Wednesday, February 13, 2013

Falling for Fynn Jamal - Tak Relevan, Tapi Jujur

tau tak kita boleh jatuh cinta dengan sekadar membaca tentang fikiran dan kehidupan orang? ok takdelah jatuh cinta i love you i wanna marry you semua, tapi ini cinta yang suka, sokong, setia, adore, admire, dan ye tak mustahil, masuk minang terus. skip merisik sebab dah risik dari membaca (stalking) har har.

i think if you really know someone, you can like them. or love them. or fall in love with them. with their insecurities, scars, histories, dramas. i think everyone can be this lucky, as long as they let people know who they are. as long as who they are, is them the honest and purest. as long as who you are, is not unpaid prejudice judges. i've discovered souls who are vulnerable in their writings, and the more i read, the more i fall deep. even if we never meet. benarlah, tak kenal maka tak cinta. asalkan tak salah, jiwa mana nak dibaca.




salah sorang yang saya jatuh cinta dengan membaca tulisannya, ialah.... fynn jamal. aku suka dia. cerita dia, cara dia. walaupun ada yang aku tak setuju, tp aku takdelah sesempit itu. tak suka satu terus benci semuanya. penulisan dia best. bahasa puitis, ayat ringkas. tapi kena dengan jiwa, sampai isi, penuh rasa. lembut ada, kasar ada. ada benci, ada cinta. cukup lah senang kata.

dia memang jujur. honest, purest. apa dia rasa, dia cerita. apa dia lalui, dia tak sembunyi. vulnerable in her writings. biar dibenci sama yang tak setuju, tapi disayangi siapa yang memahami. hidup kena berahsia. kalau tak takdelah aku jadi perahsia macam ni. bukan senang untuk simpan apa yang membuak-buak, diamkan apa yang menjerit-jerit. sebab aku tahu menyimpan, mendiamkan ni susah. kena kuat. tapi aku kata, kuat juga orang yang berani membogelkan hati, jujur menayang jiwa. macam fynn jamal ni.

kuat untuk kongsi suka duka. bukan dengan kawan baik semata. tapi dengan satu dunia. yang bermaksud dunia bukan sekadar mendengar, tapi mengata. itu yang pahit. tapi yang manis? dunia juga menyokong dia.


dia macam blogger lain yang aku suka, yang sekali pandang, kau akan tutup mata. sekali baca, kau akan tarik muka. yang senang disalah sangka. yang bahasanya tak seindah penulis islamik. yang gayanya tak semuslimah mana. tapi bila kau kenal dia, walaupun hanya dengan membaca, baru kau tahu dia tak seburuk yang disangka. seksi dia pun, solat dia jaga. typical dia pun, dia bukan plastik tapi sutera. celupar dia pun, quran dia baca. aku suka orang-orang macam ni. orang yang kita kena kenal, baru cinta.

fynn pun macam tu. dulu imej dia tak melambangkan ilmu dia. dulu rebel luaran dia tak melambangkan noble dalaman dia. dulu benci dia dekat diri sendiri tak melambangkan sayang orang dekat dia. dulu dia tak melambangkan sekarang dia.

bila dia pilih untuk pamerkan diri dia macam tu, diri yang juri awam cepat menghukum sesuka hati, ada ke nak kenal? ada ke nak cinta?


ada. :)



if you ever worry about how on earth are you going to marry someone whose friends hate you, then this is a song to listen to. some people hate her, but he doesn't care what people say. "aku lagi kenal dia". he makes her feel okay "saya kenal sayang saya" ;)


suami dia terima dia seadanya. ranap dia, rock dia, punk dia, ganas dia, serak dia, tomboy dia, satu ketika dulu... kisah cinta dia sweet gila rasa macam argh untunglahhhhh. sebab aku jiwang dalam diam, maka aku selitkan cerita diorang dekat sini. selamat membaca!

kak fynn dan suami, kalau terserempak blog saya yang tak seberapa ni, kira halal lah saya berkongsi hasil stalking dengan reader saya yang juga tak seberapa. hew hew.


Cerita Bermula - link

""aku sedang ranap"
tersentap dadanya. kenapa dengan gadis ini?

tapi yang lebih menyentap,
"kenapa aku peduli?"

mula dari situ, mereka berbual2 panjang. sang jejaka yang baru pulang dari merantau di negeri orang terus memberi segala ruang pandang untuk si perempuan itu. mahu dibantu. mahu dipangku.

dan tanpa disedari, dia menemui lirik yang dicari selama ini.
pada si perempuan sepi itu.
pada si gadis sunyi itu."

"tri bilang lagu ini sebenarnya satu doa. satu permintaan untuk tuhan. satu harapan.

untuk meminta aku.
kerana dia tidak tahu bagaimana untuk berbicara."

doa dalam lagu... nangis air mata cemburu tapi gembira untuk mereka sekarang!


Berbalas kata - link.

-"nama aku tri. aku nk guna suara marah dan hati kau. bole? aku bukan pemuzik profesional. tapi aku ada tanda lahir kat hati dan perasaan. hati aku jatuh sungai susu tgk kau sampaikan pesanan kat org. "

"kau kelakar. aku suka.

aku takde suara. cuma rasa."


memula kau/aku. aku rasa guna kau/aku sebelum kahwin sangat comel sebenarnya. bunyi kasar, tapi comel. sebab rasa lebih real. bukan jiwang yang manis, tapi palsu. ok tu lain kali, cerita aku. memula diorang bersembang tentang seni. kemudian masuk zon deep conversation. aku suka deep conversation, instead of small talk. but how do we cross the boundary from small talks to deep conversations...?

"i would still be nothing had he not pick me up, dust me off the street and said "fuck the world-- let ME love you" and he never broke that promise still."


-"bila kita minta tuhan berikan kita kesabaran,
adakah kita diberi rasa sabar,

atau peluang untuk menjadi sabar?

bila kita minta tuhan berikan kita cinta,
adakah kita diberi cinta,
atau peluang untuk mengetahui yang mana satu cinta?"



-"tri,
kita dah lama kenal. kenapa aku masih tak kenal kau haa?
biasa aku tak berminat nak tahu.
tapi aku rasa, aku nak borak dgn kau lama2."

"fynn,
aku lagi amat yg paling sgt ingin bertemu kamu dan berceritakan tentang alam. tapi aku takut. takut perasaan kamu itu akan hilang bila2 masa mengikut keadaan. kau mungkin akan ingin berbual semalam. tapi bila tuhan kurniakan sesuatu yg tak memerlukan aku hari ini, perasaan tu akan hilang hari ini juga."


-"fynn,
kau rasa aku nampak naga tak? aku tak ingat. hmm.. aku suka bertemankan kau begini. bercerita bersama di tempat yg paling kita suka. aku fantasikan kamu dgn kehendakku. tiada perlu ditambah dalam kamu. penuh di rupamu yg kosong itu.


terima kasih fynn.
t r i."


"aku bukan penjaja gula bibir. aku berkata apa aku rasa.

tri,
siapa engkau yg sebenar2nya?"



-"jika kita bagaikan lukisan potrait, sudah tentu kamu ku lalaikan dgn warna merah darah kamu. tapi apakan daya aku hanya dapat lihat dan conteng kamu dr lukisan panorama yang cantik, tidak teliti, dan jauh.

aku akan doakan kamu baik.
t r i"

"tri,
untuk seorang yang sdg hanyut (aku), bahasa engkau terlalu membuaikan. 

tapi aku senang."



romantik kan? tiada cinta yang berseni yang tidak romantik. tak perlu bersayang-sayangan. cukup macam ni, tapi masih bermakna. bualan mereka, bahasa mereka, rahsia rasa mereka, naga mereka... sempurna pada mereka, pada aku juga.


"cinta selepas nikah itu SESUNGGUHNYA mmg paling indah. sampai sekarang--
masih karen2." 



Cinta Lepas Nikah - link

"dan malam itu aku minta pada tuhan agar hati aku dibuka utk dunia. kerana malam itu aku sudah benar2 penat.

dan esok paginya, dengan rasa yang lebih terbuka dan optimis, aku membalas bualan tri. dia bagai gerhana. ada, ada. lebih biasa, tiada. berbual tidak lama, tapi cukuplah.

2 mei, tri muncul lagi. kali ini aku benar2 gembira. selama sebelum itu aku fikir dia masih di negeri orang. rupa2nya dia sudah pulang ke tanah malaya. 
berbual dari jam 5 hingga 4 pagi. terima kasih yahoo messenger.

seminggu selepas itu, aku dikenalkan pada mama dan ayahnya.
beberapa hari selepas sebulan, kami diikat untuk dinikahkan."

"esok tengah harinya, sebelum tri dan keluarga tiba, aku bertemu tuhan dalam keadaan yang paling merendah diri. menyembahkan rasa hina dan malu untuk meminta. yang aku doakan cuma kelapangan. andai tri itu jodoh aku, moga dipermudahkan. andai tidak, selesaikan."

selesai makan, tri mengasing diri bersama ayahanda aku di hujung rumah. berbual lelaki sama lelaki. dia berikan gerakan mata pada aku. 
pandangan takut. pandangan gagah. pandangan redha. pandangan penuh harap. kecamuk semuanya.

dari jauh, aku lihat abah diam tidak berbicara. cuma tri sibuk berkata2. pelik. tri bukan manusia membuka bibir. dia terlalu pendiam.

selepas beberapa detik, aku nampak abah menahan airmatanya. senyum dan lebih lega.
dari situ aku tahu semuanya akan menjadi lebih baik.

*diam*

tri,
kita akan dinikahkan!"



Hari Nikah - link



i expect you to shed a tear listening to this song. at worst, try to understand, and feel it, feel it my friend


"abah pandang aku dan terus keluar. tidak memuji. tidak berkata apa.

aku terdiam. aku pingin senyum kamu, ayahanda... *airmata berlinang*

tiba2 ateh, adik yang paling rapat dengan arwah mak masuk ke bilik bersama anak2nya yang agak rapat sama aku. 
mereka juga diam tidak berkata apa. dan seperti abah, mereka terus keluar.

alia, anak ateh, datang semula pada aku.
"you look exactly like your mother"

fak.

solekan dari jam 7 tadi sudah menghancur. airmata bercucur2 tanpa belas kasihan. ainul genggam jemari aku. di masa itu, kecy sudah penuh dalam bilik pengantin. 
kuat, fynn!

keluar dari bilik, aku pergi kepada abah yang sudah merah matanya. "cantik tak bah?"

dia senyum dan menjawab sayu. "cantik..."

kami jalan berpegang tangan ke pintu depan. itu kali terakhir aku keluar dari rumah sebagai tanggungannya. sebagai anak gadis yang mesti dipeliharanya. yang harus dijaganya."


"selesai semua itu, barulah tri akan memegang jemari kadi untuk melafaz akadnya. tapi kadi pula terus ke tepi memberi ruang di hadapan tri. dia tidak mahu kahwinkan aku kah?

aku jengah depan. tidak aku duga, tri beralih sedikit ke kiri. menghulur jabatnya pada abah. aku terasa mahu pengsan. sebaknya, hanya tuhan yang tahu.

dari dulu, aku pernah minta abah menikahkan aku, bukan kadi. bagi aku, lebih indah begitu. namun abah sentiasa mengelak. "tengoklah". "malulah". "nantilah".

dan hari itu, dia yang melepaskan aku. dia yang memberi aku pada suami. menghulurkan untuk dijaga ditatang dikasih dicinta.

tiba2 aku rasa masih terlalu awal untuk aku menjadi milik yang lain. 
*diam*

entri ini adalah untuk aku sendiri, sebagai peringatan untuk seorang aku dan kamu2 di luar sana. abah pernah bilang, "anak perempuan, kita jagalah macammana pun, bila datang orang lelaki, terus dia tak toleh lagi". 
*airmata semakin laju*

abah tetap kekasih aku dari dulu. lelaki yang masih aku cinta sehingga hari ini. hero. perkasa. sempurna. 
tri takkan mampu menggantikan dia, dan dia tahu itu. abah tetap, masih dan akan kekal teratas dalam jiwa aku."


shit. mengalir air mata baca post ni.


Kuasa Tuhan - link




"hari pertama aku bertentang mata sama tri, dia minta aku untuk dijadikan isteri. aku cuma ada beberapa masa untuk memikirnya pinangan tak rasmi dia.

aku kata dia tak kenal aku.
dia kata dia sudah tahu.
setahun dia tunggu aku.
lama dia cari sabar untuk aku.
aku membatu.

"siapa kita di masa dulu, tak ada siapa yang mampu ganti2. aku mahu kau yang hari ini, dan aku mahu masa depan kau. aku cuma nak isteri yang sudi cintakan aku"

jumpa pertama, terus terima. dan kurang dari tiga purnama, aku dimiliki dia.

sejujurnya, perasaan yang aku ada pada dia ketika awal2 itu bukanlah cinta. cuma hormat dan sayang berserta yakin sama pesan bunda: "pilih lelaki yang cintakan kita, sebab lelaki yang sanggup cinta kita sudah susah mahu jumpa".

tapi ah. dia kelihatan terlalu indah. mencintainya terlalu mudah.

cinta aku pada suami mekar sejujurnya pada saat dia tahan airmatanya ketika dia kucup dahi aku pada hari kami dinikahkan. aku belum pernah jumpa manusia yang sudi mencintai aku sebegini banyaknya. aku tak peduli airmata yang menjahanamkan solekan pengantin aku yang tidaklah tebal mana.

aku bersumpah untuk terus menanam cinta pada dia. 
*diam*

aku baru tersedar. dari dahulu, bilamana aku solat, doa aku pada tuhan adalah "tuhan, kuatkan jiwa aku untuk lelaki yang akan menjadi suami aku". aku baru terperasan. aku tidak pernah sebutkan nama siapa2, tidak aku sebutkan nama2 kekasih2 ketika itu semua.

betapa besar kuasa tuhan."

sayangnya tri dekat fynn T___T this is like reading a novel and i ship them. hard.


aku quotekan kata-kata kak fynn yang aku suka. aku letak link sekali, supaya korang pun boleh baca dan jatuh cinta sama.


"tuhan itu adil. percayalah. kita semua diberi kuota untuk bahagia dan bersedih secara setimpal. bezanya kau dan aku mungkin cara pembahagian rasa itu.

mungkin hari dulu2 aku sudah puas ranap dan hancur. kuota kegundahan aku dipenuhkan dulu. harap2nya sekarang masa kuota senyum aku untuk dilunaskan. harap2nya kuota ranap sudah penuh, kerana aku mahu buang balang itu, untuk fokus memenuhkan balang satu lagi dengan gelak dan ketawa ria."

"cumanya,
entri ini hanya punya satu motif,
untuk kalian percaya pada takdir.
yang semua ini adil."
 - link




"kalau tidak kerana cinta2 yang meranapkan aku, tidak mungkin aku sudi menerima seorang lelaki yang begitu asing dalam hidup aku untuk menyunting aku menjadi bunda kepada anak2nya. kerana sudah terlalu penat dan jerih dipermain bahagia sementara, aku sedar cinta itu sebenarnya bagaimana.

dan tanpa setiap tersiatnya nyawa ini, tidak mungkin mampu aku menulis.
yang mana tidak mungkin akan ada puisitepijalan ini."

"hanya aku mau katakan di sini, tuhan kita tak pernah berkira.

tri ajar aku banyak tentang cinta tuhan. cinta dari tuhan yang sangat baik, sedang cinta kita pada dia sangat memalukan. bagai pasir dengan gunung.

masih aku ingat bualan kami di hari pertama bertemu aku mei lepas.

"aku takut, fynn"
"kenapa"
"dari dulu, tuhan selalu makbulkan doa aku"
"jadi?"
"dan aku selalu lupa untuk bersyukur. tidak sempat lama, diambil semula semua yang makbul itu"
"apa yang telah kau doa baru2 ini?"
"engkau"

*diam*

"aku takut dia ambil engkau pula. maka aku mahu bersyukur hari2 mulai sekarang"

*diam*

tuhan, terima kasih kerana kau ranapkan aku sehancur2nya dulu.
terima kasih kerana menjahanam setiap inci bahagia di dalam diri aku.
kerana hanya dengan itu aku mengerti indah perasaan yang aku rasa hari ini.
" - link


"redha. jujur aku beritahu, aku sendiri tidak menyangka aku mampu untuk memasrah diri sebegini. meletak setiap satunya di tangan tuhan, dengan yakin berbisik padanya yang pasti mendengar setiap halus suara: "tuhan, aku give-up. sekarang, kita lakukan cara kamu"

dan tulus ikhlas kata2 aku itu dibalas pada hari yang sama mengikut tarikh islam (beza hari adalah antara maghrib, bukan?)

betapa tuhan itu maha kool.
waima untuk aku yang sentiasa lupa dan kejam pada hak aku padanya."
 

"kita lupa, usaha itu membantu takdir. menunjukkan betapa kita benar2 mahukannya. bukan satu ketentuan! bukan!

seperti seorang guru yang memberi markah lebih kepada muridnya kerana tekun. kasihan atas faktor melihat anak itu terlalu mencuba. sedangkan seorang manusia bernama guru itu bersifat mengasihani begitu, apa lagi tuhan kita yang sememangnya terbukti yang terpaling mengasihani.
 - link




aku tak kenal fynn jamal itu siapa. tapi cukup untuk aku tahu kisah hidup dia yang dia nak kita baca. malam gelap dia, siang terang dia. cukup untuk tahu dia kuat, yang buat aku rasa aku patut kuat sama. cukup untuk tahu hidup dia dulu memang shitty, tapi sekarang dia sangat happy. cukup untuk bayangkan pengalaman, ambil pengajaran. cukup untuk tahu betapa dia dah berubah, dah matang, dari anak muda ranap, kepada mak orang :)



juna comel gila :)


we don't realize that we can inspire people, simply by living. especially if the life is tough. so why give up on life? don't you want to witness the changes? don't you want to be there to hear "hey, you're inspiring"?

and we thought she's just another indie singer.




ya, aku tak kenal fynn jamal itu siapa, tapi cukup untuk aku berterima kasih dekat dia sebab begitu kuat membogelkan diri, menayang jiwa. cukup untuk tahu lumrah hidup. cukup untuk tahu sengsara dibalas bahagia. cukup untuk tahu kosong dibalas penuh. cukup untuk tahu tuhan tu adil. cukup untuk tahu semuanya berkuota. cukup untuk tahu roda hidup boleh berputar 360 darjah. cukup untuk tahu tuhan tu, lagi sekali, sangat, sangat, sangat adil. sangat, sangat, sangat baik. cukup untuk percaya takdir.


cukup untuk tahu, mungkin hidup aku tak seperit dia. tapi aku faham apa yang pahit, aku pernah rasa.

cukup untuk harap, manisnya pun bakal ada :)





2 comments:

Anonymous said...

i cried. fynn jamal mmg osem.

LynnAiza said...

awesome entri! :)
suka Fynn jugak! ;)

dan Juna adalah sgt comel dan hensem! :P

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails