Saturday, September 24, 2011

Cara Saya Belajar, Part Two Lah Pula

bukan cara saya belajar sangat pun, tapi apa yang saya buat agar tidak dapat keputusan peperiksaan yang menyebabkan hati remuk di dada. ini part 2 ya, part 1 di sini.




every single freaking time man



1. TIPS UNTUK GEGELZ

nampak tak gegelz tu? kalau bukan gegelz, yakni anda seorang jejaka, anda takleh baca. tulisan kaler pink ialah privasi perempuan. maka dipersilakan scroll sehingga nampak tulisan kaler putih, terima kasih.


PMS tidak seronok dialami pada hari biasa. apetah lagi pada hari periksa. senggugut takyah cerita, tak masuk lagi hormon tak menentu yang menyebabkan jiwa bergelora. masa ni jugak, kita gegelz cepat penat dan selalu tido. tido yang memang melampau pun lebih melampaui batas ketika ini.



serius, aku tak bercakap pasal aku. ini yang sesetengah perempuan hadapi.


boleh ke nak jawab exam dengan tenang? boleh ke nak study dengan semangat gila kentang? takde deee. ada hamba Allah ni, sehari sebelum subjek penting yang harus diulangkaji dengan gigih, dia mengalami sindrom ini. maka tidurlah dia dari zohor sampai maghrib.


serius, sekali lagi, bukan pasal aku.




jadi, belailah uterus masing-masing, pujuk dia menjalankan tugasnya masa subjek senang, takdelah terkesan sangat. buat, manelah tau mujarab. kalau mujarab, bagitau aku. aku pun tak pernah cuba. jadi kalau korang cuba, memang gila.



kalau nak cara yang kurang gila, apa lagi, doa lah. mengarut? lek lu. kalau Dia nak, Dia boleh je tahan uterus korang daripada menjalankan rutin bulanannye. ada hamba Allah, taktaulah sebab uterusnya buat perangai atau memang Allah makbulkan doa dia, habis periksa terus kena. late beberapa minggu, kalau dah kahwin tu dah teruja ingat dalam perut ada baby sebesar jari.





paling tak best period minggu exam bukan saje sebab emosi dan fizikal terganggu. tapi rohani pun terganggu juga. dah lah malas study, nak doa dan solat hajat pulak tak boleh. rugi, rugi.


jadi jika anda period ketika exam dan dapat keputusan tak memberangsangkan, salahkan kitaran menstruasi anda.


eh jejaka, kamu hensem. apa, terima kasih? kantoi baca tulisan pink. aku dah agak dah. gatal sangat nak baca hal pompuan. apa, curious? curious my cat.




2. Kismis dan Kimianya

setiap hari makan 7 biji. ada formula kata selang seli, mula-mula 7, pastu 5, pastu 3. alah takyah formula, belajar ada formula, takkan makan pun nak formula juga? ngap saja. kebaikan kismis: senang hafal, badan cergas, otak cerdas, supply energy, alah korang tau kan. jadi yang tak makan kismis tu kenapa?



lapar pula ketika sedang belajar sejarah



eh, mimpi jadi kenyataan ketika sedang belajar addmath!


dulu aku rajin gila makan kismis. kalau esok exam, memang aku letak kismis sebelah aku. ngantuk, makan kismis. bosan, makan kismis. lapar, makan kismis. nomnomnom.

tapi dulu jelah, sekarang ni malas. tengok tu nak spm ada je alasan untuk bagi tak berjaya. belajar kalau malas tu boleh terima. tapi makan pun malas taktaulah ape nak jadi.



3. Lukis Le, Mudah Aje




to make it clear, nota bukan semestinya tulisan. boleh juga jadi lukisan. tak masuk akal pun takpe, asal korang paham. kadang-kadang yang tak masuk akal tu lah yang lekat dalam fikiran. contohnye untuk licinkan pentadbiran, aku lukis gambar mop.





problem?




aku lukis macam Jose Rizal bunuh diri. padahal dia dihukum bunuh. sorry Jo :(




4. Tolonglah Jangan Putus Asa, Walaupun Tiada Apa Dalam Kepala


percayalah, aku faham perasaan tiada benda dalam otak dah untuk dicungkil. tapi tolonglah jangan tutup kertas, jangan tido, jangan termenung, jangan menyonteng kecuali exam Sivik dan PJK harharhar.



diconteng sewaktu trial Sivik dan PJK


Percayalah, mungkin korang memang tak tau, tapi tetiba dua minit sebelum hantar, dapat ilham nak hentam. dan surprise! hentaman korang itu mendapat markah penuh. rahsianya? teruskan fikir, teruskan pandang kertas walaupun taktau pape, teruskan berdoa, sebut nama Allah, tolonggg! dan bam! tetiba je tau nak hentam.


mungkin sebab minggu lepas korang tolong nenek sebelah beli kepek pedas kat mamak roti, mungkin sebab semalam korang tolong kawan korang beli kepok lekor sebab dia malas gi kantin, mungkin sebab pagi tadi korang cium mak korang, mungkin sebab korang buat apa-apa yang baik atau orang buat apa-apa yang tak baik kat korang, atau sebab Allah memang maha penyayang, maka kita tau jawapan kepada soalan yang baca pun rasa nak pengsan.



5. Nescafe di pagi hari? NOT A GOOD IDEA


nescafe bukan sahaja membantu korang berjaga sebab dadah di dalamnya (ye caffeine ialah dadah, sebab tu makin lama kita minum coffee, makin banyak paket yang diperlukan untuk mendapat hasil yang memuaskan), tapi korang juga konfem takkan ngantuk apabila pundi kencing menggila.




nescafe memang merangsang pengeluaran urine yang banyak, dan apabila rangsangan berlaku ketika menjawab peperiksaan, korang takkan tenang selagi tak keluarkan apa yang patut. dahlah saspen gila menjawab physics, baca soalan pun dah tak masuk otak, mengira pun tak kena, ini semua sebab kopi. true story.


dah langsaikan apa yang tak terlangsai tu, fuah lega. tapi eh, lagi 10 minit? lagi 10 soalan? maka 5 soalan tidak dijawab langsung pada hari itu.



6. Sila Jawab Dengan Over


tengok soalan jugaklah, ada soalan yang kalau jawab lebih dan bercanggah, akan salah. ada soalan yang jawab berjela, dan pemeriksa akan cari isi yang betul je.



apa yang terconteng kat atas kad tu, itulah summary table kat belakang tu. dah tak menyusahkan aku nak hafal table la ape la row la lajur la.


aku selalu stress lepas hantar paper, tapi orang pertikaikan dengan alasan "eleh, taktau pun jawab panjang jugaaak". kau tau tak kenapa aku jawab panjang? itu maknanya aku memang tak faham soalan, atau tak tau jawapan terus.


kalau aku konfiden, pendek, tepat dan padat je jawapan aku, relevan dengan markah dan baris yang diberi. kalau tak konfiden, tulisan penyek, siap masuk bahagian soalan lain lagi, tulis sampai hujung muka surat tu memang perlu, padahal tah tah takde isi.


aku jawab jela apa yang aku ingat. kalau betul, alhamdulillah. kalau salah, at least i've tried. kadang-kadang aku buat esei kat soalan 3 markah, tapi dengan keyakinan yang zero. aku takkan tinggalkan tempat kosong, aku mengarut dan melalut sampai aku puas hati.


alah, takyah malu kalau salah pun. cikgu je pun yang tau. takpe, cikgu tak gelak. kot.



7. Isi untuk Pertama Kali


serious, ini pengajaran yang paling banyak menampar pipiku masa trial ni.




lain kali kalau jumpa soalan yang taktau, agak-agak tau, tak konfem, lupa sikit-sikit, tolonglah tulis sesuatu. tolong! pastu bulatkanlah soalan tu, supaya kalau ada masa boleh refer dan rethink. tolonglah jangan tinggal kosong, tolong!


masalah berlaku apabila setiap kali jumpa soalan yang tak konfiden, aku akan tinggal dan beralih kepada soalan lain. lumrahnye memang soalan belakang akan lagi susah tahap apa entah dan tetiba, semua masa yang tinggal dihabiskan untuk soalan belakang tu je. tu pun masih ada yang tak sempat jawab. ada yang memang tau, tapi sebab menggelabah, tulis pun bersepah-sepah isi kadang betul kadang salah, nak betulkan pun tak kesah dah.


soalan depan apa cer? tinggallah begitu saje.



banyak terjadi trial ni ye, banyak terjadi. aku nak menangis air mata darah pun tak guna, jadi aku makan dan makan untuk lepas tensi.






esok trial Tasawwur baru harini nak buat notala baru nak baca first timela. susah sangat ke nak buat nota macamni awal-awal? kan senang, sampai trial je belek, baca. aku ni nak pilih combination kaler pen pun dah ambik lima minit.




bila aku dah buat siap satu post macamni, kalau ada yang masih mengata, cakap aku berlakonlah riaklah pula buat tips segala, aku memang takleh buat apa dahlah. Allah nak uji. aku taulah aku siapa, segan memangla sebenarnya nak buat post macamni. tapi ni peringatan untuk diri sendiri jugak. biasanya kita practice what we preach kan?


tak buat camni kang, mulalah "tak belajar konon, padahal takdelah teruk sangat pon".


sebelum buka mulut, pasang telinga dulu. bila masa aku cakap aku tak belajar? aku tak belajar hari-hari, tapi aku belajar dalam sehari dua before exam, dah belajar sehari tu, sedar-sedarlah diri struggle sikit. orang lain tusyen, ada disiplin, rajin, aku tak. jadi aku takdela nak buat perangai malas hari sebelum exam tu, aku masih ada otak.



tapi memandangkan aku manusia biasa, perasaan malas tu mesti ada... alasan!






k gudlak kepada adik-adik yang bakal menduduki PMR (adik-adik? dorang lagi besar daripada kaula! eh biarlah nak bermanja dengan junior), dan gudlak kepada kawan-kawan yang sama-sama bakal menduduki SPM lagi 50 HARI DOH, LIMA PULUH, dan kepada adik-adik darjah 6, untunglah dah habis UPSR.



untunglah.








3 Saman Rel:

Fathorazi Samsuri said...

Haha. Great. sume yang ama cerita KENYATAAN! haha. kalau tak baca pun tau. hahaha. nice post. bg peringatan. Good Luck SPM ;D

Keretapi said...

haha tulah masalahnye. kita semua memang tau, tapi kita semua tak buat :\ goodluck razi!

Nadia Sabrina said...

Good luck utk SPM Akak jgk!:]

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails