Friday, September 18, 2009

Saman Cermin Kereta Gelap Sangat

Hari: Khamis
Mood: Climax. maksud aku teruja nak cuti raya.
Waktu: Balik sekolah.

Aku, Nawa dan Hazirah sedang berjalan ke arah gate kecik sekolah.
Topik bualan: undefined.

Aku, Nawa, Hazirah: blablablabla, blabla, blabla. bla? oh bla.
Aku: eh, tu kereta abang kite ek? kite tak pakai speck.
*seraya pointing ke arah kereta perdana turquoise yang terletak betul2 depan gate.
Nawa: haa, abang awak.
Aku: eh, ade mak kite ke dlm tu?
Diorg: tak, abang awak je.
Aku: oh ok, bye korang.
*telah berjalan keluar dr gate yg temboknye dipenuhi oleh muke muke yg dikenali.
Aku: BYEE KORANG BYEEEE!
*membuka pintu kereta.
*memandang ke dalam.

Otak berfungsi cepat selama 2 saat: em. ade kemungkinan tak abang aku suruh kawan die yg tak dikenali ambek aku gune kereta die? oh dan. em. ade kemungkinan tak dlm kereta abang aku dah direnovate? dan em. kenapa muke kawan abg aku tak boleh blah senyum begitu?

Ok faham.

Aku: eh, heee, sorry (senyum)
*tutup pintu kereta. berjalan dengan muka cool ke arah kawan2. seolah olah itu benda biasa. tak pandang tempat lain. hanya pandang hadapan. so kalau semuaorg tengah gelakkan aku pun aku tak perasan.

berjalan mcm model. hinggalah sampai ke tempat kawan2. diri ini beberapa minit yang dicontrol cool dan ayu akhirnya meletup juga.

Aku: B*BI!!!!
*terlompat lompat mencarut segala yg boleh.

Encik Kereta Biru, anda tahukah yang kaler kereta anda yang memeningkan kepala tu hanya abang saya je yang gila cat sebegitu?
Encik Kereta Biru, anda tahukah yang dari tepi kereta anda yang bukan proton tu nampak mcm perdana?
Encik Kereta Biru, tahukah anda kereta mak saya diservice jadi kemungkinan besar memang abang saya dengan kereta perdana turquoisenya yang menjemput saya?
Encik Kereta Biru, tahukah anda ini pertama kali dalam 15 tahun hidup saya saya tersalah kereta?
Encik Kereta Biru, tahukah anda berapa ramai orang di crime scene tersebut dan mereka termasuklah kenalan di myspace, abang form 4 yang handsome, abang kawan baik, dan lebih kurang 20 orang lagi?
Encik Kereta Biru, tahukah anda lepas ni saya terpaksa mula memakai topeng H1N1 supaya tak dikenali?
Encik Kereta Biru, tahukah anda, saya ada pertimbangkan pilihan untuk berhenti sekolah ketika itu juga dan terus kahwin dok rumah jaga anak?

dan tolongla Encik Kereta Biru, kerajaan telah meletakkan garis panduan supaya
CERMIN KERETA TU TAK BOLEH GELAP LAGI KE???!!!

1 comment:

WANI said...

sorry tp memang x boleh tahan gelak bila baca entry ni. haha
dah identify sape encik kereta biru tu? :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails