Monday, August 31, 2009

Kemerdekaan; personal symbolic Part 1.

Tahukah korg? Tanggal 31 August juga meninggalkan makna besar pada aku selain daripada kemerdekaan kita yang budak budak zaman sekarang ni salah gunakan.

2 tahun yang lepas, tarikh 31 August 2007, dengan rasminya berbuktikan Sijil Berhenti Maktab, aku bebas drpd Maktab Rendah Sains MARA Serting.

Cantik kan? Memanglah kemerdekaan pada generasi yang dijajah amat bermakna dan sangat berbeza berbanding kemerdekaan peribadi aku ni, tapi aku ada erti kemerdekaan tersendiri yang takde pada engkau, engkau, awak, kamu, anda, dan You.

Tetapi samalah kemerdekaan negara kita yang hanya nampak pada zahirnya, tetapi batin, kosong, dengan kemerdekaan aku ni. Masih dijajah drpd pelbagai elemen tersembunyi. Setiap tahun rakyat Malaysia megah melaung ‘merdeka’, megah dengan konsert dan mercun berjuta juta, megah dengan sambutan perarakan, tak lupa megah dengan aksi rempit dan bohsia di jalanan serta aksi anak anak merdeka di tempat larangan.

Tak malu ke kita menjerit bencikan penjajah dan mendakwa kita susah bebas, sedangkan hati masih terikat dengan budaya luar yang disanjung sanjung. Atau itukah maksud bebas? Berpeleseran dengan betina dan jantan?

Itu kemerdekaan secara umum pada generasi muda.

Kebebasan peribadi aku drpd kegilaan tertekan kat MRSM juga tak lepas drpd dijajah. Dijajah dengan senyap, bukan pada zahir, tapi pada batin.

Macamana korg tak nampak kaki disko itu dijajah dengan teruk sekali pada luaran diorg, macamtulah jugak korg tak nampak macamane aku ni dijajah.

Dijerut dengan pelbagai ketakutan, dan ini satu bentuk jajahan bagi aku.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails