Friday, March 18, 2011

Fenomena Berubah Sebab Sekolah

AKAK-AKAK SERTING

kat MRSM Serting dulu, akak-akak yang aku sangat rapat ada 3 orang, tapi akak sorang ni, kita panggil dia akak A, dia yang paling connect emotionally dengan aku.

kitorang kenal sejak ada salah faham dekat toilet ni. time tu aku nak cepat, tengok toilet kosong walaupun baldi beratur depan tu, aku masuk jelah. bila kat dalam, ada suara tegur aku curi toilet dia. aku ingat tu roommate aku, aku pun balaslah main-main. tetiba bila suara tu dah naik angin, baru aku perasan tu sebenarnya akak senior.

aku keluar toilet je ada kawan aku cakap "habislah kau". aku tanya dia "akak mana tu weh? mati aku mati". "Akak A. matilah kau".

malam tu aku takut gila nak jumpa dia minta maaf. apa tah terkeluar daripada mulut aku. aku cakap aku serabut tadi sebab budak kelas aku gaduh dengan budak kelas sebelah pastu nanti satu kelas kena potong markah merit blabla. . . dia pun mintak maaf jugak sebab marah aku, dia kata dia ada masalah dengan cikgu dia.

since haritu, kitorang terus rapat gila.

masa aku nak keluar Serting, dia kata dia dengar orang cakap ada budak nak keluar, dia terus lari masuk blok. time aku nampak dia, muka dia dah merah. ke pucat? aku pun tak ingat. yang aku tau time tu muka dia memang lain. lama gila dia peluk aku.

Akak K pulak, Naib Pres BKP kot. dia tahu masalah aku, dia salu kasi kata-kata semangat. dia ada power untuk back up aku, tapi aku mintak "kak, jangan besarkan hal ni". kalau usha daripada jauh, agak takut ngan dia sebab well, orang kuat Serting kot. muka garang. tudung labuh. tapi bila dah kenal, pergh sempoi gila.

Akak E, dia ni gila-gila. dia kejut aku pagi-pagi, tanya "budak tecik, dah sholat lom?" sambil geletek aku. kalau ada lagu baru dia tolong masukkan dalam mp3 aku. dia lepak dengan aku kat hall sampai 3 pagi, teman aku buat kerja rakan kesayangan. dia selalu picit pipi aku, betulkan tudung aku. akak-akak pernah tegur "ni mesti angkat mengangkat ni,". dia jawab "aku berlambak adik kat rumah. ni rakan kamceng akulaa," dia cakap sambil peluk aku.

aku memang anak last, tapi dah lama takde sapa layan aku macam budak kecik. aku suka jadi form 1 kat Serting, sebab time tu form 5 teruja dapat junior. semua layan macam aku kecik gila, padahal kat SKLK dulu dah bajet jadi senior yang gangster dah. kat Serting, jadi adik-adik balik. lain keadaan dia dengan jadi junior kat sekolah biasa, memang lain.



itu intro.



PERUBAHAN SEMENTARA





aku baru perasan dekat fb akak A, dia dah engaged dengan someone. aku taktau engaged betul ke main-main. whatever it is, ini hanya menunjukkan satu benda. dia dah ada pakwe!

aku sumpah tak percaya doh. sebab akak A yang aku kenal dulu ialah akak PERPIM. akak PERPIM zaman aku, dorang garang gila, strict siot. siap warn "kalau akak nampak awak cakap dengan laki, kat situ jugak akak tampar awak!"

tapi akak A ni baik tak macam singa betina yang lain. cuma untuk tahu dia dah ada, bluwek, someone special, itu agak kelakar. aku tak pernah bayangkan dia bersayang-sayang dengan sesiapa, tapi tulah yang aku nampak masa aktiviti meng-stalk dia tadi.

aku tak judge. buatpe aku nak judge? manalah tau one day aku jadi macamtu. kita semua taktau apa kita akan buat kan? siapa kita akan jadi. so kalau kau judgemental atau prejudice, baik kau simpan semua tu dalam hati.

aku cuma terfikirlah, dah banyak kes macamni. kes yang orang masa sekolah atau masa U, dia jadi alim jap. sebab kena usrah. sebab keadaan sekeliling. sebab jadi PERPIM. tapi later, bila suasana dah berubah, dia jadi diri dia balik.

sebab tu aku tak ambik serious bila tengok orang tetiba jadi alim, sebab dia masuk sekolah yang alim. sebab kalau perubahan dia kekal, alhamdulillah. kalau tak kekal, itu tak pelik.

kau bolehlah cakap nak suruh orang berubah jadi lagi baik. kau ingat senang nak berubah? senang nak kekal? kita kena kasi dorang masa. kena kasi dorang peluang. peluang untuk sedar apa dorang buat tu tak cukup, apa dorang buat tu salah. kan belajar daripada kesalahan tu lagi mendalam kesan dia?

aku takut aku pun jadi macamtu. sebab tu aku taknak push diri aku. aku taknak ikut orang, aku taknak terpaksa berubah sebab keadaan. walaupun untuk jadi lebih baik, tapi kalau kebaikan tu sekejap je buatpe? nauzubillah.

kalau nak berubah, kita kena berubah ikut diri kita. tapi kalau nak jadikan orang lain inspirasi, takde masalah. haih entahlah, semua bergantung pada diri masing-masing sebenarnya.

dah bai aku nak sambung stalk pakwe Akak A.



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails