Monday, September 7, 2009

PMR, like meeting mother-in-law to be.

Okay esok hari aku akan start belajar dengan serious, insyaAllah.

tiada lagi hari tidak jemu online 24 jam, hari menonton cerita best seperti semalam iaitu cerita The Hottie and The Nottie (lawak nak mati ok), hari tidur petang walaupun memerlukan letak lidi pengorek gigi di eyelids mcm Mr Bean, dan tiada lagi hari di dapur sehingga digigit tikus.

Aku akan belajar.
*mata bergemerlapan*

Esok bermulalah hari pertama untuk program PMR yang melibatkan 4 minggu keseluruhannya. kelas aku iaitu 3Cem1, 3Cem2 dan 3 Tqwa dah dipecahkan dan digabung dlm 20 kumpulan berlainan, satu kumpulan ade sorg mentor dan dua mentee. akan ade bengkel, latih tubi non stop dan juga gerak gempur.

aku dahlah tiada bakat menjadi seorg guru, habeslah ahli kumpulan aku nanti. pernah terjadi satu kes di mana aku mengajar Hazirah satu soalan matematik ni yg dia tak faham, aku mengajar sampai mcm menderita suruh die faham pada masa yg sama tergelak gelak sebab tu. rupanya teacher Zainab perhati je aku ajar die, die pon gelak. akhirnya teacher yg ajar Hazirah sendiri. malunya aku --"

method ni dah sinonim ngn sekolah asrama. masa aku kat MRSM dulu, form 1 pun ade mentor mentee camni. aku mentor sejarah, sains, BI, agama kot. dan setiap mentor akan dapat sijil, fuaaa. cuma sedihnya aku tak sempat dapat sijil sebab dah give up keluar mrsm awal awal.

aku sangat harap program 4 pusingan/minggu ni akan berjaya, amin amin amin. sebab mungkin ini jelah yg dapat bantu aku untuk dapat 8A. dulu mase aku dengar ade senior belajar sebulan je before PMR, aku tak percaya, mcm, mustahil lah. dan aku yakin dulu semalas malas aku pun, aku pasti akan belajar konsisten dr awal tahun.

tp tidak. aku hanya belajar bila ade periksa, dan aku sekarang baru nak start belajar dengan konsisten untuk PMR. SEBULAN before PMR. apelah nasib aku nanti :(

tapi insyaAllah, aku yakin program i boleh berjaya, sebab tu je yg aku boleh buat sekarang. there's no turning back. hanya yakin, ikhtiar pada last minute, doa dan tawakal je lah yang akan buat aku terima qada dan qadar untuk result PMR nanti. all the lucks of the world for us.

3 comments:

WANI said...

salam. hello (:
sukalah dgn blog ni. sgt bagus
kau baru form 3 ke? dari penulisan, nampak matang

btw good luck utk pmr (:

Aisya J said...

Good luck! <3

Keretapi said...

wani, thanks!
eh, matang ke?
hehe

aisya j,
thanks jugak :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails