bila orang tau kitorang buat reunion sekolah rendah, dorang cam wowww semangatnya!!!
memang semangat pun kan :')
kenapa semangat? bergantung pada individu. untuk aku, sebab aku paling sosial masa sekolah rendah lah. i had a gang of girls, circles of friends, friends outside my circles, from all classes. it was like one big community. dengan semua aku kawan, tak kira siapa. sebab life aku masa sekolah rendah best jugak kot. biasanya orang kata dorang tak ingat pape zaman tu kan, cam tak bermakna je, pengalaman pun tak seberapa, apa pun takde. tapi tidak pada aku. jadi aku hargai zaman yang orang nak lupakan ni. sebab tu aku tak kisah nak jumpa semula. sebab tu aku tak sombong walaupun segan tu ada. sebab tu walaupun aku langsung tak bersuara masa baru kumpulkan semua, aku setuju untuk tolong anjurkan reunion ni.
ni reunion kali kedua tau!
first time masa umur 15. second time ni 20 tahun. adakah the third reunion pada angka 25? atau 30? jeng jeng jenggg. nantikannn. tapi pastinya masa tu dah masuk zaman bekerja, berlaki bini, beranak lah hendaknya kot, heheh. memula jumpa masa sekolah menengah. pastu kalini masa belajar uni. lepasni zaman camtu camtu la lulz.
first reunion function aku ajak orang je. ni zaman text message okay, sekali send kena doploh sen. siap bertopup2 sebab habis kredit promote punya pasal. gigih tak gigih. nasib baik sekarang ada medium yang boleh kacau orang secara percuma. tapi pelik... walaupun kalini promosi secara free, dorang susah nak bekerjasama. bukan aku sorang je frust, ajk lain juga frust. sebab macam-macam. ingat senang ke nak buat benda melibatkan manusia?
tapi takpe, benda dah lepas. reunion pun dah sukses! alhamdulillahhh.
goods in goody bags hehe
ni kira department aku la jugak. jadi ambik jajan zaman sekolah yang aku suka la hahah. tapi mana biskut teddy :( semangat cari sampai dua tempat, tapi gua pulak yang tak dapat. jumpa je terus peluk sampai gelak nazmi and hilmi tengok aku. tapi aku tau korang bersyukur ada aku, kan? kan?! k tq :') patutnya kitorang tak dapat goody bag pun tau sebab nak dahulukan tetamu tsk, tapi ada lebih so ambikla hehe. goody bag aku ni batch kedua. pagi tu tetiba ramai pulak nak datang. tu la orang suh kasi nama siang2. ni korang bagitau siang reunion tu. tak lawak k. terpaksa beli barang last minute, sebab tu ada bag yg tak lengkap. sori :(
tau tak aku tempah button badge dengan sticker tu sehari sebelum cuti raya? malam jumaat tu tetiba aku teringat satu online business ni: Gadis Jumaat. aku discover dia masa sekolah lagi kot. dia buat benda2 comel untuk event, tah camne melekat dalam kepala nama dia. bendanya nama tu tak keluar sampaila betul2 sebelum raya. nasib baik dia layan je padahal nak balik kampung esoknya! siap tak letak urgent fee lagi walaupun sangat last minute, baik gila. malam tu order, esoknya siap. paling best, rumah mak mertua dia dekat taman aku jeee omg jodoh. bukan aku yg pegi amek k, dia yang datang hantar ke rumah. alhamdulillah Allah mudahkan semuanya. pasni tau la nak order kat sape untuk kahwin nanti hehehehahah k.

di sebalik tabir. takde pulak gambar dengan nazmi k :(
AJK - cam sekolah lak ada ajk keceriaan ajk kebersihan - aku, nazmi k, hilmi, haziqah. tapi last minute masa hari kejadian ada orang lain yg tolong2 jugak, macam afiq z, nazmi n dan adiknya, ain nadhirah, maria, apek. terima kasih sangat u ols, tolong set up setting tolong ni tolong tu. tapi yg mempromosi memujuk memaksa kitorang berempat la. yg memilih tempat survey sini sana the boys. yg mencari dan membeli barang, ehhem, serahkan kepada aku, dan the boys sebagai driver dan bodyguard setia.

bersama lilis anak guru besar! guru besar pun datang!! omg!!!
guru besar sumbangkan beberapa goody bags dan pinjamkan gambar kitorang masa kecik2. ni kecik2 zaman darjah 3 kot, ha jangan main-main. sumpah comel gila semua oranggg. siap ada gambar budak2 tarian ya Allah tu tengok memang terbahak2. dengan budak laki lebar dan pendek semuanya, sekarang masyaallah brother LOL. aku pun letak gambar2 yg aku ada jugak masa darjah 5 and darjah 6. sangat ketara perbezaan antara lelaki dan perempuan. masa tu pompuan dah rupa mcm sekarang pun ada, tapi laki masih kemetot dan kecil. lambat sikit perkembangan dorang, maka nampak terbantut hahahah. tapi sekarang...
tak sah kalau dorang tak jumpa aku lepas tu cakap "muka ko memang tak berubah kan!" atau "hahaha pendek gila kau!" excuse me. aku pernah jadi tinggi ok. aku pernah.
tsk. moving on.
macam ni lah ghopenye
sharmin yang pertama datang (kot) dan yang pertama balik (tsk)
basically malam tu: makan, selfie, monopod, sembang. oh ye dorang ada gak buat games, kuiz pasal cikgu2. hint trademark, teka identiti. pastu host si apek dan sesiapa yang rasa nak pegang mic akan kacau tetamu dan tanya soalan memacam. sampai aku bisik "emm kau boleh lek jap kot biar orang lepak dengan tenang jap." hahaha. ye la bising sentiasa pun bingit gak. ke aku je tak cukup social untuk semua ini loool. tak la, sebab aku dah buat playlist kot untuk pasang masa tu. penat je aku mengingat carta mencari lagu apa yang femes zaman dulu untuk orang dengar dan terkenang. pasang masa awal-awal je sobs. nasib baik yang downloadkan semua tu hilmi so takdela rasa dataku terbazir kahkahkah.
ada juga performance! cececey budak2 pendek dah besar siap nyanyi and main guitar!
syamil and afiq perform lagu yang masa tu aku siap sing a long tapi sekarang boleh lak lupa :(
afiq and farabi perform pencuri :)
akhir sekali sebelum sesi bergambar dan bersurai, semua orang kena perkenalkan diri masing-masing. sangat sekolah2 korang ni kkk. idea sapa ni?! masa tu aku tengah deep conversation dengan yassin haha tetiba kena tarik. dahlah aku macam dilemma jap nak cakap aku belajar apa dekat mana. kalau boleh taknak cakap. tapi dorang tanya jugak. lepas tu aku tak sedar pun aku cakap apa, tak ingat pun. rupanya aku jujur terjawab buat alevel eh? dorang tanya lagi, aku pun jawab UK. cis.
tapi tu semua tak jadi masalah sekarang... ok tu nantila hehe.
persembahan terakhir - lagu raya.... comel la tu?!
tapi ni memang comel - BERDIRI NYANYI LAGU SEKOLAH WEH :")
akhir sekali bergambar di pentas kecil kami


masa ni memang nampak sangat jauh beza jumlah lelaki dan perempuan. tsk. boys dari awal dah semangat, senang sangat. bayar tak bayar konfem tak konfem je. tapi kalau sorang ada semua ada la dorang, ada jugak yang datang tanpa geng. masa aku bertugas sebagai receptionist kat reception table tu, ramai yang dari awal taktau pun tapi datang. yang tak kasi nama, takde khabar berita, baru tau semalam, baru nak pegi tadi. tetiba je ada dengan teruja. ini yang kita mahu!
girls walaupun sikit dan takde geng memasing, tapi ada jugak yang datang. termasuk aku sobs lulz. dahlah yang semangat pun ada budak kelas lain yang masa sekolah tak kawan pun takat kenal camtu je senyum bila jumpa je. tapi kita ajak dorang respon. ni lagi buat terharu! terima kasih!! korang mmg osem k?! kita semua osem!!!
to aisyaaah, i know you'd be there if you could. so this whole post is for you k haha sorry lambat. susahlah long distance sangat ni, come to kl asap pls! love you and your long birthday wish which made me cry lulz :")
wajib sambung bergambar di luar
kimi pls. dorang cakap "ama separuh kimi" hahaha kuajjak!
kita cool kan. so pulangkan buku2 aku yg kau buat harta pls.
farabi, aku, budin nak tangkap gambar C1 sesama (sempat lagi) tapi che mat masuk sekali!
aku rasa aku dgn che mat tak pernah kawan pun kot masa sekolah. dengan kembar dia che yah pun cecamtu je. tapi masa reunion semua bergambar bersama :')
bergambar kenangan bersama gambar kenangan
AJK katanyaaa. bersama mantan guru besar cikgu yatim bin dolir
shout out to Syauqi Saidfudin! thanks for your contribution even though you couldn't be there. i know what you did last reunion, LOL. orang ostrelia tak datang tapi banyak membantu, tsk :") insyaallah next time yeah mate?
masa reunion ni memang terkenang banyak benda. sebab laki yang ramai, jadi yg terkenang pun memori pasal dorang la haha. ada yang mintak kat aku gambar kawan2 aku dulu. ada yang aku and the gang pernah hantar surat hai saya suka awak. ada yang tolong hantarkan surat tu. ada yang comel je berawak kita dengan aku. ada yang dalam gang yang gang aku benci tapi suka siap setiap sorang mesti ada kenen dengan sorang lagi haha bapak geli. ada wakil geng bakar LOL. ada yang kawan sampai ke sekolah menengah. ada yang cerita tak terhenti setakat sekolah rendah. ada yang pernah mengadu pasal masalah sekolah baru. ada yang dulu pernah top up kan aku k thanks. ada yang aku kejar sepak tampar. ada yang ada nama panggilan tersendiri aku dengan kawan2 je tau hihi. ada yang jalan balik sekolah sama2. ada yang mintak aku passkan hadiah kepada si dia. ada yang lawak nak mampus sejak dulu asal jumpa je pecah perut gelak. ada yang dulu kalau jumpa salu aku dengan aisyah lakon semula babak dia selamatkan sorang pompuan daripada jatuh tergelincir serupa hindustan. ada yang tolong aku korek pasal crush siap call kan bagai omg friends back then. ada yang drama telenovela masa form 5 hahaha kbai.
so much memories :')
duduk kat lembah dan tak pernah dan takkan pindah, memang camtu la lumrah hidup. balik2 muka kau. muka yang sama sejak mula sampai bila2. sekolah rendah ke sekolah menengah. memang tak dapat lari la haha. dalam satu tempat tu, dekat satu meja tu, setiap sorang mesti ada memori tersendiri. kelakar kot. "eh kau duduk sebelah dia pulak", "omg irony", "hm kita dah lain". oh this oh that lol. tapi special kot semua tu, kan?



Reunion SKLK Batch '06 :)
thank you so much to semua -+ 50 orang yang datang, yang sokong, yang tolong, terima kasih sangat minta maaf kalau ada kekurangan mana-mana, kalau tak dapat apa yang patut dapat, kalau terdapat kurang apa yang patutnya lebih, kalau aku yang ajak tapi tak sempat lepak sama ke apa, sorry ye :(
thanks to nazmi k yang jadi tunjang akar punca pencetus semua ini. thanks to hilmi sebab jadi tukang kutip duit, tukang ambik aku, tukang buat ni buat tu. thanks to haziqah jugak. thanks to yang membantu sikit dan banyak, disebut atau tak.
bak kata nazmi k, dia aku ngan hilmi tak rapat pun, but together we could make it work :") aku ngan nazmi dah tak jumpa bertahun, aku ngan hilmi lagi la masa sekolah pun tak pernah bertegur. tapi apa yang penting? kerjaaasamaaa. hahaha
dalam gambar ni majoriti memang tak pernah nampak dah habis sekolah rendah. lapan tahun taktau apa cerita taktau rupa camne. masa ni la nak ehh kau dah tinggi ehh kau tak membesar ehh suara dah lain ehh sekarang kau baik, bagai. comel je.
jadi harapnya next reunion, lagi ramai yang ada jangan sombong jangan segan, ajak ramai kawan-kawan baru tak kesunyian! jumpa lagi dalam masa beberapa tahun nanti! :)
it was nice seeing people who saw me changed from the little girl i was to a young lady i am now. ececeh. but it's true. they know things about me yall could never imagine... lulz. siap ada yang cakap "ama dah baik", "cam suci je. sejuk mata memandang", "kalau dulu..." hellooo??? but oh well. i embrace it all lol.
thanks everyone for your cooperation to make this Reunion SKLK 2.0 happen!