Wednesday, December 30, 2009

Tribute to a father, gone too soon.




dah lama sebenarnya nak cakap pasal babah, tapi memandangkan babah ialah manusia luar biasa dan takde perkataan dpt menggambarkan beliau, agak ragu-ragu nak menyusun kata. sebab kesalahan penggunaan description does mislead facts. still it will make one heaven of an essay to write about, so i'll try telling a brief story about my father's short adventure, but with experiences and journeys of an immortal man.





BABAH SEBAGAI ANAK

babah lahir masa jepun masih bertapak di Malaysia. bayangkan seorang baby tembam comel, seiras anak perempuan terakhirnya dilahirkan ketika keadaan genting, dibawa lari ke dalam hutan setelah dua hari disambut ke muka bumi, lalu digigit semut api. kecik2 dah banyak dugaan, mungkin itu yg buat semangat babah berkobar untuk join military pada usia muda.

babah anak pertama, terpaksa meninggalkan keluarga dan 7 adik untuk menjalani latihan di Sarawak. bila ayah babah pergi dulu, babah tak dpt cuti balik kampung. kemudian pd hari yg sama mak babah meninggal, adik bongsu babah juga menghadap illahi. meskipun adik bongsu, die anak yang paling banyak menjaga ibunya ketika sakit. hari die pergi, ibunya juga pergi.tapi babah dapat balik kampung time tu. cuma die tak tahu ade dua jenazah yang menanti. bayangkan babah sampai, dan melihat dua keranda dibawa turun dari rumah.


BABAH SEBAGAI PELAJAR

bagaimanapun, babah sgt tabah dan cekal. seorang yang berketinggian comel bagi seorang lelaki, tapi babah seorang leader askar dan pelajar cemerlang. ketika menuntut di Filipino, babah tutor dan mentor utk semua kawannya, mat salleh dan bangsa laen pun harapkan babah. babah juga juara belajar last minute, malam sebelumya start hafal dan esoknya berjaya menjadi top student.


BABAH SEBAGAI ASKAR



tahukan anda? babah aku punya sejarah karier dipamerkan di muzium askar di PD. siap ade gambar besar babah, smart beruniform tentera. babah askar yang mencipta sejarah dan banyak berjasa. ade satu buku yang menceritakan kisahnya drpd awal hingga akhir sebagai seorang pejuang tanah air, tapi memang bodoh sangat abang aku bila die hilangkan. sape tak marah? satu-satunya sejarah kehebatan babah aku atas hitam putih dihilangkan oleh budak yang tak semegah. kalaulah ade copy, kalaulah.

yg aku ingat, masa babah bertugas sisa komunis masih ade. babah memimpin rejimennya masuk hutan, the men all answered to him. kalau babah suruh orang die makan lipan pun diorang akan buat. tapi babah baek. dulu kalau jumpa komunis, dikehendaki bunuh je dorang. tapi babah kesian, die cume potong telinga je. sebagai askar mungkin ade yg die bunuh, tp kisah die potong telinga komunis tu yang melekat di sanubari betul.

rejimennya itu nama apa tah, tp BABAH WAS THE FOUNDER. kira remarkably berjasa utk negara sebab tulah kot. misinya berjaya melenyapkan komunis. yang laen pasal kehidupannya dalam military aku dah lupe, pergi berterima kasih dengan cara ganas dkt abang aku cepat.


BABAH SEBAGAI PENCINTA WANITA (. . . . .)

bila babah kerja di Ministry of Defence (Mindef), die ternampak kelibat seorang anak dara rupawan, anggun dengan rambut hitam bersinar paras punggung terbuai-buai mengikut alunan langkah. seriously mama dulu memang Ratu Cantik punye kualitilah. orang masuk meminang semuanya direject termasuklah babah. sebab mama lebih suka bekerja, w/p masa tu umur 24 dah jadi anak dara tua. babah merisik melalui seorang colleague (Auntie Sariah). tapi mama taknak. malu-malu mahu agaknya.

Auntie Sariahlah yang ceritakan benda ni dekat aku. kalau tak sampai bila pun aku taktau sebab mama segan bukak kisah muda-muda. tapi mama masih berbalas surat dengan babah. gila sweet okay zaman dulu, surat tulisan tangan, memang nostalgik. mama simpan berlambak dalam almari lalu diketahui kakak ipar dan kakak ipar buat scene. tapi itu cerita laen. fokus kepada subtopik "Percintaan Mama dan Babah".



bukan mereka tapi ada gambar sebiji macamni


macam2 babah buat. bila lunch je mesti die kirim nasi bungkus. die tau mama suke makan, ade je onde-onde die beli. babah solat hajat minta mama terima dia. lama sangat babah berharap. babah tak putus asa.

akhirnya babah mengutus surat kepada Aki. kata Aki pd mama, baek budak tu, beriya. Da pun bukannya muda lagi, anak Mak Timah Tonggek umur 24 dah 7 anak, Da bila lagi? mungkin macam tulah dialognya, yang pasti babah berjaya yakinkan mama melalui Aki.

masa babah tau mama finally terima lamaran babah, babah menangis gembira. Auntie Sariah pun nangis tengok, sebab dialah saksi betapa babah sayangkan mama.

lalu berkahwinlah mama dan babah. bersanding gaya bini askar betul, mama cantik bergaun putih, siap pakai sarung tangan net lagi. jalan bawah deretan senapang yg dipegang oleh askar2 muda. potong kek. kira grandlah zaman tu, semua ternganga.


BABAH SEBAGAI USAHAWAN

selepas beberapa tahun, babah taknak jadi askar dah. babah bukak business sendiri. babah went around the world majukan business die. babah berjaya, sebab orang suka dan percaya babah. kemudian babah bukak lagi satu business. sekarang dah ada company jual kapal terbang dan uruskan security di mana diperlukan. itu jelah yang aku tau pun.





our family was on top of the world. company sendiri, seorang bini cantik dan anak-anak yg pandai (abang-abangku). babah jarang ada, merata dunia dia pergi. Holland, Polland, Turki, Istanbul, Mexico, Greece, Italy, US, UK, name it, sampai Las Vegas babah sampai. setiap kali pergi, ade je barang dia belikan. perhiasan rumah, make up, perfume, baju, beg berjenama asli untuk mama, game untuk anak2 jantan, dan die tak pernah lupa pekerja2 die. babah pernah beli banyak batu utk buat cincin, etc yg cantik dan kasi semua pekerja kat opis. babah tak lupa orang laen, babah tak pernah lupa apa rasenya masa di bawah.


BABAH SEBAGAI HAMBANYA YANG PEMURAH
business cepat berkembang, syarikat US semua percaya babah. mungkin Allah balas sebab babah terlampau baek dan pemurah. babah tak hesitate untuk pinjamkan duit berjumlah besar, tak berkira walaupun bukan saudara. siapa nak dtglah, pinjam kat babah. ade penagih dadah duduk area rumah aku pinjam duit, kata nak mulakan hidup baru, palotak kau. ramai penipu celaka, berpuluh tahun tak pernah nak bayar. sampai sekarang babah dah lama takde pun tak sedar diri, lantak koranglah masuk kubur jawab sendiri. aku tak kesah sebenarnya, tp kenalah risau financial sekarang sebab harini laen dengan semalam.



dengan babah aku, nama memang main peranan


sebab babah baek jugak, orang ambek kesempatan. ade yg nak takeover company. babah value his workers, ade seorang pekerja lama die upgradekan dan jual share dekat orang tu. officially die ade partner. tp orang tua tu mmg tak guna skang, menyusahkan keluarga aku je, lupa diri lupa akhirat. salah satu contoh org kepercayaan babah yg akan kena laknat. ramai nak jatuhkan babah. orang melayu, dengki sampai mati. macam2 diorg guna bomoh hantar dekat family kitorg, rumah kitorg. semua sebab babah terlampau baek dan percayakan orang, ingat orang laen ikhlas jujur mcm dielah. panjang cerita, makin sakit hati aku adelah kalau nak mula.

tapi orang2 ni tak dapat nak buat ape masa babah ade. business babah masih mantap. bila babah dah takda yg company usaha titik peluh babah sekarang tunggang langgang. along yg setahun jagung terpaksa sambung legasi babah, tp sekejap je macam2 masalah timbul. kesian along nama dah kena blacklist sebab hal company. kitorg buat apa pun tak jalan sekarang, rasenya mcm company babah pergi dgn babah. ade ustaz kate 4 orang buat along bagi tak berjaya, Wallahuallam. tapi kitorg percaya. sebab zaman babah pun dorg dah cuba dan selagi tak dpt, dorang takkan diam. mmg berkulat kau kat kubur kang.

sabar je kalau aku jadi along, agak susah hidup sekarang. apa yg ade sekarang ni ialah ape yg babah tinggal dulu, kalau kata duit masuk pun tak seberapa. babah belikan satu tanah untuk setiap anak die, plan asal tanah aku ialah rumah aku sekarang. babah memang dah lama sangat teringin anak permpuan, dan bila die ingat takde harapan nak keluar hasil lagi, tiba2 aku muncul. babah teruja sangat, lepas aku keluar dr perut je babah terus ikut doktor buat semua proses, sebab die taknak tertukar baby. hari aku lahir tu jugak, babah bukak akaun untuk aku, masukkan duit untuk masa depan aku. kalau takde duit yg babah masukkan utk aku since that day onward, taktaulah mana nak cekau untuk bina balik company ni.


BABAH SEBAGAI BABAH

jasa babah untuk semua org yg die pernah jumpa mmg tak terkata. apa yg aku cerita ni pun sikit sangat, tak sampai 1% pun dlm hidup babah aku. masa orang tau babah dah takde, ramai sangat pergi rumah kitorg. orang drpd Indon, luar negara semua beli tiket flight dtg Malaysia. semua ingat babah, takde yg buruk, semua yg baek belaka. even sampai sekarang, kalau orang teringat babah, kawan atau kenalan atau darah daging, mesti ditemani linangan air mata.

babah aku memang susah nak explain, sebab aku sendiri tak dpt peluang nak duduk dan sembang dengan die, tanya die tentang kisah die. apa yg aku tau dulu, nak bukak hadiah babah bawak balik drpd luar negara. tiap malam babah call kalau die outstation, dan malam terakhir tu aku sebok tengok TV dan aku taknak cakap dengan die. masa aku tau babah dah takde pun, aku tak rase ape2. kecuali aku bengang orang anggap aku budak bodoh yg tak ingat bapak sendiri "nurul ingat babah tak?". memang diorang yg tak gune akal sebenarnya.

bila aku besar sikit baru rase dunia dah rugi satu manusia paling baik dlm jutaan manusia berperangai syaitan sekarang. aku tau aku takkan jumpa org mcm babah lagi, sebab babah satu dalam sejuta, takde yg terdahulu, takde yg terbaru.




aku tak pernah cerita pasal babah, sebab orang akan ingat aku riak dan bangga. sebab semua pasal babah ialah semua yang hebat belaka. aku sedih fikir aku tak faham bila hidup dulu happy, bila hidup tu senang. bila ade babah yg guaranteekan semua perkara untuk kita. mungkin ade hikmah, at least aku bukan mcm sorang abang aku yg spoilt brat betul. i value things more, and think more than any people i've met, frankly i think.

memang kalau babah ade hidup sangat fabulous, tapi hidup tanpa babahlah yg buat aku rase aku ade ape yg orang laen takde, walau zahirnya diorang ade ape yg aku takde. faham tak?

ini kali pertama aku cakap semua ni. agak malu dan segan, aku tak biasa ckp pasal personal life mcm ni. tapi harap kisah babah dapat kasi ape-ape kebaikan untuk korang. kalau nak cerita pasal babah, memang aku kena buat novel. tapi untuk sekarang, cukuplah korang tahu ade manusia sehebat itu pernah hidup atas muka bumi ni.




Sepemurah namanya, kalaulah kebaikan itu tiada batasan, kalaulah kehebatan itu tiada kesudahan, kalaulah kebijakan itu tiada ukuran, itulah babah aku. tetapi yang sempurna masih ada punghujungnya, till we meet again babah :)




11 comments:

Diyanah said...

the apple doesn't fall far from the tree. =]]]]]

Shafiqah Omar said...

kita nangis. awk pandai susun perkara yang mungkin orang baca takde nagis2, tapi awk pandai sentimentalkan benda tu.

ama, setiap yang terjadi ada hikmahnya. Yang penting, awk bersyukur ngan apa yang ada, dan awk blaja la kuat2, igt Babah awk yang kat sana.

Ajal maut ni Allah punya kerja. Mungkin sekarang babah kita ada lagi, tapi Tuhan akan jemput dia pergi jugak satu masa nanti.

Yang berbeza hanyalah masa.

:) terima kasih cerita. i appreciate it, sbb kta dh lama nak tau.

WANI said...

even w/o a father by ur side, kau dah buktikan kau boleh excel dlm studies & insyaAllah dlm life. kudos 4 u :)

Keretapi said...

ek kak syaza, ape tu?
GRAVITI kah? hoho


good skang kite dah boleh buat org nanges, bolehla mule tulis novel ni. haha. i know ade hikmah, maybe yg tak nmpk kan. klau babah ade pun kite byk benda yg fizikal je, tp dalaman tu kosong. rite?
i think i'm taking things for granted. kite tak pernah belajar rajin sbb kite mcm tak payah belajar kuat sgt, awak tau? its not good, but i'm trying to belajar kuat2 tak ingat dunia,
still trying :)

welcome peqah!!! i appreciate it too, your reaction ni :D

thanks wani :) i hope lah, berkekalan semua yg baik so aku pun boleh jd bapak aku versi pompuan, ceh ceh. hee

Diyanah said...

xde. sje nk bagi jatoh apple kat blog ni. nk jadi pemurah gak. haha xD

ayat xabes senarnye.
the apple doesnt fall far from the tree.
yes, im reading the daugther's blog. the father must be so proud :)

Keretapi said...

em, ok tq .. . . .

(masih blur)
haha :D

Dianayusof. said...

kita pun hampir-hampir nangis.
Kita rasa kalau kita jadi awk, baca balik bnda yg kita tulis sendiri psl ayah kita, sure nangis.

the greatest man in the world is our father. :) Amalina, Al-fatihah utk babah awk. .

Keretapi said...

diana
thanks awak utk alfatihah itu :)

ye kite nanges la jugak siket mase tulis bhgn last2 tu. tp sebab things are way tougher thanjust writing about late babah, so takdela emo sgt. hoho

after all kite tak rapat dgn die, skang sedih bila fikir what could have been kalau die still ade :)

BTW AWAK TANAK INVITE KITE BC BLOG AWAK KAAAH? hoho, if u will gune email blog ni tau hoho. ade kat atas sekali xD

kalau awak nak lah, kalau tidak takpe :)

Dianayusof. said...

awk, kita dah invite :)

ainpolkadot said...

tersentuh hati kita bila baca lagi sbb ni bukan first time kita baca post yg ni..sbb kita ni anak yg paling manja dgn ayah. kita pon tak ada bnyk masa nk spend dgn die sbb ayah kita pun org yg kerja kat overseas. so, semenjak kte baca post awak yg ni dulu, every minute, second, smua kite try nk appriciate masa2 tu bersama dia dgn family. sbb kalau bukan mereka pergi dulu mungkin kita pergi dulu, kan?

A lot of thanks Ama, your stories taught me a lot of things. and, Al-Fatihah untuk Babah awak.

Keretapi said...

kita baru perasan komen ni, sorry ain.

alhamdulillah post ni ada kebaikan untuk sesapa yang baca. thanks awak :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails