Friday, July 23, 2010

Aku Yang Berdosa, oh, Bila Nak Berubah?

hidup dalam dunia moden ni banyak gila benda yang salah tapi kita rilek je buat. kehendak semasa ah konon, kalau tak buat kira cam terlepas lah, mustahil lah. macam perbezaan zaman kita ngan zaman nabi dulu halalkan semua lah.

aku kalau mengidam nak jadi baik memang nombor satu. masalahnya nak jadi tu, makan masa. tapi kalau malaikat maut datang nak jemput, boleh ke aku jawab "tunggu ye, hidayah nak bertaubat belum sampai".

bab hidayah ni, aku boleh doa jelah bagi aku dapat cukup nur. hidayah ni milik Allah, tapi kalau kita tak tunjuk minat nak dapat hidayah tu, susah gak bai. aku boleh doa jelah bagi kuat nak lawan godaan syaitan, nafsu sendiri. oh banyak betul yang aku takda!



PAKAIAN

walaupun aku pakai tudung, aku tak ikut kod yang betul. sejuk mata pandang pompuan yang tutup litup bertudung labuh, tak kisah nak melawa. pada mata manusia biasa, dorang mungkin tenggelam. tapi pada Allah, dorang lah yang cantik bersinar.

walaupun aku tak seksi, tapi takdelah jugak aku pakai baju baggy, muslimah style sahaja. takdelah aku berjubah, bert-shirt panjang.

walaupun aku tak overdress, tapi aku takdelah sepenuhnya plain. berdiri depan cermin aku masih fikir, okay tak aku pakai ni? aku nak stylo mylo milo jugak! secara tak sengaja aku pun terpakailah pakaian/warna yang menarik perhatian (walaupun tak sama langsung dengan fenomena orang terbeliak memandang Rozita Che Wan).

bukan ke tak boleh? lebih selamat kalau pakaian sangat plain lalu orang tak pandang. oh, bila aku nak berubah?


PERGAULAN

walaupun aku tak couple, tapi aku masih bebas mengusha lelaki, eh. patutnya aku tau, couple hanya label. yang penting perlakuan kita dengan laki. memang aku tak let loose depan dorang in real life, tapi still chatting via electronic devices. . atas dasar alasan yang lagho, bukannya keperluan sangat pun.



walaupun aku tak huha huha sangat dengan laki, tapi sekali sekala aku duduk semeja dengan dorang, bergelak tawa bersama. walaupun aku tak berkenan tengok perempuan terlalu slumber dengan laki, tapi bila aku dalam situasi tu, aku lupa.

walaupun aku takdelah main rembat kawan dengan mana2 laki, hai hai bai bai semua jantan kat sekolah, cool tak kisah, masih ada sorang dua yang aku kira rapat gak ah. kadang2 ada yang boleh buat aku senyum, ketawa lupakan duka. eh gedik ok. oh, bila aku nak berubah?



DAH JADI TABIAT YANG SUSAH TU

ini baru bab pakaian dan pergaulan. itu belum lagi hubungan dengan Allah, kesalahan dengan manusia. banyak betul sebenarnya yang salah, tapi masih buat. kerna terbiasa. . . terbiasa bersama. eh tak, terbiasa buat. haish.

there's more to Islam than wearing hijab. Islam means you have to wear veil, not only literally, but also figuratively to cover all that needs to be hidden, stop every wrongdoing that is forbidden.

ALL, bukannya apa yang masyarakat rasa perlu je. aku konfem kalau orang alim, yang lebih 'berperasaan' daripada aku tengok aku, mesti mereka geleng kepala. macam aku geleng kepala tengok sesetengah manusia. oh, pandai pulak nak geleng kepala kat orang padahal kau sendiri tak sempurna! makiku kepada diri sendiri.

keinginan untuk berubah memang dah lama ada. nak tutup aurat seperti yang sepatutnya, bukan mengikut cita rasa manusia biasa. nak tutup semua tingkap yang akan sebabkan aku mula buka pintu lebih luas untuk mereka. nak memang nak. tapi aku tak kuat.

masalahnya bila nak maju kalau camtu? nak tunggu dapat hidayah je? kalau camtu samalah aku dengan mereka yang terang2an buat dosa yang memang jelas, atas dasar belum dapat hidayah.

contohnya, ramai sekarang yang nak pakai tudung, tunggu hidayah dulu. NO OFFENCE! hanya contoh.

aku rasa langkah pertama untuk berubah ialah paksa diri sendiri. discipline leads to routine. kang hidayah tak sampai2, bala yang sampai. the worst, malaikat maut sampai dulu kang.

bila dah ada keinginan untuk berubah tapi masih tak betindak yang lagi berat sebenarnya. kita hidup dengan perasaan bersalah. kita enjoy dan masih tau itu sebenarnya salah, dosa, haram, makruh, tak digalakkan.




kuatkanlah aku ya Allah. bagi cepat sikit aku berubah. hidup sebagai umat akhir zaman tak mudah ye kawan2. jangan sampai kita jadi macam zaman jahiliah dulu, sebab memang itulah syarat nak kiamat. umat islam akan menyerupai orang yahudi dan nasrani, semuanya akan reset back to 0-0 macam zaman sebelum Nabi Muhammad selamatkan kita.

sekadar peringatan untuk diri sendiri dan orang lain.


Sunday, July 18, 2010

Kenapa Tumblr itu Best

Weekend ni aku habiskan dengan produktif sekali. 20 jam dihabiskan menggodek image Tumblr! baru aku tau Tumblr ni best!

tunggu! dah baca Haram Pakai Jersi Bola? Click dan baca dulu!

dah? okeh, proceed =>

Kenapa Tumblr Best Pada Aku, Nak Lagi Google Sendiri

1. Kalau malas nak luahkan emosi melalui perkataan, kat Tumblr boleh guna gambar sebagai medium! macam image yang ada kata-kata hikmat tu. Blog kan lebih sesuai dengan ayat berjela, kalau gambar je penuh tak best jugak.

2. Blogspot free ada limit untuk image. 100 MB kot. kalau main upload je gambar saiz besar, tak sampai setahun boleh penuh memory tau. nak resize atau cantum gambar cam aku salu buat amat leceh. tapi di Tumblr, anda boleh upload image tanpa had!

3. Tumblr ada identiti sendiri! contohnya 'FUUUUUU', 'I dont even', 'this', etc. sangat cool okeh, benda2 ni hanya difahami oleh user Tumblr.

4. kat Tumblr, ada trend tertentu. kalau nak kutukan, Twilight yang paling popular. Mean Girls walaupun dah lama, tapi masih fresh untuk dijadikan bahan gelak. paling aku suka, Harry Potter amat femes kat Tumblr!

5. mereka salu combine movie/tv series dalam satu gambar pastu jadikan cerita/bahan ejek camtu. kadang2 dorang guna original quote, so sesapa yang tak tengok memang tak faham lawak apa yang dorang nak sampaikan. contoh;

Click gambar untuk Gelak Guling2!

Harry Potter + Mean Girls




Harry Potter + Twilight






Harry Potter + Mean Girls + Twilight




6. anda akan tahu latest issue! kalau ada pape jadi, politic sport entertainment, cepat je dorang edit image macam2. jadi kita takyah baca Harian Metro yang tebal tu, kita hanya tengok satu image di Tumblr dan terus faham segalanya!

7. sebab dekat Tumblr Harry Potter sangat femes. memang aku ulang sekali lagi. takde langsung kawan2 aku yang sangat hardcore dalam bab Harry Potter nih. such a shame, jadi aku nak berkawan dengan fanatik Harry Potter yang lain di Tumblr!

8. Blog kan kita lebih banyak menaip dalam bahasa ibunda, selain tu aku bet takde mat salleh yang berminat dengan apa aku bebel di sini. samalah macam orang melayu tak minat pun sebenarnya. kat Tumblr, hanya gambar dan sedikit bebelan mewakili diri kita, so tak mustahil boleh kenal2 dengan manusia serata dunia kan? esp kalau ada minat yang sama.

9. sebab dekat Tumblr Harry Potter sangat femes, kat situlah aku nak jadi 100% Harry Potter Geek yang sebenar. lagi aku tonjol, lagi banyak follower aku rasa. kat sini kalau aku post video ke, entry pasal HP ke, mana ada sape kesah kan?

10. dan banyak lagi!


oleh sebab yang di atas, aku akan create account Tumblr! woo hooraay! selangkah lagi dalam era teknologi alam maya. yang sebenarnya akan membuatkan aku lagi takda life.

oh well.



Haram Pakai Jersi Bola! Tanggal, Tanggal!

sebelum korang bakar semua jersi team bola korang tak kesahlah dibeli dari Chow Kit Road atau London, baca dulu. bukan semua jersi haram dipakai, tapi jersi yang ada lambang salib, imej setan dan jenama arak je.

contoh, jersi team Brazil, MU, Norway, Portugal, Sweden, Barcelona



sebab macam mengagung-agungkan benda tu, boleh jadi syirik! tak kesahlah alasan apa pun, tapi niat memang tak halalkan cara okeh. dalam konteks ni memang tak kena lah kalau nak guna hujah 'bergantung pada niat' tu.

sumber: Kosmo Online

Membazir Tak Pakai?

mungkin korang boleh cuba;

1. sarungkan teddy bear dengan jersi tersebut. teddy bear takkan masuk neraka, tapi taktaulah pulak apa hukumnya patung yang tak dijadikan mainan oleh lelaki dewasa dipakaikan pulak dengan benda camtu. beruntung sesapa yang ada bear busyuk di sini.

2. sarungkan kerusi dengan jersi tersebut mcm Mr Bean. jangan gi letak kerusi tu macam hiasan teragung pulak, tu dah macam sembah pulak dah.

3. derma jersi tersebut kepada yayasan anak2 yatim non-muslim atau budak2 kat afrika. kesian mereka, orang dok hepi tengok bola kat negara dorang, tapi dorang baju pun takda.

4. tampal lambang salib/imej setan/jenama arak tu dengan gambar yang mesra di mata, contohnya Doraemon. jangan gi tampal lambang bunny Playboy sudah.

5. jual je lah balik kat non-muslim, buat bisnes itu kan sunnah Rasulullah :D


harap-harap ambik pot lah ye hal ni. jangan anggap benda kecik. memanglah ramai manusia kat luar sana benda yang ternyata haram dibuat pun masih jadi rutin harian, tapi takkan kita nak jadi cam dorang kan?


kesimpulan; nasib baik aku tak suka bola.

Friday, July 16, 2010

I Dont Accept Prejudice

Do you know how it feels when there's someone who you see yourself in them? especially if the rest of the world cant understand who you are exactly, if other human beings view you differently than your reflection in the mirror you see, especially if they are so shallow to not be accepting life is not all about black or white and yes or no and A or B.

there's this girl, she's a year younger, looking at her i really cant help thinking despite some vivid differences we may have, we share something in common. she's not the type who works her arse off to achieve something yet she ends up getting more than she has ever dreamed of.

in spite of whatever people think of me, i know i am not THAT, what you call, weird? bizarre? one of a kind? nutcase? or even nerd, geek, loser? the words seem to have the same definition, yet even dictionaries cant explain the tiniest bit of the difference between the synonyms.





just as most people cant tell how i am not a fictional girl who usually only has the same type of character.

if you see the world from a wider window, you'll see i am not a box. there are more than four dull, similar sides of me.


Friday, July 9, 2010

Vampires Suck, Spoof Twilight! GLEE BEST!




aku lagi berharap ada movie spoof keluar tayangkan camne Twitards mendambakan diri dorang untuk Twilight ni. bayangkan scene budak2 perempuan pengsan2 tengok Robert Pattinson ngan menangis peluk poster Taylor Lautner, itu baru lawak sebenar!

apa korang rasa pasal movie ni? geniuskah?

__________________________________

haa yang ni barulah patut digilai, apa lagi kalau bukan Glee! Rabu lepas Glee Season 1 dah habis kat StarWorld, dari mula sampai habis aku menangis tengok. gila touching okeh, ini membuktikkan Glee bukanlah rancangan budak2 nyanyi terkinja2 macam High School Musical semata2.

lagu ni dorang nyanyi untuk cikgu dorang after Glee dibubarkan :'(



lagu ni cikgu dorang nyanyi untuk dorang after Glee tak jadi dibubarkan :)


aku nak tuan director bagi watak2 Glee ni fail exam, so dorang takleh graduate high school. kalau dorang grad, tamatlah Glee yang ku cintai. ikut logic, next year dorang dah senior lebih kurang. takkan nak jadi macam cerita The Simpsons kot? dah 2 abad kat TV tapi tak pernah tua watak2 tersebut. kalaulah Glee begitu.

eh emonye aku, camnilah jadi kalau hidup kat sekolah sendiri amat bosan.





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails