Friday, March 18, 2011

Kisah Cinta Abangku

setelah aku stalk dengan lebih mendalam, baru aku perasan pakwe akak A ni pun budak Serting jugak. fine! budak asrama memang nak kahwin dengan budak asrama je lah kan! habis aku takde peluang lah ni?

lol macam nak sangat dekat korang. memanglah ada yang bagus, tapi ada jugak yang perangai dua kali lima budak sekolah biasa. lagi teruk pun ada, sebab korang tau korang pandai jadi korang tak kisah nak buat apa-apa pun yang salah.

jangan kecik hati budak asrama, aku cakap "ada jugak", bukan "semua".

tapi aku kena jadi jujur jap. sebenarnya masa aku masuk Serting dulu, baru 13 tahun tu, aku dah fikir "mungkin aku jumpa jodoh aku kat sini".

gatal? not only gatal, but i was being realistic as well. best kot kahwin dengan budak asrama, dah sah pandai, nanti fulus banyak, hensem itu bonus. . . okeh jangan berbunyi keduniaan sangat boleh tak.

tak ah, sebenarnya aku dapat inspirasi untuk kahwin dengan rakan seMRSM sebab abang aku, Angah. dia jumpa kakak ipar aku, Kak I, dekat MRSM.


DIA MENARIK PERHATIANNYA EW

ceritanya bermula bila Kak I kasi manifesto depan orang ramai, minta undi jadi BKP. hati Angah terdetik "bersemangat dia ni, dahlah cun, memang dia dapat undi aku. . . eh".

Angah dulu ada peminat. peminat dia ni agak saiko, menakutkanlah untuk reject budak ni. Angah buat cerita cakap dia ada awek tapi awek dia mati accident, jadi dia tak bersedia untuk bercinta. dasar penipu betul, padahal dalam diam berbalas surat dengan Kak I.

haritu masa aku merengek betapa susahnya Addmath, Kak I kata "akak dulu selalu kena berdiri atas kerusi masa Addmath. buat malu je Angah nampak bila dia lalu depan kelas akak". pelajar Ph.D pun ada detik budak-budak biasa macam kita okeh.

Angah pernah cakap kat aku "Kak I kenal aku lagi lama daripada kau kenal aku." Kak I orang Sarawak, jadi susahlah setiap kali pulang bermalam dia nak kena tempah tiket kapal terbang semua. solutionnya, dia balik rumah aku masa cuti.


DIA BERTANDANG KE RUMAH OH

budak-budak dulu tak gatal macam sekarang. taulah mak aku jaga budak berdua tu depan mata dia. kiranya mak aku pun dah kenal Kak I sejak Kak I besar aku lagi. tapi aku tak kenal mana-mana bakal mak mertua pun sekarang. . . . ah diam diam.

aku pernah tanya mak aku, takkan tak syak apa-apa pasal Angah ngan Kak I? mak aku cakap sebelum bawak balik rumah pun, Angah dah kenalkan masa mak aku lawat dia kat asrama. dorang biasa-biasa je, tak gatal pun, tapi mak aku fahamlah budak remaja. ceh.

masa kecik, Kak I yang babysit aku. sebab tu aku paling rapat dengan Kak I berbanding kakak ipar lain. Kak I pernah mandikan aku, basuh berak aku, semua weh. dah macam kakak kandung kan? tak hairanlah kalau aku paling sayang dia. sebab dialah perempuan kedua lepas mama dalam hidup aku.


DIA MENJADI YANG SAH AWH

lepas MRSM, Kak I dengan Angah terpisah. Kak I dekat London, Angah dekat US. dulu kalau melawat Angah mesti melawat Kak I sekali. satu keluarga dah rapat gila dengan dia.

akhirnya, Angah dengan Kak I bernikah dekat London. aku pernah masukkan gambar dorang kat blog ni rasanya, oh ye tekan tekan.

sekarang dorang dah 14 tahun kahwin, dah ada 2 anak.






MEREKA AWESOME

aku harap sangat-sangat dorang kekal, amin. aku pernah tengok ups and downs in their marriage. sekarang dorang dah matang, aku rasa dorang dah takde bergaduh macam dulu. dorang dah besar, bukan scandal dekat MRSM satu ketika dulu.

dorang berubah daripada budak-budak MRSM kepada suami isteri yang sangat memahami satu sama lain, kenal baik buruk masing-masing, dorang agak alim dalam ibadah, tapi dorang selamba je layan cerita ngan lagu omputeh, lagi maju daripada aku pulak tu. dorang selalu masak sama-sama, mengemas sama-sama, tangkap gambar sama-sama, share hobi sama-sama, tengok cerita sampai tertido depan tv sama-sama, semua sama-sama lah.

aku tengok dorang, aku salu terfikir, tak boring ke hadap muka masing-masing sejak sekolah menengah?

kat New Zealand sekarang, bila Kak I kat university buat kerja dia, Angah kat rumah, dorang mesti chat dekat facebook. jap-jap kang Kak I post benda-benda jiwang kat wall Angah. suka betul aku stalk dorang time tu, sebab dorang tak pernah log out. heh heh.

tapi seriouslah, korang tak boleh berpisah ek?




aku tak sempat tengok macam mana Babah dengan Mama dulu. aku dapat dengar cerita daripada Mama je. aku tau Babah dengan Mama boleh jadi contoh suami isteri yang awesome.

tapi aku tak dapat tengok tu semua.

apa yang aku dapat tengok ialah Angah dengan Kak I. dorang tak sedar dorang sebenarnya kasi impression dekat aku. dorang buat aku nak ada apa yang dorang ada.



ewww kenapa aku cakap pasal ni.



bai de wei, agak pelik kalau sebenarnya kita dah jumpa bakal teman sehidup semati kita masa kita kecik-kecik muda-muda macam ni. kan? macam Angah dengan Kak I.



ewww lagi. dah dah gi sambung buat kerja sekolah.




No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails