Friday, June 7, 2013

Reunion C1 Go With The Flow

Pernah tak konon nak buat reunion kumpul reramai sekali end up jadi hang out tak sampai 10 orang pun?

takpe, dah biasa.

tu pun thanks kepada budin yang initiate semangat nak jumpa. aw, terharu. nak tunggu budak laki lain? alamatnya aku dah berlaki dah beranak pun tak jumpa-jumpa lagi. nak tunggu budak pompuan plan? boleh je, tapi masalahnya kitorang kalau bab plan ni kemain perfectionist. discuss je dah berhari-hari, kat mana, nak buatpe, makan apa, pakai apa uish. pastu nak seramai boleh, tengok bila semua free la apa la last last apa pun tak jadi. tapi cara budin coordinate simple je: go with the flow.

maka lihatlah flow kami yang memang flow freely gila ni.



hazirah dan ama aka pudar dan pucat


kitorang berdua yang pertama sampai. eh, silap. kitorang berdua perempuan yang pertama sampai. hahahah

aku kat rumah lagi kamil dah call. bunyinya macam dah kat wwm je. oh ye memula plan wwm sebab mudah dan dekat. bermakna ramai boleh join. ramai la sangaaat.

"otw, otw."
"otw macam mana tu?"
"otw la...."
"otw dah keluar rumah ke baru nak keluar ke camne"

aku manusia yang pantang lambat. family aku pun sekelompok manusia yang pantang lambat. mungkin ada kaitan ngan bapak aku askar. aku tunggu benda lain boleh tahan lagi, tapi kalau tunggu orang lambat, menyirap. lambat kalau hari biasa, takpe lek tak kisah. lambat kalau hari yang ada pape, memang boleh panas jugak lah.

tapi sekali sekala lambat apa salahnya haha kata go with the flow. sorry flow saya slow tehee. aku dah siap lama dah tapi tunggu transportasi lagi. kau daripada banyak bunyi baik datang ambik aku kat umah ni.


sampai je segan nak jumpa bebudak laki. bukan segan sebab lambat, pls. diva memangla kena special appearance sikit. tu pun ramai lagi diva tak sampai-sampai. tapi segan sebab dorang laki lah woi. rasa dominated haha. biasa kitorang perempuan yang ramai, so cam girl power sikit ah. ni intai di sebalik roti-roti di rotiboy tempat mereka melepak, ramai gak. segan u no nak datang hai tetiba. so jenjalan dulu, sekali terserempak ngan mereka juga lulz. lumrah wwm, pusing pusing muka kau, pusing pusing muka dia, cam dah takde orang lain. cam dah takde tempat lain hahah.

ada budin, kamil, omar, iman dan mosen. er ramai la tu. tengah wwm la nak decide gi mana pasni apa plan sume. so the flow stops jap to determine the direction. takpe kita follow je. last-last laki gi main bowling. sebab aku dan hajer terlampau diva, kitorang taknak join. aku ada pengalaman pahit main bowling plus aku pakai kain haritu (one of the reasons why! muahaha take note girls). so kitorang ke rotiboy breakfast, before join dorang kat tempat bowling di mana mereka main dan kami camwhore. cam biasa.

setelah beberapa lama, akhirnya hadirlah yang paling diva antara semua; nawa, peqah, paten, pejah.

habis bowling je omar, iman dan mosen lesap. cam biasa.

lunch kat Fullhouse.

aku suka Fullhouse. tapi ada orang takleh terima sebab makanan dia cam fusion sikit, westernized korean food camtu. tekak aku boleh terima apa saje (asalkan tak full korean food omg trauma). ok fine aku yang cadangkan dah sume taktau nak makan mana, faten ngan nawa pun dah mengidam jadi apa lagi. tapi tapi tapi aku dah banyak kali tanya kan betul ke ni? aku tak kisah memana pun korang la jangan nyesal nanti.

dah masuk mulalah berpeluh lah apa lah kan aku dah cakappp aku panggg sat gi. saje buat aku rasa bersalah. semua cam weh serious ke makan sini weh it's not too late untuk bangun eh tapi kita dah duduk melebihi beberapa minit so takleh bangun korang ni nak order ke tak ni woi cepatlah! kecoh betul.


akhirnya,


lidahku takkan bosan denganmu


saki baki lelaki


bff sejak sekolah rendah, paten dan pejah


mokcik-mokcik bergossip, tapi nawa taknak join


"eh nawa betul ke awak taknak dengar cite ni best ni" - peqah omg


pertandingan mengisi caption: apa yang nawa katakan hingga tergelak mereka?


meanwhile, the boys. budin layankan aje kamil. cam biasa. hahaha


kamil masih bercerita.
nawa join pula kalini nampaknya, hmmm.
meanwhile, peqah. caught red-handed stealing food off other people's plate.


meanwhile, the pudar dan pucat. cuba mengayukan diri.


percubaan GAGAL HAHAHA
"comelnye awak hazirah. geram kita. mmmmm"
"ama jangan nak usha kita camtu sangat, kita mamam awak kang. rawr" 
ok i probably should stop


ok group picture! naissss. Cemerlang 1 07-09 :)


datanglah ke fullhouse beramai-ramai bawak camera, comel tempatnya


faten pls


ok pastu here comes the challenge in this 'go with the flow' themed meet-up. ke manakah kita selepas ini?

setelah beberapa minit berbalah dan memujuk dan mencadangkan dan memerah idea dan call adik (hazirah) dan cadangan ditolak dan cadangan diterima balik, flow kami membawa kami ke.... KLCC!!! tetiba kan. dah pukul 3 ke 4 tah camtu, nak gi KLCC. baik gi dari awal lagi. ni semata-mata sebab takde tempat nak lepak sembang kat wwm, so nak lepak sembang kat klcc punya park tu. semata. takpe, follow the flow.



beberapa minit kemudian, dalam perjalanan

oh kitorang pun pernah plan-nak-reunion-tapi-berapa-kerat-je-muncul kat park klcc last year.

10 orang. boleh laaah. picnic + pot luck = bawak masuk dlm wayang lebihan makanan tengok The Avengers haha

time tu lepas dapat result spm. sebelum tu pun ada, makan-makan kat satu restoran ni. buat after spm. salu gak kitorang buat percubaan reunion rupanya, lol. sweet kan heh heh.


13 daripada 22 orang. jadi laaaaah.


ok dah sampai KLCC!


lelaki fokus makan. pompuan setia bergambar. lagi-lagi yang tudung pink tu. kemain duduk bersimpuh pakai skirt. percubaan untuk menjadi ayu....


GAGAL. dah hampir mengalahkan kamil kejantanan aku. hampir k. ada anak dara pakai kain dok camni?!


YOLO LOL

beri laluan untuk iklan


S4: Dual Camera. depan belakang pon boleyyy.


dan lelaki masih memberi tumpuan terhadap makanan.


puas? nak balik dah? taak lagi. peqah dengan pejah je balik dulu. yang lain dok pulak kat food court. flow yang bawa kita ke situ ye, flow. pas dah makan makanan korea (omg), paten dan nawa pula balik, sebab rumah dorang jauh. tinggallah aku dan hazirah bersama bodyguard kami. hazirah balik naik bas, tapi malas bersesak dengan orang balik kerja, jam petang lagi. so teman dia tunggu. i had no choice lah sebab aku kena balik ngan budak laki berdua tu, takde sape dah nak teman aku wuwu. so kami pun tanpa tujuan wandering aimlessly sampailah lepas maghrib. pastu teman dia tunggu bas pulak. tak berapa lama kemudian bas pun sampai. babai.

tinggallah aku dengan bodyguard-bodyguardku. omg. aku pujuk hajer balik dengan aku tapi dia taknakkk. you're gonna leave me alone with two boys? what do i do with these boys? hahah. aku dah penat aaa. aku cakap kat kamil ngan budin jom balik naik teksi. serious? serious lah. takpe aku bayar. dorang cakap tak lebih 20. ok aku tak kisah. dorang pun cakap kalau lebih 20, dorang topupkan. k set. daripada kena lintas jalan balik pastu pegi balik tempat lrt tu. ok dorang tahan teksi, keh keh. tapi teksi tu taknak hantar T_____T 

terpaksalah jalan T_____T


kamil dan budin budak baik. takyah risau. dorang yang risau. over. nak tunggu ngan aku sampai abang aku ambiklah. aku nak naik teksi pun tak kasilah. "kitorang ada adik perempuan tauuu". rimaaas. cukupla abang aku 4 orang hahah. aku call mak aku, cakap dorang tak kasi aku naik teksi walaupun dekat gi wwm je dari stesyen lrt tu, sebab dah cakap ambik aku kat wwm je. malam tu aku nak prektis driving terus. "maa dorang ni haa, ma cakap sendiri dengan dorang" cuak kau haha. dah paksa suruh balik dah halau dah saiko macam-macam pun tak jalan. aku bersyukur kawan ngan orang camni, tapi rasa bersalahlah tau tak. aku lagi rela sengsorang daripada susahkan orang. lama kot dorang jadi bodyguard aku. hmph. macamla aku takleh berdikari, kata budak yang takde lesen lagi hahaha.

tapi thanks weh serious :) cuma jangan risau laaah. aku dah biasa kot sengsorang.




ini yang perlu dirisaukan ni
kat klcc pun jadilah ye. typical teenagers HAHA



thank you everyone. it was fun :)




No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails