Sunday, January 30, 2011

Ibu Tahu Siapa Kawan, Siapa Lawan

Suatu masa dahulu, semua orang ialah sahabatku.

Jika kita saling mengenali, walaupun rahsia tidak kita kongsi, gelak tawa tidak berbunyi, idea tidak dipersetujui, kesunyian tidak terisi, dan terpisah oleh beberapa buah negeri, kita bersahabat.

kita orang Melayu, sahabat biar seribu. kita orang Islam, ukhwah biar padu.

sebab semua orang sahabat aku, detik ibuku berkata "muka dia macam budak jahat" dengan merujuk kepada rupa salah seorang sahabatku, aku terus defensive.

aku perlu defend sahabatku. wajib. jika seseorang berkata sahabatku tidak baik, dia berkata aku tidak baik. dia mempersoalkan kebolehan aku memilih sahabat. dia merendahkan aku.

begitu besar sekali nama seorang sahabat untukku.





tetapi sekarang, aku malu.

aku malu untuk mengaku betapa ibuku berbakat dalam mengenal hati budi seseorang.

hanya berdasarkan rupa. sekilas wajahnya memberi makna.

makna yang aku perlu tahu sendiri. meletakkan aku sebagai bahan eksperimen yang perlu dibuktikan hipotesisnya. kerana aku ego. hipotesis sudah diberi, tetapi terlalu ego untuk menerima tanpa konklusi.

nah, konklusinya. tercalar diri tidak mengapa, bukankah engkau yang mahu membuktikannya sendiri?


sesungguhnya seorang ibu memang tahu.


Saturday, January 29, 2011

Drama Perebutan Jawatan

Assalamualaikum!

Minggu ni ada mesyuarat agung untuk unit uniform, kelab persatuan, permainan, ngan rumah sukan. agenda utama mesyuarat agung mestilah untuk lantik orang dapat jawatan kan?

itu semua orang tau. tapi tak semua orang tau betapa competitivenya dak-dak form 5. kalau AJK tertinggi tu semua form 5 nak sapu, adik-adik sila dok belakang.

well, semua semangat nak masuk U kot.




sila maklum aku tak kemaruk kuasa. seumur hidup aku, aku tak pernah plan dengan kawan-kawan, "eh awak cadang kita, kita cadang awak hikhikhik". takdonyo.

kau ingat muka aku tebal sangat ke? kot tak dapat jawatan tu, sorang je undi, tak ke malu?

jadi jawatan aku sejak sekolah rendah, semua orang cadang tanpa pengetahuan aku. kalau dorang bagitau aku dulu, mau ugut putus kawan terus. tapi jadi bff lah kita kalau aku dapat undi banyak kan. heh heh heh.


PERMADA

ini permainan dalaman. contohnya congkak, chess, congkak, chess. . . . oh dam ular dan monopoli. permada ialah rekreasi yang terbaik, sebab kita hanya perlu duduk dalam perpustakaan yang ada aircond, dan bersukan menggunakan jari dan otak.

masa aku tengah duduk tenggelam atas kerusi, hanya bersedia untuk mengundi tapi bukan diundi, tetiba sorang budak form 5 kelas lain cadangkan aku untuk setiausaha.

tetiba je awak ni. awak tau tak kita dahlah tak konfiden, sapa nak undi. lepastu kena kasi manifesto pendek tetiba kat depan tu, awak tau tak kita merapu spontan je?

tetiba kita dapat jawatan tu. terima kasih awak. awak baik sangat, selalu tegur kita. kita akan sentiasa ingat awak kawan kita sejak sekolah rendah, walaupun kelas tak pernah sama. awh.






Kelab Elektronik

ini ialah kelab yang aku terpaksa masuk sebab aku masuk pertandingan kejuruteraan. sebenarnya aku nak masuk Pengguna sebab aku Pengerusi last year, manalah tau sejarah berulang semula.

aku agak kecut nak masuk sebab kelab ni banyak lelaki. tapi bila dah sampai, hek eleh dak-dak laki kecik je. wa senior beb. buatpe nak segan dengan dak-dak form 1 kemetot ni semua.

wah riak. kau tengok akhir tahun kang dorang lagi tinggi daripada kau.

kelab ni cikgu yang lantik sape jadi apa. sebab aku masuk pertandingan tu, maka aku jadilah Naib Pengerusi. tapi aku nak tukar jadi setiausaha or something.

inilah privilege masuk pertandingan yang takde kena mengena dengan cita-cita aku.


Pandu Puteri



seorang junior tetiba cadangkan aku untuk jadi Pengerusi. masa aku dengar dia cadang aku, aku macam "KENAPA?" tolong jangan malukan akak!

dahlah pesaing semua lagi menonjol daripada aku. tapi dah rezeki, aku pun tak sangka aku jadi Naib Pengerusi. ada jugak orang undi ai :')

rupanya ada jugak orang lain yang tak sangka. angin membawa khabar bagaimana ada bunyi-bunyi tak puas hati oleh beberapa pihak.

okeh, bersedia masuk mode poyo untuk pertahankan diri. kalau tak aku dah cukup rendah diri dah sebelum ni. memang aku tau aku tak layak, agak segan sebenarnya. tp since ada bunyi tak sedap macamtu, kenalah aku balas sikit kan.

kenapa aku? aku dah kawad since darjah 4. kau tau tak berapa juta pigmen kat muka aku yang dah jadi hitam selama 7 tahun ni? aku mengaku aku lagi aktif kat sekolah rendah, pergi kem lah masuk pertandinganlah.

sekolah menengah ni aku slow sikit. tapi aku still ada beberapa keping sijil Pandu. bukan salah aku bila aku libatkan diri, orang tak perasan.

aku bukan orang yang akan buat orang nampak aku. aku dok diam-diam sampai khidmat aku diperlukan. tapi since ada jawatan ni, aku kenalah nampak berwibawa sikit. jangan menyesal bila aku banyak mencapub nanti, korang yang nak kan.

mungkin orang tak perasan kewujudan aku sebab ketinggian yang tak menyebelahi kot. tapi masih ada yang nampak aku, jadi mereka undi aku. kalau tak puas hati, sorry. suara majoriti.



pergh konfiden macam mintak penyepak je. agak-agak boleh masuk politik tak?


Drama Betul La Korang Ni





rupanya selain aku, ada jugak beberapa orang lain yang dapat jawatan yang jadi mangsa tak puas hati. ada jugak orang yang tak dapat jawatan, tak puas hati kat orang yang dapat. siap mengadu kat cikgu, emo kat kawan-kawan semua.

pompuan. biasalah tu. kelakar pun ada sebenarnya.

kepada sesiapa yang buat surprise undi aku, korang taktau korang tolong aku. aku akan sentiasa ingat sape yang cadang nama aku, sebab jawatan yang korang kasi tulah mungkin bantu aku dapat markah koko, biasiswa, masuk U, atau fly terus. Amin.


gua cita-cita tinggi beb. bila gua kaya nanti gua balas jasa baik lu orang ok.

(tapi tak janji, kot-kot tak jumpa lepas sekolah. maka hanya doa yang akan ku kirimkan kepada kalian. sob sob.)


Thursday, January 20, 2011

Video Clip Firework Harry Potter Style!

Kepada sesiapa yang geli tengok video clip asal sebab ada bunga api yang keluar dari Katy Perry di tempat tak sepatutnya, aku ada alternatif untuk korang.

korang masih boleh dengar Firework dan tengok music video yang lebih sopan, gempak, best dan version Harry Potter!

apa, taknak? tak boleh tak boleh.

once you read this, you can never go back. watch the videos or you will sleep tonight with a bleeding psycho ghost under your bed, or wake up tomorrow to find your front teeth missing and green acne all over your face.

hah, surat berantai ni. apa lagi, sebab semua ni akan jadi kenyataan, maka marilah kita tonton video di bawah.


1. Firework-Harry Potter



yang ni pasal hidup Harry yang miserable. dibuli oleh keluarga angkat, dibenci oleh pendengki, ada mamat saiko nak bunuh dan sebagainye. tapi dia still menempuhi dugaan hidup dengan bergaya.

aku suka video ni sebab kena dengan lirik. macam ada story line. tapi nak dekat ending dia tu agak tak memberangsangkan pada aku. dahlah last-last Harry macam mati, apakah?


2. Firework-Harry Potter and Friends




ni pulak tunjuk cerita Harry Potter keseluruhannya, takdelah dia je yang nak jadi hero kan. tapi hero hensem apa salahnya.

aku suka video ni! sebab tunjuk semua, baik jahat, tua muda. tapi macam tak fokus dekat ceritalah, serabut banyak muka orang. still banyak part gempak, yang kena dengan lirik. banyak firework. ending pulak ade elemen kejayaan, jadi memang semangat betul nak start buat kerja sekolah lepas ni. eh.


Inspirasi Bunga Api

lagu Firework ni memang banyak boleh jadi inspirasi dalam hidup. kalau rasa nak give up, rasa terperangkap, rasa tak boleh terbang, tak ada peluang, sila lah dengar lagu ni.

'maybe you're the reason why all the doors are closed, so you could open one that leads you to the perfect road'.



my perfect road.

Friday, January 14, 2011

Aku dan Disiplin, Kami Tak Serasi!

Assalamualaikum.

aku tak hidup sebagai seorang pelajar rajin yang masa tidur tetap, ada jadual belajar, makan makanan berkhasiat je, tak.

bila kita ada masalah disiplin, kita akan ada masalah lain yang berpunca daripada ketidakadaan disiplin.

akar masalah aku ialah kurangnye disiplin dalam hidup. cabang dan ranting masalah tu pulak ialah?


1. Tido Ikut Suka Hati Mata Aku

akulah manusia paling takde disiplin tidur.

hari-hari lepas balik sekolah aku tidur at least 2 jam. kalau at most tu baik tak cakap berapa jam, buat malu jadi anak dara. yang peliknya masa cuti tak tido petang tau, bila sekolah banyak kerja ni pulaklah mata gatal nak tutup, mulut tak stop menguap.

kalau malam boleh stay up buat homework/belajar, adelah juga pekdahnya. ini tidak. malam pun aku bantai tido awal.



patutlah masa nak exam tak cukup tido, dah hari biasa macam ni tido sampai tak ingat dunia.

bagitau aku macam mana aku tak rasa ngantuk?

nescafe? dah selalu sangat sampai tak jalan fungsi kafein.

mandi? itu hanya buat aku nyenyak tido sebab badan dah sedap sejuk.

orang kejut? percayalah bila aku tanya mak aku "kenapa tak kejut?", dia kata dia dah kejut tapi aku cakap "haa ye ok nak bangunlah ni dah duduk dah buat homework".

padahal aku tak ingat pun bila jadahnya aku cakap camtu.

ini serious weh. aku nak SPM kot. perangai PMR ni toksah bawaklah sampai sekarang. tapi macam mana?


2. Belajar Apabila Terpaksa

kau agak kalau aku tido macam orang mati, ada tak masa nak belajar? homework pun tunggang langgang, kadang-kadang tangguh, bilanya aku nak belajar?

masa Jejak Jaya PMR zaman aku, time aku form 4 ada sesi soal jawab dengan budak form 3 yang nak ambik PMR, ada budak tanya

"macam mana akak bahagi masa belajar subject form 1, form 2, form 3? bila akak buat homework? akak belajar form 1 masa petang ke, form 3 masa malam ke, atau pagi sebelum pergi sekolah?"


aku jawab merapu, sampai budak tu tanya soalan sama banyak kali. nak buat macam mana jawapan jujur aku dalam otak masa tu hanya ada

"tido tido tido petang malam pagi tido"





3. Diet

ada orang tak belajar muzik tapi nyanyi dalam youtube je tup tup boleh menang AJL, ada orang tak payah belajar sangat pun dapat result ok, dan ada orang yang makan macam mak gajah pun tapi badan masih slim.

aku? aku tak sebertuah itu. aku makan lebih sikit pun berat boleh naik. nak naik tu punya senang, kalau nak suruh turun, marathon 10 batu pun tak tentu ok.

badan kalau dah tinggi nak berat lebih sikit takpe jugak. tapi since aku ni kecil molek (bahasa sopan), jadi kalau berat terlebih 1 kg pun, kesannya sangat obvious.

tapi aku, diet? bila nak start? minggu depan. minggu depan tiba. dah diet ke belum? belum. tunggu lah minggu depan. minggu depan lagi satu tiba. last-last sampai 3 tahun pun diet aku tak start lagi.

manusia macam aku ni payah sikit nak sekat bab makanan.


4. Ibadat.

ibadat semua tu perlukan disiplin jugak. solat? puasa? orang yang tak terikat dengan apa-apa, nak beribadat sangat susah. sebab disiplin takde.

disiplin aku tak cukup untuk ibadah sunat. macam mana aku nak sediakan back up kalau yang wajib goyang? macam mana nak penuhkan kat mana yang berlubang?



once dah start buat, aku akan teruskan buat. tiap-tiap malam ke, seminggu sekali ke, at least konsisten. tapi bila dah stop kejap, nak start balik tu, pergh payah!

setan, satu hari nanti kau akan kalah.

harap haraplah T___T



Kesimpulannya Kawan-Kawan,

disiplin ni sangat penting untuk berjaya. berjaya dalam periksa, berjaya kurus, dan berjaya kat akhirat sana.

tapi kalau takde, macam mana?

gagal lah jawabnya.


Ya Allah tolonglah aku :(


Friday, January 7, 2011

Engineer? Macam Merosakkan Enjin Je Sebenarnya

Assalamualaikum.

hari ni aku dapat offer masuk satu pertandingan. pertandingan tu ada macam-macam, ada bina benda kot, ada something something yang aku tak tau and ada quiz.

quiz melibatkan Add Math, Math, Physics and Chemistry.

no Biology for me? no? if i'm going to win anything i'll have my hopes high for Biology. Bio is not included because apparently this competition is for aspiring engineers-to-be.

aku sorang je budak Bio, lagi 3 orang budak LK. tetiba aku rasa bersalah, sebab since ini pertandingan kejuruteraan, patutnya budak lukisan kejuruteraanlah yang masukkan?

aku rasa macam ambik peluang diorang. mesti dorang tensyen, semak betul budak ni sesat tetiba.

dahlah UIA yang anjurkan, since UIA wants to be known as an islamic engineering institute. so aku pergi UIA lah february nanti, whoop whoop!

tapi serious, aku rasa cam tak patut masuk.

after all, being an engineer? never occurs to me.

cikgu cakap aku dipilih sebab nota aku macam engineer. aku rasa cikgu main-main, nota mana pulak dia rembat ni. cikgu siap cakap "lepas SPM nanti droplah Bio, takyah jadi doktor, jadi engineer".

well the thing is, even though I don't really know what I want to be, engineer has never been in my list. maybe this competition will make me see a new perspective. engineers, cool what?

dalam semua subjek elektif, Biology lah subjek terbaik aku. yang lain tu so-so je, add math dah kenal B dah. aku tak rasa nak pursue a career in Bio field, but one of my best subjects has always been Science. and yang paling science yang aku belajar sekarang ialah Biology.

adoi.


since we're in the subject of career, i'm planning to blog a series of posts about choosing the right career, or at least, the right course for me to major in.

masa kecik aku banyak cita-cita. sekarang ni je yang aku lembab dan tak berwawasan sikit. apa aku nak jadi bila besar sok? aku rasa dah sampai masa aku fikir betul-betul, dah nak habis sekolah dah pun.

so dalam siri Confusing Career, aku akan cerita lah segala cita-cita yang aku pernah berangan nak jadi, bidang yang aku minat tapi tak boleh dapat, bidang yang aku tak minat tapi boleh masyuk, dan segala yang berkenaan.


alangkah bestnya kalau duduk rumah layan tumblr itu juga satu karier.

Wednesday, January 5, 2011

Pipi Menutupi Mata

Assalamualaikum.

tadi dapat majalah sekolah, Karisma. perkara pertama yang aku cari mestilah gambar kelas kan, kemudian gambar ACYH. awh.

sekali. . . . . WHAAAT. apa ni apa ni? kenapa tetiba pipi aku jadi besar? ok aku taulah aku tembam kan, takyah point that out. tapi kenapa dalam majalah tu lebih tembam daripada biasa? siap pipi menutupi mata lagi? haaah?

rupanya bukan gambar aku sorang yang dionarkan.

budak kelas aku yang lain pun muka jadi kelakar. ada yang kening tertarik. ada yang lubang hidung besar sebelah. ada yang juling. ada yang muka senget.

yang peliknya, ada kelas gambar cantik je tau. takde pun kecacatan. apakah ini satu konspirasi?

dahlah gambar aku dengan kelab persatuan pun jadi tak semegah. cuba kalau tetiba ACYH dah buang tebiat nak tengok gambar aku ke kan, terus cancel. cancel.


ah perasan alert, perasan alert. hek eleh biarlah aku menonjolkan kegedikan sikit, barulah normal seperti kebanyakan remaja.

or should i use the word 'typical'?




Sunday, January 2, 2011

Hari Terakhir Hari Pertama

Esok hari terakhir sekolah hari pertama.

sedih dan sebak?

jujur tak.

pada aku sekarang, aku pergi sekolah untuk SPM je. entahlah, aku tak rasa nikmat jadi budak sekolah, tak rasa seronok.

aku rasa sejak form 4, aku pergi sekolah pun sebab aku redha. aku terima memang takdir aku kat sini, aku terima kawan-kawan baik aku semua jauh.

masa awal 2010 dulu, masa kawan-kawan baik baru pindah, masa aku agak forever alone, sebelum pergi sekolah aku nangis. ada a couple of times jugak masa kat sekolah, aku nangis. masa tensyen, aku pergi toilet, aku nangis.

lama-lama, aku dah biasa dengan perubahan. sebab aku dah terima.



kalau masa aku darjah 6 tu sebenarnya aku form 5, memang aku sayang nak tinggalkan sekolah. memang aku rindu Whatever, zaman cuba benda baru, kecoh taktau malu. zaman budak-budak yang berangan jadi orang besar.

kalau masa aku form 3 tu sebenarnya aku form 5, memang aku menangis teringat KRK, yang time tu walaupun kawan tak selori macam kat SKLK, tak bersosial macam kat SKLK, tapi aku ada a few good friends yang faham aku. kawan-kawan yang sebulu. deep and meaningful friendship if you will.

jadi kalau tahun depan bila aku dah habis sekolah, aku akan rindu sekolah yang dalam otak aku ialah SKLK and KRK. tapi aku takkan rindu sekolah as a form 4, and maybe as a form 5.

kenapa? biarlah rahsia.


macam last year, aku tak beli pape sangat barang baru. beg pun dah bertahun, dah koyak dah. aku tak kesah, tu semua tak perlu.

aku just perlukan semangat baru. aku tak boleh lagi belajar last minute, belajar satu malam before exam final, belajar sebab terpaksa nak hadap periksa esok. aku kena jadi kuat kalau ada ujian, aku tak boleh lembik, tak boleh mengalah.


I'm going to face SPM. I need to be a whole new person.


maybe the new person will help me to be in love with school once more, for the last time.

who knows?



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails