wahai ayahanda
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi
apa layak aku bagi?
tak terbalas sampai mati
kau sungguh yang paling tinggi
istanamu syurga nanti
pernah beberapa kali nangis dengar lagu ni.
setiapnya kerna kau tak pernah pergi
kau pergi. kau tak dapat lihat aku berlari, melompat tinggi. tapi aku tahu, kau mahu.
istanamu syurga nanti
kau lelaki tak terganti. aku tak dapat, tak sempat bagi apa-apa. tapi yang menantimu, syurga.
babah :)
don't worry, this isn't even one of those days.
just feel this is the right day to share the song with anak-anak and bapak-bapak out there :)
dah alang-alang tu nak share sikitlah satu status kak fynn ni:
"selamat hari bapa"
"ala hari2 pun hari bapa"
"selamat hari ibu"
"hari ni je sayang ibu?"
"syukur alhamdulillah untuk rezeki kali ini"
"kali ini je? nafas kau hari2. jantung berdegup tiap saat? x syukur sekali?"
malaysian.
hanya di malaysia perlu kita cakap ayat penuh kerana macammana kita selalu lafaz "niat cuma tuhan yang tau"-- kita tak cukup kalau CUMA tuhan tau.
kena ucap.
sebab bagi mereka selagi kau tak buktikan PADA MEREKA yang kau layak untuk tuhan--
kau perlu pandai2 "golek sendiri masuk dalam kubur".
astaghfirullah.
ngeri aku.
sebab aku tak tau pulak memang haknya begitu.
sebab apa yang aku tau,
asal namanya saudara kita dalam agama--
MACAMMANA PUN hina nampaknya dia di mata dunia--
kifayah kita menguruskannya.
kita dok buruk2kan sistem kasta dalam agama hindu.
kita sendiri--
kadang2 sama.
berkasta juga.
kepada semua,
lepas ini nak tulis apa2--
sila tulis penuh2 jangan tergantung2.
malaikat atas bahu kiri kanan tak penting mana rupanya.
kebaikan--
PERLU diberitahu sesama manusia.
kalau tidak--
pandai2lah kau golek masuk liang lahat menunggu akhirat.
oh ini terbaik. perlu diprint dan diedarkan setiap hari ibu, hari bapa, hari guru, maulud nabi, hari merdeka, anniversary dll kepada orang yang kata "sebenarnya hari-hari kita kena [isi tempat kosong], bukan hari [isi tempat kosong] je".
hari-hari macamni ada, sebab walau macam mana sayang dan hargai pun, walaupun kau hari-hari beli kek, masakkan dinner, tulis kad, kasi bunga, malah yang terbaik doa - kita manusia sifatnya pelupa. untuk yang super pelupa, hari-hari macamni yang ingatkan mereka. kalau kita tak pelupa, kalau kita sambut hari-hari biasa jadi hari-hari istimewa, takyah nak rasa super sangatlah bila ada yang pilih untuk sambut pada hari macamni.
siapa pulak suruh hargai and sayang masa hari tertentu je? takde peraturan macam tu pun. hari-hari tersebut ialah hari untuk sambut. orang sekarang ada yang bekerja, belajar jauh. time ni lah nak balik, nak call, nak hantar kad ke. bukan semua duduk dengan mak bapak dia boleh buat camtu hari-hari. bukan semua orang tak malu macam aku nak tunjuk kasih sayang hari-hari. jadi hari ni hari mereka mula biasakan diri. salah?
pastu memang ada jenis manusia -
"bestnya novel ni"
"bukan nak baca quran"
"had a good time with my girls tonight"
"kan elok pegi masjid"
"cantik tak selendang ni"
"cantik lagi tudung labuh"
"nak kumpul duit untuk jenjalan nanti"
"baiklah sedekah ke apa ke"
and the list goes on and on. memang perlu la pulak nak bagitau satu dunia kan kalau baca quran, pegi masjid, tudung labuh, sedekah sekalipun.
celebrate and appreciate are two different things. appreciate everyday, celebrate on any special day. okay? *sigh* if you're too awkward to do it throughout the year, a celebration can be as simple as a hug, a kiss, and an "I love you father." while he's here.
if he's not, as simple as a prayer.
2 comments:
words ama words!couldn't agree more :)
hehe glad to know that :)
Post a Comment