Sunday, January 31, 2010

We'll never know.

how does it feel when you tango alone?

you should have known better. without shiny heels, sexy curve, erotic dress and glimmering make up, how can anyone in the world wants to tango with you, right?

i was just searching for some new steps, but didn't think it would feel this way. *sigh

ah well, no worries. i'm just being over-melodramatic. being a teenager eh?



ni yang nak feeling lagu Between The Line ni.

Friday, January 29, 2010

Not The Final Goodbye, Its Just THEIR Time To Fly

last day budak SBP kat sekolah. last time Izzati dengan Amira dtg paling awal, last time diorang yang jadi penanda untuk line class. kalau diorang duduk 10 kaki jauh dari tempat asal pun classmate lain sure ikut. aku biasenye orang ketiga sampai, pagi2 dah selalu dengar Izzati dengan Amira gaduh, kelakar pun ada diorang ni, topik tah hapa2 boleh bercakaran.

Amira baik sebenarnya. gang die and gang aku dulu selalu gaduh, esp in form 2, pasal kawan2 aku banyak pengawas and selalu tegur diorang. mcm2la episode jadi, and they're pretty mean actually. haha. tapi kalau dah kenal, dah biase dengan diorang, diorang okay je. antara diorang, aku paling okay dengan Amira kot. Syuhada memanglah kan, kawan since tadika tu.

Izzati harini kasi nasi lemak free mak die buat, untuk aku and some others, gila terharu ok. kitorg selalu sangat cukai bekal dia, mmg jahat tp kalau bab makanan, semua lupa. aku ckp kat Izzati, last day awak bawaklah nasi lemak, nak rase untuk kali terakhir. lepasni takde dah Izzati Pembekal Makanan. but i wasnt expecting anything close to this. sesudu dua nasi sudahlah, ini SATU BUNGKUS? Allah bless them. aku kasi jugak RM5, tu pun still tak cukup untuk compensate semua yg die dah tolong selama ni :')

so there, the first two people yang aku tulis. not in any specific order, and randomly described. you wouldnt think that i will be able to say everything about everyone in this blog, would you? kalau nak mcmtu sila ke blog Nawa, perfectly made. i'm not good at listing things about people, so here are just the things that come across my mind this very moment, okay?


3C1. missing: the boys, masyitah the photographer, and Aisyah experiencing Teknik.

waktu Physical Education (terkenang MRSM guna istilah ni, as ramai kawan aku tanya MRSM ade PJ tak), kitorg dibenarkan berkeliaran buat photo shoot. there we were, terlompat tergedik ter'WOOO' tergolek semua ada, selamba je naseb cikgu2 garang dan berkuasa tak nampak. padahal bising gila kitorang bersorak sakan. mostly exputeri 3C1lah, and ade 3C2 join sikit.


almost all the girls of RK batch 07-09

permulaan the so called photo shoot session, Nawa broke down. aku pun mata berair tengok die mcmtu. mase rehat pulak, Nawa dengan Wani diberi privilege untuk tak bertugas, siap lepak dengan kitorg lagi. rehat terakhir tu semua perempuan 3C1 duduk berhimpit kat satu meja, kecuali yang terpaksa bertugas. dah mcm farewell feast, dengan nasi lemak Izzati, Wani pulak yang bakat memasaknya paling menyerlah antara kitorg, brought her famous carrot cheese cake and egg tart, berlambak lambak dalam satu beg. rindulah lepasni nak merasa cake free wani and bekal Izzati, both which had always satisfied my hunger. thanks korang :')

masuk kelas, tengok DeVera nangis (nama komersial gang Amira), muka merah, semua tak pandang muka satu sama lain. tengok diorang pun dah buat aku sedih. i know why, and i'm not surprised. they are close enough, as close as my friends and i have been. sekarang tinggal dua orang, sape tak sedih.

then came the time when budak2 SBP angkat meja diorang kuar kelas, indicating their place was no longer there. bak kata Hazirah "deep meaning". mulalah aku air mata melimpah, malu siot, memang tak dapat control, dah lama tahan. lepastu Hafizah dengan Izzati yg angkat meje diorang boleh pulak stop, tenangkan aku. lagilah pilu di hati. Farabi pulak senyum baik je. last day ni, aku tak terkata pulak 'hai hai bai bai' kat kau mcm selalu. mcm bertambah sedih kalau sebut, haih.

selama cikgu mengajar, aku try buat muka straight, bagi kuat sikit. orang lain tak faham, fine. aku layan perasaan sendiri. but looking at DeVera, i knew i wasnt alone.

Add Math was the last period, and Cikgu Hamidah was very thoughtful. after the teaching was done, she let us do our own things, meet friends, hug, snap photos, whatever. Syuhada dah start nangis balik, aku faham dia. dia kata die tak tahan nak duduk dekat tempat lama, tapi sorang2.


same here mate, same here.

Gang dia berpelukan menangis2. lama gila, mcm taknak lepaskan. terharu tengok diorang, sampai aku pun start beair mata. Kak Pah yang suka majalkan orang tu, mase die peluk aku, aku start nangis. oh how i used to be annoyed by her, now i would give anything to have KRK back, Kak Pah included. dengan Amira pun sama, muka semua merah dan sememeh.

who i know, i find its hard to let them go. other people ask, why would i miss them? but i know the answer, and i dont have to let them know. when you understand, nothing matters.

unfortunately circle aku tak mcm diorang, semua cool je. sebab menganggap yg ni bukan the last time berjumpa. boleh pulak tangguh nak peluk aku sebab jumpa kemudian. the official goodbye is significant to me, the proper one when you're in your school uniform, and when we're at school. isnt it important the thought that after this you will not join us at this place? takpelah.

the teary farewell that will keep me company while they're exploring new life, is still an unanswered question. people dont get this, its fine. i know better. i have known people that shared even more exciting experiences with me, and even us, BFF label proudly on our face, fell apart. things can never be the same. all i can do if is just visiting the memory lane. some of you haven't been through that, the upside and the downside of the adventure. so you wouldn't understand how hard it is for me.

after the anti-climax, kitorg berjalan pulang ke rumah Nawa for the last time. order pizza, ade yang main card, ade yang layan youtube, aku pulak, puas berintim dengan Zawani. haha. bahaya sebab mesti peminat Wani sekarang nak hack computer aku demi mendapatkan gambar kemesraan kitorg di atas katil, lepastu photoshop dengan muka sendiri. kesian.

it was pretty much like any normal day at Nawa's, not some significant one. takpe, Ahad nanti dekat jamuan awak tu Nawa i will make sure its gonna be one heck of a day.

Selingan(saya guna perkataan ini dulu sebelum Hanis Zalikha haha)

eh budak ni tak boleh comel lagi ke?


so there, officially, my friends already left.

kepada Anis Yasmin, thank you sebab baca blog kita, and sebab jadi the biggest Harry Potter and Ron/Hermione fans selain kita yg kita kenal, i was excited knowing we share something in common, and that my effort publishing videos of them was appreciated after all. carilah lagi jenis kita dekat Seseri ya? lagi sorang budak Seseri, Hafizah. 3 years with you in 3C1 had been fun. will miss keletah makcik2 awak dekat class, ah taktaulah apa nak cakap, susah kita nak berkata2.

Abg Budin, eh geli. Budin, memang pandai dan rajin. material kau aku suka sangat pindah sekolah lain haha. walaupun dulu menyampah dengan kau (sorry doh!) sebab kau selalu cakap benda yang menyakitkan hati, tapi sekarang tak dah. ngahaha. teruskan kecemerlangan anda di sana ya, jadi top student! aku ingat lagi form two aku blur pasal mathematic, lepastu kau kasi stick on note yg ade formula bg aku faham, thank you sgt! mcm kau bace pulak semua ni kan, ish. and lupa ckp babai tadi --"

Tetiba teringat Yassin, wpun sekolah Seri. nanti sape nak teman aku lepas balik sekolah kalau aku sorang2? sape yg cukup baik sampai begitu? tanpa niat tersembunyi nak usha kawan2 aku? siapaaa? kalau kau ade niat tersembunyi pun, aku tak nampak, so you are forgiven haha. em akan terkenang kelibat kau di depan sekolah aku nanti T_T

Farabi, argh rindu kau nanti. takde dah budak laki yang ikhlas and baik dengan aku. budak laki lain semua macam ape tah. dekat sana banyakkan bergayut, bagi tinggi lagi bolehlah masuk ragbi mcm kau idamkan tu. dahlah mase ym terakhir dengan kau and nawa, lepas nawa offline, pastu kena babai kau pulak, aku nangis SIKIT. wee malu. kaulah spoil nak buat smiley sedih semua. buat betul2 dekat sana, kau dah ade peluang, so grab it and reach the unexpected ok? haih speechless dah ni, thank you, thanks for everything :')

NAWANI, korang lagilah taktau nak cakap apa. taktau, tak terlintas dekat fikiran. ingat muka korang je. makin rapat, makin susah untuk berkata-kata, betul. SORRY SANGAT, TERIMA KASIH SANGAT, SAYANG KORANG, I WILL MISS YOU BEYOND WORDS T___T

kalaulah kita makin jauh lepasni, korang makin jarang contact aku, takpe. been there, done that, felt that. aku tak boleh paksa keadaan. just jangan lupakan aku bila korang dah terbang jauh. bila nampak kelibat aku, jangan lupa kita pernah kawan, bukan setakat kenalan. sometimes benda macamni, its just one thing or the other, we cant have both, its hard, if at all. so aku faham.

just being a positive pessimist, bak kata Kahuna. aku taknak apa yg jadi kat aku dulu, jadi kat korang, jadi kat aku lagi sekali. always be prepared, remember?


more pictures of better quality can be found here

Selamat Jalan Kawanku =')

Thursday, January 28, 2010

Spalsing Emotions Ain't A Crime

Most of the times i blink back tears and pull up a smile,
but then i think, why would i.
cause there's more that i have to swallow than spit,
and this is something that i can actually speak,
that is why the misery, i will not deny.

Sunday, January 24, 2010

Tips Untuk Kuruskan Badan drpd Uncertified Dietician

aku harap dapat blog dalam sebelum pukul 9. sebab tak lain tak bukan; homework physic yang ada berapa puluh soalan menyusahkan otak belum disiapkan lagi. fuish parah ni. tapi panggilan blog itu lebih perlu ye rakan rakan. ngehe. jangan contohi ok.

apa yang aku kemaruk sangat nak blog malam sekolah dengan homework bergunung tak sentuh lagi ni? sebab aku dah gemuk. MAKIN dan BALIK. faham? 3 kg naik, tak boleh jadi ni. maka, perlulah aku blog tips untuk kurus yg aku cuba dulu. boleh tolong sesapa untuk kurus, ngan ingatkan diri sendiri camne dulu aku turun 10 kg dalam masa 2 bulan.

APA? 10 KG! sumpah tak tipu, malam isnin ni. eh ada kena mengena pulak kan. last year mendadak turun berat aku. kawan2 dekat tak perasan, yang jauh pulak perasan. termasuk Tcer Asmah yg 3 kali tegur, suruh aku makan, jgn belajar je sampai cengkung. isk usaha gigih aku berdiet tak dihargai, orang ingat sebab aku saspen sangat nak PMR, makan pun tak hadap buku je manjang. ish takleh lari daripada imej nerd itu. well.

jadi di sini aku nak revealkan apakah tested and proved tips untuk menurunkan berat badan dalam sekelip mata! tak payah percayakan Jus Mate5 Dr Rozmey yang hot stuff sekarang, percayakan saja aku! ok mengada gila nak excited lebih, padahal orang lain tak nampak pun mana hilang 10 kg lemak kau tu. eh at least penimbang berat aku nampak, so amacam?

1. MAKAN DLM KUANTITI YG KURANG SIKIT DR BIASE.
sikit je, bukannya suruh kurang half portion terus. kalau dulu biase makan satu tong beras, sekarang kurangkan kepada 3/4. asalkan kurang drpd biase. biar perut mengecil sikit demi sikit. janganlah drastik gila, percayalah tak kekal. sebab korang akan naik gila bila nampak pizza dan terus melantak lupa diri, atau tak kekal sebab korang yang jalan dulu. dulu aku makan banyak gila ok. burger dua. nasi dua pinggan. tapi lama2, burger satu pun tak larat nak habis. DULUla.

2. JANGAN MINUM AIR SEBELUM AND SELEPAS MAKAN.
dlm 20 minit or so. less pun takpe. kang dehydrated pulak kau. sebelum makan bagus minum, sebab akan rase kenyang and makan pun ciput je. yang tak syoknya, kalau korang memang intend nak penuhkan perut, tp tak dapat sebab dah kembung air. so tengok plan lah kan.

3. JALAN 4o LANGKAH SELEPAS MAKAN.
ini sunnah nabi. kalau lebih pun takpe, bantai jelah 400 terus. tawaflah satu rumah macam aku buat. sambil tu berkawad pun ok jugak, timbul lah urat besi tulang dawai korang nanti. macam aku ni ha *picit tangan yang sebenarnya penuh dengan lemak dan bukan otot.

4. JANGAN DUDUK TERUS LEPAS MAKAN, TERUTAMA BARING!
diri dalam 5 minit, walaupun aku taktau kesahihan dari segi saintifiknya. aku melulu je praktikkan, berhasil ke tak entahlah. konon nak bagi makanan meluncur laju masuk usus, duduk kang tersekat pulak ayam dekat trachea. eh bukan, esopagus. tapi yang baring tu memang ya, jangan lepas makan terus landing macam ular melingkar kekenyangan pulak, faham?

5. MINUM AIR BANYAK2!
selain memutihkan kencing, kulit jadi sihat berseri dan kita juga akan kurus sebab metabolism rate cepat. jangan tanya kenapa. aku kalau ke dapur atau tempat2 yg dekat dengan dapur, straight pergi tuang air. haruslah dalam gelas panjang, lagi efektif. satu gelas panjang 500 ml. sehari pergi dapur 5 kali, toilet yang berdekatan 5 kali, jemur angkat baju 2 kali, dah 12 kali minum air. 12x500ml, dah berapa liter. jangan risau nanti gemok air, pergi jelah toilet. contohi Hazirah yg berurinary bladder kecik, die salu ke toilet, manade die gemok air kan.

6. AIR JANGANLAH SEJUK!
kalau dekat restaurant, kedai mamak, kantin, 7-11, dimaafkanla. tapi kalau tak sentuh terus kan lebih afdal. yang aku cakap ni macam dekat rumah, takyahlah setiap masa meneguk air sejuk je, biasakan diri dengan air suam. air sejuk slowkan metabolism rate kite, ingat tu.

7. BANYAKKAN BERGERAK!
tak kesahlah jogging ke, lompat bintang ke, main police entry ke, menari dengar Party In The USA ke, jadi pengawas ronda sekolah ke, jadi penyebok suka berjalan ke tempat orang bersembang ke, asalkan bergerak. jangan malas. walaupun tak sehebat bersenam, at least takdelah mcm dugong je melekat dekat satu tempat. sebab tulah dulu aku rajin teman Hazirah menjalankan tugas sebagai ass monitor, sebab kire aku bergeraklah tu daripada dok diam je usha jantan dlm kelas kan. ingat, jadikan bergerak itu satu kewajipan!

8. KURANGKAN BENDA YG KORANG TAU TAK PERLU.
junkfood atau carbonated beverage yang korang ambik untuk suka2 je. teman tengok TV, tolong muscle mulut exercise dengan mengunyah, ah takde. itu semua tak perlu. terutama benda yang menggemukkan. teringin sangat nak mengunyah, kunyahlah pipi sendiri puas2. mungkin benda tu kecik, tapi kalau dah selalu, jadi besar jugak perut tu berisi lemak nanti.

9. MAKAN BENDA YG PERLU JE! ATAU TERLAMPAU SEDAP TAK TAHAN LG DAH!
aku mana makan benda yang aku tak suka. aku makan benda wajib je, sebab sedap sangat, macam masakan mak aku, McD, AnW, Subway, Kenny Rogers, Pizza Hut, Domino's, Cheng Ho, Char Kuey Tiow Tapah, Nasi Goreng Kalidso, Burger Abg Depan 7-11, Cengkih, KFC, Wendy's, dan yang sewaktu dengannya. memanglah berlambak, boleh kata semua aku suka, tapi better drpd benda yang aku tak suka pun aku melantak kan? contohnya mcm ulam-ulaman dan masakan sepupu yang tawar mcm tak pernah kenal garam lada.

10. JANGAN TINGGAL BREAKFAST!
pagi2 mana ade selera. makanan pun cereal je, roti je, apa barang. baik skip breakfast, lepastu lunch terus banyak2. NO NO NO. walaupun perut tak lalu, sumbat jugak! makan jelah pape yang ada. orang Jepun makan breakfast lagi banyak drpd portion makanan diorang masa lain. and tengok lah badan diorang macamane? lg halus dari jari aku. and kajian mengatakan lebih elok makan banyak kali dlm kuantiti sikit, drpd makan sehari sekali dlm kuantiti yg banyak. tau.

11. Physicology.
pandai2 koranglah saiko diri sendiri. inspirasi ke, dendam ke, suka hati. ade budak pernah cakap bila orang kenen die dengan aku "dengan Amalina, suruh die turunkan berat dulu baru aku on", depan aku tu. tapi tengok, belum aku turun 1 kg pun, die jilat ludah die balik. nak je aku ingatkan die pasal tu, tapi biarlah. cukuplah aku bajet jual mahal, tak payah seksa budak tu lagi. ngahaha perasan. tapi kisah benar. and ade budak ejek aku masa 9 tahun, tengok2 masa 11 tahun dah menggatal dengan aku. tu semua membantu tau tak. jadi fikirlah sendiri.

tak berjaya misi untuk blog dalam masa sejam. isk. jadi semua ni tips yang aku dah cuba. jalan tak jalan, tak tau. mungkin ada yg aku lupa. and ada yg aku tak sebut sebab aku tak buat, contohnya exercise. rarely, on a very good day when pigs fly je, you will caught me red-handed stretching my muscles like i did last friday, semangat main badminton berguling2 siap bulu tangkis tu kena mata lagi.

ingatlah, seperti manusia mempunyai otak berbeza yg memerlukan usaha berbeza untuk dapat result bagus, macamtu jugaklah ade manusia yang mempunyai perut berbeza yg memerlukan usaha berbeza untuk kurus. kalau korang jenis yg makan tak ingat dunia tapi masih cikeding, sila bersyukur dan simpatilah kat orang cam aku. sebab aku pun tak memperlekehkan orang yg kurang berbakat dlm bidang lain. ok.

jadi, GOODLUCK!
kepada diri sendiri terutamanya.


now, off to buku sivik, eh tak, fizik. hip hip. . . hooray. . .

Ditinggalkan Vs Meninggalkan

tak cukup dengan Glee, 5 Feb nanti keluar pulak Heroes. byebye buku, semakin jauhlah aku dengan kamu. eh macam pernah dekat pulak dengan buku, poyo.

aku dah melompat teruja menunggu 5 Feb. tapi mesti ade element sedih nak menyibuk. 5 Feb maksudnya dah seminggu aku sekolah tanpa NaWani. and Farabi. dah dia je budak laki yang baik ngan aku, mestilah dia dlm ingatan. ngan budak lain yg akan pindahla. haih.

4AB makin kehilangan jejak generasi 3C.

majoriti tanya aku bukan "dapat sbp ke tak?" tapi "dapat mana?"

dah aku kena hadap dorang yang terkejut beruk macam tertelan tikus. susah sangat ke nak terima kenyataan yang aku tak dapat asrama? agak flattering, terima kasih kepada sesapa yang expect aku dapat.

aku macam cacing kepanasan bila dah dekat hari sbp diumumkan. sebab aku agak aku dapat tapi akan berperang dengan dilemma; nak pergi ke tak. one thing jugak, sebab aku tau aku takkan dapat MRSM. so maybe dapat SBP.

so much for the criteria. aku bukannya nak pun, tapi pelik, tak cukup lagi ke apa yang aku dah achieve untuk qualify dapat sbp? curious jela. bukan nak perasan, its a matter of fact. isnt it? tapi bagus jugak, lagi menyenangkan kerja aku adela.

tak payah nak bersengkang mata dok fikir nak pergi ke tak, sebab jalan depan tu dah jelas dah. tertutup. senang, mcm yang aku doakan.

MRSM, memang takkan dapat. kalau aku dapat, ternyata benar teori aku yg dorang ni pilih budak-budak randomly je. aku UKKM 20/40, mustahil sangat akan dapat. and diorang pulak judge based on tu je, takde aspect lain mcm markah koko, memang harapanlah kan.

kalaulah nak aku pergi sekalipun, aku takkan idamkan MRSM. enough is enough. jangan tetiba ade muka-muka Serting yang tidak dikehandaki, memang kat situ jugak aku angkat kaki.

aku dah terima kenyataanla yang aku (99.9% dengan 0.1% tu hak Allah) akan stay sini tanpa kawan2 sejoli. kawan aku risau sangat katenya "camnelah kite nanti nak tinggalkan kawan2, sedih gila", padahal tak dpt offer lagi. bukan maksud aku die takkan dapat, cuma yang kelakarnya ialah persepsi die tu.

everyone knows that leaving is easier than staying.

kenapa? sebab leaving, menuju ke tempat yang ade new beginning, tapi staying, kekal dengan life lama yang semakin kosong, tak diisi oleh watak2 yang dulu ada. ade lubang yang dulu takde, and kite kena move on dengan lubang2 kosong tu sentiasa nak perangkap kita, bagi jatuh.

thats the huge difference.


Saturday, January 23, 2010

Buta Gadget (extension)

post sebelum ni tak menggambarkan kebutaan gagdet aku. selain gadget yg aku ada, gadget lain semua aku tak kenal. blackberry? aku agak benda tu mesti hitam. taktau kenapa hot stuff sangat. tu lah maksud aku. nak beza mana notebook dengan laptop pun susah, mcmlah aku lembab nak tau mana Mercedes mana BMW. sampai ke tahap tu sekali woo.

rasa bersalah sangat sebab tertinggal beberapa benda lg yg aku anggap gadget. anggap? tengok tu. mana gadget mana bukan pun aku taktau. aku rase yang canggih dibuat daripada besi tu gadgetlah kot. kan? so ini lah mungkin-gadget yang aku lupa nak sebut;



beli masa sekolah rendah. abang aku suka curi pulak. eh menyampah tau. stereo die cair sebab letak rokok atas tu. memang tak terkata betul kebengapan. aku tak boleh melawan die, kasi jela. gunala radio zaman 70an yang hitam gedabak tu. kau punya dah cun2 pergi rosakkan, bijak.

dulu aku masuk bilik on kipas, on radio. dengar tak dengar lain cerita. buat homework petang-petang dengan radio. bersiap gi sekolah dengan radio. hah ingat lagi Hitz Morning Crew dulu. bantai gelaklah dengar diorang prankcall orang, memang kelakar. diorang siap buat video clip Dont Cha lagi, pakai kain pelikat dengan wig. memang terbaik, the good old days.

lepastu mak aku nak dengar lagu or ceramah time masak. aku pun kasi. dia bukan guna pun, radio ni bersarang lah dekat dapur tu. sumpah kesian. ingat nak ambik balik, tapi bilik penuh sangat. harapanlah aku nak kasi abang aku radio tu even dah tak guna. ego tetap ego ok.


tiada gambar.

DVD player. jangan maen assume aku mengada DVD player pun nak sendiri punya. dulu punya dah kena curi, tu pun video player. lagipun sape kat rumah ni nak pakai DVD player? family aku malfunction sikit. sebab tu banyak gadget aku beli sendiri sebab orang laen tak perlukan pun. samalah mcm DVD player ni. masalahnya bila aku dah beli, abang aku salu rembat.

fine kau nak guna, tapi boleh bagitau tak? maen ambik je. dahlah kasar, semua barang kau rosak, takyahlah nak menyusahkan aku pulak. duit aku jugak hangus. memang dah rosak pun. menyirap takyah cakaplah. aku beli baru. tapi aku guna sorok2. padan.



gadget atau tak, aku taktau. yang penting, ni yang terbaikkk. bukan soft toy kura-kura, bukan bendera Malaysia, tapi itu computer hand-me-down daripada Angah. sebelum ni memang takde komputer dalam rumah lepas komputer Uda dirosakkan oleh abang yg disebut2 tadi. aku pun type slow je kat skolah. malu. orang lain laju, siap boleh tanya kenapa aku type slow sangat.

tiba-tiba angah kasi computer ni. gembira tak terhingga. pasang internet. abang kesayangan tau, mulalah ceroboh bilik aku. saspen ok nak masuk bilik tp pintu terkunci. rupanya dia kat dalam. main guna computer orang tak bagi salam, siap kunci pintu bajet tak kantoi. negotiate kata nak share bayar. eh takde. kau bayarkan terus pun aku taknak. computer uda kau bagi jahanam, lepasni computer aku pulak? Angah tak kasi kau pun bersebab tau tak. mengamuk pulak bila tak bagi die masuk. last2 aku buat wireless, kata internet mama tak kasi sebab aku tak belajar. padan muka kau, kena tipu hidup2. sekarang aku happy je online diam2, takde sape kacau.

jangan ade makhluk gi bagitau dia pasal ni sudah.

tutup cerita pasal abangku yang charming. computer angah kasi ni memang banyak jasa. taktau nak cakap camne dah. kalau die takde, memang semua benda tak jadi. blog ni pun takkan wujud. rugilah korang semua. betul takkkk?


angguk cepat!


Friday, January 22, 2010

Buta Gadget (part 1)

kalau cakap pasal gadget, akulah paling lembab. aku kesah sangatla ape yg paling trendy or moden, yg org gilakan. asalkan boleh communicate, boleh entertain telinga aku masa latihan menjadi anak dara bertauliah (basuh kaen dll) pun dah bagus. kalau aku dah ade, takdelah aku teringin nak beli yg baru. old-school lah. juga merangkap cool.

aku nak tunjuk gadget aku, kesian ade yg agak keterlaluan kekomanannye sampai aku nak guna depan orang pun segan. jadi kat sinilah aku tebus balik ye.



camera pertama. beli masa darjah 5. camera 'cekek' kawan2 3C1 kata. sebab guna filem, kan ade bunyi tu. ini camera ade memori extraspesel sikit. gambar aku bersama crush waktu itu. die yang naklah! mase tu ramai berkumpul tengok kitorg, serious femes mcm artis. versi SKLK lah.

rosak masa form 1. dulu orang dah maju pakai digital punya. masa ramai2 berebut nak tangkap gambar dorang angkat camera je, sebab gambar tengok kat screen. tp aku kena lompat setiap kali nak 'cekek', biaselah camera kita kena tengok ikut lubang tu je. zoom pun tak boleh. kesian. tapi takpe, die camera aku, yg dorang guna tu camera mak bapak, mahal pun tak heran. hehe.



masa 2008, baru beli baru. kali ni digital, tak payah aku nak terlompat-lompat mcm babun lagi. camera ni tak slim mcm orang laen punya, camera aku gebu mcm tuan dia. wp luaran sebegitu, dalaman dia mmg terbaek. mcm tuan die, tak dpt disangkal dah ni ngahaa. sebab gambar dia lawa. mcm camera besar yang boleh pusing2 tu. boleh blur atau sharpkan gambar, tp tengok skill tuannya lah jugak ehhem. gambar die lagi best dr camera2 lain. Nawa pun beli camera jenis sama sbb die dah tengok kesaktian camera ni. sayang gila, kaulah alat aku capture kenangan, kaulah yg sentisa aku bawak ke mana2, kaulah kawan aku camwhoring, kaulah segala-lanya. tsk.



aku beli ni untuk teman aku dekat hostel masa form 1. nak basuh, sidai, gosok baju, semua dengan mp3 ni. sambil makan milo keras atau maggi ke. prep pun pakai mp3 jugak. terutama bila nak dengar kisah aspura. budak laki lepak depan meja aku, tak kesah nak perlahankan suara sebab ingat aku dengar mp3. kehkeh. habisla aku tau cerita boxer sape tertanggal semua, dan cerita laen yang menggelikan. salu dengar lagu2 lama zaman 50an dengan Irah, sambil nyanyi kuat2. and first time bersembang dengan senior pujaan ramai pun pasal mp3, awhhh.

mp3 ni guna battery. supply sentiasa ade kat koop. selalunya aku letak battery bawah matahari masa pagi, prep malam baru ambik. jimat. orang laen mp3 kena charge, leceh. sebab guna battery, ramai nak pinjam, tapi guna battery sendiri. tengok orang lah jugak, kalau muka semacam, kirim salam. soseh soseh mengatakan aku kedekut, peduli ape aku asalkan mp3 aku selamat. dulu sorang minah nak pinjam, aku tak kasi. die pinjam mp3 orang lain. tup tup hilang mp3 yg die pinjam tu. kalaula aku lembut hati kasi die pinjam, mp3 akula jadi mangsa. siap jadi kes akak2 lagi tau tak, pastu dia salahkan aku tetiba. tah ape motif aku taktau.

mp3 ni berhenti berfungsi pada tahun 2009, di tangan si Zakwan. cis kau. dia pinjam, paling bestari dia guna komputer sekolah. memanggg komputer paling selamat dalam dunia. bukan hilang file, tapi hilang bayang. tak dapat detect terus. aku rase mcm kawan baek aku mati. try beribu kali, tak hidup jugak. tragis sungguh. sedih doh terkenangkan mp3 nila ade kesan hidup aku dekat MRSM. die teman aku bila bengang, die teman aku bila gumbira. die tolong aku hidup dekat Serting. dia tolong aku pekakkan telinga. dia saksi semuanye. oh mp3ku.



mp3 baru. dibeli last year. aku cari mp3 jenis lama yang dah rosak tu. tapi takde, aku beli yang ni. leceh sikit sebab charge guna computer, high maintenance betul. memang bukan jenis yang sesuai dibuat teman ke asrama. other than that, best jugak. lama-kelamaan dengan kehadiran mp3 baru ni, mp3 lama aku dilupakan. duduklah dia sorang-sorang dalam laci kat hujung tu, kawan dengan labah-labah. rase bersalah lah pulak T___T

mp3 memang sahabat aku yang paling rapat, dah asyik melekat dekat telinga je. mcm dengar bunyi kawan manusia, camtulah aku dengar bunyi mp3 ni. cuma bezanya, aku berkhidmat dekat kawan2 yang bercerita, tapi mp3 ni berkhidmat untuk aku :)


screen saver dia, comel kan? its a spinning smiley!

the best gadget of mine. the oldest. the first. the most loved and the hardest to let go. walaupun beliau sangatlah kuno. handphone pertama aku. dibeli on 11/5/2005. lama aku pujuk mak aku pasal nak beli fon sendiri. aku perlukan approval je, duit sendiri punya. kan aku dah buktikan ade fon sejak darjah 5 dan bertexting setiap malam tak mengganggu pelajaran pun. ngehngeh.

aku antara terawal dapat fon. cool lah aku, darjah 5 dah boleh type message sambil tengok tv, maksudnya mata pandang ke lain. jari aku laju je tekan wlaupun tak tengok keypad. fon aku kira masyuk lah dulu. tapi sekarang. . . paling kesian. orang dah tak guna yg macamtu. aku sedapkan hati fikir yang dorang baru dapat fon, memanglah hebat. aku dah dapat dari dulu. walaupun hampeh, aku sayang gilalah fon ni sebab banyak kenangan. lagi lama guna, lagi sayang.

dulu fon ni diari. tempat aku tulis pasal kisah suka suki. fon ni simpan message2 yg aku terasa nak simpan, yg baik2. bila ada orang kata akulah perempuan pertama yg blablabla, macam2 lagila. memang fon ni simpan 5 tahun sejarah hidup aku. sebab tu aku sayang nak tukar. aku tak kesah, aku ade mp3, ade camera. takyah ade fon fungsi mcm2 pun takpe.

dua kali dah aku tukar cover original, cuba kira berapa aku rugi. baik beli fon baru terus. tapi aku taknak. pernah sekali nak beli, dah pegang mana yang berkenan. tapi i just didnt have the heart. last-last aku balik dengan cover baru untuk fon aku. banyak kali fon ni aku campak, baling, terjatuhkan, terhempas. tapi tak rosak pape. cuma biaselah, battery lama, charge tiga hari dah kong. kalau active texting, sehari lebih je dah padam.

aku takkan beli baru sampailah die betul2 rosak. walaupun zaman tu nanti orang dah tak pakai handphone, orang letak cip dalam telinga je. aku setia.


yang ni takde screen saver :(

tiba-tiba dia ni hadir tak pepasal. surprise dari mak aku. aku dah cakap aku taknak reward, dia paksa jugak. kalau tak aku kata je aku nak Domino's seminggu. dengan London Weight Management for free untuk cairkan lemak aku lepas makan berlambak pizza. tak lebih dari tu.

bukannya fon baru. memanglah aku berterima kasih, berterima kasih sangat. tapi aku tak ready. even seminggu tak bukak walaupun dah ade dalam rumah. kesian Nokia 3120 lama aku :'( apalah die nak dibandingkan dengan E71 ni.

last-last aku bukak jugak. WOW. ini memang sangat melampau. harga, rupa, fungsi. dahlah untuk orang kerja, boleh tukar mode bussiness kepada personal. siap boleh pakai banyak line lagi. apelah budak mcm aku nak buat dengan fon mcm ni? membazir.

bayangkanlah transformasi mengejut ni. daripada fon yang tah pape, terus jadi fon yang lengkap gila. tapi aku still prefer yang lama. aku tak masukkan sim card dekat yang baru tu pun. aku on untuk godek-godek sikit je.

fon ni bukan untuk aku. aku tak suka overstated luxury, moden, trendy. aku tak suka orang anggap aku brat yang dapat segala2nya. aku suka jadi laen dari laen. aku suka aku sorang je pakai fon ketinggalan zaman. aku segan kalau orang nampak fon baru ni. over sangat. aku macam mak aku, dah ade yg elok, nak simpan. yg tak elok, nak tunjuk. harap2 bila aku dah bgtau dekat sini, korang takdelah fikir yang bukan2 ek.

kesian mak aku. die dah beli. kena lah guna. baek beli yang murah, asalkan feminine. ni dahlah hitam. not friendly looking, nampak cold je. nipis sangat. aku boleh patahkan sekelip mata. aku dahlah suka terduduk atas fon. apetah lagi kalau E71 ni jatuh, sure cepat rosak. aku rase benda yang makin canggih, makin fragile. makin kuno, makin kukuh. tak lama lah benda ni bertahan dengan aku. die punya keypad konon hot sangatla buat mcm computer? tak mcm biase? sekarang aku kena bela kuku panjang, guna jari memang salu tersalah tekan. kena guna dua2 belah tangan pulak tu, kalau tak memang sengal. sekarang type pon kena pandang, pastu slow je.

aku tak hebat mana lah nak guna fon mcm ni.

mak aku kata, tukarlah. sebab ini hadiah asal untuk aku, kalau tukar rase tak baik pulak. ni gadget pertama yang bukan aku bayar. aku nak je tukar yang murah, takpelah kalau mak aku nak bayarkan pun. E71 ni bukan untuk aku. tapi nak buat macamane, sesuaikan diri je lah.

aku still pakai Nokia lama aku. tapi aku kesianla pulak dekat yang baru ni, mcm dipinggirkan. so sekarang memang aku on dua-dua, wp satu ade simcard satu takde. baru adil.

macam dah berpoligami pulak aku ni.

papepun, terima kasih sangat sangat ma, memang ayu tak expect pun pasal ni sebab as far as i can remember, i have actually threatened you not to give me any bloody thing.
well, that's my mama :')

Sunday, January 17, 2010

Gotong Royong part 2 (versi hyper)

memandangkan semua orang layan aku pelik semacam sebab aku sedih kawan nak pindah, mari kite lupakan itu semua. sekarang bertemu kembali dengan Amalina Gila Gedik dan Gatal!!! eh tak, ciri terakhir itu tak benar sama sekali.

hari gotong royong tu sesi emo aku hilang sebaik saje camera mula bergiat aktif dlm tangan tuannya. mcmkan emo itu lenyap dengan setiap bunyi 'klik' yg dihasilkan si camera. biaselah kalau dah camwhore, sepi dan duka pun boleh lenyap camtu je.



Muka pertama SBPI Sabak Bernam, senyum pun dah ade kriteria budak sekolah integrasi. muka kedua da SBPI Gombak, gembira nampaknya dia untuk bertukar gaya. muka ketiga paling bahagia tak semena-mena, mungkin sebab kemungkinan besar akan berhijrah ke MRSM yang diidamkan. manakala muka ke-4. . . ish nak describe pun tak sampai hati.



kita bersama mengejar mimpi, terpisah sementara ku pasti, suatu hari nanti cinta kita bersemi kembali menerangi mekar di taman hati. . . geli ok maen cinta-cinta ni. nanti kalau jumpa lepas berpisah, kita akan sama mcm dulu ke? mesti janggal. experiences have taught me things can never be the same once they have changed. but i believe, kalau tak byk berubah, tercampak ke 4 penjuru dunia pun takde beza. syarat lagi satu kena dibelanja makan setiap minggu oleh budak asrama, barula kukuh ukhwah he he.



gambar pertama menonjolkan sisi boyanku. nak jugak merasa apa yang best bersifat ala-ala boyan by heart ni, memandangkan zaman sekarang trend keboyanan semakin mendapat perhatian muda mudi. aku and Wani paling banyak tgkp gambar sebab masing-masing asek tak puas hati je dengan hasil snap. benci tau Wani nak lawa setiap masa, taknak kalah. sebelum lu pindah bagila i peluang feeling cun sebelah lu weh. ambek ong orang kata.



aku gelak sakan time ni sebab aku buat muka control cute, tetiba Masyi excited kata aku nampak comel tak terhingga. i tell you bila Masyi memuji sesuatu sambil hidungnya bertukar kaler merah, dia sesungguhnya tak menipu. ehhem.



"Selamat Datang ke sekolah yang tiada rakan, semoga berseronok!"

tiba-tiba je aku ajak dorang pergi rumah Nawa. sure Nawa lega dpt meloloskan diri drpd aku lepasni sebab takde sape dah pandai-pandai plan nak lepak kat rumah dia. yela Nawa, awak takde pun sila pastikan tingkap bilik berkunci, silap hari bulan kang mak awak gelabah dengar ade orang dlm bilik awak maen ngn Nikki.

tapi setibanya kitorg depan lorong belakang SMKLK, aku sekali lagi dpt idea bernas sebab perut dah berkeroncong Pokerface dah ni. Wani pulak ckp die kebuluran, tanpa ragu-ragu aku ajak dorang pg McD. ikut lorong tu. YEAY FIRST TIME LALU POT BUDAK SMOKE DATING DAN PONTENG! sekarang takde sape boleh panggil aku nerd lagi. ngehngeh.

lepas lorong tu ade denai pulak, tepi sungai Klang yang bunyi air boleh buat orang ingat situ tempat piknik, tapi bila pandang je, terus sedih mata aku. air yg dulu jernih sekarang warna mcm tempat kerbau berendam pulak dah. dulu sungai ni la tempat budak-budak mandi, sekarang sape mandi mesti tumbuh bintat berlumut. tapi ade orang memancing ikan kat situ. pakcik makcik, anda buta warnakah? atau hidung tersumbat? isk kesian.

ingat terus jumpa McD, tapi bayang pun tak nampak. rupanya jauh gilala. kitorg takeaway. tapi nak balik ade masalah sikit. patutkah kitorg patah balik lalu ikut denai tadi sampai depan sekolah pastu jalan ke rumah Nawa yg dlm 1 km tu, atau mara ke depan. kata Nawa dekat je kalau mara ke depan, so kami yg kurang mengetahui ni ikut jelah kapten rombongan.



dekat, memang dekat sangat. ade lagi dua jejantas, dan jejantas terakhir membawa kami kepada Zoo Negara. memang gigih betul kitorg. aku tak habes-habes gelak sampai senak sebab rase bongok gila kitorg, memang tak masuk akal berjalan kaki sejauh tu. dahlah aku ngn Hazirah pas camera mcm pas baton untuk tangkap gambar keterujaan masing-masing. orang tgk pelik je, dr sekolah mana pulak budak-budak ni jalan tengan-tengah dunia. "Sri Inai, bang". cool sikit.



ni pun dah lepas Zoo Negara. aku mengharapkan belas kasihan sesapa, tolong kirakan berapa km sebenarnya perjalanan kitorg dari denai belakang sekolah tu sampaila Taman Permata? naseb baek aku tak melentikkan badan kelip-kelip mata untuk hitchhike sesapa. tak pernah dibuat rakyat Mesia. berposing tepi signboard mcmni mesti orang ingat aku minah Indon tgkp gambar untuk masuk dlm majalah Mangga bertajuk "I suka trabelling".


Hazirah ditemani panorama yang indah.



'Peringatan: 60 minit perjalanan!'

Haz muka berasap jalan sebelah highway. kereta Mesia memang tak human friendly betul.

bila dah nak sampai, Haz terus lari tinggalkan kitorang menuju ke rumah nawa. naseb baek dia tak cukup gila untuk masuk terus sorang-sorang. masuk je bilik Nawa, kitorg tanpa dijemput terus terbaring kepenatan atas katil. dahlah berpeluh masyem. alah Nawa, pasni awak gi asrama mana ade dah orang nak buat mcmni kan? hee thanks ek, bilikmu akan kurindu.

berbaloikah berjalan 30 minit tepi highway dengan risiko ditiup angin ke tengah jalan semata-mata untuk McD? ya memang berbaloi. kitorg bukan saja dpt burger, fries, carbonated drink ngn sundae, kitorg juga dapat pengalaman.

ending tak boleh nak corny lagi ke. tapi mmg betul, sape pernah buat mcmtu?
HazAmaNaWani pernah ;)

The End.

Saturday, January 16, 2010

Gotong Royong part 1 (versi sedih)

Tadi ade gotong royong mengecat kelas. kaler purple. i was alright when i was doing something, but not when i got nothing to do. because times like that are often accompanied by thoughts.

dahlah tengah berfikiran kusut, tetiba ade pulak lagu dlm mp3 yang ade tendency untuk lagi menyedihkan aku yang dah sedia takde mood ni. walaupun pasal boipren gelpren, tapi tu tak halang otak aku drpd menginterpret liriknya jadi pasal kawan-kawan yg nak pg asrama (jari keluar dr skin tunjuk kat muka yg terlibat).

terus terkebil-kebil mata aku menelan cecair yg fresh dihasilkan untuk mereka. memang tak boleh blah kalau tetiba nak sebak dlm kelas yg ramai orang, mesti dorang ingat aku dah kena sampuk. tapi memang sedih time tu, setiap lirik yang aku dengar ingatkan aku pada diorang. sampai satu point rase nak keluar dari kelas tu.

terus aku tukar tukar lagu. memang rasenya kalau still dengar lagu2 yang mengancam kestabilan emosi, memang aku takkan tahan punya. biaselah emo. yg tak memahami tolong jgn gerakkan lidah anda, boleh?

inilah antara lagu2 yang aku dengar tadi, tanpa dirancang. mcm mp3 tersebut saja je nak tengok tuan die meleleh. kejam tau, naseb baek kelopak mata aku dpt menampung beban tersebut, isk.


Nickelback-Photograph
Every memory of looking out the back door. I had the photo album spread out on my bedroom floor. It's hard to say it, time to say it. Goodbye, goodbye. Every memory of walking out the front door. I found the photo of the friend that I was looking for. It's hard to say it, time to say it. Goodbye, goodbye.

Babai korang, bila dah sampai sane, you'll find experiences beyond what we have here. maybe things will never be the same, usually thats how it goes, tapi paling penting gambar-gambar ngn kenangan kita jgnlah kalian lupakan. ingat tu.

Please dont leave me-Pink
i cannot be without, you're my perfect little punching bag. And I need you, I'm sorry. I can be so mean when I wanna be. I am capable of really anything. I can cut you into pieces. But my heart is broken. Please don't leave me. I always say how I don't need you. But it's always gonna come right back to this. Please, don't leave me.

dulu kalau tensyen dgn diorang, aku fikir its fine, someday i'll leave and thats when they know how much they need me. samapi kadang2 rase tak sabar nak pindah sekolah sbb terasa dengan budak kelas, kawan2. wp i knew perfectly well i most likely woudnt go anywhere. in the end it backfires. aku mmg jahat, tp aku taknak dorang pergi. at least not now. and hazirah is my punching bag. aku suka pukul dia takde sebab, tampar pipi dia, picit dia, cubit dia. sampai pernah sekali aku baling buku mathematic form 3 yang bapak tebal tu dekat muka dia. semata-mata sebab geram comel sangat. i know you'll be going too, haih.

Already Gone-Kelly Clarkson
Remember all the things we wanted. Now all our memories, they're haunted. We were always meant to say goodbye. I want you to know. It doesn't matter where we take this road.
Someone's gotta go.

memanglah last-last someone's gotta go, but isnt it better if we all go at the same time?

Breath In Breath Out-Mat Kearney
Breath in breathe out. Move on and break down. If everyone goes away. I will stay. We push and pull, and I fall down sometimes. I'm not letting go, you hold the other line. Hold on, hold tight. From out of your sight. Everything keeps moving on, moving on, Hold on hold tight.

semua orang pergi, aku stay. kita bergaduh, kita menangis, tapi tu mmg dah jadi lumrah. orang yg berkawan tak bercakar memang hipokrit. everything moves on, but i try to hold on.

Good Riddance-Green Day
So take the photographs, and still frames in your mind. Hang it on a shelf in good health and good time. Tattoos of memories and dead skin on trial. For what it's worth it was worth all the while. It's something unpredictable, but in the end it's right. I hope you had the time of your life.

lagu ni memang kena untuk farewell. its something unpredictable, like Nawa's sudden change of mind untuk berpindah. once we talked about one of the reasons why i wouldnt leave, and i felt how lucky i was to finally find someone who shared my worries. tapi betul lah, kita tak dpt jangka pape. Allah je tau how i pull myself bila sokong diorang untuk pergi . mungkin diorang tak sedar despite my bribe untuk suruh diorang stay. wp camne best pon life asrama korang sbb i know it will be one heck of a lifetime experience, i hope you had the time of your life here.


sampai situ sajelah selingan kisah aku sedih mengecat kelas sambil takde mood untuk bercakap. aura terlampau kuat hazirah pun rase nak nangis tetiba, tsk. bila tgk muka dorang and fikir nnt dorang takde, haih luluh hati i.

takpelah, aku makin dapat terima kenyataan sekarang. atau kenyataan tu hilang sekejap, tapi akan panah aku mcm petir lagi dua minggu dari sekarang.

Cant Help But Ponder

sometimes i wonder, why cant i have it better?
at least equally as an easy life as they have?
why cant i be self-absorbed, that i dont need to think about anyone else?
why?


with great obstacles come great happiness.

well i'm still waiting for the reward.

Friday, January 15, 2010

Kenapa Aku Taknak Asrama

punca aku kuar asrama salu disalah ertikan. espeselli bila yg mulut becok itu ialah makcik2. atau pakcik2 yang mulut same becok dgn perempuan. diorang kata sebab aku manja. konon tak biasa makan nasi kawah, tak lalu. konon tak larat basuh kaen sendiri tiga kali seminggu, penat. aku menyirap sebab tu semua lgsg tak jadi hal pada aku dulu, wp aku mmg manja. manja. dan manja.

before masuk MRSM jarang gila basuh baju sendiri (MANUALLY), setakat spentot spentis itu memanglah. tapi bila masuk asrama, automatically mind aku dah set, body aku dah adapt. mcm aku dan ade bakat semula jadi untuk berdikari. orang kata aku kuar asrama sbb tangan kecut rendam baju? baek aku rendam je kepala aku kalau camtu.
laenlah ade budak second intake dulu, mak die dtg setiap minggu basuhkan baju . kalau bawak balik rumah takpe, ni dtg situ share sinki dengan kitorg. aku manja tahap cipan pun tak mcmtu, taktaula pulak die manja tahap apa. cume dengan peraturan la aku tak sekepala, tapi lama-lama, terbiase jugak. senang cerita kalau setakat life kat asrama yang mcm robot tu, aku kire cemerlang la wp hati dah mcm beku dah. beku tapi berlava.
korang ingat aku suke dilabel lembik tak boleh berdikari? dorang taktahu apa aku dah rase, dorang taktahu apa aku dah kena, jadi tolonglah diam. kalau betul la aku tak tahan beban kerja sendiri kat asrama, camne aku dpt tahan sampai 6 bulan?

aku taknak asrama form 4 bukan sebab aku masih menggeletis taknak buat semua sendiri, taknak rase susah sikit. tapi banyak sebab laen, yang aku taknak bgtau. yang mungkin korang tak terfikir, sebab tulah korang rase senang nak tinggalkan semua. wp bukan sebab manja, aku nak ckp aku bertuah dpt rase nikmat sebulu dengan mak sendiri semntara ade kesempatan.
we are more emotionally bonded because we share almost everything. i dont mean the 'he's so cute!' and 'mom go get me a husband' type of things. i mean my mom has seen the worst of me. and my worst state, when i was abused and cried hysterically. my mom doesnt understand me best, but she knows. thats what i have, unlike some unfortunate others out there. its got nothing to do with mama's cooking or the comfort of mama's hands.

have you ever love your mom so much because of all the bad things that happen to you? up to the point you actually dont think you need a man if you're with her forever? i have.

its normal to be homesick, so obviously thats not even a factor of why i dont prefer asrama. kau pergi mana-mana pun, kau akan jumpa orang homesick. dulu aku tak homesick sampailah masalah timbul. homesick will pass. budak2 asrama yang tak rase pape biasenya budak yang takde strong feeling untuk keluarga. cool lah jugak sebab tak sedih, even kalau boleh nak stay kat asrama mase cuti. tp aku rase kesian kat dorang.
yelah, mak tak layan. bapak kerja jauh. etc etc. mcm ade kawan2 Serting aku. sorang tu, bila mak die call, die baling fon cakap "babi tua ni lagi". die angkat bila nak minta top up je. kalau tak, sampai nak mak die mati. rupanya mak die doktor dan bapak die askar, kat rumah mmg jarang. lagi sorang pulak, terang-terangan kat Myspace kutuk mak die semata-mata sebab mak die tak kasi die sosial sangat. maybe mak bapak dorang sibuk, tak kesah kalau anak nak buat ape pun asalkan tak menyusahkan. budak jenis mcmni, masuk asrama lagi cilake.

aku bukan taknak asrama sebab family aku happy gila. what happy family? tapi its amazing, how big portion of hatred you have, you dont want to go back anymore once you can fully support yourself, , how much you loath how your home is significantly different, but only one person can hold you back. makes you hide your anger, forget your tears. how much i hate my home, my mom is here, pulling me unintendedly, a small force that defeats a larger gravity, called love.

thats why i'm not going anywhere. aku sakit hati macamane pun, aku takde kawan dekat sekolah macamana pun, aku rase nak lari macamana pun, aku tak buat sebab aku sayang mak aku. betullah tema Harry Potter 'love is the greatest power of all'. oh ye memang tema heri putur mcmtu, korang yg tak bace je ingat heri putur pasal hocus pocus semata-mata.

sebelum buat UKKM, aku doa, kalaulah tempat aku kat MRSM, Allah tolonglah aku buat dengan terbaik. kalau tempat aku bukan dekat sana, biarlah aku screw up. and ternyata UKKM aku 20/40. terkejut? benar.

aku jugak doa, kalaulah takdir aku ke SBP atau SMS, bagilah aku tempat dekat sana. tapi kalau tempat aku memang dekat sini, mcmane aku benci pun, janganlah bg aku tawaran apa2.

dan ternyata, memang aku tak dapat offer mana-mana.

agak terkejut, sebab i was so sure yang since aku ni malang, aku mesti dapat offer asrama. supaya hidup lebih malang. tapi sekarang, aku taktau mana lagi malang, staying or leaving. God works in mysterious way, maybe he's testing me. mungkin aku sepatutnya buat rayuan, dan dapat offer as tempat aku memang dekat sana. atau tak? perlu ke aku buat rayuan sebab aku sendiri rasa ini petunjuk, mcm yang aku doakan. tapi, we'll never know.

aku cuma rase bersalah dekat mak aku sebab aku dah taknak susahkan die, and die nak aku pergi. sape suruh mak aku macamtu, cuba kalau dia mak yg boring dan tak boleh bersembang sama dan jahat dan ignorant, dah tentu aku buat solat hajat 40 kali untuk dapat asrama.

rase gembira aku tak perlu menanges berhingusan macam mase dapat tawaran MRSM dulu, keliru apa yg patut sebab hanya Allah je yang tahu apa yg terbaek. akhirnya ikut kata hati, aku pergi. 6 bulan kemudian, aku balik sini. tapi rase lega tak payah konpius sekarang dah hilang, rasa sedih pulak ganti sebab kawan-kawan nak blah dah.

setau aku batch kitorang yang dapat first intake, Farabi, Omar, Budin Munir dan Budin Hassan, Hafizah, Kembar, Izzati, Batrisyia, Zawani, Nawa, Danial, Aqif, Amira Amran, Kak Pah, Anis Yasmin, Aizat, Fatin Afifah ngan Nadiah. 9 orang classmate aku dulu, dua orang pernah kata nak teman aku dekat sini, tiga orang dulu cakap berapi je taknak pindah konon, dan sorang pernah jd crush aku hehe. haa mula nak speculate la tu, sebok.



they're dissappering and school isnt going to be any better than home is now.

Thursday, January 14, 2010

pergilah

kepada sesapa yang dapat asrama esok,

BABAI.

Ini Bukan Permohonan Maaf

post sebelum ni aku bising pasal jolokan org kat aku, and in return aku pulak ckp dorang pathetic, tapi aku tak maksudkan semua org yang buat mcmtu. bodohlah kalau aku nak ckp semua kan.

aku tujukan kpd sesape yang dah mindset pasal aku. no offence intended to those yang tak patut terasa. so kalau korang rase korang ni berfikiran luas, kebetulan je korang ade ciri-ciri yg aku ckp tu, tak payahlah terasa. aku tujukan dekat orang laen, okay?

haih susah sgt nak kena explain sampai camni sekali.

tensyen yang aku simpan, memang dah sampai batasan. jadi biarlah aku buat dorang rase ape yg dorang buat aku rase. baru adil kan?

aku bukan bawang merah yang mulia tu, harap maklum.

Wednesday, January 13, 2010

Tujuan Sama, Cara Lain, Jadi kenapa kau nak kutuk aku?

ade aku cakap semalam UMNO datang rumah aku kasi RM 50 dengan Sijil dengan goodies bag yang berisi telekung, surah yassin, buku zikir dan doa, buku nota, pen dan wisel untuk ditiup kalau ade gangguan seksual sebab dapat 8A?


okay aku dah cakap sekarang.


**********

it is decided aku tak mau kasi that humiliating speech Jumaat nanti.

pertama, aku tak suka bercakap depan budak-budak yang mostly taktahu hormat orang, dan yang lagi besar drpd aku. ade budak form 3 tahun ni menakutkan, tak cukup dengan ketinggian, mulut dorang pun lagi cibai dr biase.

kedua, setelah dua tahun di SMKLK aku dijolok nerd, dan setiap kali aku rase nak je menjolok dorang dgn lembing besi, sebaeknya jgnlah aku mengiyakan ape yg dikatakan oleh mereka yang shallow itu. cukuplah dengan "orang yang selalu top of class mesti nerd gila" dan "orang yang stayback di sekolah buat homework mesti skema gila".

pertama roman, aku stayback kat sekolah almost setiap petang buat homework sebab aku tak suka buat homework kat rumah. aku percaya rumah ialah rumah, bukan sekolah kedua.

kedua roman, kalau tak mmg aku tido pukul 1 sbb malam baru siapkan kerja. aku memang kena stayback supaya mase tidur lebih berkualiti. siapa yang mak bapak tak kasi tengok TV? siapa yang tak dapat maen internet tiap-tiap hari? bukan aku. tapi aku still boleh buat periksa what. bukan perassan, tapi nak sedarkan sesetengah manusia drpd fikiran cetek yang menyekat dorang drpd hidup secara normal.

kalau kau nak ckp aku skema lepas aku belajar hari2, mmg aku nak jd pandai so salah ke? kau pg tuisyen sbb nak jd pandai gak kan? nak pg asrama sbb nak maju jugak kan? habes aku takleh nak maju dgn care sendiri? fikir sikit. at least aku tak pernah dihalang drpd tidur lambat, TV and internet.

ketiga, aku bukan contoh yang baek untuk kasi tips kat bebudak tu, jadi better aku tak kasi tips pape. sebab ape yang aku akan cakap ialah tips untuk pemalas yang takde sape push untuk belajar, macamane dorang nak ganti kemalasan tu dgn sesuatu yg dapat bantu untuk peperiksaan.

aku dah buat draft lagi utk speech tu, tp hasilnye lebih byk huraian drpd isi, mcm kat sini jugak. lagipun blog boleh jadi medium jugak, so kalau ade request aku buatlah speech dekat sini nanti. ade tak?

*bunyi cengkerik*


**********

finally. the best new TV series for 2009 finally will be premiered nationwide on StarWorld. all this time what i do to keep up on Glee mania is via the internet. feedback and youtube do more than enough to make me love this series although i never watch it.

WHAT IS GLEE? Glee is a series who gives inferior people hopes to shine. you wont find any filthy rich girls wearing stylish fashion line on their awful skinny body, like 90210 and Gossip Girls.

Glee is a story of losers, who have no life. they take over the Glee Club which has remained under the shadow forever, and they perform a musical play in a competition.

so in short, Glee is the story of being yourself, even if the whole world wishes you were another person. well that at least sounds cool, doesnt it?



Glee is going to be a good therapy for me, seeing how i AM a Gleek myself.


Tuesday, January 12, 2010

AnW itu memang sebuah kereta

sebagai seorang camwhore sepenuh masa, aku hargai usaha pihak sekolah utk masukkan 6 gambar aku dlm Karisma 2009.

ade 3 gambar formal. satu dengan kelas, satu sbg ajk kelab dan satu lg menunjukkan ketembaman maksimum sbb menang pertandingan esei. yang laen tu candid mase ambil hadiah, mase Jejak Jaya PMR tahun lepas ngn last sekali korang akan nmpk seseorang yg menyerupai seekor hipo memakai tudung.

pastu perasan ade esei aku buat masuk majalah tetiba, terus terblushing i sorang-sorang. tapi. . . esei itu agak pendek. dan kalau tak silap aku, esei utk KPJ yg aku menang tu ade dlm 1200 perkataan. yang ni sgt mencurigakan kependekannya.

aku pun bukak computer, cari file esei tersebut. sah. sah 1290 perkataan. tp dlm majalah tak sampai separuh pun. ni yang pelik ni, sekolah maen taruk je esei tah sape-sape pastu kate aku buat. taula google.

terus berangan ape jadi kalau aku saman sekolah. sure jd headline lah, tak sedar diri mmg aku tak boleh jd penulis la kalau hal camni je nak maen see you in court pulak.

kemudian. . . . .

baru aku sedar yang esei pasal disiplin dlm majalah sekolah tu, mmg esei aku, tp yg aku menang peringkat sekolah. aku siap lupa aku buat esei tu, sampailah jumpa file die dlm computer. yela sbb ade gambar didedikasikan utk pertandingan esei KPJ tu, aku ingat esei tu regarding to the picture lah. rupenya tidak.

segan siot bace, time tu baru reti nak menulis, letaklah esei KPJ baru menang dengan maruah sikit kan. kembang berbaloi orang kata.

tapi mungkin sekolah tak letak esei KPJ sebab cukupla aku yg dah sedia kembang ni, tak perlu dikembangkan lagi.

**********

pada suatu hari waktu matahari memancar terik, dalam kelas Mathematics sambil menekan kalkulator, aku dan hazirah bergossip pasal seorang mamat ni. bait-bait gossip dirahsiakan, hinggalah sampai satu part yang memang mencabar IQ aku.

Aku : die *buzzbuzzbuzz* kereta AnW!!! *excited berbisik-bisik*
Haz : kereta AnW??
Aku : AnW!!!
Haz : Anw???????
Aku : *mula letih melayan kebluran haz, takkan tak faham kot?*
Alaaaa An . . .

*terdiam apabila kedesaran menghinggap*

dua saat kemudian kitorg tergelak-gelak sambil mata berair terkenangkan kenapalah pathetic sgt aku ni, lapar sangat ke sampai kereta BMW boleh jadi kereta AnW?


Monday, January 11, 2010

Between The Lines, There Is A Light.

i will never stop being a Harry Potter geek, so deal with the fact that this blog does show a little bit of my enthusiasm.

i'm a Ron/Hermione hardcore shipper, and i spend my leisure time searching for the great youtube videos about them and have them bookmarked. i know, but HP is a part of my life get it?

so here is a very fantastic video which captures their chemistry along with a really sad song about friends remain nothing more than friends. you want to hear it, great masterpiece.



while here is a general HP video, with a beautiful song which i love at the first time i hear it. the song is inspiring people to move on and to thrive, no matter what happens in life. this video is just amazing and its nice to see how fast they grow up.

you know, i think that HP casts especially the Trio have a better friendship than most of us do. they practically live on the set most of the time for 10 years, they reach puberty together, whatnot. i really adore them. how is life going to be after everything ends? if i were them, i would cry hysterically.



look how chubby Rupert was and now he's a muscular young man, and Dan with that prominent jaw on his face which once was a really cute kiddo. and Emma, gosh Emma is just beautiful than ever, and i notice how all of them is quite similar with their own alter ego on set.

Ron always has troubles with his homeworks, and in reality Rupert dropped out of school i think. Rupert also has a phobia for spiders, love sweets and has many siblings like Ron does. Emma and Hermione both are very intelligent and top-of-the-class kind of student, while Dan is just so goody-two-shoes as i never come across pictures of him partying and stuffs.

though i know people dont bother to watch the videos, i still put them in this blog so that should anything happen to my beloved computer, at least a very few of the videos in here is safe while the others are lost to nothingness.

its a safety measure actually, so if you hate it then dont bother.

Berucap untuk Jejak Jaya PMR?

cikgu kaunseling mengumpulkan budak straight A PMR last year tadi. dan mula memberi taklimat pasal Jejak Jaya PMR tahun ini, which we will be invited to and three of us will be giving a speech on how to exceed the expectations, grab the stars, and pocket the success.

ape ape jelah. what i've known for a very long time since aku sendiri yang rasa Jejak Jaya tersebut, kalau ade rezeki dlm PMR, i WILL NOT BE delivering any freaking speech. although ada berangan dan dah plan isi sejak sekian lama, namun nama pun angan2 kan.

so aku dgn tenangnya mendengar taklimat cikgu sambil membetulkan tudung dengan cermin pink aku yang kecik lagi comel itu. tenang je membuat hal aku sendiri.

tiba-tiba. . .

"Wakil drpd 3C, 3Taqwa dan 3Nilam, setiap satu sorang akan kasi ucapan. dan Amalina, mana Amalina?"

I FREAKED OUT. apahal kah? oh no. oh no. wp aku sentiasa mengingatkan diri last year jgn poyo sgt rase aku akan berucap depan budak2 tu, tapi i always knew it would turn out this way. tidak. tolonglah, cikgu cuba berjenaka dgn sape ni?

SAYA NAK BERUCAP? kenapa saya? takleh ke Wani yg dah sebati dgn glamorous life as pengawas yg muncul di perhimpunan setiap minggu? atau Nawa yang berpantun dan apa-apa jelah? kenapa tak Budin si ketua pengawas terbaru? kenapa tak orang laen?

bukan aku tak cuba pujuk orang ganti aku, tapi takde sape nak. alah blahlah, aku tau ade jugak yang nak tapi semua konon segan. aku pun sayang jugak nak lepaskan peluang mencapubkan diri ini, tp maruah masih penting ye.

buatnya aku tergagap dekat depan tu? panick attack? malu okay. tolonglah, bila kali terakhir aku bercakap dpn 200 orang? setakat nak menggedik relate depan kelas BI sebab Tcer Pat selalu panggil aku tu kira dah normal lah, lgpun muka-muka 3C1 semua dah kenal lama. tapi ni budak-budak tah sape tah, weh no way.

memang lawak of the year, aku berlari turun tangga memegang kaen yang basah dengan cecair kekuningan.

the first and the last time aku berckp sorang-sorang dpn seisi dewan pun mase aku masuk pertandingan bercerita kisah nabi dlm BI darjah 5 dulu. itu pun orang kata aku ckp terlalu cepat. habeslah aku, habeslah. aku lagi suka masuk Choral Speaking buat muka comel depan audience, sebab muka comel mmg dah jadi kelebihanku.

tolong lap sendiri selepas muntah ya.

kalaulah dorang nak tau tips kejayaan aku, aku boleh dgn senang hati kasi pamphlet sorang satu lagi. ataupun tulis kat blog or bgtau in person. sape yg tak kenal aku tu naseblah, sape suruh you nak kenal dgn kawan i yang comel je, whats-her-name.

tapi secara jujur, tips kejayaan aku bukanlah yg mcm korang baca dlm akhbar. kalau ade wartawan interview aku, on the spot jugak cerita aku takkan dicetak sbb tak laku. mak bapak mana yg nak beli paper utk bagi anak-anak semangat kalau contoh dlm tu budak yg belajar dua hari sebelum periksa dan kurang tidur dengan meneguk nescafe bergelen-gelen?

tapi masih teringin untuk berkongsi tips kpd adik-adik (tak sedar diri, adik-adik tu pun boleh tolak kau sampai tergolek), mesti ade antara dorang yg susah nak belajar mcm aku jugak. tengoklah dulu. mungkin aku akan selitkan tips dlm ucapan sorang rakan, in case aku terlampau pengecut utk berucap nanti.

you dont want to hear not the greatest speaker in the world speaks, do you?

for amusement, yes. but i will be humiliated to death.

Sunday, January 10, 2010

3C1 Dalam Kenangan

3 Cemerlang (1) 2009, i dont think anyone else misses it more than i do, seeing i maybe going to stay here alone friendless while the others are moving to elite boarding schools and start a new life. you know how pathetic life makes you value good things more than others do.


shit kenapa hidung kembang dlm ni kenapa?

mari kite nail it down, from the start to the bottom.

dulu naek tangga yg sepi je kecuali utk 3C and 3Taqwa sbb satu blok itu kami punye. rase tak penat naek 3 tingkat sebab tak ramai org yg mcm kura-kura pancit. sebelum tu mesti tengok cermin bilik guru. secare tak lgsg tudung dah sah okay bila bersua dgn Boy Next Door. ngeee.

sekarang? wp relatively a shorter journey to 4AB, tapi masih penat sebab ramai manusia kat tangga yg tak reti jln dgn cepat. masuk kelas serabut mata, sampai ke hujung ade meja, kesian berhimpit budak2 LK yg baru join. CURRENTLY 58 orang kelas AB, memang 'meriah'. aku tak hafal sorang2 classmate, kalau ade pelarian masuk kelas aku pun takde sape perasan. 4AB ade dua Hazirah, dua Hafizah, dua Izzudin, dua Adam, dua Shafiqah, dua Syahirah, dua Amira, dua Nadhirah and heaven knows who else. sure ade code lepasni, Hazirah Pendek dan Hazirah Tinggi, Budin Besar dan Budin Kecik.

dulu budak perempuan 3C1 berkumpul bawah kipas utk gossip berjemaah. kalau nak merentas kelas dengar cerita Wani pasal secret admirer die yg keseratus pun dua saat je. sekarang nak pergi jumpa Aisyah dekat hujung kelas pun susah, mcmane aku nak tye pasal ilmu hisab kalau camni. dulu aisyah duduk belakang aku je, tak faham terus belajar same-same. sampai 6 meja boleh belajar same, tak perlu jerit pun one could hear each other. skang aku nak ckp dgn deskmate pun tenggelam je suara.

dulu beg ringan nak mati sebab aku mmg tak bawak buku balik. buku semua bawah meja. sekarang bygkan macamane aku nak biasekan diri dgn lima buku teks dlm beg. dahlah tahun ni nak jalan kaki balik sekolah, tapi mau aku yg jalan dulu kalau dah bawak beban berat tak ingat mcmni. dulu serious cool, beg ringan je siap boleh lompat bintang lagi.

tahun ni memang menyemarakkan jiwa utk bersaing, bukan setakat rebut tempat pertama yg nmpknya makin hilang dr genggaman, tp rebut kedudukan paling depan dlm lab. 58 orang berlari turun tangga biasenya didahului oleh aku dan gang Syuhada. tak aci okay syuhada maen kasar tolak2 orang. siap kena pukul lagi kalau aku menang.

aku tak dpt bygkan duduk second row, never mind the last row, sebab dah biasa duduk betul-betul depan cikgu utk Science dulu. dulu 22 orang pun berebut, siap berlari lagi, ni kan pulak 58 orang. memang tak masuk otak belajar kalau duduk belakang. dulu ilmu sampai dkt aku dulu, tulah pasal.

speaking of which, mase 3C1, aku and kamilah pernah paling awal keluar kelas pergi lab. kitorg mcm juaralah sampai lab terus menjerit kebanggaan. rupanya mase tu bukan Sc, tp PAI. tahan malu je lah masuk kelas, dahlah Science haritu kebetulan baru nak belajar Reproduction. mmg kemaluan terbesar sepanjang zaman betul.

and rindu gila tmpt duduk dulu, paling kanan and barisan kedua. salu duduk bersila atas kerusi yg dirotatekan so aku dpt tengok satu kelas full view. sampai budak laki mesti perli kesopanan aku bersila atas kerusi. tah kenapa bila kaki dilipat keatas, rase tak penat and tenang je, belajar pun tak susah. yg penting aku duduk tepi sekali and kalau korg tak usha aku korang takkan nmpk ketidaksenonohan tersebut, haa kan dah kantoi. zul la salu perli aku, nak usha pandai2la cover bang. gahaaha

berckp pasal perli, terngiang2 kekecohan kelas dulu yg perli tu mmg satu budaya. walaupun sorang di hujung barat, sorang di hujung timur, perli tu mesti berbalas sbb kelas lengang je. style dorang mesti nak perli orang laen, tp gune name orang laen, lepas tu targeted victim pulak balas dgn care yg same, habes semua name jd mangsa.

kalau ade budak kelas laen masuk kelas, mesti ade sorang yg kena wolf-whistle termasuklah cikgu2. terutama pasangan glemer Peqah-Cikgu Poji. habes smorg yg masuk kelas kitorg terharu rase diri diminati. and bila cikgu masuk atau keluar, ucapan terima kasih mesti diiringi dgn lagu tema "Mosen sayang Cikgu, Cikgu sayang Mosen" oleh bebudak laki. siot ah aku rindu gila korang.

dulu Mosen drpd seorang loser yg segan berckp, masuk form 3 terus jadi leader ring dgn Adam and Zul. apa-apa bahan die, budak laki mesti sokong. kalau die ckp pape tp takde sape respon mesti die ulang lagi. kelakar doh tgk die ckp bnda sama seratus kali, sampai aku ckp kuat2 "YELAAA MOSEN", baru puas hati. Mosen ni mcm vulnerable gak wp die yg pemangkin kenakalan kelas. kalau aku ejek die, mesti die mencarut balik. rindu hai and bai die ngn farabi wp kurang dilayan. and omg pernah last year selepas beribu kali mencuba, die akhirnya balas hai aku. wehoo Mosen dah ade keyakinan diri haha biaselah dah jadi pakwe orang skang.

skang kalau nak bermanja care kurang ajar dgn budak tu pun takboleh, wp die duduk selang dua meja je. keadaan dah laen. kelas AB bukan 3C1 tmpt aku ejek2 die dan die menyumpah2 aku. tak terkenang lagi sesi Akmal berdebat hal politik dengan cikgu2, bawak artikel dr internet pergi sekolah utk pengaruh semua org join party die, siap tubuhkan parti politik pekejadah tah dgn Izzudin lepastu suruh smorg sign petisyen. Akmal berdebat mesti berdiri siap tangan ketuk2 meja lagi, dgn sorakan kitorg. haih pelik betul, mmg satu dlm sejuta.

Akmal and Zul selalu nyanyi lagu melayu klasik dulu, surprisingly aku mesti ikut sekali siap hafal lagi lirik lagu lama tu. sekarang Akmal dah pindah, sapela teman berdebat politik kau ye selepas Izzati dan Kembar jadi sasaran. DVD nazi kau pun aku tak pulangkan lagi. dgn sedihnye di sini aku umumkan usaha kau utk buat aku sokong Hitler wass to no avail lah. misai hodoh still misai hodoh. dan aku akan sentiasa ingat panggilan kau kat aku "Gadis 1m setengah".

sekarang Omar juga dah takde, pindah tah ke mana. Omar oh Omar, aku benci kau mase form 1 and form 2 time aku dikenen dgn kau oleh kelompok budak biol kelas kite. sampai kalau terpakse berkomunikasi mmg aku tunjuk muka jahat aku yg paling kejam. tapi bila form 3 aku duduk belakang kau, baru rase kau ni baek dan takdelah nerdy sangat mcm dulu, malah boleh berlawak dan kurang ternganga lagi. ala Omar janganlah bangga sgt, aku puji je. kau taktau Hazirah siap ckp die suka kau lagi pewwitttt.

Batrisyia dah pindah kelas LK, siapa dpt jadi Pembawa Cermin Kecemasan nnt jikalau aku tak bawak bahan utk keyakinan diri tu? mesti teringat awak kalau tiba2 raba poket tp cermin takde nanti --"

Nawa dan Wani pula susah nak bersembang skang. dulu senang je lepak kat meja orang laen tp sekarang ruang sgt terhad. sure dua sahabat sejiwa ni pindah, siapa nanti nak teman kite Nawa? Hazirah tu memang confirm mcm Wani akan blah. awak tak kesian kita duduk sorang2? semua budak AB dah ade gang masing-masing, tak ke pelik dan gedik bila kita tetiba join dorang? untuk berkawan tu mungkin, tp untuk kelompok berkongsi cerita? rasenya tak. kelas 3C2 pun ramai nak blah, dan yg bakinya mmg tak serasi dgn kita. Murnie ada, tapi die pengawas, kite nak rehat dgn sape? terpaksalah rehat dalam library sorang-sorang makan buku.

kawan datang dan pergi, ini bukan cerita Friends "i'll be there for you".

aku pun mungkin akan pergi jugak, tapi itu laen bab. yang aku tau, aku rindu sangat kelas dulu. aku rindu cikgu yang lembut. aku tak perlukan cikgu garang mcm singa betina paksa aku buat homework, aku tak perlukan semua tu. aku mmg jenis buat homework, kitorg dah besar utk tau baek buruk. malah cikgu yg menggerunkan lagilah kasi impak negatif pada aku. cikgu yg cool buat aku relax belajar and lagi membuak2 semangat utk siapkan kerja and jadi baek sbb kesian dekat cikgu camtu, tapi cikgu yg garang only makes me rebel. rase tercabar. rase sape suruh kau buat aku tensyen? meh aku pulak buat kau tensyen. mcmtulah konsepnye.

memang ade cikgu form 4 ni yg akan jadi kes mcm Teacher Patvinder yg dulu sangat dielakkan, sekarang sangat didambakan, but in the mean time before all the good feelings sink in, how long i will have to endure?

sekarang bila bersembang sesama 3C1, mesti istilah 'kelas kita' atau 'classmate' still membawa istilah 3C1. i know this longing will end and i will finally accept 4AB as it is, but i dont know if 4AB could ever create the same 3C1 atmosphere, where everyone knows everyone's deal, everyone gets along, everyone stands everyone, where we were never enemies for serious like some other classes were. i think a class which changes its 40 students annually can never be a class like ours. after all the fights and laughter for three years, there is this chemistry, and a class where a bunch of different clicks are put in together is just different from what we used to be.


3c1, aku akan cuba tak merengek pasal korang lagi dalam blog ni, ok?

Tuesday, January 5, 2010

Siapa tak rindu form 3?

3 Cemerlang 1 dulu nak dpt perasaan syg kelas pun amek mase dua tahun, sampai dah tiga tahun tugeder-geder pun kdg2 masih tak dpt nak get along lagi. padahal 22 orang je. ni yang 47 orang ni memang aku tak berani nk ckp bila nak rapat dgn semua, terutama bekas-bekas kelas laen tu. kalau mcm 3C2 and 3Taqwa bolehlah kot, tahun lepas kitorg yg conquer blog paling isolated sekali, omaigod rindu la pulak.

bila tengok kelas baru, suasana baru, cikgu baru, classmate baru, serious rindu zaman KRK dulu. zaman kelas tak share, zaman kelas hujung-hujung so kitorg buat party liar pun masih tersorok, zaman cikgu tak betukar tiga tahun, zaman BM Cikgu Yusnizan yg baek ajar sampai tak pernah tertekan tapi maken relax and semangat buat kerja lg adela, zaman Puan Ruslina ajar Science sampai rase senang sgt masuk otak, zaman Teacher Zainab ajar satu bab dlm satu hari tapi tak membebankan pun, zaman Teacher Patvinder makin baek dengan kitorg and selalu cakap pasal murid favouritenya Mosen, zaman budak-budak laki kelas cool and comel jd penyeri kelas, sbb tak boleh stop bwat lawak, zaman budak-budak pompuan sgt sikit sampai kalau ade gossip kecik pun semua 14 orang nak join dengar, zaman dulu lah.

sekarang kena bawak beg berat mcm anak gajah sbb takleh tinggal buku bwh meja nnt budak petang curi, kalau dulu aku bawak balik buku bila ade homework je, and tulah jugak pembakar semangat utk siapkan homework kat sekolah sebab nnt balik beg tade ape kecuali matter (sbb matter occupies space and has mas, haha tak lawak).

sekarang balik kena cepat sebab nanti budak petang masuk, takleh dah nak lepak dekat kelas sampai petang. dulu kalau hujan mesti duduk dlm kelas, kalau nak belajar ke cehceh. padahal baru 5 minit bukak buku, mulut pun bukak sekali sebab tak tahan sgt godaan ngumpat. eh bukan, godaan menasihat. mase nak PMR dulu belajar petang-petang dlm kelas, semua hadap dinding jauh-jauh supaya tak dpt bersembang.

masa form two lagilah selalu stayback, bukan buat ape pun tp bergossip tak habes-habes. lepastu mesti hantar wakil beli Nasi Lemak Nawa, makan ramai2.

rindulah.

aku taktaulah form 4 ni, takut doh. belum belajar ape pun lagi, tapi rase mcm tak dpt nak catch up mcamane aku catch up dulu. mungkin dulu aku cepat faham Science, Math even Indices yg serabut tu sebab cikgu-cikgu kot? maybe method cikgu Ruslina and teacher Zainab yg ajar cepat buat otak aku pun cepat tangkap, mungkin. mungkin care dorang ajar simple and tak byk cerita, buat aku pun nampak semua topik simple jugak. aku rase sebab cikgu lah, aku tak rase naek form 4 ni aku dpt belajar mcm dulu.

tiba-tiba rase mcm hilang bakat. ceh bakat, sepak kang.

tiba-tiba rase mcm nanti aku blur. tak mcm dulu. mungkin jugak sebab dulu dekat lab untuk Science and dekat bilik APD untuk Math aku selalu duduk bersila atas kerusi, and somehow posisi camtu buat aku rase bersedia je, tp still relax and slumber. itu pun boleh jadi faktor jugak tau, sape tau?

entahlah, harap-harap kebolehan utk menyerap ilmu tahun ni makin meningkat, mcmane orang kata kesusahan subjek upper form juga meningkat 4 ribu kali ganda.


form 4 oh form 4, memang buat aku kecut betul dr segi sosial dan akademik.

Monday, January 4, 2010

4 Form Is A Maze

4 Al Biruni, Sains tulen. hello Fizik, Chemistry, +M3 and Bio. aku tataulah jurusan ape lagi aku nak pilih, ni je option yang aku nampak utk aku. aku pun tak bercita-cita lagi ni, selaen berangan nak jadi the next JK Rowling atau nak study pasal outer space. boleh bawak atau tak, tu kemudian punye pasal. ade 9 subjek utk kelas tu kalau kerajaan konfemkan subjek teras ade 5 je. aku nak cukupkan 10, bukan nak tunjuk terer ke hape, tp biarlah ade lebih sikitkan, mana tau ade rezeki dpt 10A+. AMIN.

tapi sebenarnya, kalau amek 9 subjek je, and dapat semua A, kite dikire straight A. drpd amek 10 subjek tp satu kantoi, walaupun subjek lg banyak tp kite takkan diiktiraf any better. aku raselah. so agak berisiko, tp jgnlah play safe sgt en. form 4 form 4. cettt.

kalau SPM takde maksimum 10 subjek dan aku tak kesah kalau aku tak dpt semua A, just curious nak belajar, aku memang nak cuba Ekonomi Asas, Perdagangan. manalah tau boleh naekkan balik martabat keluarga dlm bidang business. selain tu ICT, Geografi pun mcm menarik. tak ckp lagi Tasawwur Islam.

aku memang minat nak belajar lebih pasal Islam, kalau boleh nak korek lagi dekat U ke. nak belajar Sirah Islam, mcm2lah, bertambah minat lepas bace pasal sejarah, perbandingan agama Abrahamic Religions and pasal kitab-kitab dkt Wikipedia. cume bwat tahap ni Tasawwur pun mcm dah best. and Sastera pulak, perfect utk aku yg beraspirasi nak jadi penulis.

aku pernah ckp dekat family aku nak amek Sastera, tp dorang gelak. GELAK. lepastu aku ckp aku nak jd penulis, tp dorang gelak. GELAK. haih tak supportive langsung. tp bukan aku terdaya pun nak bace byk novel BM, cume teringin nak luaskan skop kosakata je, baru gempak menulis blog. terus semua tertidur, puitis sangat kang.

kalau boleh semua di atas aku nak amek. tp memandangkan maksimum pulak 10, mane mungkin. even kalau boleh pun mcm hebat sgt je konfem dpt straight A aku nih. dahlah plan tanak tuisyen. gila kot tanak tuisyen bila upper form, dahlah semuanya mcm bapak susah. tp aku dah cuba dulu and alhamdulillah boleh jugak study, why not cuba lg sekali? aku nak push diri to the limit, kalau dah memang susah sgt baru tuisyen. bukan senang woo utk org tak pernah tuisyen mcm aku ni nk mulakan langkah tu.

papepon, rasenya nak amek Tassawur utk cukupkan 10. kalau ustazah kata tak mustahil belajar sendiri, aku cubalah. rasenya agama maybe bace fakta je. mcm PAI ade aku pernah focus ape ustaz ajar dlm kelas? memang aku tak pernah ingat pun ape yg diajar. aku ingat bila aku bace utk periksa je. maybe boleh, Insyaallah.

cume nak tanye lah sesapa senior yg dah lepas tahap kitorg ni, apa pendapat and cadangan korang? time kasehhh.


eh post ini belum berakhir ye. nak sambung. walaupun aku taktau nak jadi ape, tp aku tau aku takkan jadi cikgu. pertama, aku tak boleh yakinkan orang yg aku betul. bayangkan aku sebagai cikgu tak habes2 ckp "tp cikgu taktaulah betul ke tak, cube awak tanye kawan awak". kedua, aku memang takboleh tahan dgn perangai budak zaman sekarang. zaman sekarang pun dah cukup cibai, apetah lagi 10 tahun akan datang. memang aku akan dikenali sbg Cikgu Ama Emo yang histeria dlm kelas, most likely utk create scene masuk TV3 sepak anak orang.

tengok budak sekarang macamane. aku pun takdelah baek mane, takdelah sopan sangat, tp aku guna jugak common sense. cube kau bercakap pastu orang memekak buat tak kesah? tulah inspirasi aku untuk terus pandang muka orang/cikgu/penceramah yg bercakap kat depan wp sebenarnya aku pun dah nak tertonggeng sbb boring dan ngantuk sangat. cuma tunjuk respectlah, tak nak dgr pun pndg je, biar org yg berucap tu tak terasa. susah sgt ke ha?

dont get me started on their outrageous rudeness. tu lagi menyakitkan ati. kang aku yg empati sgt kat cikgu2, aku plak bangun gi sekeh kepala sekor sekor kang. tolonglah, kadang-kadang rase nak pindah pun ade sebab perangai dorang ni. aku tak bolehlah budak2 mcmni, aku nak jadi baek, tlglah jgn bagi aku buat dosa ngn maki hamun dorang. tp mungkin ade hikmahnye, melatih sikap tabah dan sabar betul hadap muka-muka tu.

salam pun susah nak jawab, cakap orang tanak dengar, tak makan saman, bajet power, tunjuk gangster, eh pigi dah. geli gila. ye prejudice aku mmg tak dpt disangkal lagi. simpang patpolohpatlah aku jadi mcm dorang, apetah lg keturunan aku camtu. mintak jauhh.

dahlah mulai esok utk setahun aku kena lalu depan kelas budak-budak jenis ni utk sampai ke kelas aku, habes kena mengucap bace ayat qursi dulu awal-awal. ramai pulak antara dorang yg aku pernah kenal and kawan, ade yg siap rapat lagi, tp dunia berputar, zaman dah berubah. dorg dah laen, "maju". lgla aku akan kena kalau dorg terserempak ngn aku, haih.

harap-harap tahun ini i am spared from mental breakdown, amin.


PlatformSaye: 57 ORANG DLM KELAS AB. RIDICULOUSLY CROWDED tau tak, kalaulah 20 orang pergi asrama pun at most, masih ade 37 budak lagi. aku dahlah tak biase kelas ramai-ramai, sure suara tenggelam bila bercakap nanti. tak pernah terfikir nak buat 2 kelas sains ke? dah tahu semakin meningkat tahun semakin ramai budak dpt result cemerlang, nak jugak sumbat 100 orang baru buat lagi satu kelas? 57 ORANG, lawak betul, mmg lawakkk.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails