Monday, September 7, 2009

digigit tikus balasan tak belajar

Aku janji weekend semalam merupakan weekend terakhir aku tak belajar. tp tu takleh dipanggil as mensia siakan masa, sebab hari sabtu dan ahad aku ade aktiviti dapur yg bermanfaat ;')

sabtu, aku tolong memasak mostly ;') terharu lagi. nampak sangat tak selalu masuk dapur. haha. yelah aku taklehla masuk hari hari kan, kate calon PMR ececeh terbau penipuan di sini. padahal rutin kebanyakan petang aku di bilik hanya Allah lah yg tau betapa membuang masenya.

aku buat sambal belacan. bukan nak kecoh. tp aku buat sambal belacan turun temurun warisan keluarga tanpa pengawasan mama. dan berjaya buat dgn sedap sampai semuaorg puji ;')

hari tu jugak aku beriya membasuh ayam sampai berpuluh minit. memang kalau aku basuh ayam lama gilaa, sebab bila anda basuh ayam, baru anda perasan betapa banyaknya lemak ayam yg tersirat dah masuh ke perut anda dan straight ke paha anda. aku takkan biarkan penyeksaan terhadap badan mcmni berlaku. even mak aku pun korek lemak ayam jap je, tp aku bersungguh sungguh potong bahagian tertentu dan korek lemak hingga ke akar umbi. terutama kat kulit, sampai nak tercabut kulit tu aku siat. lemak tebal nak mati.

terima kasih kepada khidmat basuh ayam aku yg jarang ditawarkan ni, keluarga aku selamat drpd ancaman obesiti untuk sehari dua ;') aku terharu lagi sekali.

tengah khusyuk mengorek, tetiba aku rase ade benda gigit kaki aku. sakit. tp takleh blah, bila dengar bunyi gigi tersebut ter'ketip'. $%&$%&%^&*(^(^*&^&!!!! terus aku lari berteraburan paha ayam yg tengah dibasuh tadi, darah ayam pun meleret di lantai dapur basah. dan mencarut satu perkataan B.

aku nak tanya, boleh mati tak bila tikus gigit kita?

tikus of courselah ade bawak kuman dan racun sebab tu kite takleh makan benda yg tikus dah makan kan, masalahnya skang die dah makan aku. taktaulah tikus atau tupai atau biawak atau ular. tp serious sakit, sumpah. peliknya takde kesan, padahal td ade bunyi gigi tikus bertemu. mungkin kulit ibu jari kaki kiri aku ni tebal sangat kot, tak berjaya ditembusi. hangin aku.

mak aku gelak je, die kate die berpuluh tahun habeskan masa die kat dapur berpuluh jam satu hari, ta pnah pun kena gigit ape ape. mungkin itu petanda buruk kut bila aku masuk dapur. mane la tau. abang aku lak ckp "mungkin die tak pnah bau kau kot kat dapur, ingat kayu ke ape ke". insulting gila aku takde laa sebulan sekali masuk dapur, kerap je ceh, cuma bukan hari hari la aku basuh ayam. takpelah janji kau puji sambal aku sedap --"

malam sabtu tu pukul 12.30 malam aku dan ma ikut along dan co balik umah dorg, saje dah lame tak tido situ. sampai 1.30 pagi. bangun balik 3.30 pagi nak sahur kat luar konon, 2 jam je tido bayangkan. tapi hujan lebat, kitorg druve thru MacD dan beli nasi lemak kampung baru yang terbaik. setelah meredah hujan usung semuaorg, last last kitorg sahur depan TV tengok Nur Kasih. tayah tanyala masing masing bangun pukul berapa pagi ahad tu ya.

petang kitorg buat Famous Amos. ye, THE Famos Amos cookies. resepi original. alkisahnya camne boleh dpt resepi original dan camne nak buat aku post kemudian arh, panjang ceritanya. bersemangat kami buat, best gila. aku dahla suka teruja guna oven, sbb oven kat rumah dah rosak lama dah so dah lama tak guna buat kuih atau kek T_T

kawan kawan sme pandai gune oven n buat kek tp aku tak pun, aku buat tiramisu je sbb tu pun tak gune oven. eleh tp at least aku pandai kena minyak kuali. credit utk diri sendiri. satu lagi credit utk aku, buat famous amos tak mudah weh, terutama bila anda kena guna mesin pengadun tu guna tangan adun kat periuk nasi sbb bowl die dah rosak. gila penat.

bau mmg bau famous amos. cume rase lain sikitlah sbb kitorg tak ikut resipi sangat, ade main taruk je. lgpon ade kesalahan dlm process membuat. tp overall, sedap.

itulah weekend aku. walaupun rase sia sia tak belajar, tp siapa yg boleh kata memasak tu mensia siakan masa? takkan? jadi aku puas hati. dan utk melegakan hati lagi, setelah hari sabtu makan 2 setengah potong kek coklat, dua round macaroni cheese dan hari ahad makan berpinggan nasi arab yang addictive gila tu, berat aku tak naik walau 1 kg pun ;') terbaik.

Pisang Segar; eh, aku jarang cerita pasal hari aku akan? sebab dua hari ini je pon yang ade modal nak bercerita, yang lain. . . T_T

1 comment:

Shafiqah Omar said...

chett podachit. orang nak pose, citer2 makanan plakk. XD

PS: hoish. Kalau takde kesan pelikalh. Sebab tikus kalau dia gigit walau sikit pun mesti ada kesan. (cewah cakap macam ada eksperien)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails