Saturday, March 27, 2010

Sejarah Hari Jadi

Kepada yang wish birthday aku via internet, korang taktau betapa aku terharu dengan setiap perkataan 'happy birthday'. via SMS, Aisyah, never failed to do so for 5 years, being in MRSM is never an excuse. Nasuha pun tak pernah miss, as if kita masih kita 4 tahun lepas, other friends and dearest family. kepada classmates, 2 choruses of happy birthday did convince me that i have some people in the class who care about me, not just trashing me mercilessly. to Peqah, i only got two cards this year, and one is from you. and Nawa who called. thank you so much everyone.

the first birthday gift i ever received was of course, my birth from my mom, and my bank account from babah, who cashed in some amount of money that very first day i saw the world. both gifts were the best, for the gifts gave me the first step to lead life.

dulu babah panggil pekerja ofis dia makan dekat restoran, setiap tahun. tapi babah tak cakap awal-awal apa tujuan jamuan tu, bila dah sampai baru dorang tau untuk birthday aku. babah tak berkenan dengan idea parti hari jadi untuk anak dia. macam kita expect orang bawak hadiah, macam meminta-minta. dari babahlah datangnya prinsip aku pasal taknak kecoh bila birthday.

tapi babah kalau birthday bash anak orang lain, dialah yang beriya-iya kasi hadiah atau angpaw hebat-hebat. tah kemana prinsip dia pasal party hari jadi tah. kalau anak dia punya birthday, dia tak nak orang kasi, bagi dia yang jamu orang.

kali kedua terakhir birthday aku masa babah ada, malam tu jamuan dekat restoran seafood. pagi-pagi aku dah cari alasan tanak pergi. dahlah dengan staff babah, aku macam segan, kenapalah babah mesti buat jamuan, kenapa perbesarkan hari jadi aku. kenapa tak boleh diam-diam? tulah fikiran seorang budak 5 tahun. tak sedar yang babah dia sayang dia.

kali terakhir birthday aku masa babah ada, ada jamuan yang orang tau awal-awal untuk birthday aku. ada BBQ, mandi swimming pool, banyak makanan, tapi semua sedara-mara je. satu-satunya hadiah aku dapat ialah towel Minnie Mouse yang aku pakai sampai sekarang. mama kata "nanti birthday diorang kita kasi puzzle je untuk tiga orang terus, mainla ramai-ramai. setiap kali birthday anak dia kita kasi macam-macam". aku diam, aku tak kesah. tapi biaselah mak orang, mesti dia simpati anak dia yang dapat satu hadiah je, towel mandi pulak tu.

lepas babah dah takda, tak dapatlah pekerja dia makan besar setiap 25 Mac. yang ada cuma adik beradik berkumpul, bawak cake, makanan untuk birthday aku dengan mama, sambut sekali gus (mama 20 Mac). kali terakhir buat macamtu pun masa darjah 6 agaknya.

form 1 aku sambut birthday dekat asrama. yang bestnya pasal birthday dekat Serting, satu blok hostel nyanyi dekat morning call. satu kelas nyanyi jugak, kadang-kadang kelas lain ikut, sampai satu blok kelas menyanyi, padahal dorang taktau sapa punya birthday pun. kalau kita disayangi, kawan-kawan atau homeroom prank kita dengan tepung, telur, sampai menangis pun ada.

tapi yang tak bestnya pasal birthday aku dekat asrama ialah, masa tu Minggu Bahasa dan Serting jadi host. orang lain semua balik, kecuali orang yang terlibat dalam pertandingan. peserta termasuk aku pindah blok lain, orang yang stay untuk tolong pindah blok aku. orang pertama yang sedar hari tu birthday aku ialah sorang akak ni, dia tumpang bilik aku.

time tu aku datang bilik jap sebab nak ambil baju kurung lebih. pastu dia kata "eh, hari ni birthday awak kan? happy birthday!". aku terkesima "mana akak tau?". dia jawab "tu ha, dekat loker awak tu" seraya pointing dekat kad loker aku, ada nombor IC kat situ.

"thank you kak". keluar bilik rasa sebak. aku call mak aku. aku tak call awal-awal sebab aku merajuk. mulanya aku taknak masuk Minggu Bahasa, sebab aku nak balik. lagipun mama kata, kalau aku masuk jugak, takde sapa nak datang masa birthday, takde sapa nak ambik aku untuk cuti seminggu. maksudnya aku kena spend cuti semester dekat maktab yang sunyi, tak dapat balik padahal orang yang tak terlibat dalam Minggu Bahasa dapat dok rumah dua minggu.

tapi aku masuk jugak, sebab Kak Syaza The Trainer sambil peluk aku kata "I really like your facial expression sweetheart. you're one of the bests. and we have the same chubby cheeks!". terus aku decide nak teruskan berchoral speaking, jadi tak dapat balik cuti.

malam, baru roommate aku, sorang Choral Speaking sorang debate, wish aku happy birthday. mana diorang tau? daripada akak yang tumpang bilik aku tu. i owe you a lot, sis. setiap kali tengok birthday yang meriah dekat maktab, aku jeles. takpe, maybe next year, aku kata. but there's no next year in Serting, i didnt know that.

i think i never asked anything for my birthday in living memory. not even cakes, let alone presents. i just dont seem to think that those things matter, but in reality they do cheer people up right? i practically banned my mother from giving me anything or cash, not for birthday, not for raya, not for UPSR, PMR, or any exam either. she better spend her money on what she desires rather than buying me things.

but on 25.3.2008, the early era of my solitary birthday, i came home from school to find a birthday cake. but no one was there to celebrate me. apparently my mother asked Abang Kesayangan to buy me a cake. but he ate that cake, oh yes he really did eat my birthday cake. no courtesy to wait for me at all, the reason of the presence of the cake in the first place. my mom was furious, but all she could do was to snap a picture using her phone camera.


this was the last birthday cake of mine.

setiap kali aku tengok gambar tu, aku sebak. bukan sebab teringatkan abang aku makan kek aku sebelum aku sempat rasa pun, tapi sebab macamana mak aku nak kasi aku happy on the so called birthday, walaupun takde family lain yang datang untuk menunjukkan kegembiraan, macamana mama suruh dia beli cake, macamana mama cuba, tu yang buat aku sedih.

jangan tanya kenapa. korang pun mesti pelik dan rasa poyo betul aku ni, tapi entah, dalam hidup aku banyak benda yang aku tak dapat explain, yang orang lain tak dapat faham.

thank you mama, i dont need anything on my birthday, i never asked for anything, but company, love, and family. because sometimes, i dont feel like i have any of them.

i pray more than i ask, because things i want are mostly in His hands, His call. Every year i wish for Allah to grant my high hopes and desperate wishes, that's the best i can do.

Thank you everyone, who was, and is there, here, with me :)



Friday, March 26, 2010

Result Ujian 1.

[ini sambungan post minggu ujian dan preparation]

Dulu aku selalu dapat BM highest kecuali masa karangan terpesong. tapi kalau tak dapat highest sekarang, tak kesahlah kan. cuma apa perasaan korang kalau korang jadi aku;

5 A+. 2 A. 1 A-. 1 B+.

dan B+ itu BM. lagi dua markah je nak dapat A-. dan tahun lepas memang aku tak pernah dapat B langsung. pada aku B ialah Fail. dan selepas setahun kita bertemu kembali, musuh B.

jangan cakap rileks, sebab aku tak biasa.

THE BEST BIRTHDAY GIFT EVER.
terseliuh sampai tak dapat berjalan pun tak dapat kalahkan.



UPDATE: BM aku naik jadi A-! Alhamdulillah!

Terseliuh ke Balasan?

semalam balik sekolah, entah apa aku usha sambil tak pandang bawah masa turun tangga terus terskip dua ke satu step, lalu kaki terpusing ke belakang dan terjatuh.

buat malu okay buat scene dekat situ. nasib takde orang. nasib ade kawan-kawan.

tapi time tu tak rasa sakit lagi, cool je aku berlari anak semua. lepas solat dan makan nak balik tu baru rasa macam terseliuh sikit. alah sikit je, tak menganggu proses perasan cun pun.

balik, tido petang. berguling-guling dalam aircond. sebab semalam hari yang lain daripada lain, maka aku pun bukak aircond. kalau tak payah benar aku nak bukak, kesian mak aku jugak kena bayar bil sebab anak dia mengada nak feeling duduk US sejuk-sejuk.

bila bangun. adoh. kaki kanan aku memang menyengat, angkat sakit, letak sakit. nak gerak kan tapak kaki memang tak boleh. terkena pressure sikit, be it bantal, lantai, ape-ape je, memang terus berair mata. bukan nangislah dowh, tapi air mata kesakitan tahu.

terseliuh sampai camni sekali? ye benar. aku pun tak pernah rasa.

nak jalan memang tak boleh lah. terpaksa aku bergerak guna kaki kiri sahaja, dah malam jumaat tu aku mcm pocong terlompat-lompat. seluruh kawasan lepas pergelangan kaki tu sakit dan takleh gerak. memang aku terbaring je lah, homework apa memang tak boleh buat. walaupun bukan tangan yang terseliuh, tapi distracting wo.

kadang-kadang aku urut. kadang-kadang mama tolong urutkan. bila aku tak boleh bergantung kat diri sendiri mcm nilah bertambah rasa sentimental kat mama.

dahlah semalam memang aku sakit tekak gila-gila-gila. minum sebotol air setiap setengah jam. maka kencing pun mestilah setiap setengah jam. dah masalah aku nak ke toilet. rumah aku dah lah banyak bendul, ade tempat-tempat yang aku terpaksa mengengsot. tragic sungguh.

macam lumpuh, takleh gerak. cuma lumpuh tak rasa pape, tapi aku rasa sakit gila. macam tulang retak pun ada, aku ni dahlah tulang rapuh. begitu hiperbola sekali.

"ala ayu taknak cacat" aku mengeluh.

mak aku gelak-gelak. dia teringat cerita Si Capik rupanya, sempat lagi.


what a happy birthday.

Wednesday, March 24, 2010

Salah Hari, Salah Jam

Teacher Zainab called my home number.

oh no. is this about my nickname 'kuih talam berlapis dua?' (inside joke, and inside matter only understood by certain people and I AM NOT as what i was called, NOT based on the poor evidence anyway, but i dont deny it either).

but it is not, thank god. and if it is about me being 'kuih talam berlapis dua', someone else should have called me rather than Teacher Zainab one of the best teachers ever right?

apparently i was chosen to enter Science Challenge along with other 8 students, which is suprise! TOMORROW. Bio and Physic and Chemist. please, i've just got my test paper and sure am not going to revise anything heavy now and got loads of homework for today but i'm doing it anyway.

i'm desperate to enter any freaking competition, so count me in Teacher.

just dont count on me to win :)

Tuesday, March 23, 2010

Dua Hari Yang Bahagia Dalam Seminggu, eh, TIGA.

tadi masa aku jalan seorang diri, lencun yang amat kerana jasa sang hujan, Aqil 3 Cemerlang-Berapa-Entah berhenti dan terkelip-kepil pandang aku selama beberapa saat. apakah?

Dia: Eh bukan dah pindah ke?
Aku: Haa bila masa pulak niii?
Dia: 8A kan?
Aku: Hah.
Dia: Asal tak pindah?
Aku: Bengong!

jangan salahkan aku, lidah aku yang tetiba nak menjerit "bengong!" dekat dia. mungkin kerana rasa soalan tu tak munasabah. macam, takkan semua yang 8 A nak sumbat dalam asrama yang tak best, menyusahkan dan bajet hebat itu? nak tidur atas bumbung?

atau mungkin sebab aku terasa panas. macam, pelik sangat ke aku tak pindah mana-mana. macam kesian, atas pagar je kot aku ni. relaks, tu semua perasaan aku je.

kan?

Monday, March 22, 2010

Seperti Burung Dihalang Bercip cip cip, Seperti Kambing Dihalang Mengembek bek bek, Seperti Manusia Dihalang . . ?

Tahniah kepada Hafizah yang telah pulang ke SMKLK dari Seri Puteri.
Awak sebulan setengah, kita 6 bulan setengah, kita menang bahah.
Ayat pertama dia kata

"Ama awak sorang-sorang kan sekarang?"

Terima kasih atas kejujuran anda yang nyata ye.

Sunday, March 21, 2010

Takde Laki Lain Ke Kau Nak Cerita Ah?

memang takde. dia jelah penyeri hidup aku, intan payung, penghilang duka, pelenyap lara, pembawa kebahagiaan, epal di mataku, semua dia lah. Malmal yang mokmok.

sape yang baca blog ini dari dulu mesti ikut perkembangan budak ni. berlambak post pasal dia dengan gambar sekali, dah tu je benda best aku ada untuk cerita ;)

mood miserable aku hilang 50% bila cuti sekolah, 25% bila jumpa Malmal, 25% lagi bila meninggalkan rumah. lagi lama cuti, lagi lama dengan Malmal, lagi lama duduk tempat lain, makin bahagialah aku. itu bukan sekadar hypothesis, tapi dah hypothesis is accepted pun.

cuti seminggu ni mood miserable aku hilang seratus persen, digantikan dengan kebahagiaan tak berbelah bahagi. mungkin sebab cara aku tulis yang begitu dramatik buat korang fikir, ah, takdelah seteruk tu hidup dia, saja nak jadi drama queen, tapi tak. semua ni fakta sahih tau.

Malmal memang menyelamatkan aku daripada masuk hospital bahagia. bukan setakat muka je comei ganteng lagi, tapi juga personaliti dia yang adoh, memang adorable lah.



Malmal suka baca buku. oh bukan, pandang buku. satu muka surat sejam dia tenung, entah apa otak gemok tu fikir. masa dia kecik, paling dia minat ialah kereta. belum reti sebut "ayu comel", dia dah reti beza jenis kereta. bukan kaler, tapi jenis. dia sebut "car mama", "car ayah" bila nampak kereta sama. dia siap tau mana "car opah" wlaupun jumpa tiga bulan sekali je.



dah dua tahun ni, dia suka tengok semua gambar dalam buku. terutama gajah. dalam bahasa comel dia dia describe "tine gajah bsya", "hidun gajah panjangg", "kaki gajah mokmok". pastu dia cerita lagi "malmal tatot gajah, hmm, iye, tatott". kalau jumpe gambar cicak, ular, buaya dan sepapatnya, Malmal mesti menggeletar kegelian. terus aku suka jadi cikgu ajar budak nih.

dahlah dia ikut je apa orang cakap. haritu ada cerita sorang pompuan ni jatuh basikal berdarah kat siku. sampai 3 hari Malmal ingat, tak habes2 dia cerita kat orang berpuluh kali. "siannn kakak jatoh, nek basyital, syaket, darah, syiku" sambil usap siku dia. kat tadika kalau kawan2 dia nangis, dia join sama. dapat genetic terlebih simpati daripada aku kot. memang korang rasa nak amek sudu garpu ngap terus budak bising gendut ni.



muka ketiga ialah muka bila dia geram dekat aku. sejak baby dia ada habit picit orang sampai menggeletar badan guna tenaga. aku kalau jumpa dia tak sah takda luka. kadang dia gigit, kadang dia cubit. proses tu terjadi sebab aku salu bagi dia bengang. tapi kadang2 takda puting beliung, dia datang sendiri picit tak pasal2. berdarah terus bai.



walaupun Malmal suka menyerang dengan gigi bila aku cium peluk cubit dia, dia masih tunjukkan rasa sayang kat aku. konfiden okay disayangi budak 2 tahun. dia datang tonyoh pipi, suruh cium. dia datang peluk, picit pipi, usap pipi aku, kadang-kadang dia pandang je aku. sape tak sayu bila budak kecik buat macamtu, rasa diri beharga. lama dia peluk, lama dia bagi aku cium. sedih pulak. kalau dia rindu camne? tapi tak mungkin, aku bukan mak dia *sayu



pipi merah tu yang buat aku sental pipi dia puas-puas, maen macam play-dough. mulut dahlah bising membebel benda yang tak difahami, badan debab, rambut belah tengah, geram.

tiga hari sebelum aku balik KL, Malmal balik kampung dia. malam terakhir, dia manja lebih pulak. banyak kali dia ajak "jom naek atasy" sebab nak tido sama. tapi aku tipu, aku kata aku tido depan tv. aku ajak dia tido kat situ dia tamau. dalam sejam jugak dia tunggu, tarik2 tangan aku. last2 dia masuk bilik mama dia. rasa bersalah gila. nanti kat sana mesti dia tengok takde Opah nak layan dia pandang buku, cerita dengan dia pasal kakak jatuh basikal berdarah. mesti dia pelik mana Ayu yang bising tu, yang suka buli dia tu. takde dah Ayu nak layan dia mengarut.

tadi masa atas Lebuh Raya Utara-Selatan, Uda text kata Ikmal lepas sampai rumah terus naik tangga ke tingkat dua, lepastu turun slow2 terkedek-kedek. sampai bawah dia tanya

"Mana Opah? Mana Ayu?"



er malu nak mengaku, tapi nak jugak. dalam perjalanan tadi, ade dua tiga titik air mata jatuh. tak jumpa Malmal, 25% mood miserable kembali. pulang ke rumah, 25% lagi. tunggu 50% je untuk dilangsaikan Isnin ni. pada orang lain, mungkin aku cengeng. tapi aku je yang tau keadaan sebenar, orang lain tak tau satu haram pun.

makin lama makin teruk, entahlah bila aku nak keluar daripada semua ni.

kalau dulu malas nak pergi sekolah sebab homework tak siap, mesti ingat "Oh, kawan aku yang tu ada cerita pasal lelaki terbaru", atau "harini budak kelas mesti bergosip sakan, kena join", atau "nanti tak jumpa Boy Next Door, rugi". ada sebab walau sekecik mana pun untuk naikkan semangat. tapi sekarang, apa pun takde. malah yang tak best pulak isi ruang kosong tu.

aku tak sangka aku boleh benci sekolah sampai camni sekali.
tolonglah, aku masih nak belajar, tapi camne?

Friday, March 19, 2010

Posto ke 301. Azam Baru?

Azam untuk tidak limpahkan blog ni dengan emosi yang berbau busuk seraya tak best untuk dibaca. tapi nak buat camne eh? hidup aku tak de apa nak kongsi melainkan yang hal yang tak gembira. tapi, tapi tapi tapi. ada je tau nak kongsi yang hepi mepi, cuma malu binti segan, awh.

tolong aku, tolong. tolong aku blog tanpa emosi yang berkecai berderai terabur semua, tolong.

ada idea?

My Only Pointer in MJSC.

*********************************************

i am positive that Form 4 is going to be just as Form 1 was. in term of friendship, adaptability and academic achievement. for the first two, its gonna be much difficult than ever to reach a point when i am comfortable enough to avoid making breaking down as a weekly basis. academically, i sucked when i was in Form 1, and i sense that history will be repeated again.

sometimes i've gotta take the credits, too. i admit i thought that i was going places but it appeared to be the opposite. if i hadnt dropped out of MJSC, maybe now i am somewhere in a PKP. oops, did i blow much from my trumpet? pardon. when you feel inferior, you tend to seek something to make yourself superior. the same goes with how you are determine in making yourself appear to achieve less than other people do, when actually you are on top of them. its only normal, isnt it?

i remember getting 3.5 for final sem 1 in Serting, receiving Principal's Award. those who were in Principal's List, pointer 3.5 and above, gotta join the night trip to KFC. at that time, KFC was a heaven. KFC was the best thing Jempol had to offer, unlike at the present. three years ago i had to endure the nausea caused from riding up Bukit Putus yg bersimpang siur mcm ular kena palu, a spot famous for accidents, now the roads are better. i tell you Kecik, you got the timing right.

about the pointer i got, i wouldnt be proud of it at all, if i wasnt in such a horrible state during the exam week. i had this terrible fever, when you can feel how hot your skin is, how much heat your breath gives, how your eyes are puffy and all red you can see blood vessels in them. i could barely stand and talk, even my friends noticed my body temperature as they lightly brushed me by accident. of course, i didnt study anything, i was too busy forcing my eyelids to stay open. if it had not been for the exam, i would have packed my things and left.

but exam was being held and i had to bear it all. surprisingly, i got into the Principal's list without even doing revision. but sadly, i knew i could have done much better if only my immune system didnt betray me. damn you, unsympathetic high fever.

now i realized i had my chances, if only i things didnt go wrong and i could stand them. if only i stayed, i might have been in Principal's list every semester, entered various competitions and be polished to the maximum level, radiated hidden talents and strengths better. at Serting i could have been anyone. but here? i'm still the old me.

i wonder if i have made my life a waste, the past and the future. can a 16-year-old think that she's wasted the golden ticket, thus her whole life? well, i can.

future is consists of thousands pieces of a mysterious puzzle, and i am afraid if some pieces are broken due to my reckless steps. please, no.

Edward Scissorhands

**********************************************************

Daripada aku sangat gilakan dia ni




ada baiknya aku sangat gilakan dia ni


Edward Scissorhands first time aku tengok masa aku tak paham apakah fungsi perempuan tua gatal tu buat bunyi semacam masa Edward potong rambut dia. aku lupa apa orang jawab dulu bila aku tanya "nape pompuan tu bunyi ahh ahh?". tapi sekarang kalau tengok babak tu akulah yang pertama gelak guling-guling.

masa kecik pun aku nangis tengok cerita ni. masa Edward peluk Awek Cun dan tau ada orang sayang dia, dia teringat dekat tuan dia, masa tuan dia bacakan bedtime story. masa tuan Edward pegang tangan palsu dan Edward gembira, tapi tuan dia jatuh mati pastu Edward terkoyak tangan tu dengan gunting dia. meleleh hingus aku masa dorang gune Edward untuk rompak bilik kebal, pastu Edward terperangkap sorang-sorang ketakutan, masa polis tangkap dia pastu semua salahkan dia. masa semua orang kejar dia pastu dia lari balik rumah agam tuan dia. masa Awek Cun tanya kenapa Edward ikut jugak plan rompakan dan Edward jawab "Because you asked me to".

sorang-sorang, disalah anggap, disangka jahat, kesunyian. potong pokok jadi dinosour.

semua tu sedih gila pada aku yang berumur 6 tahun dan aku sekarang. haritu baru Star Movie tunjuk cerita ni, sekali lagi aku teresak-esak menyorok bawah selimut. Edward Scissorhands macam dah jadi kawan baik aku masa kecik, tau? jadi sampai besar bagak ni lah kesayuan tengok dia tu terbawak-bawak. aku bayangkan dah 10 tahun sejak pertama kali aku tengok dia, camne die sekarang?
bukan gila, tapi simpati.

babak masa Avon Lady first time tengok dia.

AL: What's wrong with you?
ES: I'm not finished.

aku rasa dia cakap pasal tangan dia. dia tak habis, sebab tangan dia tak sempurna, sebab tuan dia mati sebelum sempat habiskan dia.

AL: Where're your parents? Mother? Father?
ES: He didnt wake up.

NANGIS SEKARANGGG.

Kalau Aku Henry, Hiro Nakamura atau Doraemon.

aku tengah dalam fasa khusyuk membaca The Time Traveler's Wife. tidur tak lena mandi tak basah selagi tak tahu kesinambungan cerita ni. makan masih kenyang, oh tu sentiasa. masa dok kat Renaissance (hotel terbest di Kelate. padahal baru pergi Kelate 2 kali seumur hidup), aku habiskan masa atas katil diselimuti gebar gebu sebab kesejukan yang amat dan dalam tab mandi direndami air panas dan buih, baca novel tu. tanak kalah berendam berjam-jam sampai sesak nafas dan hampir pitam. mungkin sebab kehabisan oxygen ataupun stim yang melampau? heh. stim wap air okay, otak tu tolonglah bersih sikit *geleng kepala

kalau aku ni time traveler, aku nak pergi masa depan. aku ni orang yang percaya 'one step changes everything'. aku percaya kita boleh tersilap langkah dalam hidup, tersilap pilih. aku percaya walaupun ada perkara yang dah tertulis, tapi masa depan sangat subjektif. aku percaya kalau kita ubah sesuatu yang tak sepatutnya terjadi, macam paksa sesuatu peluang jadi milik kita, benda tu salah. aku percaya yang setiap pilihan kita ialah turning point untuk sesuatu yang lebih besar.

aku jugak nak tahu, betul tak apa aku buat ni? jadi manusia tak kalau aku pilih yang ni, berjaya ke aku kalau aku pilih yang tu? aku nak tau apa jadi dekat aku sepuluh tahun akan datang. aku nak tau apa malapetaka lagi yang aku kena hadap. aku nak tau bila perkara yang aku paling takut jadi. aku nak tau hidup ke aku lepas fasa kesedihan melampau tu berlalu? dan aku jugak nak tau sape suami tersayang nanti, awh.

kalau aku time traveler, aku nak pergi masa lampau jugak. aku memang minat gila dekat sejarah yang tak dapat dipastikan kesahihannya, macam legenda. Hang Tuah? Puteri Gunung Ledang? Cik Siti Wan Kembang? Mahsuri? betul ke semua tu? sampai aku rasa tak sabar nak tunggu masuk syurga. kat situ aku nak selongkar pasal segala mitos yang ada. minat sangat sampai lupa sebelum masuk syurga tu, haruslah dibayar dulu semua dosa dekat neraka.

aku pun nak rasa hidup sejak zaman Nabi Adam, semua Nabi, Rasulullah saw, zaman Aristotle, Leonardo daVinci, Shakespear, zaman kesultanan dulu-dulu, sampailah akhir zaman masa robot tu perkara biasa, and aku jugak nak tengok apa jadi masa Dajjal, Yakjuj & Makjuj keluar nanti. camna rupa Nabi Isa, Imam Mahdi? tamak, semua aku nak tau.

aku nak pergi zaman Mama Babah berbalas surat cinta, zaman Babah mencuba tapi Mama jual mahal. zaman Mama Babah kahwin, jalan bawah pedang diiringi askar muda yang pakai baju askar putih mcm Babah, dan Mama bergown putih jugak. Aku nak pergi zaman kegemilangan keluarga kitorg. aku nak kenal babah puas-puas, aku nak nikmati semua sementara ada. aku nak pergi dekat Orang Tua Tak Kenang Budi pastu sepak anu dia, dan cakap kat babah jangan percaya tua jahil tu dengan business kita. aku nak pergi masa keluarga semua bahagia.

paling penting, aku nak jumpa diri aku tiga tahun lepas. aku nak jumpa aku yang masa tu 10 kg berat daripada biasa. aku nak jumpa dia dan kata

"Kau akan masuk MRSM Serting. impian kau sejak kecik dah jadi realiti. tapi first day kat sana, tolong jangan masuk RAA 20. tolonglah, walaupun RAA 20 sebelah toilet ngan depan Hall Kecik dan Hall Besar. pilihlah RAA yang jauh daripada RAA 20. jauh berjalan untuk kencing dan tengok TV bukan apa-apa nak banding dengan apa kau akan rasa duduk dalam bilik tu. kalau kau masuk jugak, 7 bulan kemudian kau akan keluar Serting. jangan masuk RAA 20, nescaya kau akan sengsara dan kau akan lepaskan peluang untuk masa depan yg cerah. kau akan habiskan masa kau tempat yang kau idamkan dengan linangan air mata dan pergaduhan yang takde penghabisan. percaya tak kau akan tinggalkan Serting yang kau sayang? percayalah. jangan terkejut beruk nanti."

tarik nafas, sambung lagi.

"kau masuk KRK balik, kau jangan rapat ngn sesapa. sebab tiga tahun pastu, kau akan kecewa. kau akan sedih, rasa terluka. dahlah Form 4 sangat menyakitkan hati dalam semua segi. sampai kau tanak pergi sekolah sentiasa. kalau boleh masa Form 3 tu kau belajar-belajarla suka Lukisan Kejuruteraan, bukannya masuk kelas yang cikgu dah aturkan untuk kau. lepas tu kau janganlah study, betul. kau dapat 8A untuk periksa selain PMR, semua tu tak bawa pekdah apa pun. apa kata kau main je puas-puas, masa nak PMR baru kau pulun habis-habisan. kau dapat 8A trial pun tak dapat offer mana-mana kan. buat penat je."

aku tiga tahun lalu ternganga.

"orang lain main-main je, cemerlang jugak PMR. dapat belayar ke sekolah idaman. kau? masa Form 4 nanti kau akan tensi gila sampai kau duduk sorang-sorang menangis. kau taknak peduli pasal orang lain. kau rasa tujuan hidup kau untuk belajar je, bukan untuk berinteraksi. tapi kau salah. tak sampai dua minggu kau akan putus asa, kau tak tahan. kau tak boleh tipu diri sendiri. kau orang yang perlukan kawan. dari sekarang kau praktikkanlah hidup sorang diri ye. sapa-sapa nak bergosip, bersembang, bergedik bersama kau, tolak offer mereka. sebab nanti mereka pergi, dan kau tinggal sorang-sorang. biasakan diri dari sekarang, aku taknak kau rasa apa aku dah rasa, apa aku bakal rasa. okay itu je nak cakap, semoga berbahagia. babai!"

dan poof! aku pun hilang, meninggalkan diri aku tiga tahun lepas, meninggalkan dia terpinga-pinga tak percaya. semua pada dia macam lawak bodoh semata.

kalaulah aku seorang time traveler, kalaulah.

I hem Bek!

i am back to business fellas. expect a loaded truck of endless babbling posts, with pictures included. that, if i have time lah after i get home this Saturday. i refuse to upload too many pictures in this blog mainly because a free blog is limited to a certain amount of megabytes only, and my pictures are mostly 3 MG or something EACH.

so i need to resize the photos using my own specific programme in my own personal beloved computer, so as not to take up much spaces, get it?

okay why on earth am i bothering to explain all this. so for the moment as i'm in perak at my brother's, previously staying in Renaissance, Kelate, and i'm not carrying that gigantic computer with me, so no pictures for now.

but extremely long posts alert ;)

i have mentally typed all the things i need to say during those hours on solitude road surrounded by dear Mother Nature. and now all i've gotta do is find some will and energy.

homeworks? none started, none finished.

Friday, March 12, 2010

Recap Satu Minggu. Tolonglah Baca.

tah apa mimpi aku tetiba nak merayu orang baca blog, pedulikan.

ujian kali ni agak malas dari biasa. mungkin sebab nak cuti dah, jadi otak lebih suka melayang ke awang-awangan. bayangkanlah petang setiap hari ujian aku tak buat apa oi. pas Isyak baru start menelaah. tu pun diselang-seli dengan Ugly Betty Selasa dan Glee Rabu. sudahnya belajar kebanyakan subject tak sampai dua jam. willpower lemah gila, semangat takde *mengeluh.

ISNIN: hari pertama dalam minggu ujian mata dah sembab. tido pukul 3 pagi. oh tidak, bertuah benar kalau aku belajar. Aku berpanda hari isnin sebab malam ahad tu aku buat esei. pertandingan esei BI yang pada awalnya karya original aku direject. sebelum tido tetiba dapat idea, terus laju menyusun kata.

aku submit esei itu kepada teacher Pat. beliau tanya "How's your test preparation?". aku menjawab "Bad" sambil membuat muka. "I know you're going to do well, dont worry much". YEAH RIGHT. senang lah teacher nak umpan aku buat esei tu, simbah aku dengan pujian berbau aku tak belajar pun takpa, sebab kalau aku tak dapat straight As pun takpa. she has no idea apa aku tanggung buat esei ni. mak aku kata alaah tak payah buat. tapi aku nak jugak, sebab sijil. tak menang takpa, i know i have little chance pun. cukupla aku tolak syarahan dan bahas, takkan benda ni pun nak surrender kot.

SELASA: Bio belajar ahad tu, bolehlah nak dapat C. Agama pula belajar malam sebelum tu, bolehlah nak dapat B. tapi BM. always BM. soalan pasal kokorikulum punyalah senang, senang gila sebenarnya dah buat dari sekolah rendah, taktau jawab lagi aku taktaula apa nak jadi.

masalahnya sekarang memang aku yang tak dapat jawab pun. aku spend 20 minit buat pendahuluan alone. nak sangat ayat bombastik sampai 30 minit pertama aku habiskan dengan meremukkan pendahuluan yang tak sedap, dan buat the whole thing lagi sekali. aku taktau kenapa, masa nak menulis tu blank aja. sangatlah writer block, peluh menitis atas kertas. ini officially karangan BM paling teruk aku pernah buat in living memory. ayat tunggang langgang, huraian tak cukup, isi tak kembang, kosakata tak kukuh, macam nak bunuh orang je aku rasa.

sapa yang dapat highest BM nanti, memang sah dia orang paling beriman dalam dunia.

RABU: Chemistry okay, ModMath okay. aku agak pasti yang aku takda buat salah dalam ModMath kecuali kalau ada kecuaian yang nyata. rupanya memang betul, apa yang aku kira semua aku tau takda salah, kecuali ketidakpekaan yang amat sangat sampaikan mata aku nampak simbol tambah jadi tolak. dapatlah 98, alhamdulillah but i think i could have done it much better. lagi tensyen kalau salah benda senang yang tak libatkan kira-kira pun, hanyalah ketajaman photo receptor, daripada salah benda susah yang memang patut salah, kan?

here comes the real tornado of the day. Teacher Umi panggil aku. masa tengah hulurkan esei aku yang diprint dengan dakwat pink, i knew something was wrong. muka dia berkata dulu sebelum mulut dia "hmm, i think we are going for Shafiqah's. But you can still try for the school magazine, though". ALLAH. ALLAH. ALLAH. i didnt see this coming. i thought you were going to send ALL ESSAYS? Peqah's and the Twin's and MINE? i thought i heard Tcer Pat said she asked three of us to do it so that we had more chance of winning? God knows how i felt. I HAD SLEEPLESS NIGHTS and RESTLESS DAYS because of that bloody essay, and never mind studying! my mom was right. i shouldnt have let the teachers get their way into my head.

Tcer Pat was technically begging me to. mana semua "Sayang kalau you keluar sekarang, because your essay is really good its just has some negative sentiments", "i actually didnt think you would come up with something this good, ha ha"? mana? techer i did that because you had faith in me tau tak. saya kecikkan hati Cikgu Baheyah for choosing to enter the essay competition rather than the Kelab Pengguna one. But now you're saying i did all that in vain? Shafiqah, dont think i'm mad at you, okay? tak langsung because i know you are lot better than i am. you deserve it. cuma ada misunderstanding sini, i thought kita punya esei semua akan dihantar, semua akan dapat sijil. lagipun memang Peqah punya is way better, and sangatlah fokus kepada education. aku punya pulak just a story of a girl yang lost faith lepas mak dia meninggal, yang let go kawan-kawan and pelajaran dia. and how a teacher and her multiracial friends helped her back on her feet for education's sake. but thats the best i could think of, you know? mak aku tanya camna dengan esei tu, aku diam. sebab aku takut aku emosi nanti.

KHAMIS: petang Rabu tu disebabkan kekecewaan yang amat sangat, aku pun tak belajar. malah malam pun tak belajar. pukul 11 baru start, tido pukul 3 pagi. itupun buat AddMath sambil terlentok-lentok atas buku selama puratanya 70 minit. air liur meleleh ke tak itu rahsia. Lepas Addmath punya ujian, ada satu jam tu aku baca Sejarah sahaja. memang masuk otak sebenarnya. Masa rehat 15 minutes, aku baca Physics. Jawab Sejarah macam haram sahaja sebab aku tak ingat papa pun aku baca. padan muka aku, memang rasa macam kena sepak terajang. like everyone else, untuk sedapkan hati aku fikir "kalau belajar mesti dapat buat ni". dan aku rasa ada betulnya di situ.

JUMAAT: AddMath dapat 98, alhamdulillah. aku pun taktau camna aku boleh jawab. seperti biasa, aku berterima kasih kat mak aku sebab selama ni aku dapat result elok pun sebab berkat doa seorang ibu. sob sob. mak aku baca berjam-jam doa dan surah tertentu hari aku periksa, dari dulu sampai sekarang. aku taktau camna nak kata dah. salah apa untuk AddMath? tak cukup significant figure. arahan dah ada, tapi aku tak perasan. haih.


TAHNIAH KEPADA SEMUA CALON SPM, result letak belakang. yang penting sekarang korang dah bebas gila okay, jeles ni. TAHNIAH BERGANDA KEPADA sapa yang mencapai target masing-masing, semoga banyak lagi kejayaan untuk korang. TAHNIAH BERGANDA GANDA KEPADA yang dapat cemerlang! sekolah aku terer okay kali ni, ada lima orang straight A dengan leadnya seperti biasa tak heran dah, Kak Nurlin 12A1 dan pelajar cemerlang ada 17. harap-harap nombor ni akan meningkat setiap tahun dan dengan drastiknya untuk SPM 2011 nanti, Amin :)

Sunday, March 7, 2010

Tembak Guna Pistol Sendirilah Weh

hmph. baru membaca sesuatu yang agak pedihlah di hati, macam kerat jari pastu perah asam limau atas tu. siap tabur garam dan cuka lagi. pedih macamtu sekali.

pesanan untuk orang melayu; janganlah nak lagakan kawan sendiri. kalau macam pungguk rindukan bulan dengan dia pun, tolonglah sedar aku ada kat sini. ke aku jadi kawan kau bila kau nak guna idea bernas aku yang tak perlukan minyak pengasih ni?

orang kadang-kadang kalau tak dapat jatuhkan kita dengan tangan dia sendiri, dia nak guna tangan orang lain. aku tak paham kenapa. sebab tangan tu dah gemalai sangat ke? dah tau begitu, janganlah nak main tipu dengan tolak guna otot tangan orang lain yang lebih pejal.

bila buat macamtu, lagilah nampak kelemahan awak cik abang oi. dah dua kali dah aku kena tahun ni, dengan lelaki. pada dorang takpelah kan, asalkan aku tergolek, walaupun bukan kaki diorang yang layak mendapat ucapan tahniah atas ketergolekan tersebut.

kesian, kalau aku jadi dorang. baik aku duduk diam dan muhasabah diri, daripada menjatuhkan orang lain guna faktor lain, bukan yang dorang sumbang. at least takdelah aku nampak pathetic sangat, bukan begitu?

dah dah. daripada aku layan perangai budak prabaligh macam dorang, baek aku tunjuk sapa yang ada tangan berotot spring sekarang.

senyum sokmo, periksa jangan zero.

Saturday, March 6, 2010

Melihat Muzik

Jumaat malam muntah sepuluh kali akibat tersalah makan kot, menaip pasal itu sekarang pun rasa usus aku mula tak senang duduk, tolonglah jangan makan di Restoran Takkan Disebutkan Namanya. Bangun pukul 8 pagi, menaip sampai 2 petang namun idea untuk pertandingan menulis tu semua berbau hancing semata lalu tak boleh pakai, cis tak guna. baru start belajar Biology pukul 4 petang tadi, boleh lagi diselingankan tengok Ugly Betty, Monk, Heroes dan Glee. memang nak kena bakar Astro ni.

bila aku dah terima kenyataan aku mungkin akan gagal semua subjek (gagal di sini bermaksud B dan ke bawah), baru aku dapat hidup dengan tenang, belajar masuk otak pun senang. kalau aku rasa aku dapat ubah keadaan tetapi tak berjaya, selagi tu aku nak tegang.

bila tensi mensi aku mesti dengar lagu yang kasi inspirasi. aku akan dok ulang-ulang dengar lagu yang sama sampai aku naik boring. sekarang ni target ialah lagu daripada Glee dan Slumdog Millionaire. aku punyalah termotivasi dengan cerita tu, sampai aku download Dreams On Fire dengan Paper Planes. Jai Ho dah basila bai.

bila dah berkepam sangat menahan, dengar lagu-lagu tu memang boleh lepas semua tekanan dalam bentuk air mata. tapi sekarang ni nak periksa, jadi dah dua minggu aku tak dengar mp3. alternatif untuk tenangkan perasaan sekarang ialah dengan baca lirik lagu. bijak tak saya?

Dreams On Fire
You Are My Waking Dream, You' re All Thats Real To Me
You Are The Magic In The World I See
You Are In The Prayer I Saying, You Are In My Two My Names
You Are The Faith That Make Me Belive
Dreams On Fire, Higher N Higher
Pasion Burning, Ride On The Path, Once For Forever Yours
In Me, All Your Heart, Dreams On Fire, Higher N Higher

Dont Stop Believin'
Working hard to get my fill, Everybody wants a thrill
Paying anything to roll the dice, Just one more time
Some will win, some will lose, Some were born to sing the blues
oh the movie never ends, It goes on and on and on and on
Don't stop believin', Hold on to that feelin'

Smile
Light up your face with gladness, Hide every trace of sadness
Although a tear may be ever so near
That's the time you must keep on trying, Smile, what's the use of crying
You'll find that life is still worthwhile, If you just...

Smile, though your heart is aching
Smile, even though it's breaking
When there are clouds in the sky
You'll get by...

That's the time you must keep on trying
Smile, what's the use of crying
You'll find that life is still worthwhile
If you just smile

Maybe This Time
Everybody loves a winner
So nobody loved me;
'Lady Peaceful,' 'Lady Happy,'
That's what I long to be
All the odds are in my favor
Something's bound to begin
It's got to happen, happen sometime
Maybe this time I'll win


Semoga Glee selalu y'allz!
Eee geli.

Friday, March 5, 2010

Nak Tanya

Macamana nak bagi jantung kita berdegup dengan normal, darah mengalir dengan lancar, muka dan bibir tak pucat, tekak tak loya, mulut tak pahit, kepala tak sakit, dan macaman nak kuatkan kita supaya tak hampir pitam ketika sedang menaip?

kalau dah ada darah rendah, memang masalah. supaya tiada siapa yang terpaksa menjadi hero mengangkat aku ke hospital nanti, izinkan aku pitam di atas katil sekarang.

Saya Tensi Nak Mati

empat hari dalam seminggu ni aku sampai rumah pukul 5 petang, pergi macam-macam tempat yang memenatkan dan ada bau hancing kencing manusia mana tah pulak tu, semata-mata sebab nak ikut protokol kerajaan.

dah tu bila aku nak belajar untuk ujian? dalam kereta? belum masuk perenggan kedua dah berpinar-pinar mata.

tak masuk lagi bab yang aku ni sangatlah hot stuff dlm kalangan cikgu-cikgu [AYAT TADI HANYALAH SEBAGAI PENYEDAP HATI]. sorang suruh aku masuk pertandingan essay, sorang suruh aku masuk pertandingan kelab pengguna. aku sangat teruja dan terharu cikgu pilih dan paksa aku, tapi timingnya sangatlah fail.

pertandingan essay tu, weekend lepas aku punyalah burn the midnight oil, literally, menaip sampai tiga pagi. aku puas hati, aku tau itu yg terbaik aku dapat buat. malangnya tak cukup baik untuk syarat pertandingan yang tak kasi ada sentimen negatif dalam karya itu. Teacher Pat and Umi said it was tainted by racism and it wasnt suitable for kids. pulak? tolonglah, takkan aku nak buat cerita harmoni terus takda konflik? ingat lepas ujian hari khamis depan aku nak buat balik, tapi Teacher Pat nak isnin jugak. APAA NI? SAYA ADA PERIKSALAH ARGHH.

pada orang tak berseni mcm aku, buat logo mudah pun jadi sangat susah. i have perfect liberty tu just draw a triangle or something and submit it, but i'm not that kinda person. sometimes i love it, sometimes i hate the fact that i cant cough on the stairs [sila translate dlm BM]. if i do something, it better be good. kalau tak, baik tak payah. maka sebab itulah walaupun aku sangat hampeh dalam menumpahkan kreativiti ke atas kertas, aku akan buat betul-betul. sebab itu pertandingan dan cikgu harapkan aku dan aku Pengerusi Kelab Pengguna (kaitan?).

to do everything in two days, i am undoubtedly biting off more than i can chew.

aku taktaulah, aku takut dan risau sangat ni ke tahap yang aku tak pernah rasa seumur hidup aku. masa nak PMR pun aku tak segelabah ini. hari PMR pun aku boleh tidur petang dua jam. tapi sekarang? baru tiga bulan form 4, aku dah rasa aku tak cukup masa untuk buat semua benda (kecuali Glee dan Heroes). aku sangat penat, bukan physically je tapi mentally.

dengan pelbagai issue yang aku kena hadapi sekarang ni, memang penat. hari selasa datang sekolah bad mood sangat. dalam lab duduk sorang-sorang mata berair. hari sebelum tu aku tak datang, kawan-kawan tanya kenapa? sebab selasa pun nampak tegang. Nad Fitri ckp dia risaula sebab ujian dah dekat, banyak aku miss. Melah ke sapa tah pulak cakap yang dia ingat aku sakit. terharu tetiba, ada juga yang masih kesah pasal saya.

belajar dalam kelas sekarang sangat lain dengan belajar dalam kelas dulu. aku macam melangkah ke satu dimensi baru. aku sangat risau dengan ability aku untuk serap dan pahat macam dulu. dulu kalau belajar esp Science, cikgu cakap dan-dan tu jugak paham. terus boleh hafal. tapi sekarang sangat berbeza. mak aku kata mungkin sebab aku dah tak seronok nak pg sekolah macam dulu. mungkin.

aku tanya Cikgu Akmal, normal tak kalau aku tak paham? dia gelak, dia kata ya. tapi pada aku, aku tak biasa. aku lain sangat sekarang, macam otak dah kena rendam dalam air basuh spender; kabur, blur.

perkara untuk dibuat malam dan hujung minggu ini; SIAPKAN essay, LUKIS DAN WARNAKAN logo, MULA BELAJAR untuk ujian bagi sembilan subjek.

LOVELY.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails