.


--------------------------------------



jap nak dengar background music.


Kau begitu sempurna
Dimataku kau begitu indah
kau membuat diriku akan slalu memujamu



Terima kasih Andra and The Backbone, tsk tsk.





Saturday, March 19, 2011

Luahan Jiwang Sempena Hari Jadi Mama




like Mother's Day, on her birthday my mom isn't celebrated like she was back then.

until the year Angah migrated to New Zealand, at least we had a little feast to celebrate my mom's birthday and mine, which follows soon after hers.

my sis-in-laws would cook or bake something, usually tiramisu for my mother and chocolate cake for me, while my brothers who weren't married yet would just buy some food from some restaurants. together we made our own little gathering.

but for the past few years, no feast was held. birthdays were celebrated just like any other day. no complain from me, but i can't help feeling sorry for my mother.

as she gets older, everything gets simpler. i just think she ought to be celebrated like the best mother in the world, for she is.





everytime i remember how Babah made the day so damn special i want a husband like that, tears would swim in my eyes.

now no more special treats for mama, no more.






what does your mother want?

i bet the typical answer is for you to be academically successful, right?


but not with my mother.

the only thing that will make her the happiest mother in the world is if i can be a decent woman. you know? the one who can cook, do chores, run errands, a woman who has what it takes to become a lady for a man. that's the only thing she desires from her only daughter.



seriously, that's the most important thing to my mother. and so it is to me.


my mom, she teaches me how important it is to really be the woman in the house.






anyway Mama, i always pray more than anything that you get to see the day when i follow your footstep, being someone who i wish to be more than an astronomer, more than a writer, which is a mother. the best one like you've been to me.


until that day come, i'm sorry for not being good enough as a daughter for you, the best mother.



but i know i have given the best birthday gift right? ehehe none other than my own birthday laaa. okay jangan perasan.


speaking of which, mama the reason i have never asked for a birthday gift is because each birthday of yours is the best present i ever have.






and i need nothing more.


Happy Birthday Mama.


Friday, March 18, 2011

Kisah Cinta Abangku

setelah aku stalk dengan lebih mendalam, baru aku perasan pakwe akak A ni pun budak Serting jugak. fine! budak asrama memang nak kahwin dengan budak asrama je lah kan! habis aku takde peluang lah ni?

lol macam nak sangat dekat korang. memanglah ada yang bagus, tapi ada jugak yang perangai dua kali lima budak sekolah biasa. lagi teruk pun ada, sebab korang tau korang pandai jadi korang tak kisah nak buat apa-apa pun yang salah.

jangan kecik hati budak asrama, aku cakap "ada jugak", bukan "semua".

tapi aku kena jadi jujur jap. sebenarnya masa aku masuk Serting dulu, baru 13 tahun tu, aku dah fikir "mungkin aku jumpa jodoh aku kat sini".

gatal? not only gatal, but i was being realistic as well. best kot kahwin dengan budak asrama, dah sah pandai, nanti fulus banyak, hensem itu bonus. . . okeh jangan berbunyi keduniaan sangat boleh tak.

tak ah, sebenarnya aku dapat inspirasi untuk kahwin dengan rakan seMRSM sebab abang aku, Angah. dia jumpa kakak ipar aku, Kak I, dekat MRSM.


DIA MENARIK PERHATIANNYA EW

ceritanya bermula bila Kak I kasi manifesto depan orang ramai, minta undi jadi BKP. hati Angah terdetik "bersemangat dia ni, dahlah cun, memang dia dapat undi aku. . . eh".

Angah dulu ada peminat. peminat dia ni agak saiko, menakutkanlah untuk reject budak ni. Angah buat cerita cakap dia ada awek tapi awek dia mati accident, jadi dia tak bersedia untuk bercinta. dasar penipu betul, padahal dalam diam berbalas surat dengan Kak I.

haritu masa aku merengek betapa susahnya Addmath, Kak I kata "akak dulu selalu kena berdiri atas kerusi masa Addmath. buat malu je Angah nampak bila dia lalu depan kelas akak". pelajar Ph.D pun ada detik budak-budak biasa macam kita okeh.

Angah pernah cakap kat aku "Kak I kenal aku lagi lama daripada kau kenal aku." Kak I orang Sarawak, jadi susahlah setiap kali pulang bermalam dia nak kena tempah tiket kapal terbang semua. solutionnya, dia balik rumah aku masa cuti.


DIA BERTANDANG KE RUMAH OH

budak-budak dulu tak gatal macam sekarang. taulah mak aku jaga budak berdua tu depan mata dia. kiranya mak aku pun dah kenal Kak I sejak Kak I besar aku lagi. tapi aku tak kenal mana-mana bakal mak mertua pun sekarang. . . . ah diam diam.

aku pernah tanya mak aku, takkan tak syak apa-apa pasal Angah ngan Kak I? mak aku cakap sebelum bawak balik rumah pun, Angah dah kenalkan masa mak aku lawat dia kat asrama. dorang biasa-biasa je, tak gatal pun, tapi mak aku fahamlah budak remaja. ceh.

masa kecik, Kak I yang babysit aku. sebab tu aku paling rapat dengan Kak I berbanding kakak ipar lain. Kak I pernah mandikan aku, basuh berak aku, semua weh. dah macam kakak kandung kan? tak hairanlah kalau aku paling sayang dia. sebab dialah perempuan kedua lepas mama dalam hidup aku.


DIA MENJADI YANG SAH AWH

lepas MRSM, Kak I dengan Angah terpisah. Kak I dekat London, Angah dekat US. dulu kalau melawat Angah mesti melawat Kak I sekali. satu keluarga dah rapat gila dengan dia.

akhirnya, Angah dengan Kak I bernikah dekat London. aku pernah masukkan gambar dorang kat blog ni rasanya, oh ye tekan tekan.

sekarang dorang dah 14 tahun kahwin, dah ada 2 anak.






MEREKA AWESOME

aku harap sangat-sangat dorang kekal, amin. aku pernah tengok ups and downs in their marriage. sekarang dorang dah matang, aku rasa dorang dah takde bergaduh macam dulu. dorang dah besar, bukan scandal dekat MRSM satu ketika dulu.

dorang berubah daripada budak-budak MRSM kepada suami isteri yang sangat memahami satu sama lain, kenal baik buruk masing-masing, dorang agak alim dalam ibadah, tapi dorang selamba je layan cerita ngan lagu omputeh, lagi maju daripada aku pulak tu. dorang selalu masak sama-sama, mengemas sama-sama, tangkap gambar sama-sama, share hobi sama-sama, tengok cerita sampai tertido depan tv sama-sama, semua sama-sama lah.

aku tengok dorang, aku salu terfikir, tak boring ke hadap muka masing-masing sejak sekolah menengah?

kat New Zealand sekarang, bila Kak I kat university buat kerja dia, Angah kat rumah, dorang mesti chat dekat facebook. jap-jap kang Kak I post benda-benda jiwang kat wall Angah. suka betul aku stalk dorang time tu, sebab dorang tak pernah log out. heh heh.

tapi seriouslah, korang tak boleh berpisah ek?




aku tak sempat tengok macam mana Babah dengan Mama dulu. aku dapat dengar cerita daripada Mama je. aku tau Babah dengan Mama boleh jadi contoh suami isteri yang awesome.

tapi aku tak dapat tengok tu semua.

apa yang aku dapat tengok ialah Angah dengan Kak I. dorang tak sedar dorang sebenarnya kasi impression dekat aku. dorang buat aku nak ada apa yang dorang ada.



ewww kenapa aku cakap pasal ni.



bai de wei, agak pelik kalau sebenarnya kita dah jumpa bakal teman sehidup semati kita masa kita kecik-kecik muda-muda macam ni. kan? macam Angah dengan Kak I.



ewww lagi. dah dah gi sambung buat kerja sekolah.




Fenomena Berubah Sebab Sekolah

AKAK-AKAK SERTING

kat MRSM Serting dulu, akak-akak yang aku sangat rapat ada 3 orang, tapi akak sorang ni, kita panggil dia akak A, dia yang paling connect emotionally dengan aku.

kitorang kenal sejak ada salah faham dekat toilet ni. time tu aku nak cepat, tengok toilet kosong walaupun baldi beratur depan tu, aku masuk jelah. bila kat dalam, ada suara tegur aku curi toilet dia. aku ingat tu roommate aku, aku pun balaslah main-main. tetiba bila suara tu dah naik angin, baru aku perasan tu sebenarnya akak senior.

aku keluar toilet je ada kawan aku cakap "habislah kau". aku tanya dia "akak mana tu weh? mati aku mati". "Akak A. matilah kau".

malam tu aku takut gila nak jumpa dia minta maaf. apa tah terkeluar daripada mulut aku. aku cakap aku serabut tadi sebab budak kelas aku gaduh dengan budak kelas sebelah pastu nanti satu kelas kena potong markah merit blabla. . . dia pun mintak maaf jugak sebab marah aku, dia kata dia ada masalah dengan cikgu dia.

since haritu, kitorang terus rapat gila.

masa aku nak keluar Serting, dia kata dia dengar orang cakap ada budak nak keluar, dia terus lari masuk blok. time aku nampak dia, muka dia dah merah. ke pucat? aku pun tak ingat. yang aku tau time tu muka dia memang lain. lama gila dia peluk aku.

Akak K pulak, Naib Pres BKP kot. dia tahu masalah aku, dia salu kasi kata-kata semangat. dia ada power untuk back up aku, tapi aku mintak "kak, jangan besarkan hal ni". kalau usha daripada jauh, agak takut ngan dia sebab well, orang kuat Serting kot. muka garang. tudung labuh. tapi bila dah kenal, pergh sempoi gila.

Akak E, dia ni gila-gila. dia kejut aku pagi-pagi, tanya "budak tecik, dah sholat lom?" sambil geletek aku. kalau ada lagu baru dia tolong masukkan dalam mp3 aku. dia lepak dengan aku kat hall sampai 3 pagi, teman aku buat kerja rakan kesayangan. dia selalu picit pipi aku, betulkan tudung aku. akak-akak pernah tegur "ni mesti angkat mengangkat ni,". dia jawab "aku berlambak adik kat rumah. ni rakan kamceng akulaa," dia cakap sambil peluk aku.

aku memang anak last, tapi dah lama takde sapa layan aku macam budak kecik. aku suka jadi form 1 kat Serting, sebab time tu form 5 teruja dapat junior. semua layan macam aku kecik gila, padahal kat SKLK dulu dah bajet jadi senior yang gangster dah. kat Serting, jadi adik-adik balik. lain keadaan dia dengan jadi junior kat sekolah biasa, memang lain.



itu intro.



PERUBAHAN SEMENTARA





aku baru perasan dekat fb akak A, dia dah engaged dengan someone. aku taktau engaged betul ke main-main. whatever it is, ini hanya menunjukkan satu benda. dia dah ada pakwe!

aku sumpah tak percaya doh. sebab akak A yang aku kenal dulu ialah akak PERPIM. akak PERPIM zaman aku, dorang garang gila, strict siot. siap warn "kalau akak nampak awak cakap dengan laki, kat situ jugak akak tampar awak!"

tapi akak A ni baik tak macam singa betina yang lain. cuma untuk tahu dia dah ada, bluwek, someone special, itu agak kelakar. aku tak pernah bayangkan dia bersayang-sayang dengan sesiapa, tapi tulah yang aku nampak masa aktiviti meng-stalk dia tadi.

aku tak judge. buatpe aku nak judge? manalah tau one day aku jadi macamtu. kita semua taktau apa kita akan buat kan? siapa kita akan jadi. so kalau kau judgemental atau prejudice, baik kau simpan semua tu dalam hati.

aku cuma terfikirlah, dah banyak kes macamni. kes yang orang masa sekolah atau masa U, dia jadi alim jap. sebab kena usrah. sebab keadaan sekeliling. sebab jadi PERPIM. tapi later, bila suasana dah berubah, dia jadi diri dia balik.

sebab tu aku tak ambik serious bila tengok orang tetiba jadi alim, sebab dia masuk sekolah yang alim. sebab kalau perubahan dia kekal, alhamdulillah. kalau tak kekal, itu tak pelik.

kau bolehlah cakap nak suruh orang berubah jadi lagi baik. kau ingat senang nak berubah? senang nak kekal? kita kena kasi dorang masa. kena kasi dorang peluang. peluang untuk sedar apa dorang buat tu tak cukup, apa dorang buat tu salah. kan belajar daripada kesalahan tu lagi mendalam kesan dia?

aku takut aku pun jadi macamtu. sebab tu aku taknak push diri aku. aku taknak ikut orang, aku taknak terpaksa berubah sebab keadaan. walaupun untuk jadi lebih baik, tapi kalau kebaikan tu sekejap je buatpe? nauzubillah.

kalau nak berubah, kita kena berubah ikut diri kita. tapi kalau nak jadikan orang lain inspirasi, takde masalah. haih entahlah, semua bergantung pada diri masing-masing sebenarnya.

dah bai aku nak sambung stalk pakwe Akak A.



Monday, March 14, 2011

From Auckland With Tears

Post ini sepatutnya diblog lepas balik Malaysia, baru feeling, tapi disebabkan emosi yang teramat masa tu, maka sekarang barulah post ini wujud. sila bawa diri anda 3 bulan ke belakang.


----------------------------Time Travel Bermula-------------------------------


Good Morning New Zealand! Good last morning in New Zealand. . . wuuu.



ini apa yang aku nampak kalau bukak pintu rumah abang aku. cantik kan?


pagi tu aku tak banyak cakap, sekadar angguk-angguk geleng-geleng. kang bukak mulut sikit terus meraung-raung taknak balik kang, tak ke susah tu.




antara makanan terakhir yang dihadam di NZ. gambar kiri ialah dinner terakhir iaitu salmon, kanan ialah breakfast terakhir iaitu ayam. sungguh rindu air tangan kakak iparku, tsk.




aku buat ni senyap-senyap pastu selit dekat laci yang sebulan aku guna letak harta benda. lepas balik Malaysia, abang aku cakap benda ni lah yang buat kakak ipar aku menangis.




ingat lagi pasal kucing capik yang dah lupa tuan dia sapa?

haritu tuan dia nampak dia main dengan anak2 sedara aku, tuan dia cakap dia dah lama tak balik rumah. bila anak2 sedara aku cakap kucing ni memang makan tido semua kat rumah ni, tuan dia nampak tak puas hati.

kemudian beberapa hari Chelvy tak datang rumah kitorang. eh, rumah kitorang? rumah abang kau je sudah. tapi last2 bunyi loceng dia muncul kembali. kami meraikan kepulangannya dengan riang, tapi dekat rantai dia ada message berbunyi "do not feed me".

kitorang suspect tuan dia tak kasi dia bermanja dengan kitorang dah, sebab tu lama tak nampak batang hidung Chelvy ni. terus takde mood. dahlah takut Chelvy kecik hati sebab tak bagi makanan. kami terpaksa, paham?

Chelvy dah jadi ahli keluarga yang mengisi ruang kosong dan mewarnai hidup kami. jadi bila cinta terhalang camni, memang pedih lah bai.

padahal tah-tah memang kucing capik ni ada special diet ke kan, manalah tau. hmph.

sejak pemergian Furby, aku dah lama tak rapat dengan mana-mana kucing. Chelvy ni kira yang pertama lah. kasi kesan jugak untuk tinggalkan dia.




dengan rumah ini, 'rumahku syurgaku' memang kata-kata yang tepat sekali.


sepanjang perjalanan nak ke airport, aku gigit bibir dan kelip-kelip mata je tahu? sebab once bibir bergetar, mata berair, memang tak boleh stop dah. gigih betul usaha aku untuk tak menangis. pandang je jalan, pandang je awan puas-puas.




tradisi kot menangis kat sini, takkan aku nak buat muka macho pulak. but i didn't let the tears get the best of me. lepas lap air mata setakat dua titik, cepat-cepat aku masuk dalam tu.

ketap bibir, tenangkan ombak di dada, tahan tangisan. tahaaaan. kau ingat senang ke untuk Ama Emo ni menahan air mata? aku layak dapat anugerah untuk itu!




itu flight saya. sibuk je Singapore Airlines kat belakang tu, nak jugak berjiran kat sini. jangan lupa nikmati pemandangan awan rendah buat kali terakhir! tsk.



CERITA BEST SUMPAH INI CERITA BEST.

masa aku jalan dekat lorong yang nak masuk flight tu, tetiba brooch kat bahu kiri aku terjatuh. aku nak ambik, tapi ada akak muka berlagak tengah jalan kat situ.

last-last aku blah je, meninggalkan brooch aku tercicir di tengah jalan.

aku duduk kat seat. aku cakap kat mak aku yang brooch tu terjatuh. tu mak aku punya. sebagai anak perempuan, barang mak aku ialah barang aku juga. aku lah yang selalu pakai brooch purple tu, aku suka sebab dia ada bunga2 yang tergantung. comel gila.

masa aku mengadu kat mak aku, aku jadi budak-budak balik. sebab aku harapkan mak aku yang tolong ambikkan brooch tu untuk aku.

tapi mustahil, sebab orang berpusu-pusu beratur cari seat sekarang. tah-tah brooch tu dah patah. dah kemek, remuk, ditinggalkan sorang-sorang, jadi buruk, sebab aku. . . . .


aku pun menangis. menangis.


ini bukan menangis setakat menyeka setitik dua air mata, ini menangis yang teresak-esak tak boleh berhenti sampai perlukan beberapa tissue dan membenamkan kepala ke lutut untuk menyorokkan muka yang merah dan basah.


korang tak dapat bayangkan betapa aku menangis teruk gila time tu.


aku penat-penat tahan menangis berpisah dengan keluarga, tapi aku kalah sebab hilang pin tudung?


ya.


sampai atas awan pun aku tersedu-sedan lagi. aku bayangkan, brooch tu beli kat Malaysia, hilang kat New Zealand, hilang sebab aku, mengada taknak tunggu dua saat untuk ambik dia semula, semua salah aku, dia tertinggal kat bumi orang, konfem dah rosak, konfem kena buang. . . . .

aku berdoa ada orang yang nampak dia dan pakai, atau kasi hadiah dekat awek ke bini ke, aku tak kesah. harap-harap orang NZ ni tahu guna brooch, kau pinlah apa-apa pun. asalkan jangan buang. . jangan. . .

ya Allah aku rasa bersalah! kan aku dah kata aku anggap semua benda ada perasaan.






up up and away. goodbye the land of the long white cloud.




haha bongok, tengok tu aku pegang tissue untuk lap air mata. reflection mukaku yang nampak sedikit itu pun memang menggambarkan kepiluan yang amat sangat.

sila fokus dekat gambar kapal terbang tu, kami dah terbang melepasi Auckland! oh itu sangat sedih. dah tiada bangunan dan rumah di bawah, yang ada hanya habitat hidupan akuatik. tiada dah kemungkinan aku terbang di atas keluarga aku. tsk.




tengok globe ini menambah kesedihan sebenarnya. bila bumi bulat begini, baru aku betul-betul sedar betapa jauhnya aku dengan keluarga abang aku. takde istilah pergi bila-bila nak. kau ingat kau dah habis sekolah? kau ingat New Zealand tu Negeri Sembilan?




time-time mata aku bengkak ni memang pandai korang kasi aiskrim laa, snek laa.


cepatlah pulak perjalanan 10 jam ni. dulu nak tunggu sampai NZ tu bukan main lama, tapi best. siapa je yang rasa duduk atas flight tak best kan? 20 jam? bak datang, sanggup kot.




makin lama makin sedih tengok blue screen ni. tengok distance to, makin dekat. distance traveled, makin jauh. local time at Auckland, dorang buat apa sekarang?




kat sini aku dah mula menangis lagi. kali ni sebab kurang daripada separuh perjalanan je lagi nak sampai Malaysia. nak sampai rumah, nak jumpa masalah, makin jauh dengan orang yang aku sayang, makin jauh dengan tempat yang tenang.


boleh kata daripada Australia sampai Singapore kot aku menangis. sadis betul.




haih, MAS. masa aku baru datang, makanan kau sedap jugak. masa aku nak balik, tak tertelan rasanya. camni kau sambut aku balik ke negara tercinta? ke aku yang takde selera?



bila pilot dah suruh semua orang duduk, tiba-tiba peramugari buat announcement. ada sesiapa hilang barang?


aku tengok.



YA ALLAH! BROOCH AKU!

elok lagi! alhamdulillah sangat, aku ingat dah beribu batu dia tertinggal, sekali all this time aku sebok dok menangis pasal dia, dia ada dalam ni! kepada sesiapa yang selamatkan brooch ni, aku doakan yang terbaik untuk anda.

kau tau tak rasa pure happiness bila ingat barang hilang, sekali ada?



muka pure happiness


ini bukan pengalaman pertama aku hilang barang dan jumpa balik, DALAM KAPAL TERBANG.


masa darjah 2, dari Mesir nak balik ke Malaysia. mak aku shopping last minute beli 2 handbag. aku ditugaskan memegang handbag2 tersebut.

dah duduk dalam flight, baru aku perasan handbag2 tersebut tiada dalam genggaman. tiada juga dalam genggaman mak aku. tiada dalam genggaman siapa2. hilang begitu sahaja.

aku pun apa lagi, menangislah! aku rasa bersalah nak mati. bila lagi mak aku nak beli handbag kat sini hah? bilaa? aku dah hilangkan 2 handbag yang dia tak sempat guna pun! yang bau kedai lagi! yang baru jadi milik dia tak sampai 1 jam!

aku memang anak tak guna.

aku berdoa gila-gila time tu diiringi air mata. aku berdoa sambil tengok awan, berharap ada malaikat aminkan, berharap bila kat atas langit ni, konon makin dekat dengan Allah, makin senanglah Allah makbulkan. biasalah fikiran budak darjah 2.


bila nak sampai, mak aku mintak pramugari cek kat tempat letak barang atas kepala tu untuk kali terakhir.


jumpa! jumpaaa doh jumpaaa! padahal tadi dah cek tapi takde tau!


Allah je yang tau siapa yang bawak handbag2 tu naik atas flight, siapa yang letak kat situ. Allah je tau, dan aku tak kesah. yang aku kesah, Allah dengar doa aku.




dah nak sampai yo.


masa ni dia tunjuk video pasal Malaysia. bolehlah impress pelawat asing. tapi untuk impress rakyat sendiri? we know better.

tengok video tu, aku berharap itulah Malaysia yang aku kenal. aku sayang negara aku, tapi terlalu banyak perkara kat sini yang buat aku jelik, buat aku takut. Malaysia tak bersalah. mungkin orang dia yang bermasaalah.




tengok tu tengok tu! line kuning yang menghubungkan kapal terbang dengan Auckland dah hilang, bermaksud dah selamat sampai. sungguh deep meaning.




sama-sama. semoga kita berjumpa lagi, manalah tau kau ke yang bawak aku pergi belajar jauh nanti? Insyaallah, Amin.





Esoknya kitorang kat Malaysia skype dengan diorang kat NZ. mata aku still bengkak, semua tegur. abang aku kata sepanjang perjalanan balik dari airport, kakak ipar dengan anak2 sedara aku semua menangis. balik rumah, lagi teruk menangis. masa solat jemaah pun teresak-esak. dorang cakap sunyi takde ayu, takde opah.

sampai seminggu kot dorang macamtu. semua takde mood nak bising-bising kat rumah. dorang pergi pantai pasir hitam yang aku pergi tu, lepastu anak sedara aku yang laki menangis. dia kata teringat main pasir dengan ayu, teringat tengok ayu lompat-lompat depan sunset.




ayu pun macamtu jugak. aku balik daripada airport sampai rumah, satu keluarga besar menunggu dengan segala macam makanan, tapi aku masuk bilik terus. berkurung. lantaklah Domino's ke sate ke, aku taknak makan. esoknya pun jap-jap aku menangis.

sampai seminggu kot aku macamtu.





lama-lama okay lah, akhirnya balik ke kehidupan biasa. macam sekarang.



PS: Balik rumah aku timbang berat, pergh, naik 5 kg! sekarang dah kembali normal. lololz.




Sunday, March 13, 2011

All This Time Ron And Hermione Were Waiting

One of my holiday routines is checking out Youtube. i spend hours and hours watching the videos and bookmark-ing the awesome ones, the ones i would undoubtedly watch again.

Tonight i will post another fan made video, about non other than the beloved Harry Potter.

before you (you = anyone or no one) leave this blog out of refusal to witness another epic-ness of Harry Potter fan made videos, please read : don't leave. stay, and if you don't want to watch the video, just listen to the song for your ear's sake, all right?

i've become addicted to the song in this video, it's all i listen to right now. because it is just. . . uh i don't know, COMEL? yes, it is. listen to the lyrics and fall in love. with the song. or with whatever you prefer.





updated:


this is a new version of this video, edited after DH came out!




i LOVE this video because it combines the scenes of both Hermione and Ron in the same situations at different times. get it?

for instance, Ron glared with jealousy at Hermione dancing with Victor Krum when they were in their 4th year. the scene was followed by the one in their 6th year when Ron was kissing Lavender Brown and Hermione left the room to cry on the foot of the stairs.

in the 6th movie, Ron unconsciously broke up with Lavender when he was on his sickbed. It happened as he called for Hermione in his sleep, rather than his girlfriend. he said he wasn't himself at that moment, and the disappointment in Hermione's eyes when she stared at him secretly, how she was thinking "he didn't really mean it after all", it was heart breaking.

but in the 7th movie, Ron was the one who stole a longing glance at Hermione when they were playing the piano. AWH COULD IT BE CUTER?





these comparisons and more can be watched in this video. i've always loved how they combine the scenes from the first movie to the last one, especially when they have similarities, making it a perfect then-and-now masterpiece.



All this time we were waiting for each other
All this time I was waiting for you
We got all these words, can't waste them on another
So I'm straight in a straight line running back to you

All This Time - OneRepublic



in Ron and Hermione's case, it was worth the wait. in ours, will it?



Sunday, March 6, 2011

They Say It's Normal, I Say It's Irrational

there are two different situations when handling this feeling. one, the positive sensation pumped up your vein by a person who barely notices you, making your cheeks turn red and keeping you smiling to yourself. two, a negative vibe frozen in your arteries, blocking the flow of blood. making you gasp for oxygen at random moments. choking you. also blocking your veins, now carbon dioxide has no where to escape. you bloat with this unwanted gas. all because of someone you do know. sometimes it's there, sometimes it vanishes into thin air. it is bothering me, distracting me, when i should have my attention on and uh, heart into something better. recently i spend most of the time staring into space, building castle in the air, enjoying my own little alternate world because miracles won't happen in this one. in this one, it only makes me feel pathetic, drown in self-pity, unconsciously wishing for things i don't even dare to think. it is beyond me. you know what's funny? when i was younger i know how to handle it. i know how to avoid it. i was proud of my ability to push unworthy thoughts away. i wasn't driven by hormones nor emotions. but now, i'm back to being the girl i was 7 years ago. i am embarrassed to admit it. it's stupid to be deprived by feelings. maybe i'm tired of being a statue, of being so emotionally unreactive. i'm not a robot. it's easy to upset me, it's easy to please me. the foolish side of me cries in front the mirror, the sensible one keeps the tears hidden. i'm an emotional roller coaster. sometimes i wear my heart on my sleeve, most of the time i don't. the truth is i'm just another normal, jiwang, crappy teenager. i just don't show it that often. and i won't show it again. it can't be a habit i will get used to, no it won't. period.






Friday, March 4, 2011

Facebook Elak Aktiviti Membuta, eh, Tidur

Assalamualaikum. aku blog lagi hari ni. blog aku, so whaaaaaat?

so, kau nak SPM ok! tak payah fikir SPM lah, fikir ujian minggu depan tu je. patutnya kau hadap buku, bukannya buang masa blogging. sungguh tak sedar diri.

chop, nanti dahulu.

aku bukan sesaje tak sedar diri, aku ada alasan tersendiri *serious*.

masih ingat masalah tidur aku? ya. itu dia.

aku tak rasa masalah tidur aku ni satu kemalasan yang biasa. selagi aku tak bersedia bangun, selagi tu lah aku tidur mati. mak aku kata dia dah ketuk pintu bilik aku, goncang badan aku, call aku berpuluh kali. tapi aku sikit pun tak dengar pape. misteri tak?

walaupun tidur dah terlebih cukup, tapi aku sentiasa ngantuk. walaupun tak ngantuk, tetiba tengok aku dah tertidur. misteri kan penyakit ni.

terus aku nak jadi saintis atau doktor, aku nak buktikan perasaan mengantuk yang takde titik noktahnya ini sebenarnya satu penyakit dan orang patut kesiankan aku. macam diorang kesiankan orang yang ada insomnia tu.

tah tah insomnia bukan satu disorder pun sebenarnya. saje je cipta nama gempak untuk sembunyikan kenyataan yang sebenarnya dorang takut nak tidur sebab mimpi hantu. atau nanti dorang kencing atas tilam. whateverrr *buat jari jadi W*

dulu nescafe berjaya buat mataku luas terbuka. minum malam sebelum periksa, gelabah belajar last minute punya pasal, kesannya sampai dah habis jawab paper aku masih hyper. tapi kini, caffeine takde kuasa menentang syaitan yang bergayut di mataku. cis.

Aijugheen cadangkan aku beli serbuk Glucotin yang bancuh jadi air tu, dengan supplement B-complex. katanya dia berjaya siapkan kerja lepas minum dan makan benda tersebut, semangat sebab segar. petang tu jugak aku beli.

aku minum Glucotin.










aku tidur 2 jam terus.

aku makan B-complex.







masih tidur.



sekarang kau cakap, apa lagi aku kena buat untuk tak tidur? hah? ini mendatangkan amarah!



kalau sekarang ni aku ada akses untuk dapatkan 'barang' yang boleh buat aku bertenaga, macam ada artis ambik sebelum buat konsert, atas pentas melompat terkinja-kinja, tercampak masuk dalam lokap terus, sirius, aku akan ambik 'barang' tu.




harini ada pretest untuk Biology. agaknya macam mana aku belajar 2 chapter semalam?


pukul 9.30 aku mula membaca. lepas 30 minit, aku ngantuk, eh, sakit mata. rehatkan mata jap. aku tutup mata. aku bukak. dah 11.30. aku baca lagi. dah 1 jam berusaha. aku layak berehat. selepas rasanya kelip mata sekali je, aku tengok jam dah pukul 2. rasa nak hentak kepala kat dinding, tapi aku baca lagi. aku tertidur lagi. aku bangun, baca lagi. aku tertidur lagi.

aku tak boleh kawal keadaan ok! nasib baik kat sekolah tadi sempat baca lagi satu chapter sebelum ambik pra-ujian tu. Alhamdulillah boleh jawab. kalau tak boleh? nganga lah kat situ.


aku perlukan terapi. sampai bila aku nak jadi macam ni?



haritu ada bengkel SPM. aku ingat adelah tips berguna untuk buat aku rajin, kurangkan tidur ke apa ke. tapi tidak.

ceramah bosan boleh tahan lagi. tapi tang ada unsur politik yang buat aku golekkan bebola mata. er, roll my eyes. asyik-asyik promote parti tu, kau ingat budak sekolah tak paham politik? tak paham taktik? VIP yang datang pun memang gaya pakar 'pandai cakap', aku ngan kengkawan pandang sesama sendiri, sengih tanda geli hati. perli.

bila dia suruh kitorang berdiri tangkap gambar tunjuk gaya 1 Malaysia, aku doa aku halimunan masa tu. nampaknya doaku termakbul. nasib baik.

dahlah penceramah sorang tu asyik-asyik rasa dia pandai buat lawak, sikit-sikit gelak dan pandang akak-akak fesi, konon kongsi inside joke lah tu. jangan syok sendiri sangat boleh tak, kitorang kat depan ni melopong je tengok telatah tuan. geli.

kesimpulannya, takde tips untuk tak tidur pada hari itu.


tapi aku dah jumpa satu cara untuk buat aku berjaga. takdelah bagus sangat, tapi bolehlah. sekarang bila aku mula rasa mengantuk, aku akan bukak FB. ye.

kesannya, hari-hari aku bukak FB. orang makin jauhkan diri daripada godaan internet, tapi aku makin dekatkan diri pulak, sebab aku nak siapkan kerja. ironik kan?

aku tak layan sangat FB masa jalankan tanggungjawab sebagai seorang pelajar, ceh. cukuplah FB tu terbukak depan aku, skrin menyala, mata pun menyala jugak. jap-jap aku usha status update orang. stalk budak baju belang. eh. itu tak dah sekarang.


jadi, kalau ada orang tanya kenapa aku tengah blogging sekarang ni, aku akan jawab sebab aku nak ujian.



kalau ada orang tanya kenapa aku melalut panjang sangat ni, aku akan jawab sebab aku dah ngantuk. gila. tak tahan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails