Showing posts with label mrsm moments. Show all posts
Showing posts with label mrsm moments. Show all posts

Friday, March 18, 2011

Fenomena Berubah Sebab Sekolah

AKAK-AKAK SERTING

kat MRSM Serting dulu, akak-akak yang aku sangat rapat ada 3 orang, tapi akak sorang ni, kita panggil dia akak A, dia yang paling connect emotionally dengan aku.

kitorang kenal sejak ada salah faham dekat toilet ni. time tu aku nak cepat, tengok toilet kosong walaupun baldi beratur depan tu, aku masuk jelah. bila kat dalam, ada suara tegur aku curi toilet dia. aku ingat tu roommate aku, aku pun balaslah main-main. tetiba bila suara tu dah naik angin, baru aku perasan tu sebenarnya akak senior.

aku keluar toilet je ada kawan aku cakap "habislah kau". aku tanya dia "akak mana tu weh? mati aku mati". "Akak A. matilah kau".

malam tu aku takut gila nak jumpa dia minta maaf. apa tah terkeluar daripada mulut aku. aku cakap aku serabut tadi sebab budak kelas aku gaduh dengan budak kelas sebelah pastu nanti satu kelas kena potong markah merit blabla. . . dia pun mintak maaf jugak sebab marah aku, dia kata dia ada masalah dengan cikgu dia.

since haritu, kitorang terus rapat gila.

masa aku nak keluar Serting, dia kata dia dengar orang cakap ada budak nak keluar, dia terus lari masuk blok. time aku nampak dia, muka dia dah merah. ke pucat? aku pun tak ingat. yang aku tau time tu muka dia memang lain. lama gila dia peluk aku.

Akak K pulak, Naib Pres BKP kot. dia tahu masalah aku, dia salu kasi kata-kata semangat. dia ada power untuk back up aku, tapi aku mintak "kak, jangan besarkan hal ni". kalau usha daripada jauh, agak takut ngan dia sebab well, orang kuat Serting kot. muka garang. tudung labuh. tapi bila dah kenal, pergh sempoi gila.

Akak E, dia ni gila-gila. dia kejut aku pagi-pagi, tanya "budak tecik, dah sholat lom?" sambil geletek aku. kalau ada lagu baru dia tolong masukkan dalam mp3 aku. dia lepak dengan aku kat hall sampai 3 pagi, teman aku buat kerja rakan kesayangan. dia selalu picit pipi aku, betulkan tudung aku. akak-akak pernah tegur "ni mesti angkat mengangkat ni,". dia jawab "aku berlambak adik kat rumah. ni rakan kamceng akulaa," dia cakap sambil peluk aku.

aku memang anak last, tapi dah lama takde sapa layan aku macam budak kecik. aku suka jadi form 1 kat Serting, sebab time tu form 5 teruja dapat junior. semua layan macam aku kecik gila, padahal kat SKLK dulu dah bajet jadi senior yang gangster dah. kat Serting, jadi adik-adik balik. lain keadaan dia dengan jadi junior kat sekolah biasa, memang lain.



itu intro.



PERUBAHAN SEMENTARA





aku baru perasan dekat fb akak A, dia dah engaged dengan someone. aku taktau engaged betul ke main-main. whatever it is, ini hanya menunjukkan satu benda. dia dah ada pakwe!

aku sumpah tak percaya doh. sebab akak A yang aku kenal dulu ialah akak PERPIM. akak PERPIM zaman aku, dorang garang gila, strict siot. siap warn "kalau akak nampak awak cakap dengan laki, kat situ jugak akak tampar awak!"

tapi akak A ni baik tak macam singa betina yang lain. cuma untuk tahu dia dah ada, bluwek, someone special, itu agak kelakar. aku tak pernah bayangkan dia bersayang-sayang dengan sesiapa, tapi tulah yang aku nampak masa aktiviti meng-stalk dia tadi.

aku tak judge. buatpe aku nak judge? manalah tau one day aku jadi macamtu. kita semua taktau apa kita akan buat kan? siapa kita akan jadi. so kalau kau judgemental atau prejudice, baik kau simpan semua tu dalam hati.

aku cuma terfikirlah, dah banyak kes macamni. kes yang orang masa sekolah atau masa U, dia jadi alim jap. sebab kena usrah. sebab keadaan sekeliling. sebab jadi PERPIM. tapi later, bila suasana dah berubah, dia jadi diri dia balik.

sebab tu aku tak ambik serious bila tengok orang tetiba jadi alim, sebab dia masuk sekolah yang alim. sebab kalau perubahan dia kekal, alhamdulillah. kalau tak kekal, itu tak pelik.

kau bolehlah cakap nak suruh orang berubah jadi lagi baik. kau ingat senang nak berubah? senang nak kekal? kita kena kasi dorang masa. kena kasi dorang peluang. peluang untuk sedar apa dorang buat tu tak cukup, apa dorang buat tu salah. kan belajar daripada kesalahan tu lagi mendalam kesan dia?

aku takut aku pun jadi macamtu. sebab tu aku taknak push diri aku. aku taknak ikut orang, aku taknak terpaksa berubah sebab keadaan. walaupun untuk jadi lebih baik, tapi kalau kebaikan tu sekejap je buatpe? nauzubillah.

kalau nak berubah, kita kena berubah ikut diri kita. tapi kalau nak jadikan orang lain inspirasi, takde masalah. haih entahlah, semua bergantung pada diri masing-masing sebenarnya.

dah bai aku nak sambung stalk pakwe Akak A.



Friday, February 18, 2011

Budak Sekolah Jadi Engineer Di UIA

Assalamualaikum, saya nak cerita pasal Inter-School Engineering Competition yang pelajar kejuruteraan UIA anjurkan.

fuh semangat okay taip nama penuh semua. dengan harapan generasi selepas aku dapatlah manfaat sikit, sebab masa aku google pertandingan ni, haram takde result keluar.

baiklah.

kita mulakan.




participant mesti masuk secara berkumpulan ya. 1 kumpulan 4 member.




setiap participant akan dapat benda-benda alah ni. woah bangga tengok kat kertas tu ada nama sekolah aku. sampai jugak Lembah ni kat UIA :')



participant juga dapat baju. see the sleeve la, 'I'm an engineer' tu. tak kesahlah apa aku jadi besar nanti, jadi mak orang ke, mak datin ke, yang penting aku pernah 'jadi' engineer. wuuu.


CAMPUS TOUR

kepada sesape yang bercita-cita nak masuk UIA, sama ada sebab korang nak sama alumni dengan Shahir AF, atau sebab UIA memang antara U tergempak kat Malaysia, sila tengok dulu rupa UIA sebenarnya.

kami dapat dok kat asrama dia. aku taktaulah memang semua asrama kat UIA macamni atau ni asrama visitor atau memang asrama ni orang tak guna, tahlah. sebab kalau asrama kat UIA memang camni, mahu stress bro and sis semua.




satu bilik kecik untuk dua orang.




tepi katil ada meja belajar. bangun-bangun je nampak buku, memang tenang hidup mereka ni. aku sangat kasihan kepada bekas tuan meja ni, sadis sungguh. nampak tak dia tampal apa kat situ? "STUDY!! JANGAN TIDO". baiklah kak.




LOKER DIA AMAT KECIK LOKER DIA AMAT KECIK KECEMASAN KECEMASAN. aku taktau macam mana nak sumbat segala baju dan keperluan hidup dalam loker sekecil ini. siapa punya cermin pink tu? hofkosla ai punya.

OKAY TAMAT SESI COMPLAIN. aku ni, cubalah bersyukur sikit. ye saya bersyukur, cuma the stay in the hostel left much to be desired la. ecece duduk satu malam je sila diam.

sekarang kita tengok apa yang best kat UIA!




em ada Mustika Ratu. berita baik untuk kaum hawa yang menjaga kecantikan luar dalam. selain tu, UIA ni pun dah jadi macam a miny city, semua benda ada dalam tu. kedai baju? kedai buku? kedai makan? Bas tambang cam Rapid KL pun masuk dalam UIA.

boleh hidup kot kalau duduk je dalam tu tak outing satu semester. er.


THE PARTICIPANTS

pertandingan ni libatkan sekolah satu Malaysia, tapi ada 31 sekolah je yang masuk. sikit kau kata?

tengoklah dengan siapa kitorang bersaing. at least 23 sekolah asrama, the rest sekolah harian.

tak lupa juga nak cerita yang MRSM TGB bawak 10 group. finelah Jasin bawak kawan en, dahlah pandai, pastu probability menang tinggi gila. fine.



rombongan berbaju hijau menarik perhatian bro and sis, semua muka macam "kau tengoklah aku masuk sini nanti". konfiden.


THE COMPETITION

1. THEORY TEST

pasal Math, Chemistry dan Physics. buat individually, tapi markah kumpul la nanti. kitorang dah sangat gelabah sebab bajet sorang baca satu subject. itu pun tak khatam lagi masalahnya.

matilah mesti dapat tempat terakhir. ok saya redha.

tetiba bila result keluar, dapat tempat ke-14 daripada 31. WOW TERHARU. TAK SANGKA. IS THIS REAL LIFE. OR IS THIS JUST FANTASY?


2. BUILD A BRIDGE

kami diberi kertas, lepastu pandai-pandai buat jambatan. kena stable, creative, and can be applied in real life. takdelah rekanya beriya, tapi tak logik kalau nak bina.

invention tu bro and sis dan bagitahu since hari sebelumnya, kitorang pun dah sketch malam tu. tapi bila nak buat, baru sedar yang sketch terlampau beriya sampai mustahil nak buat jambatan macam tu. jadi start all over again lah.

kat situ jugak plan, kat situ jugak sketch, kat situ jugak buat, dan hasilnya. . . . .


TATTADAAAA



nak gelak? gelaklah. tapi bridge ni dapat tempat ke-11 daripada 15 group yang berjaya pergi the next round. the other 16 groups yang kalah, dapat main leisure game.

aku pun tak sangka dapat top 15 jambatan ni. kalau tak dah prepare dah nak main leisure game. sekali bila nama sekolah kena sebut, Alhamdulillah!

see the stability la weh. the bridge was built with double base, a combination of a cone and a cylinder, so that it was wider and heavier, thus harder to topple down. a kekuda was also added to support the bridge, especially the middle part where the possibility of collapsing is the highest. the cone on the top of the cylinder gave stability to the overall structure, and not to mention some artistic and islamic values.


okeh boleh jadi engineer dah ni.


3. Create A Car

kitorang diberi beberapa bahan, lepastu kena bina kereta. apa yang dihakimi was the distance the car travelled. daripada 15 group, only 5 group je dapat lepas round ni. malangnya kumpulan kitorang was not the best 5.



but at least we tried! aku tak faham kenapa muka semua nak ketat je lepas kalah kat round ni. dan aku juga tak faham kenapa aku yang dikatakan paling stress. ok aku stress masa tengah buat kereta tu la, tapi lepas tu aku lek lek je.

seriously aku puas hati. aku tak sangka pun dapat masuk Invention 2, kalahkan beberapa MRSM and sekolah sains. itu mungkin yang terbaik kitorang boleh buat, after all tengoklah siapa yang bersaing dengan kitorang kan?


4. THE GRAND QUIZ



5 kumpulan terbaik dapat masuk stage ni. kena duduk atas pentas, dengan kitorang yang dah kalah semua tengok diorang. soalan melibatkan Math, Addmath, Physics, Chemistry.

tapi seriously soalan-soalan tersebut agak senang. kitorang yang duduk hadap diorang ni semua macam jawab sekali. tapi sayang ye, jawab syok sendiri je lah.

daripada 5, 3 kumpulan dapat masuk The Final Grand Quiz.


KAWAN LAMA

kawan-kawan lama yang aku jumpa kat sini ada 3 orang. dan tiga2 daripada Jasin.

kawan lama pertama nama dia Hazirah Najihah. last time aku jumpa dia masa sekolah rendah kot. eh bukan, tapi masa reunion. dia pun ingat lagi kitorang macam kitorang ingat dia. adalah duduk bersembang sama-sama, catching up.

kawan lama kedua nama dia A. kawan lama ketiga nama dia F. F tu aku taktau nak panggil kawan ke tak, tapi kami saling mengenali la. A dan F ni aku kenal masa kat MRSM Serting.

masa jumpa A tu siap bersalam lagi, sempat dia tanya "eh awak bukan tinggi ke?". oke.

si F pulak asyik pandang-pandang. aku pun pandang-pandang gak ah. dia tau aku kenal dia, aku tau dia kenal aku. camtu.

aku taktau nak rasa bangga atau segan bila jumpa dorang bertiga ni.

segan sebab aku sama sekolah rendah dengan Hazirah, tapi sekarang dia dah MRSM TGB, the top 3 MRSM. sebab aku pernah semaktab dengan A dan F, tapi sekarang diorang dah maju masuk Bitara, dah upgrade la konon, tapi aku pulak sesat tetiba kat sekolah biasa.

atau aku nak rasa bangga sebab aku jumpa diorang kat pertandingan ni. diorang tahu aku tak keluar MRSM untuk jadi loser. diorang tahu sekolah biasa aku dapat masuk sampai Invention 2. diorang tahu kitorang kalah dekat sama stage. maybe macam nilah nanti next year, bila masing-masing dah masuk U, eh tetiba dorang jumpa muka aku. Insyaallah Amin.




KAMI DAPAT TEMPAT KE 13 DARIPADA 31 KUMPULAN.
WELL, KAMI BUDAK SEKOLAH BIASA YANG BERBISA.



okay tak payah nak konfiden sangat lah kan.



Wednesday, June 16, 2010

MARA dan JPA Dah Tak Kasi Biasiswa untuk Undergraduate Fly

stop staring at the tittle with that dumbfounded face and read this article to get the details.

yes people, i would be more than happy to say that the article deludes you as to calm the wave of emotions i brave myself. but it is reeeaaaaaaaaal. fishing heaven, eh?

JPA and MARA are really closing our doors of possiblities. no matter how far it seems to be from our reach, but the idea of studying abroad is never impossible, reaching hands can still be stretched to embrace the star, right?


but now, how can the star be there if the galaxy is not even in sight?

how could they do that, is the question. i'm sure they are broke and these unfair decision is just to save their asses. or because Malaysia's universities and colleges are bringing together more ungrateful high and horny youths who stay up not to study but to party rather than seriously aspiring young people who graduate successfully and SAFELY.

therefore they decide to lock up all potentially outstanding students in our extremely great learning institutes. tp compensate for the failings of those who do not value the generosity of the institutes to accept some people who dont deserve the opportunity.

i dont just talk blindly, you dont believe me i suggest go read some newspapers.


my brothers studied in the States. i went there to watch them graduate one by one. i have been instilled with the impression of how great it is to be living abroad independently, really got the feeling of P. Ramlee's Dendang Perantau, experiencing the cultural difference, touching the snow with bare hands, joining Europe trip during summers, oh how i wish to do so.

during orientation week in MRSM Serting, we were asked why we applied for MRSM. the counselor handed me the mic, and i confidently answered "saya memang nak belajar dekat overseas, and MRSM buka peluang tu lagi luasla". i was 13, and i new what i want. heck, i knew it since i was three.

i am a government and daily school student now. everyone knows how boarding school students get the limelight first. sometimes even excellent gov kids are overshadowed by average SBP/MRSM kids. today, everything is worse than ever. most likely we gov students wont even be considered twice by Khazanah, Petronas, etc.


i know local education doesnt really suck, but i want something above ordinary.

and Malaysia IS ordinary.

my dream has perished.






its like you tell Rachel in Glee that she can't be a star.

Sunday, June 13, 2010

Cendawan dan Cicak

Ini cerita semalam.

Secara tetiba ada seplastik baju aku yang bercendawan, kulapuk atau apa-apa jelah yang berbau semacam tu. aku taktau dah berapa lama satu kaften dan dua tee tu bergumpal dalam keadaan basah seraya menggalakkan pembiakan organisma hitam tak dikehendaki itu. yek.

aku pun ambik dengan perasaan jijik, pegang guna ibu jari dan jari telunjuk je kat hujung tangkai plastik itu. berhajat untuk buang. lalu aku letak kat tepi longkang dapur, dengan harapan takda sapa nampak kejadian ni kecuali mak aku. buat malu seh anak dara ada baju bercendawan.

tetiba aku nampak separuh lengan baju kaler maroon, hujung sleevenya kaler kuning.

alamak. adakah itu baju physical education MRSM Serting aku?

patutlah dah lama aku cari tak jumpa-jumpa. rupanya kau kat sini. aku pun resah gelisah tak senang duduk. aku cari kat semua tempat, to make sure memang baju PE Serting itu hilang, maksudnya betullah yang aku nampak di sebalik kulapuk itu ialah baju tersebut.

memang sah. aku taktau nak buat apa. sedih dan pilu.

itu kenangan tahu tak? kenangan yang aku pernah belajar PE selama 8 bulan kat serting. aku pun duduk termenung kat tepi longkang, pandang gumpalan baju tu. bau harem memang dah tak ganggu hidung aku dah, yang mengganggu otak aku ialah apa perlu aku buat.

"maa, camna ni?"

ma kata, "kalau dah berhajat sangat nak simpan baju tu, ambiklah".

tapi aku geli. geeeliiiii. nak pegang plastiknya pun berkira, ini kan pulak nak pegang baju tu. lama jugaklah aku berperang dalam diri. aku ni dahlah penggeli orangnya. sikit-sikit geli. tapi ada kebaikan, tu maksudnya aku memang pengemas dan pembersih. ece.

atau adakah ni maksudnya aku kena move on?

lupakan yang aku pernah dok MRSM. sebab ramai tak suka bila aku terkenang perkara ni. biasalah makhluk Allah yang jeles. mungkin juga kalau aku buang baju PE ni, maksudnya kenangan semua terbuang bersama, dah tak payah aku nak kempunan, nak bernostalgia lagi mengenang masa lalu. hm.

tapi takleh jadi ni. lantaklah nak kena jangkitan cendawan ke, aku tak kesah.

aku pun dengan gigih sarung tangan dalam plastik, bawak keluar baju tu dari gumpalan baju lain. maaf baju lain, mungkin agak tak adil aku hanya selamatkan baju PE, tapi korang takde sentimental value, so goodbye have a nice day in the bin. walaupun sayang tapi lemahlah weh nak hilangkan cendawan kat tiga baju. rasa bersalah tetap menguasai diri.

masa nak ambik baldi untuk rendam baju PE tu pulaklah ada cicak lompat kat tangan aku. siotan! takleh tahan ok cicak cicak ni. apa lagi menjerit lah aku terlompat-lompat. meremang bulu tengkuk teringat kesejukan kulit diaaa eeeeee.

oh Allah, banyak betul dugaan nak selamatkan baju PE ini.

tapi alhamdulillah, baju tu sekarang as good as new.

memang hari ini dalam sejarah betul.
cendawan dan cicak, memang paling geli tahu taaaak.

Friday, April 30, 2010

Bila sekolah kena Histeria

aku masuk MRSM berhajat untuk tengok orang histeria, tapi hampa. namun siapa sangka, dekat SMKLK, dah dua hari berturut-turut orang kena histeria.

itu namanya rezeki ada di mana-mana. aku tak dapat tengok dekat MRSM, mungkin aku dapat tengok dekat SMKLK. kalaulah konsep ni boleh diaplikasikan untuk dapat 10A+ SPM nanti.
ya, semalam dan harini ada kes histeria dekat SMKLK. kedua-duanya waktu petang. semalam 4, 2 pengsan, tadi 11 orang lebih kurang. siap ada pengunguman "Semua murid sesi pagi diminta pulang dengan segera". wah hebat.

cakaplah aku jakun, tapi memang betol pun. sayangnya aku takda ketika kejadian.

habis camne aku tau? pagi tadi dtg sekolah terus dengar pasal kes semalam. budak tu masuk kelas pas rehat ke apa tah, ternampakla member, terus histeria. berjangkit kat kawan-kawan dia. masa tu tengah hujan lebat, beberapa minit je pas aku balik choral speaking.
kes harini pulak, tadi tetiba Kembar call aku. jangan tanya kembar yang mana, sebab dia angkat fon cakap "Ama ni Kembar". lagipun memang aku panggil dorang Kembar walaupun nak address sorang je, tak pernah panggil nama.

katanya dia dengar dari dalam PS yang tertutup rapat tu. kuat gila, tapi taktau apa. time tu tengah azan Asar, jadi sempatlah dia mengshhh kan penghisteria tersebut. ada budak kena kat tangga pastu jatuh ke apa tah. pas cikgu suruh dorang balik tu, terus Kembar paksa Pak Cik Van bawak laju-laju, macamkan hantu tu boleh pulak nak ikut dorang balik rumah. kalau ye pun, hantu kan boleh terbang 100 Km/j, racingla camne pun malam nanti jumpa jugak.
eh, aku tengah sorang-sorang. dan ABC. tapi takpa, sekarang siang. lalala.


ingat lagi ada satu masa tu, tahun ni jugakla, dalam tiga minggu straight ada budak-budak pengsan time rehat. ada yang macam gila bukak tudung semua. tapi bukan histeriala.

tetiba benda ni terjadi. kenapa? teori aku mungkin sebab manusia kat sekolah tak reti buang pad dengan betul, atau sebab perangai makin lama makin memboyan.

kadang-kadang benda ni sebagai peringatan. kalau kat Serting dulu, akak-akak selalu cakap pasal ni. terutamanya bila perangai makin tak semegah. akak-akak cakap, tak guna baca Al-Mulk setiap malam, Al-Ma'thurat setiap Nazam, kalau sebok bermesra-mesra jantan betina. benteng kita jadi lemah, bila lemah, banyak syaitan boleh masuk.

kat asrama bolehlah akak-akak saiko budak-budak camtu, kat sini, sapa nak saiko? pengawas tegur pasal tak ikut peraturan pun dah melenting siap buat page Facebook Kami tak suka pengawas Smk Lembah Keramat 2010 :P. apatah lagi kalau ada orang tegur pasal sahsiah, haih budak SMKLK, bilalah kita nak maju kalau perangai macam hantu? kang bila dah histeria kang jangan bising, biarlah dorang nak menampakkan diri kat kau, kata sekampung.

Ustaz baca hadis kat depan pun tak reti nak tutup mulut, sabar je aku. aku dapat rasa makin lama aku makin lemah bab agama, so kalau dengar hadis bersihlah sikit hati kan? hidup pun berkat. tahukah anda kalau tak dengar hadis tiga hari hati kita jadi keras? kesian Ustaz, kalau aku dah lama aku baling mic. eh tapi, Ustaz target betul-betul, kang terkena saya kang naya.

bila doa pulak tak reti nak aminkan, sempat gelak-gelak, eh sumpah aku malu kot dekat non-muslim. benda basic macamtu kita dah tau sejak tiga tahun dah, tu pun tak guna otak.

haa bab bab laki pompuan tak payah masuk la kan, kalau kat Serting akak-akak kata sebab tula hantu datang, sebab iman tak kuat. kat sini budak berkapel mengalahkan cikgu yang dah berkahwin, memang takde benteng langsung ah. at least, suka jela diam-diam, kawal perasaan dan emosi, macam aku ni haaa. lalala.

entah, benda-benda ni aku belajar kat Serting. aku masih ingat, dan aku cuba kotakan ecehceh. cuma yang peliknya, pas aku kuar, kawan-kawan aku yang stay dalam tu makin lama semua makin faham-fahamlah, walaupun sentiasa disaiko oleh akak-akak PERPIM. aku kat sini nak saiko sesapa pun tak berani, kang tak pepasal ada page Kami Tak Suka Amalina pulak kang.

papepun, memang cool lah Histeria ni. bak mutiara kata aku, 'rumah berhantu tak best, tapi sekolah berhantu memang best'. cuma aku nak jadi saksi je, jangan kena kat aku sudah.

Saturday, March 27, 2010

Sejarah Hari Jadi

Kepada yang wish birthday aku via internet, korang taktau betapa aku terharu dengan setiap perkataan 'happy birthday'. via SMS, Aisyah, never failed to do so for 5 years, being in MRSM is never an excuse. Nasuha pun tak pernah miss, as if kita masih kita 4 tahun lepas, other friends and dearest family. kepada classmates, 2 choruses of happy birthday did convince me that i have some people in the class who care about me, not just trashing me mercilessly. to Peqah, i only got two cards this year, and one is from you. and Nawa who called. thank you so much everyone.

the first birthday gift i ever received was of course, my birth from my mom, and my bank account from babah, who cashed in some amount of money that very first day i saw the world. both gifts were the best, for the gifts gave me the first step to lead life.

dulu babah panggil pekerja ofis dia makan dekat restoran, setiap tahun. tapi babah tak cakap awal-awal apa tujuan jamuan tu, bila dah sampai baru dorang tau untuk birthday aku. babah tak berkenan dengan idea parti hari jadi untuk anak dia. macam kita expect orang bawak hadiah, macam meminta-minta. dari babahlah datangnya prinsip aku pasal taknak kecoh bila birthday.

tapi babah kalau birthday bash anak orang lain, dialah yang beriya-iya kasi hadiah atau angpaw hebat-hebat. tah kemana prinsip dia pasal party hari jadi tah. kalau anak dia punya birthday, dia tak nak orang kasi, bagi dia yang jamu orang.

kali kedua terakhir birthday aku masa babah ada, malam tu jamuan dekat restoran seafood. pagi-pagi aku dah cari alasan tanak pergi. dahlah dengan staff babah, aku macam segan, kenapalah babah mesti buat jamuan, kenapa perbesarkan hari jadi aku. kenapa tak boleh diam-diam? tulah fikiran seorang budak 5 tahun. tak sedar yang babah dia sayang dia.

kali terakhir birthday aku masa babah ada, ada jamuan yang orang tau awal-awal untuk birthday aku. ada BBQ, mandi swimming pool, banyak makanan, tapi semua sedara-mara je. satu-satunya hadiah aku dapat ialah towel Minnie Mouse yang aku pakai sampai sekarang. mama kata "nanti birthday diorang kita kasi puzzle je untuk tiga orang terus, mainla ramai-ramai. setiap kali birthday anak dia kita kasi macam-macam". aku diam, aku tak kesah. tapi biaselah mak orang, mesti dia simpati anak dia yang dapat satu hadiah je, towel mandi pulak tu.

lepas babah dah takda, tak dapatlah pekerja dia makan besar setiap 25 Mac. yang ada cuma adik beradik berkumpul, bawak cake, makanan untuk birthday aku dengan mama, sambut sekali gus (mama 20 Mac). kali terakhir buat macamtu pun masa darjah 6 agaknya.

form 1 aku sambut birthday dekat asrama. yang bestnya pasal birthday dekat Serting, satu blok hostel nyanyi dekat morning call. satu kelas nyanyi jugak, kadang-kadang kelas lain ikut, sampai satu blok kelas menyanyi, padahal dorang taktau sapa punya birthday pun. kalau kita disayangi, kawan-kawan atau homeroom prank kita dengan tepung, telur, sampai menangis pun ada.

tapi yang tak bestnya pasal birthday aku dekat asrama ialah, masa tu Minggu Bahasa dan Serting jadi host. orang lain semua balik, kecuali orang yang terlibat dalam pertandingan. peserta termasuk aku pindah blok lain, orang yang stay untuk tolong pindah blok aku. orang pertama yang sedar hari tu birthday aku ialah sorang akak ni, dia tumpang bilik aku.

time tu aku datang bilik jap sebab nak ambil baju kurung lebih. pastu dia kata "eh, hari ni birthday awak kan? happy birthday!". aku terkesima "mana akak tau?". dia jawab "tu ha, dekat loker awak tu" seraya pointing dekat kad loker aku, ada nombor IC kat situ.

"thank you kak". keluar bilik rasa sebak. aku call mak aku. aku tak call awal-awal sebab aku merajuk. mulanya aku taknak masuk Minggu Bahasa, sebab aku nak balik. lagipun mama kata, kalau aku masuk jugak, takde sapa nak datang masa birthday, takde sapa nak ambik aku untuk cuti seminggu. maksudnya aku kena spend cuti semester dekat maktab yang sunyi, tak dapat balik padahal orang yang tak terlibat dalam Minggu Bahasa dapat dok rumah dua minggu.

tapi aku masuk jugak, sebab Kak Syaza The Trainer sambil peluk aku kata "I really like your facial expression sweetheart. you're one of the bests. and we have the same chubby cheeks!". terus aku decide nak teruskan berchoral speaking, jadi tak dapat balik cuti.

malam, baru roommate aku, sorang Choral Speaking sorang debate, wish aku happy birthday. mana diorang tau? daripada akak yang tumpang bilik aku tu. i owe you a lot, sis. setiap kali tengok birthday yang meriah dekat maktab, aku jeles. takpe, maybe next year, aku kata. but there's no next year in Serting, i didnt know that.

i think i never asked anything for my birthday in living memory. not even cakes, let alone presents. i just dont seem to think that those things matter, but in reality they do cheer people up right? i practically banned my mother from giving me anything or cash, not for birthday, not for raya, not for UPSR, PMR, or any exam either. she better spend her money on what she desires rather than buying me things.

but on 25.3.2008, the early era of my solitary birthday, i came home from school to find a birthday cake. but no one was there to celebrate me. apparently my mother asked Abang Kesayangan to buy me a cake. but he ate that cake, oh yes he really did eat my birthday cake. no courtesy to wait for me at all, the reason of the presence of the cake in the first place. my mom was furious, but all she could do was to snap a picture using her phone camera.


this was the last birthday cake of mine.

setiap kali aku tengok gambar tu, aku sebak. bukan sebab teringatkan abang aku makan kek aku sebelum aku sempat rasa pun, tapi sebab macamana mak aku nak kasi aku happy on the so called birthday, walaupun takde family lain yang datang untuk menunjukkan kegembiraan, macamana mama suruh dia beli cake, macamana mama cuba, tu yang buat aku sedih.

jangan tanya kenapa. korang pun mesti pelik dan rasa poyo betul aku ni, tapi entah, dalam hidup aku banyak benda yang aku tak dapat explain, yang orang lain tak dapat faham.

thank you mama, i dont need anything on my birthday, i never asked for anything, but company, love, and family. because sometimes, i dont feel like i have any of them.

i pray more than i ask, because things i want are mostly in His hands, His call. Every year i wish for Allah to grant my high hopes and desperate wishes, that's the best i can do.

Thank you everyone, who was, and is there, here, with me :)



Friday, March 19, 2010

My Only Pointer in MJSC.

*********************************************

i am positive that Form 4 is going to be just as Form 1 was. in term of friendship, adaptability and academic achievement. for the first two, its gonna be much difficult than ever to reach a point when i am comfortable enough to avoid making breaking down as a weekly basis. academically, i sucked when i was in Form 1, and i sense that history will be repeated again.

sometimes i've gotta take the credits, too. i admit i thought that i was going places but it appeared to be the opposite. if i hadnt dropped out of MJSC, maybe now i am somewhere in a PKP. oops, did i blow much from my trumpet? pardon. when you feel inferior, you tend to seek something to make yourself superior. the same goes with how you are determine in making yourself appear to achieve less than other people do, when actually you are on top of them. its only normal, isnt it?

i remember getting 3.5 for final sem 1 in Serting, receiving Principal's Award. those who were in Principal's List, pointer 3.5 and above, gotta join the night trip to KFC. at that time, KFC was a heaven. KFC was the best thing Jempol had to offer, unlike at the present. three years ago i had to endure the nausea caused from riding up Bukit Putus yg bersimpang siur mcm ular kena palu, a spot famous for accidents, now the roads are better. i tell you Kecik, you got the timing right.

about the pointer i got, i wouldnt be proud of it at all, if i wasnt in such a horrible state during the exam week. i had this terrible fever, when you can feel how hot your skin is, how much heat your breath gives, how your eyes are puffy and all red you can see blood vessels in them. i could barely stand and talk, even my friends noticed my body temperature as they lightly brushed me by accident. of course, i didnt study anything, i was too busy forcing my eyelids to stay open. if it had not been for the exam, i would have packed my things and left.

but exam was being held and i had to bear it all. surprisingly, i got into the Principal's list without even doing revision. but sadly, i knew i could have done much better if only my immune system didnt betray me. damn you, unsympathetic high fever.

now i realized i had my chances, if only i things didnt go wrong and i could stand them. if only i stayed, i might have been in Principal's list every semester, entered various competitions and be polished to the maximum level, radiated hidden talents and strengths better. at Serting i could have been anyone. but here? i'm still the old me.

i wonder if i have made my life a waste, the past and the future. can a 16-year-old think that she's wasted the golden ticket, thus her whole life? well, i can.

future is consists of thousands pieces of a mysterious puzzle, and i am afraid if some pieces are broken due to my reckless steps. please, no.

Kalau Aku Henry, Hiro Nakamura atau Doraemon.

aku tengah dalam fasa khusyuk membaca The Time Traveler's Wife. tidur tak lena mandi tak basah selagi tak tahu kesinambungan cerita ni. makan masih kenyang, oh tu sentiasa. masa dok kat Renaissance (hotel terbest di Kelate. padahal baru pergi Kelate 2 kali seumur hidup), aku habiskan masa atas katil diselimuti gebar gebu sebab kesejukan yang amat dan dalam tab mandi direndami air panas dan buih, baca novel tu. tanak kalah berendam berjam-jam sampai sesak nafas dan hampir pitam. mungkin sebab kehabisan oxygen ataupun stim yang melampau? heh. stim wap air okay, otak tu tolonglah bersih sikit *geleng kepala

kalau aku ni time traveler, aku nak pergi masa depan. aku ni orang yang percaya 'one step changes everything'. aku percaya kita boleh tersilap langkah dalam hidup, tersilap pilih. aku percaya walaupun ada perkara yang dah tertulis, tapi masa depan sangat subjektif. aku percaya kalau kita ubah sesuatu yang tak sepatutnya terjadi, macam paksa sesuatu peluang jadi milik kita, benda tu salah. aku percaya yang setiap pilihan kita ialah turning point untuk sesuatu yang lebih besar.

aku jugak nak tahu, betul tak apa aku buat ni? jadi manusia tak kalau aku pilih yang ni, berjaya ke aku kalau aku pilih yang tu? aku nak tau apa jadi dekat aku sepuluh tahun akan datang. aku nak tau apa malapetaka lagi yang aku kena hadap. aku nak tau bila perkara yang aku paling takut jadi. aku nak tau hidup ke aku lepas fasa kesedihan melampau tu berlalu? dan aku jugak nak tau sape suami tersayang nanti, awh.

kalau aku time traveler, aku nak pergi masa lampau jugak. aku memang minat gila dekat sejarah yang tak dapat dipastikan kesahihannya, macam legenda. Hang Tuah? Puteri Gunung Ledang? Cik Siti Wan Kembang? Mahsuri? betul ke semua tu? sampai aku rasa tak sabar nak tunggu masuk syurga. kat situ aku nak selongkar pasal segala mitos yang ada. minat sangat sampai lupa sebelum masuk syurga tu, haruslah dibayar dulu semua dosa dekat neraka.

aku pun nak rasa hidup sejak zaman Nabi Adam, semua Nabi, Rasulullah saw, zaman Aristotle, Leonardo daVinci, Shakespear, zaman kesultanan dulu-dulu, sampailah akhir zaman masa robot tu perkara biasa, and aku jugak nak tengok apa jadi masa Dajjal, Yakjuj & Makjuj keluar nanti. camna rupa Nabi Isa, Imam Mahdi? tamak, semua aku nak tau.

aku nak pergi zaman Mama Babah berbalas surat cinta, zaman Babah mencuba tapi Mama jual mahal. zaman Mama Babah kahwin, jalan bawah pedang diiringi askar muda yang pakai baju askar putih mcm Babah, dan Mama bergown putih jugak. Aku nak pergi zaman kegemilangan keluarga kitorg. aku nak kenal babah puas-puas, aku nak nikmati semua sementara ada. aku nak pergi dekat Orang Tua Tak Kenang Budi pastu sepak anu dia, dan cakap kat babah jangan percaya tua jahil tu dengan business kita. aku nak pergi masa keluarga semua bahagia.

paling penting, aku nak jumpa diri aku tiga tahun lepas. aku nak jumpa aku yang masa tu 10 kg berat daripada biasa. aku nak jumpa dia dan kata

"Kau akan masuk MRSM Serting. impian kau sejak kecik dah jadi realiti. tapi first day kat sana, tolong jangan masuk RAA 20. tolonglah, walaupun RAA 20 sebelah toilet ngan depan Hall Kecik dan Hall Besar. pilihlah RAA yang jauh daripada RAA 20. jauh berjalan untuk kencing dan tengok TV bukan apa-apa nak banding dengan apa kau akan rasa duduk dalam bilik tu. kalau kau masuk jugak, 7 bulan kemudian kau akan keluar Serting. jangan masuk RAA 20, nescaya kau akan sengsara dan kau akan lepaskan peluang untuk masa depan yg cerah. kau akan habiskan masa kau tempat yang kau idamkan dengan linangan air mata dan pergaduhan yang takde penghabisan. percaya tak kau akan tinggalkan Serting yang kau sayang? percayalah. jangan terkejut beruk nanti."

tarik nafas, sambung lagi.

"kau masuk KRK balik, kau jangan rapat ngn sesapa. sebab tiga tahun pastu, kau akan kecewa. kau akan sedih, rasa terluka. dahlah Form 4 sangat menyakitkan hati dalam semua segi. sampai kau tanak pergi sekolah sentiasa. kalau boleh masa Form 3 tu kau belajar-belajarla suka Lukisan Kejuruteraan, bukannya masuk kelas yang cikgu dah aturkan untuk kau. lepas tu kau janganlah study, betul. kau dapat 8A untuk periksa selain PMR, semua tu tak bawa pekdah apa pun. apa kata kau main je puas-puas, masa nak PMR baru kau pulun habis-habisan. kau dapat 8A trial pun tak dapat offer mana-mana kan. buat penat je."

aku tiga tahun lalu ternganga.

"orang lain main-main je, cemerlang jugak PMR. dapat belayar ke sekolah idaman. kau? masa Form 4 nanti kau akan tensi gila sampai kau duduk sorang-sorang menangis. kau taknak peduli pasal orang lain. kau rasa tujuan hidup kau untuk belajar je, bukan untuk berinteraksi. tapi kau salah. tak sampai dua minggu kau akan putus asa, kau tak tahan. kau tak boleh tipu diri sendiri. kau orang yang perlukan kawan. dari sekarang kau praktikkanlah hidup sorang diri ye. sapa-sapa nak bergosip, bersembang, bergedik bersama kau, tolak offer mereka. sebab nanti mereka pergi, dan kau tinggal sorang-sorang. biasakan diri dari sekarang, aku taknak kau rasa apa aku dah rasa, apa aku bakal rasa. okay itu je nak cakap, semoga berbahagia. babai!"

dan poof! aku pun hilang, meninggalkan diri aku tiga tahun lepas, meninggalkan dia terpinga-pinga tak percaya. semua pada dia macam lawak bodoh semata.

kalaulah aku seorang time traveler, kalaulah.

Saturday, February 27, 2010

Fat in Serting, blame the DS!

Kata Kecik, dia telah dihujani satu jenis soalan bila dia tanya budak Serting diorang kenal tak aku. soalan itu bukannya "Amalina yang HOT itu ke?"

tapi, soalan jujur

"Amalina yg chubby tu ke?"

yes people, i am still chubby and *cough*fat*cough. but when i was in Serting, it was a disaster. i was a water balloon, if you will. i once was mocked at by a gang of moron rugby players, but still one of them was nice to me (Abang Hensem Bermisai), and i had a crush on him! gosh his eyes, his misai. . . okay what the heck. and despite how i was an overweight, i had this thing going on between me and one of the most adored senior at that time. quite a reputation eh?

so i would say, i miss my lucky fat!




lebar selebar-lebarnya.
with my homeroom, the craziest and the funniest of all.



with my mates, during Minggu Bahasa. from or to Choral Speaking practice.



the best day of my short and tragic Serting life,
after Choral Speaking in Minggu Bahasa :')

looking at those pictures, i have to be grateful sometimes for being the current me :D

Aku taknak Asrama, Aku nak Asmara.

aku memang tak boleh tak fikir pasal hidup aku. betul ke apa aku buat ni? betul ke keputusan aku? nasib pun mengatakan aku kena stay sebab second intake SBP tak dapat. orang yang dapat second intake mungkin yang muka mak bapak dorang tiga pat kali naek pejabat pendidikan buat scene kenapa anak tak dapat walhal 8A. macamlah anak dorang je 8A pulak kan.

sebab aku apply MRSM juga rasanya. bila apply dua2, nama kita dorang bahagi. satu kementerian satu MARA sebab tu takkan ada yang dapat offer dua2, kecuali korang ni ada bela jin suruhan. jadi mungkin nama aku tersesat di MARA lagi sekali, tapi memandangkan UKKM adalah amat teruk, memang sampai kiamat pun takkan dapat. mungkin kalau aku tak apply MRSM, aku akan dapat SBP? mungkin. atau memang tak layak, senang cerita.
kat Serting dulu, ada sorang akak ni. aku gila respect dia mostly sebab die lower form budak skolah harian je, upper form baru MRSM. tapi terus dpt Vice Pres BKP (kot). masa form 1, dia masuk asrama agama. tapi seminggu je dia tak tahan dia terus keluar. dia janji dengan mak bapak dia, form 4 nanti dia masuk asrama balik. aku salu datang kat dia kalau ada masalah. bila keluar Serting, aku dah tekad, aku nak jd mcm dia. aku nak ada cerita yang dpt naikkan semangat budak yang tensi mcm aku dulu. PMR aku nak dapat 8A, aku nak masuk balik MRSM, THIS VERY MJSC SERTING.

memang aku hostelsick gilalah, mimpi masuk Serting balik, menangis tak pasal2 rindu sangat. bila form 3, aku macam dah tak heran. makin lama makin tak kempunan. walaupun aku tau peluang tak cerah duduk sini, dan sangatlah tak best sebenarnya jadi budak sekolah harian.

kalau asrama, tak kesahlah perangai mcm hantu sekalipun, pointer tinggi ke tak, bila kau keluar dengan baju batik, memang public akan respect. tak macam keluar sekolah Lembah pakai baju putih kain biru, balik lambat stayback pun orang ingat budak petang ponteng.

bila teringat suatu ketika dulu aku pernah jadi budak 12 tahun yang kononnya takkan hidup, takkan jadi manusia kalau aku tak duduk dekat asrama, dan sekarang lihatlah realitinya, aku memang takkan duduk asrama, memang kelakar.

betul ke jalan yang aku ambil ni? entah. malas dah nak pikir. kalau nanti semua kawan aku dapat fly tapi aku stuck kat sini, aku nak kata apa? tunggu dan lihat saja laaah.


Sunday, February 14, 2010

Ada Serting, Ada Jasin, Ada Pengkalan Chepa, Ada Alor Gajah, Ada Terolak. sapa suruh korang pandai sangat ni.

Haih budak2 yang nak ke MRSM, Jumaat lepas tak over pulak sedihnya untuk korang. guess aku hanya blur dan taktau nak buat apa dah, rasa mcm kalau nangis pun bukannya korang nak ubah fikiran kan. so to hell with it.

Kecik, semoga dapat hidup di SERTING! haha. dont worry, you'll be fine. first week kat sana dulu, kita pernah berangan dengan roommate kita. kat sana, dewan makan, dewan kuliah, semua guna nama best student. kita pernah gelak2 bercita2 akan buat sampai 10A untuk wujudkan Tandas Amalina dekat situ. sebab kita salu masuk tandas; menangis, lepas makan, betulkan tudung, betulkan hiasan muka, tandas dah macam kelas kedua. awak pun buatlah betul2 ya, sampai nanti akan ada Bilik Seni Kecik kat situ. boleh awak lukis anime puas2.

Masyi, eh budak ni kan. kononlah dah tak heran pasal asrama macam aku sebab pernah merasa, last2 pergi jugak. hujung dunia dekat Pengkalan Chepa pulak tu. semoga awak dapat jodoh Kelantan seperti yg awak tak inginkan. jauh tu Masyi, bapak jauh. seriously kalau kita dapat PC, harapan in thousand years lah akan accept. eh bajet pandai sangat pulak aku sampai nak dapat offer bitara. mingle2 lah dengan orang Kelantan ya, and Syahirah Aisyah Kesayangan ade kat sana <3. hope komik kecik Cerita Masyi dan Ama yang kita buat tu awak simpan jadi khazanah, tampal kat meja belajar. kalau ada budak laki tanya sapa Ama, sila lah bagitau yang elok2 belaka walaupun awak terpaksa menipu. haha

Adam. aku nak cakap jugak pasal kau walaupun kau sangatlah kesah pasal aku dan sangatlah tau aku ada blog. sebab kau kan first crush aku weewee haha. adam dah besar sekarang, bukan budak manja yang demam lepastu mak datang sekolah suapkan ubat yang aku suka masa darjah 4 dulu. kau sekarang dah maju, dah kapel dah pun. semoga kau sentiasa ingat aku sebagai budak yg pandang kau masa kau nerd gila dulu, bukannya masa kau smart sekarang. dah ada awek, jangan tetiba melekat dengan budak FELDA Terolak pulak.

Hazirah. anda kan, haih. awak sumpah macam pakwe yang tinggalkan orang. tinggalkan kita. nothing much to say, sebab kita dah pun kasi awak surat beserta inhaler untuk selesema. but for the record, i paste them here jugak. in case surat itu terhilang, bolehla awak jenguk sini dan terkenang.





and peta minda kehidupan aku tu bukan hanya untuk Hazirah renungkan, tetapi untuk semua kawan yang telah buat aku ditinggalkan.

enjoy :)

Sunday, February 7, 2010

Makaroni dan Memori

aku mendapati aku telah turun 1 kg. jadi sebagai seorang budak yg cepat lupa diri, aku pun terus memasak cis makaroni. yang aku melantak seorang diri.



nyum nyum. aku rasa cis makaroni aku lagi sedap daripada buatan KFC (?).

sedang lincah di dapur, tetiba Auntie Sariah datang. macam biasa, dia akan jadi ratu air mata bila terkenangkan persahabatan dia dengan babah. tak sah kalau tak keluar cerita dulu-dulu, camna babah gilakan mama, dan sebagainya.

menyampah tak bila aku linkkan setiap perkataan? ngaha.

kali ni cerita yang babah nazar puasa kalau dapat mama. mcmana babah hepi mama balas surat dia, Auntie Sariah pulak menangis sebab terharu. kawan2 dorang semua cadangkan babah pergi Gunung Ledang, ambik berkat untuk ngorat mama. seriously.

kalau akulah jadi Auntie Sariah, aku akan marah babah. tak rasional sukakan orang mcmtu sekali. kot-kot mama ni kaki kikis ke, pisau cukur ke, meroyan ke, mana lah die tau. tak kenal, main suka je. tapi kalau dah jodoh. naseb mama i baik you.

orang dulu selamatla kalau nak buat perangai macam babah. sebab orang dulu semua baik. tak pakai tudung pun baik. tapi sekarang? tah hape tersembunyi di sebalik tudung pun kita tak tahu. sekarang janganlah nak maen-maen macam bapak aku, solat hajat untuk dapatkan perempuan yg kau tak kenal pun. bahaya. sekarang bukan dulu, sekarang dunia dah maju.

lepastu terkeluar cerita yang satu hari in her early 40s, mama tepon Auntie Sariah. mengadu, kata dia pening2 rasa demam. dia risau kot2 ada penyakit, tak bagitahu babah nanti babah gelabah. sekali tengok2 aku yang buat mama pening time tu. haih, sedih lah pulak camne hepinya mama babah dapat anak perempuan tiba2. ingatkan dah tutup kilang, dah redha dah anak jantan je yg ada. sekali aku sampai. tolongla ya Allah, bagi aku ni berbaloi sikit ;(



ini kenangan aku dekat MRSM. kad matrix aku sangatlah huduh, macam Ju-on bak kata classmate aku. aku sendiri tak sanggup tengok, sebab tu aku tampal sticker smiley tu. lagi sedap dipandang. tag Minggu Bahasa tu pulak, omegod boleh nangis terkenang. my best moment in my short MJSC journey. tag aku hilang, so tag tu pemberian seorang senior yang masa tu. . . eh eh terbagitahu pulak. rahsia rahsia. weee.

aku teringin sangat nak merasa hebatnya friendship dekat asrama, mcm kawan2 Serting aku rasa. aku rindu. terkenangkan MRSM, memang tipu kalau aku kata tak best. memang tipu kalau aku percaya kawan-kawan aku yg dah pindah ke asrama takkan lupakan aku. memang tipu kalau aku kata diorang teringatkan aku, walaupun dah dua tahun duduk sana.

sebab hidup dengan kawan dekat MRSM, sangatlah mengujakan.

cuma bukan nasib aku nak merasa lagi sekali. kawan2 aku kali ni dapat peluang, dan aku taktau sama ada aku nak diorang dapat hidup yang teruk kat sana macam aku dulu supaya diorang rindu aku, atau nak diorang hepi dekat sana dengan risiko aku dilupakan.

tapi aku nak jadi baik. berbahagialah korang di sana, ya.

Friday, January 22, 2010

Buta Gadget (part 1)

kalau cakap pasal gadget, akulah paling lembab. aku kesah sangatla ape yg paling trendy or moden, yg org gilakan. asalkan boleh communicate, boleh entertain telinga aku masa latihan menjadi anak dara bertauliah (basuh kaen dll) pun dah bagus. kalau aku dah ade, takdelah aku teringin nak beli yg baru. old-school lah. juga merangkap cool.

aku nak tunjuk gadget aku, kesian ade yg agak keterlaluan kekomanannye sampai aku nak guna depan orang pun segan. jadi kat sinilah aku tebus balik ye.



camera pertama. beli masa darjah 5. camera 'cekek' kawan2 3C1 kata. sebab guna filem, kan ade bunyi tu. ini camera ade memori extraspesel sikit. gambar aku bersama crush waktu itu. die yang naklah! mase tu ramai berkumpul tengok kitorg, serious femes mcm artis. versi SKLK lah.

rosak masa form 1. dulu orang dah maju pakai digital punya. masa ramai2 berebut nak tangkap gambar dorang angkat camera je, sebab gambar tengok kat screen. tp aku kena lompat setiap kali nak 'cekek', biaselah camera kita kena tengok ikut lubang tu je. zoom pun tak boleh. kesian. tapi takpe, die camera aku, yg dorang guna tu camera mak bapak, mahal pun tak heran. hehe.



masa 2008, baru beli baru. kali ni digital, tak payah aku nak terlompat-lompat mcm babun lagi. camera ni tak slim mcm orang laen punya, camera aku gebu mcm tuan dia. wp luaran sebegitu, dalaman dia mmg terbaek. mcm tuan die, tak dpt disangkal dah ni ngahaa. sebab gambar dia lawa. mcm camera besar yang boleh pusing2 tu. boleh blur atau sharpkan gambar, tp tengok skill tuannya lah jugak ehhem. gambar die lagi best dr camera2 lain. Nawa pun beli camera jenis sama sbb die dah tengok kesaktian camera ni. sayang gila, kaulah alat aku capture kenangan, kaulah yg sentisa aku bawak ke mana2, kaulah kawan aku camwhoring, kaulah segala-lanya. tsk.



aku beli ni untuk teman aku dekat hostel masa form 1. nak basuh, sidai, gosok baju, semua dengan mp3 ni. sambil makan milo keras atau maggi ke. prep pun pakai mp3 jugak. terutama bila nak dengar kisah aspura. budak laki lepak depan meja aku, tak kesah nak perlahankan suara sebab ingat aku dengar mp3. kehkeh. habisla aku tau cerita boxer sape tertanggal semua, dan cerita laen yang menggelikan. salu dengar lagu2 lama zaman 50an dengan Irah, sambil nyanyi kuat2. and first time bersembang dengan senior pujaan ramai pun pasal mp3, awhhh.

mp3 ni guna battery. supply sentiasa ade kat koop. selalunya aku letak battery bawah matahari masa pagi, prep malam baru ambik. jimat. orang laen mp3 kena charge, leceh. sebab guna battery, ramai nak pinjam, tapi guna battery sendiri. tengok orang lah jugak, kalau muka semacam, kirim salam. soseh soseh mengatakan aku kedekut, peduli ape aku asalkan mp3 aku selamat. dulu sorang minah nak pinjam, aku tak kasi. die pinjam mp3 orang lain. tup tup hilang mp3 yg die pinjam tu. kalaula aku lembut hati kasi die pinjam, mp3 akula jadi mangsa. siap jadi kes akak2 lagi tau tak, pastu dia salahkan aku tetiba. tah ape motif aku taktau.

mp3 ni berhenti berfungsi pada tahun 2009, di tangan si Zakwan. cis kau. dia pinjam, paling bestari dia guna komputer sekolah. memanggg komputer paling selamat dalam dunia. bukan hilang file, tapi hilang bayang. tak dapat detect terus. aku rase mcm kawan baek aku mati. try beribu kali, tak hidup jugak. tragis sungguh. sedih doh terkenangkan mp3 nila ade kesan hidup aku dekat MRSM. die teman aku bila bengang, die teman aku bila gumbira. die tolong aku hidup dekat Serting. dia tolong aku pekakkan telinga. dia saksi semuanye. oh mp3ku.



mp3 baru. dibeli last year. aku cari mp3 jenis lama yang dah rosak tu. tapi takde, aku beli yang ni. leceh sikit sebab charge guna computer, high maintenance betul. memang bukan jenis yang sesuai dibuat teman ke asrama. other than that, best jugak. lama-kelamaan dengan kehadiran mp3 baru ni, mp3 lama aku dilupakan. duduklah dia sorang-sorang dalam laci kat hujung tu, kawan dengan labah-labah. rase bersalah lah pulak T___T

mp3 memang sahabat aku yang paling rapat, dah asyik melekat dekat telinga je. mcm dengar bunyi kawan manusia, camtulah aku dengar bunyi mp3 ni. cuma bezanya, aku berkhidmat dekat kawan2 yang bercerita, tapi mp3 ni berkhidmat untuk aku :)


screen saver dia, comel kan? its a spinning smiley!

the best gadget of mine. the oldest. the first. the most loved and the hardest to let go. walaupun beliau sangatlah kuno. handphone pertama aku. dibeli on 11/5/2005. lama aku pujuk mak aku pasal nak beli fon sendiri. aku perlukan approval je, duit sendiri punya. kan aku dah buktikan ade fon sejak darjah 5 dan bertexting setiap malam tak mengganggu pelajaran pun. ngehngeh.

aku antara terawal dapat fon. cool lah aku, darjah 5 dah boleh type message sambil tengok tv, maksudnya mata pandang ke lain. jari aku laju je tekan wlaupun tak tengok keypad. fon aku kira masyuk lah dulu. tapi sekarang. . . paling kesian. orang dah tak guna yg macamtu. aku sedapkan hati fikir yang dorang baru dapat fon, memanglah hebat. aku dah dapat dari dulu. walaupun hampeh, aku sayang gilalah fon ni sebab banyak kenangan. lagi lama guna, lagi sayang.

dulu fon ni diari. tempat aku tulis pasal kisah suka suki. fon ni simpan message2 yg aku terasa nak simpan, yg baik2. bila ada orang kata akulah perempuan pertama yg blablabla, macam2 lagila. memang fon ni simpan 5 tahun sejarah hidup aku. sebab tu aku sayang nak tukar. aku tak kesah, aku ade mp3, ade camera. takyah ade fon fungsi mcm2 pun takpe.

dua kali dah aku tukar cover original, cuba kira berapa aku rugi. baik beli fon baru terus. tapi aku taknak. pernah sekali nak beli, dah pegang mana yang berkenan. tapi i just didnt have the heart. last-last aku balik dengan cover baru untuk fon aku. banyak kali fon ni aku campak, baling, terjatuhkan, terhempas. tapi tak rosak pape. cuma biaselah, battery lama, charge tiga hari dah kong. kalau active texting, sehari lebih je dah padam.

aku takkan beli baru sampailah die betul2 rosak. walaupun zaman tu nanti orang dah tak pakai handphone, orang letak cip dalam telinga je. aku setia.


yang ni takde screen saver :(

tiba-tiba dia ni hadir tak pepasal. surprise dari mak aku. aku dah cakap aku taknak reward, dia paksa jugak. kalau tak aku kata je aku nak Domino's seminggu. dengan London Weight Management for free untuk cairkan lemak aku lepas makan berlambak pizza. tak lebih dari tu.

bukannya fon baru. memanglah aku berterima kasih, berterima kasih sangat. tapi aku tak ready. even seminggu tak bukak walaupun dah ade dalam rumah. kesian Nokia 3120 lama aku :'( apalah die nak dibandingkan dengan E71 ni.

last-last aku bukak jugak. WOW. ini memang sangat melampau. harga, rupa, fungsi. dahlah untuk orang kerja, boleh tukar mode bussiness kepada personal. siap boleh pakai banyak line lagi. apelah budak mcm aku nak buat dengan fon mcm ni? membazir.

bayangkanlah transformasi mengejut ni. daripada fon yang tah pape, terus jadi fon yang lengkap gila. tapi aku still prefer yang lama. aku tak masukkan sim card dekat yang baru tu pun. aku on untuk godek-godek sikit je.

fon ni bukan untuk aku. aku tak suka overstated luxury, moden, trendy. aku tak suka orang anggap aku brat yang dapat segala2nya. aku suka jadi laen dari laen. aku suka aku sorang je pakai fon ketinggalan zaman. aku segan kalau orang nampak fon baru ni. over sangat. aku macam mak aku, dah ade yg elok, nak simpan. yg tak elok, nak tunjuk. harap2 bila aku dah bgtau dekat sini, korang takdelah fikir yang bukan2 ek.

kesian mak aku. die dah beli. kena lah guna. baek beli yang murah, asalkan feminine. ni dahlah hitam. not friendly looking, nampak cold je. nipis sangat. aku boleh patahkan sekelip mata. aku dahlah suka terduduk atas fon. apetah lagi kalau E71 ni jatuh, sure cepat rosak. aku rase benda yang makin canggih, makin fragile. makin kuno, makin kukuh. tak lama lah benda ni bertahan dengan aku. die punya keypad konon hot sangatla buat mcm computer? tak mcm biase? sekarang aku kena bela kuku panjang, guna jari memang salu tersalah tekan. kena guna dua2 belah tangan pulak tu, kalau tak memang sengal. sekarang type pon kena pandang, pastu slow je.

aku tak hebat mana lah nak guna fon mcm ni.

mak aku kata, tukarlah. sebab ini hadiah asal untuk aku, kalau tukar rase tak baik pulak. ni gadget pertama yang bukan aku bayar. aku nak je tukar yang murah, takpelah kalau mak aku nak bayarkan pun. E71 ni bukan untuk aku. tapi nak buat macamane, sesuaikan diri je lah.

aku still pakai Nokia lama aku. tapi aku kesianla pulak dekat yang baru ni, mcm dipinggirkan. so sekarang memang aku on dua-dua, wp satu ade simcard satu takde. baru adil.

macam dah berpoligami pulak aku ni.

papepun, terima kasih sangat sangat ma, memang ayu tak expect pun pasal ni sebab as far as i can remember, i have actually threatened you not to give me any bloody thing.
well, that's my mama :')

Friday, January 15, 2010

Kenapa Aku Taknak Asrama

punca aku kuar asrama salu disalah ertikan. espeselli bila yg mulut becok itu ialah makcik2. atau pakcik2 yang mulut same becok dgn perempuan. diorang kata sebab aku manja. konon tak biasa makan nasi kawah, tak lalu. konon tak larat basuh kaen sendiri tiga kali seminggu, penat. aku menyirap sebab tu semua lgsg tak jadi hal pada aku dulu, wp aku mmg manja. manja. dan manja.

before masuk MRSM jarang gila basuh baju sendiri (MANUALLY), setakat spentot spentis itu memanglah. tapi bila masuk asrama, automatically mind aku dah set, body aku dah adapt. mcm aku dan ade bakat semula jadi untuk berdikari. orang kata aku kuar asrama sbb tangan kecut rendam baju? baek aku rendam je kepala aku kalau camtu.
laenlah ade budak second intake dulu, mak die dtg setiap minggu basuhkan baju . kalau bawak balik rumah takpe, ni dtg situ share sinki dengan kitorg. aku manja tahap cipan pun tak mcmtu, taktaula pulak die manja tahap apa. cume dengan peraturan la aku tak sekepala, tapi lama-lama, terbiase jugak. senang cerita kalau setakat life kat asrama yang mcm robot tu, aku kire cemerlang la wp hati dah mcm beku dah. beku tapi berlava.
korang ingat aku suke dilabel lembik tak boleh berdikari? dorang taktahu apa aku dah rase, dorang taktahu apa aku dah kena, jadi tolonglah diam. kalau betul la aku tak tahan beban kerja sendiri kat asrama, camne aku dpt tahan sampai 6 bulan?

aku taknak asrama form 4 bukan sebab aku masih menggeletis taknak buat semua sendiri, taknak rase susah sikit. tapi banyak sebab laen, yang aku taknak bgtau. yang mungkin korang tak terfikir, sebab tulah korang rase senang nak tinggalkan semua. wp bukan sebab manja, aku nak ckp aku bertuah dpt rase nikmat sebulu dengan mak sendiri semntara ade kesempatan.
we are more emotionally bonded because we share almost everything. i dont mean the 'he's so cute!' and 'mom go get me a husband' type of things. i mean my mom has seen the worst of me. and my worst state, when i was abused and cried hysterically. my mom doesnt understand me best, but she knows. thats what i have, unlike some unfortunate others out there. its got nothing to do with mama's cooking or the comfort of mama's hands.

have you ever love your mom so much because of all the bad things that happen to you? up to the point you actually dont think you need a man if you're with her forever? i have.

its normal to be homesick, so obviously thats not even a factor of why i dont prefer asrama. kau pergi mana-mana pun, kau akan jumpa orang homesick. dulu aku tak homesick sampailah masalah timbul. homesick will pass. budak2 asrama yang tak rase pape biasenya budak yang takde strong feeling untuk keluarga. cool lah jugak sebab tak sedih, even kalau boleh nak stay kat asrama mase cuti. tp aku rase kesian kat dorang.
yelah, mak tak layan. bapak kerja jauh. etc etc. mcm ade kawan2 Serting aku. sorang tu, bila mak die call, die baling fon cakap "babi tua ni lagi". die angkat bila nak minta top up je. kalau tak, sampai nak mak die mati. rupanya mak die doktor dan bapak die askar, kat rumah mmg jarang. lagi sorang pulak, terang-terangan kat Myspace kutuk mak die semata-mata sebab mak die tak kasi die sosial sangat. maybe mak bapak dorang sibuk, tak kesah kalau anak nak buat ape pun asalkan tak menyusahkan. budak jenis mcmni, masuk asrama lagi cilake.

aku bukan taknak asrama sebab family aku happy gila. what happy family? tapi its amazing, how big portion of hatred you have, you dont want to go back anymore once you can fully support yourself, , how much you loath how your home is significantly different, but only one person can hold you back. makes you hide your anger, forget your tears. how much i hate my home, my mom is here, pulling me unintendedly, a small force that defeats a larger gravity, called love.

thats why i'm not going anywhere. aku sakit hati macamane pun, aku takde kawan dekat sekolah macamana pun, aku rase nak lari macamana pun, aku tak buat sebab aku sayang mak aku. betullah tema Harry Potter 'love is the greatest power of all'. oh ye memang tema heri putur mcmtu, korang yg tak bace je ingat heri putur pasal hocus pocus semata-mata.

sebelum buat UKKM, aku doa, kalaulah tempat aku kat MRSM, Allah tolonglah aku buat dengan terbaik. kalau tempat aku bukan dekat sana, biarlah aku screw up. and ternyata UKKM aku 20/40. terkejut? benar.

aku jugak doa, kalaulah takdir aku ke SBP atau SMS, bagilah aku tempat dekat sana. tapi kalau tempat aku memang dekat sini, mcmane aku benci pun, janganlah bg aku tawaran apa2.

dan ternyata, memang aku tak dapat offer mana-mana.

agak terkejut, sebab i was so sure yang since aku ni malang, aku mesti dapat offer asrama. supaya hidup lebih malang. tapi sekarang, aku taktau mana lagi malang, staying or leaving. God works in mysterious way, maybe he's testing me. mungkin aku sepatutnya buat rayuan, dan dapat offer as tempat aku memang dekat sana. atau tak? perlu ke aku buat rayuan sebab aku sendiri rasa ini petunjuk, mcm yang aku doakan. tapi, we'll never know.

aku cuma rase bersalah dekat mak aku sebab aku dah taknak susahkan die, and die nak aku pergi. sape suruh mak aku macamtu, cuba kalau dia mak yg boring dan tak boleh bersembang sama dan jahat dan ignorant, dah tentu aku buat solat hajat 40 kali untuk dapat asrama.

rase gembira aku tak perlu menanges berhingusan macam mase dapat tawaran MRSM dulu, keliru apa yg patut sebab hanya Allah je yang tahu apa yg terbaek. akhirnya ikut kata hati, aku pergi. 6 bulan kemudian, aku balik sini. tapi rase lega tak payah konpius sekarang dah hilang, rasa sedih pulak ganti sebab kawan-kawan nak blah dah.

setau aku batch kitorang yang dapat first intake, Farabi, Omar, Budin Munir dan Budin Hassan, Hafizah, Kembar, Izzati, Batrisyia, Zawani, Nawa, Danial, Aqif, Amira Amran, Kak Pah, Anis Yasmin, Aizat, Fatin Afifah ngan Nadiah. 9 orang classmate aku dulu, dua orang pernah kata nak teman aku dekat sini, tiga orang dulu cakap berapi je taknak pindah konon, dan sorang pernah jd crush aku hehe. haa mula nak speculate la tu, sebok.



they're dissappering and school isnt going to be any better than home is now.

Thursday, December 24, 2009

CONGRATS to bekas kawan, eh bekas ke?


bekas maktab, iaitu MRSM Serting. 124 out of 146 straight A students. Cayalah! FIRST PLACE in MRSM CATEGORY and TOP 3 among NON-GOV SCHOOLS for PMR!

WELL DONE :) proud of you guys!

cis terlepas detik popular aku. haha. takpe, better tambahkan jumlah utk SMKLK, biarlah Serting dgn konco2. dorang agak 'nakal', tp masih bergeliga. cehceh.

Saturday, October 31, 2009

Mimpi Lagi

YES HAJAT TERCAPAI! impian nak ponteng seminggu berturut-turut lepas PMR jadi kenyataan. gembira terkancing-kancing gigi sengih ni. rase macam cuti semester pulak, dan nak tambah lagi jadi cuti akhir tahun :D addicted addicted.

ape yg pasti kena lebih creative lah kali ni fikir alasan untuk surat 'MC'. hohoho. this is me people, dah lame buat kerja ni. sangat malas pergi sekolah durh. i mean what's the point kan? those kids who chose to leave next year will not interfere with my grand plan, sape suruh korang pindah pindah hah. tengok aku dah kena pendekkan ponteng sebab nak habeskan saat-saat akhir ngn diorang lah pulak. susah betul jadi people person mcm nih. *sigh*

tiga malam lepas, setelah lame mimpi same yg saspen tak dtg bertandang, akhirnya menjelma semula. dlm mimpi tu, wp PMR dah lepas, tetiba aku masuk MRSM SERTING BALIK, BALIK WEH. BALIK. aku taktau ape fungsinya masuk akhir2 tahun camtu. nak belajar, eh otak form 3 aku taknaklah subject form 4, shuh shuh.

tapi betape salah dan culture shock gila aku bile dgr yang budak Serting masih belajar, Bahasa Arab and etc., SUBJECT FORM 3. ULANG BALIK syllables. sgt nerd. and i was like, nervous and tak sanggup nak hadap benda yg same, termasuklah proses memalukan keluar MRSM. dlm setiap mimpi yg aku balik Serting, aku akan takmau dan malu gila nak masuk balik SMKLK and kuar MRSM buat kali ke berapa tah dlm mimpi2 tersebut.

dahlah dekat Dewan Selera budak2 dah start pandang, sure berita dah heboh Amalina Kembali ni. dlm kesaspenan, tetiba nampak Wani. Wani buat muka innocent ckp "eh ama, kite ingat kite dah bgtau awk yang kite pun masuk sini jugak". tak boleh blah ok time tu. tp nasib die ade, takdelah aku segan sgt, regardless Wani bukanlah org yg berhadapan dgn pokok pisang berbuah dua kali ni. agak lambat lah masuk kelas Al-Faraby, my previous class at Serting, with the very same people and teachers argh tidakk fobiaaa.

masuk masuk, Aril kate "haaaa tu dia!" tunjuk kat aku, dan kedengaran bunyi tepukan. tp taktau untuk sape, mungkin untuk Wani sbb diorang terpesona dgn kelawaan die kot? aku pun jalan sengih-sengih. time tu diorg tengah belajar prep malam, Bahasa Arab. muka yg aku nampak clear ialah muka Aril, Mia and Irah sengih, dan bila sampai belakang, Acap. yang aku tanak pandang, terutama bila cikgu suruh die bangun dan kasi tempat duduk die kat aku. time muka die dah tak puas hati pandang aku tu, tiba-tiba aku terjaga. cis, memang mimpi camnila mainan setan. kalau mimpi Fahrin Ahmad tu bukanlah kan.

dan aku penah mimpi Fahrin Ahmad.

kemudian mimpi 2 malam lepas ade kaitan dgn Serting lagi iaitu terjumpa dengan MCAF. ceh ceh name samaran you, biaselah budak asrama tigeblas tahun kurang kasih sayang di perantauan. gelaran ni ade kena mengena dgn Aznil Nawawi, itu pasal la ade AF. mungkin sebab profession mereka lebih kurang same kot iaitu MC. tekalah tekalah~ haha

mimpi pergi ke rumah MCAF, mcm dah jumpa family semua, kakak siap ade lg walhal die anak sulung. siap solat jemaah, tlg mak die kat dapur dah mcm motherinlaw-daughterinlaw moment lak. before tu konon aku jalan-jalan kat shopping mall mane tah dengan member, sekali jumpa die. something berkenaan tak solat lagi kot so ikut die balik rumah. daring gila. mimpi kadang-kadang memang pelik kan sebab kite tak fikir pun pasal subject mimpi tu, tetiba die datang angin mane bawak tah.

tapi agak-agaknya mimpi kalau ade kaitan dgn solat keagamaan camtu petunjuk Allah tak? k fine. alah it was just a normal crush, and i couldnt care less about him now (ignore: except stalk him a couple of times on myspace).

nak cerita ke? okok sangat tempting but its not like i ever tell it completely to everyone, so what the heck nak cerita public gila kat sini. bila berpijak atas bumi sptlah fikir bahawa memandangkan blog ini dipandang sepi oleh 'public', jadi takde risiko besar lah kan dedahkan kisah sensasi ni? cume katelah, KATELAH tanpe niat perahsantan di sini yang adela jugak 3, 4 orang bace, jatuh maruah i kalau depa tau, you. ok fikir fikir fikir.

conclusion; takkan cerita. tulah korang sape suruh tak support aku bila aku mintak pendapat nak buat personal blog pasal MRSM cerita hampir segala-galanya di sana? 'korang' mentioned as in Nawa sorang je yg tanya aku kenapa nak buat blog pasal MRSM, bukan pasal 3C1. sangat mendukacitakan nawa, tsk tsk if only korang tahu ape terbuku di hati ini. pahit getir masam manis semua ingin dikongsi, tetapi. . tengoklah aku yg tak femes ni, belum pape orang dah jeles rase tak dihargailah ape lah.

sebab tu lah aku tak femes mcm dolu2, saje tenggelamkan diri avoiding scandals and issues. kalau tak jadi mcm Gossip Girl lak kisah hidup kat SMKLK nih.

sekian habes edisi perasan menutup kenyataan dan perasaan.


Monday, September 7, 2009

PMR, like meeting mother-in-law to be.

Okay esok hari aku akan start belajar dengan serious, insyaAllah.

tiada lagi hari tidak jemu online 24 jam, hari menonton cerita best seperti semalam iaitu cerita The Hottie and The Nottie (lawak nak mati ok), hari tidur petang walaupun memerlukan letak lidi pengorek gigi di eyelids mcm Mr Bean, dan tiada lagi hari di dapur sehingga digigit tikus.

Aku akan belajar.
*mata bergemerlapan*

Esok bermulalah hari pertama untuk program PMR yang melibatkan 4 minggu keseluruhannya. kelas aku iaitu 3Cem1, 3Cem2 dan 3 Tqwa dah dipecahkan dan digabung dlm 20 kumpulan berlainan, satu kumpulan ade sorg mentor dan dua mentee. akan ade bengkel, latih tubi non stop dan juga gerak gempur.

aku dahlah tiada bakat menjadi seorg guru, habeslah ahli kumpulan aku nanti. pernah terjadi satu kes di mana aku mengajar Hazirah satu soalan matematik ni yg dia tak faham, aku mengajar sampai mcm menderita suruh die faham pada masa yg sama tergelak gelak sebab tu. rupanya teacher Zainab perhati je aku ajar die, die pon gelak. akhirnya teacher yg ajar Hazirah sendiri. malunya aku --"

method ni dah sinonim ngn sekolah asrama. masa aku kat MRSM dulu, form 1 pun ade mentor mentee camni. aku mentor sejarah, sains, BI, agama kot. dan setiap mentor akan dapat sijil, fuaaa. cuma sedihnya aku tak sempat dapat sijil sebab dah give up keluar mrsm awal awal.

aku sangat harap program 4 pusingan/minggu ni akan berjaya, amin amin amin. sebab mungkin ini jelah yg dapat bantu aku untuk dapat 8A. dulu mase aku dengar ade senior belajar sebulan je before PMR, aku tak percaya, mcm, mustahil lah. dan aku yakin dulu semalas malas aku pun, aku pasti akan belajar konsisten dr awal tahun.

tp tidak. aku hanya belajar bila ade periksa, dan aku sekarang baru nak start belajar dengan konsisten untuk PMR. SEBULAN before PMR. apelah nasib aku nanti :(

tapi insyaAllah, aku yakin program i boleh berjaya, sebab tu je yg aku boleh buat sekarang. there's no turning back. hanya yakin, ikhtiar pada last minute, doa dan tawakal je lah yang akan buat aku terima qada dan qadar untuk result PMR nanti. all the lucks of the world for us.

Monday, August 31, 2009

Kemerdekaan; personal symbolic Part 2.

Bagi mengurangkan tense dan drama di Kemerdekaan; personal symbolic: Part 1, aku akan cerita satu lagi moment 31 August, tetapi yang special. Warning; takdelah special mane, tetapi kalau dah kisah aku ni, apanya yang special yang besar besar pun?

Moment bahagia ni (cis geli) ada dua symbolic;

  1. Kemerdekaan drpd MRSM aku iaitu pada 31 August 2007
  2. The Miracle Of Ramadhan 2008, last year Ramadhan start 1 September

Nak tahu apa? Malam tu sejarah di MRSM menjenguk aku setelah 1 tahun tiada khabar berita, setelah 1 tahun tidak bersua, aku ingat last time aku tengok die time aku dah on the way keluar maktab dengan muka sememeh menangis, dan dia time tu tengah teruja bincang tentang trial SPMnya luar dewan, dan dia tak nampak aku sebab aku menyorok.

Bayangkan kalau ini movie, mesti keadaan slow motion menunjukkan kereta aku bergerak dengan aku di dalamnya menyeka air mata, dan ternampak dia yang sedang tergelak gelak memegang kertas trial, dan aku tertanya tanya bilakah akan berjumpa lagi, t upon if ever T_T

Tapi on 31 August 2008, after an exact one year, dia call aku.

Hehe. Salah ke bila aku nak bahagia walaupun secara kecil kecilan?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails