aku terpaksa buat post ni sebab aku malas dengar orang cakap aku berlakon dan menipu apabila aku tak setuju dengan pendapat dorang pasal cara aku belajar. apa motif aku nak berlakon dan menipu pun aku taktau. kau tau? kenapa kau tau? kau buat ke semua tu?
dah baca sila like. aku baru je tambah like button, thanks to Shasha, yang bagitau camne nak buat. skeati ah kalau takde sape nak like pun, bak kata korang, aku kan attention seeker, pelakon hebat. tak dapat anugerah, dapat like pun cukuplah, betul taaaaaak?
sebelum aku mulakan sesi berkongsi tips, korang kena baca benda yang korang dah salu bace. aku tak belajar hari-hari, aku juga tak belajar ikut mood, sebab mood tak pernah ada. aku akan ulang benda ni selagi ada orang tak faham bahasa.
aku dah cakap tak guna tanya aku, aku bukan sesape pun. tapi sebab korang nak tau sangat camne aku belajar, so this post is for you lah. takdelah cara aku belajar pun, tapi apa yang aku buat. taktau membantu ke tak. sekarang baca, jangan banyak bunyi.
1. Siapkan homework
walaupun tak tido. walaupun google. walaupun "nak tiru?", kata dia "tapi kita taktau betul ke tak!", kata aku "ah kesah apa aku", seraya merembat homework beliau. buat homework boleh jadi cara belajar kalau buat untuk faham, bukan untuk tak kena marah dengan cikgu. kalau tak, buang masa je, sebab kerja asal siap memang takkan masuk dalam otak punya.
kadang-kadang rasa buat homework ni bukan belajar pun. sebab mindset nak siap je, by hook or by crook. tak kesahlah tak faham satu haram pun, asal siap, boleh bukak facebook. tapi percayalah, homework kalau tak tolong korang faham, tapi tolong dapat berkat tau.
2. Solat Hajat
masa nak PMR dulu, aku agak konsisten. dari awal tahun, kalau ada masa aku buat. mula-mula jarang-jarang, tapi lama-lama makin rajinlah nak buat selalu, makin rasa takde apa nak sujud lama ulang benda sama pun. bukan doa untuk study je, tapi doa untuk benda lain jugak.
tapi sekarang, astaghfirullah. tak macam dulu. aku frust jugak, kenapa aku sekarang macamni. buat bila terpaksa, bila nak periksa. haish.
3. Doa Doa Doa
yelah semua orang tau kuasa doa, doa tu senjata kita. tapi korang takkan faham selagi takde apa jadi untuk korang betul-betul NAMPAK kuasa doa tu.
ambik masa untuk doa betul-betul. bukan setakat rutin sebelum belajar. beli buku doa. aku ada dua buku doa yang aku guna sejak sekolah rendah sampai sekarang. percaya yang Allah akan bantu kita. kan Allah bertindak macam mana kita expect Dia bertindak? Allah maha mendengar, Allah malu kalau tangan kita yang menadah tu Dia pulangkan kosong.
bukannya kita fikir ah lantaklah, tak belajar pun, jahat pun, Allah tolong jugak. bukan camtu. Allah tau niat kita, ikhlas kita dalam mana. kalau rasa tak terdaya, takde harapan, mintak kat Allah. mengaku kita lemah, kita takde kuasa apa-apa kalau Allah tak izinkan.
takyah formal, tunggu atas sejadah pakai telekung segala. masa form 3, aku ada classmate yang masa hujan je, dia akan menghadap kiblat dan tadah tangan. kitorang pun ikut dia buat macamtu, masing-masing dengan doa sendiri, tapi satu tujuan. jangan lupa doa untuk kawan-kawan.
doa je bila-bila yang afdal. lepas mengaji, antara azan dengan iqamat, sebelum berbuka, sebelum tido, banyak lagi. tak payah beriya pun takpe, daripada ambik masa 15 minit nak doa tapi malas buat selalu, baik ambik masa 3 minit je tapi buat setiap kali ada peluang, kan?
ada hadis ke apa tah, yang bunyinye lebih kurang: hilang berkat hidup seorang anak apabila tiada lagi tiada lagi ibunya untuk mendoakannya. first time aku baca benda ni, aku menangis.
so, minta mak korang doa untuk korang. doa mak sangat mustajab. mak aku, setiap anak dia kalau exam, aku PMR kat sekolah atau abang2 aku exam dekat US dulu, dia akan bangun awal, solat, doa untuk kitorang. ya allah terharu. padahal anak dia ni tertidur atas buku.
apa yang buat aku malu, aku rasa kalau aku dapat result elok, tu semua sebab doa. peranan aku sangat sedikit. memang semuanya Allah yang tolong, Alhamdulillah.
4. Mengaji
bila frust dengan buku rujukan, cari buku Allah. if you're in my shoes, studying very late at night due to procrastination is common. so sometimes, macam nak menangis je. esok paper, malam ni mempersoalkan kenapalah aku tak belajar awal-awal. next time buat lagi, elok sangat lettew.
silalah baca Al-Quran. bukan je jadi tenang, tapi proses menghafal pun senang. jangan rasa study last minute tak sempat nak mengaji. kalau tengah tensyen, bukak Al-Quran, rasa taknak tutup. korang akan lagi rela mengaji semalaman daripada hadap lagi satu muka surat Add Math.
tapi janganlah tak buat Add Math terus, itu bunuh diri namanya.
5. Usaha
janganlah pulak bergantung kat Allah je, rasa dah doa, dah solat, dah mengaji, cukup. your own efforts are taken into account ya nooo.
usaha ada macam-macam. contohnya, obsesi aku buat nota Sejarah siap berkomik bagai ialah satu usaha. apa yang aku conteng mungkin tak masuk pun dalam kepala otak aku, tapi masuk dalam kategori usaha. dan siapa berusaha, insyaAllah dapat hasilnye.
mungkin orang lain tak faham kenapa korang buat macam tu, rasa tak perlu, buang masa. korang pun tak faham, rasa apa korang buat tu tak guna. tapi insyaAllah tak sia-sia semua tu.
asalkan ada effort.
6. Jangan Buat Benda Bukan-Bukan
aku faham, susah nak berhenti buat salah kalau dah terbiasa. tapi meh cuba sama-sama. mungkin kita tak buat macamtu masa nak exam je mula-mula, tapi lama-lama kita tak buat terus for good. everything begins with a single step, even if it seems pointless.
semua orang ada dosa yang susah untuk tak buat. jadi apa yang kita kuat untuk elak, kita elak. mana yang boleh betulkan, kita betulkan.
benda bukan-bukan yang kita buat mungkin takde kaitan dengan pelajaran, tapi percayalah, semua benda berkait dalam hidup ni. apa yang kau buat kat Allah, orang, binatang, alam, kat apa-apa jelah, mungkin cari kau balik dalam dewan peperiksaan nanti.
7. Belajar Macam Bersyarah
bila menghafal, amatlah bosan. bila bosan, kita akan tertidur. bangun-bangun tengok dah subuh. lagi lapan bab belum cover. menangislah dalam shower. eh asal cam familiar.
sila bercerita apa yang korang sedang baca, lengkap dengan gaya tangan sekali, kepada siapa? siapa-siapa pun boleh. kawan imaginasi, teddy bear berair liur basi, atau diri sendiri.
aku salu cakap dengan diri sendiri. penat woh. aku tanya, aku jawab. busy gila.
diri 1: ni aku tanya, kau faham tak ni?
diri 2: faham kot...
diri 1: hah cuba cerita balik!
diri 2: *bercerita sambil tangan digayakan*
diri 3: eh salah fakta tu!
diri 2: *betulkan fakta dengan merujuk buku*
diri 1: tahniah! kau dah faham! sekarang boleh tido.
diri 2 dan 3: LAGI 100 MUKA SURAT, KAU DAH GILA?
rasa aku gila? silakan. siapa suruh nak belajar macam aku. tapi penat gak cara macamni, boleh hilang suara.
kata lah nak hafal satu ayat ni: James Brook bukan Justin Bieber, penghibur yang digilai ramai tanpa anda pun tahu sebabnya, tapi penjajah yang dibenci kerana menguasai Sarawak pada zaman pra-merdeka.
ayat 1: Justin Bieber bukan James Brook, penjajah yang dibenci kerana menguasai Sarawak pada zaman pra-merdeka, tapi penghibur yang digilai ramai tanpa anda pun tahu sebabnya.
ayat 2: Persamaan Justin Bieber dan James Brook ialah intial dorang, JB. perbezaan dorang ialah Bieber artis yang orang suka, aku pun tak faham. tapi Brook dulu penguasa Sarawak, memang dibenci ikut suka hati dia je bakar kampung orang.
ayat 3: kenal JB tak? alah yang gurlz selalu suka tu. aku taktau asal. itu Justin Bieber, bukan James Brook. James Brook hidup zaman sebelum merdeka, dia yang pegang Sarawak. Justin Bieber pegang si Gomez tu apa pun tak dapat.
pusinglah sampai semua jenis ayat korang dah buat, dan takde lagi ayat merapu yang korang tau. konfem melekat dalam otak apa yang korang baru mengarutkan itu. kait dengan benda lain yang korang dah belajar, contoh ayat 2. jangan belajar baca buku macamtu je, cepat lupa.
8. Reka Cara untuk Ingat Apa-Apa
aku guna cara sendiri untuk ingat something. mengarut dan tak masuk akal pada orang lain pun ada, but to me it means everything. kalau belajar, biasanya aku pegang pen, sedia untuk menyonteng.
kadang-kadang aku lukis, buat cerita, conteng arrow merata-rata, buat nota kecik, tulis apa yang korang faham secara sendiri benda yang takde dalam buku, apa-apa jelah. kalau ada pen kat tangan tu, idea mesti datang untuk buat belajar lagi senang.
aku tak suka hafal fungsi jawatankuasa yang banyak gila masa nak bentuk Malaysia dulu, contohnye JPPK. so, aku buat setiap initial JPPK jadi fungsi dia.
J- jelaskan penubuhan Malaysia
P- perbincangan perkara berkaitan penubuhan
P- pandangan dikemukakan dan dikumpulkan
K- kegiatan ke arah pembentukan digalakkan
lagi satu, JAK. Jak ni macam ada bunyi bahasa Sarawak sikit. so selain rangka perlembagaan, fungsi JAK ni ada kena mengena dengan SS (Sabah and Sarawak).
J- jelaskan penubuhan kepada SS
A- and = dan, dan dalam bahasa Arab = wa, wa- wajarkan kemasukan SS
K- kepentingan SS dibincangkan
begitulah.
9. Highlighter is My Bestfriend~
aku tak faham macam mana ada orang boleh belajar dengan buku yang putih bersih tanpa warna warni pelangi highliter. itu mungkin keistimewaan dorang, tapi bukan keistimewaan aku.
aku rasa rimas tengok kosong je buku, tak pening ke banyak sangat ayat kena baca? cuba highlight isi penting atau keyword je. lagi senang baca sekali pandang. dah nama pun sekali pandang, pandang sekali je nampak terus perkataan tu memancar, takyah nak baca satu perenggan, baru nak cari point, buang masa.
selain highlighter, pen pun membantu. untuk emphasisekan isi yang patut tahu tapi tak penting sangat. tak kesahlah, asalkan janganlah baca buku yang macam baru beli dari kedai je.
10. Buat Nota
kalau ada apa-apa yang aku rajin buat, aku rajin buat nota. mungkin sebab aku suka conteng kot. tenang je rasa buat nota ni, bahagia je bermain dengan imaginasi.
korang boleh susun isi macam mana korang nak. aku rasa cara penyampaian buku rujukan agak tak best. tak convenient untuk senang faham, senang kaitkan, senang hafal. sebab tu lah aku buat nota sendiri.
aku buat nota bukan sebab cikgu nak, tapi sebab aku nak baca time exam. senang belajar guna nota sendiri. sebab kita yang lukis, kita tahu bentuk dia. kadang-kadang masa exam, aku ingat rupa nota aku. kadang-kadang aku conteng balik nota tu.
aku taktau apa masalah aku tahun ni. nota pun tak bergerak macam dulu. last year, ada dua buku nota agama. this year, buku first tak guna sampai separuh pun. last year, Sejarah buat sampai bab 7 kot. tahun ni sampai bab 5 je. plislaa, ini satu-satunya benda yang kau rajin dengan rela. tu pun takkan tak istiqamah kot.
11. DO OR DIE
aku belajar gila bapak last minute. jadi struggle waktu tu pun gila bapak lah jugak, takkan kau nak goyang kaki je kalau baru mula belajar sehari sebelum exam, betul tak? dahlah biasa malam baru mood nak belajar datang.
jadi kena tido SEKURANG-KURANGNYA pukul 3 pagi. kena. kalau tak, mati.
woah saiko gila.
sediakan stok nescafe kat rumah. makin lama hubungan dengan nescafe, makin banyak paket yang diperlukan untuk mengekalkan hubungan itu. kalau tak, tak terasa kehangatannya. tapi kafein ni tak elok diminum tau. caffeine ialah penyelesaian terakhir bagi kami yang dah tak boleh nak tolong dengan cara lain dah. jadi selagi mata boleh bertahan secara semula jadi, janganla gatal nak teguk. kang jadi caffeine-dependent, selagi tak pekena nescafe, kerja apa pun tak jalan, macam mamat bawah ni.
tips lain untuk stay up:
stop untuk berdoa. stop untuk buat concert. kadang-kadang apa yang kita perlukan hanyalah pegang sikat, satu tangan dihayun mengikut jenis lagu, jiwang atau putus cinta. mimik muka harus beriya, barulah fresh sikit mata. stop untuk tido sekejap. tapi ini amat sukar dilakukan, silap-silap buka mata tengok dah pagi, meraung tak berlagu lah kau. stop untuk berhubung dengan orang lain, phone or internet or mak yang masih tidak tidur menghadap tv di bawah. stop untuk tengok tv. berapa banyak stop daa, sudahnya aku ke mana belajar ke mana.
12. Dream BIG
orang taknak target tinggi sebab taknak kecewa. itu salah sama sekali. korang target, bukan expect. target ialah pencapaian, expect ialah personal.
kita target sebelum exam, supaya kita semangat nak buat apa-apa untuk capai target tu. tapi pas exam, pas dah tau susah senang paper tu, let go lah. mula expect macamana outcome tu, outstanding atau out tak boleh blah.
korang takut target A+ sebab takut tak dapat buat. bila target A+, dapat B, memang frust, tapi sebenarnya result korang ok. korang je rasa tak ok sebab tak dapat A+. apa yang korang rasa tak penting, yang penting apa yang ada dalam slip tu. samalah conceptnya kalau cepat puas hati dengan gred yang rendah, kan. kita target C, kita dapat C. wah, capai target! puas hati. kita rasa ok, padahal C tu tidak ok sebenarnya. tapi tengok standard korang lah jugak.
dream big, tapi jangan tak masuk akal. kalau aku nak mimpi dapat AddMath 100, itu tak masuk akal, itu waaaay beyond my standard. oleh itu kena sedar diri. tapi masih dream big, contohnya aku boleh dapat A dalam Addmath. haa camtu la. asalkan target lagi tinggi daripada yang korang biasa dapat, dan korang tau korang boleh dapat walaupun susah. believe in yourself.
but so what if your targets are waaaaay beyond your standard? nobody has to know.
13. Jaga Hati tu
apa yang kita ada sekarang, bila-bila je Allah boleh tarik balik. kalau dapat result yang boleh dibanggakan, jangan bangga. fikir yang tu Allah tolong, kita tak lebih apa pun daripada orang lain. keep your feet on the ground, lower your head without a sound. orang boleh cakap kita riak, poyo, tapi Allah can see through the deepest pit in your soul, he knows where you stand.
jangan perkecilkan orang lain kalau dorang taktau apa yang kita tau, jangan dengki dengan orang yang tau apa kita taktau. jangan ada perasaan yang korang pun tau sendiri, kotorkan hati korang. jangan benci-benci.
14. Fikir Kejayaan, Bukan Kegagalan
macam orang lain, aku gerun bila fikir kalau aku fail. tapi takde efek. ketakutan tu tak cukup kuat utk push aku. sebab aku fikir, kalau tak dapat macam apa aku nak, dapat B, bukannya teruk sangat pun. bukan mati pun.
tapi aku akan semangat bila aku bayangkan perasaan kalau dapat apa aku nak. ingat bila dapat highest? ingat bila dapat straight A? bila aku ingat perasaan tu, aku nak lagi. aku nak lagi rasa macamtu, so aku mula buat apa yang perlu.
my will to win is greater than my fear of failure.
15. Berkat
berkat is everything man, everything. you can study like hell, but when you don't have enough berkat, you're doomed.
cuba jangan buat benda yang boleh hilangkan berkat Allah, mak bapak, cikgu-cikgu, kawan-kawan, jangan buat masalah dengan sesiapa jelah. mungkin masalah yang kita buat tu dorang tak nampak, taktau, tapi berkat masih ditolak dalam report card kita.
kadang-kadang orang tak tunjuk dia sakit hati, jadi takde hal la kita ingat. kadang-kadang orang tu sangat sakit hati, tapi sebab dia pemaaf, kita selamat. buat solat taubat, biar feeling. biar Allah tau kita menyesal jadi hamba Dia yang perangai tah hape-hape. minta maaf, biar ikhlas. tak tenang kang ambik periksa, time tu lah nak lupa, nak taktau, nak blur.
jadi sorry, semua orang. aku memang ada buat salah. sometimes sengaja, sometimes taktau pun salah aku apa. aku harap korang maafkan aku, kadang-kadang aku buat macamtu bersebab (sebab korang jugak muahaa ok sirius). tapi bersebab tak menghalalkan cara. minta maaf zahir batin semua, selamat hari raya :)
ohbaidewei, aku memang dah lama berdendam dengan Kementerian Pelajaran. ada masalah ke ngan kitorang hah? mula-mula naikkan gred 75 jadi A-. sekarang trial lepas raya. kenapa kau kejam sangat hah?
aku tak kesah. raya tetap raya.






























