Friday, February 6, 2009

Bukan Untuk Bacaan Umum

synopsis minggu ke LIMA persekolahan dan kehidupan tahun 2009;

isnin - aku tak ingat. atau aku tak kesah. same difference.

selasa - erm. aku rasa aku ingat tapi ingat ingat ayam.

rabu - dicalonkan untuk setiusaha pandu puteri. seperti biasa, tak berjaya. haha. alah, i know i'm too busy to be one. haha. busy is just another optimist word of lazy lah. and i remember when i was in standard 6, seorang melaun lelaki (dan aku masih ingat kau) uttered the beautiful word called 'amalina~' for naib pengerusi (pengerusi/pengurusi, tu pon aku nak confuse) rumah kuning. i was laughing at my friend because somebody gave her name, but suddenly my name popped up too. hundred waves of faces stared at me. what the hulk, mati jugak budak ni kang kalau aku tak dpt post tuh. aha, dah dicalonkan agak ar msti nak menang kan. naib pengerusi tu, banyak markah tuu. tah bila pulak aku menabur jasa kat rumah kuning sampai nak dpt tittle naib pengerusi aku pon taktau. ade 3 org calon masa tu termasuk aku lah. berdebar2 nak tunggu keputusan ni.

kitorg diri belakang whiteboard. element of suspenslah konon.
kawan aku cakap org angkat tgn utk aku byk gila. biar benar.
taula aku femeskan dulu tapi tlgla, naib pengerusi utk rumah kuning? ape dorg fikir?
laenla utk pandu puteri ke, since aku dulu sedari darjah 4 dah mula berkawad smpla nak upsr.
dan aku juga dulu menyertai perkhemahan peringkat negeri dan daerah serta sekolah, dan terlibat dlm hari puteri. *maaf mempoyokan diri sekejap*. malangnya aku tak pnah dpt pape jawatan utk pandu. tapi, RUMAH SUKAN?

mungkin diorg hanya mahu seorg naib pengerusi yg berwawasan, berkarisma, berkeyakinan tinggi dan bermatlamat tanpa sebarang kebolehan utk bersukan kot.

contoh terdekat ialah aku lah kan, jadi sebab tu aku menang majo tanpa perlu mengira jumlah tangan yg diangkat ke udara utk menyokong aku. haha. aku sendiri pon terkejut.

tulah silapnya kalau kite mengundi org berasakan rupa (ni bukan psl aku) dan kefemesan (ni baru aku, kehkeh). terutama dlm bidang yg seseorg tu tak berapa nak expert (sgt aku).
hasilnya org yg dipilih mcm tak buat kerja apa apa. aku naib pengerusi pon mana ade aku dtg latihan rumah sukan. sukan tahunan tu pon aku buat derk je tido kat rumah. hebat. naseb tak kena pecat.

kesimpulannya aku tahu aku tak boleh buat kerja.

erk, resume yg sgt teruk utk diri sendiri. ok, tukar kesimpulan;
it can be concluded that i cant guarantee i could do any job that is beyond my field of expertise, so please make sure i can be reliable before voting me for any post, and that i have the fat chance to win so that humiliation can be avoided. but i might as well give the best shot for any faith that is laid upon me. thank you.

(english kan lebih meyakinkan)


khamis - aku malasla nak panjang lebar dan terlampau jujur pasal hari khamis ni. sebab bahaya.

raja sepatutnya tidak boleh sebelahi sapa2, dan sepatutnya fikirkan rakyat. rakyat dah buat pilihan, sekarang mentang2 kau raja kau boleh tukar sesuka hati je. at least setujulah dengan cadangan pihak a, agar semuanya nampak adil. apelah salahnya dgn cadangan pihak a tu, mmg sepatutnya pilihan yg dibuat ialah pilihan rakyat. bukan pilihan kau. rakyat dah pilih yg laen, dan kau pulak tukar yg laen, ape cerr? buat je lah seperti yg disuruh oleh pihak a, walaupon mungkin dorg tak berjaya, so be it. at least semua puas hati dan pihak b pon menang secara adil. ni nak jugak ikut pilihan kau, dan pilihan kau tu meletakkan peranan rakyat di mana? dah terang2an kau gi sokong pihak b, kau rajalah, hello?

pihak b layak sebab dah berusaha? berusaha kau cakap?
bolehla guna perkataan tu kalau maksud kau berusaha hulur duit bawah mejakan. kalau aku bergaji pak menteri pon aku boleh panggil diri aku berusaha kalau semuanya berkaitan wang. katalah aku hanya memandai, tapi fikir secara logic. apa punca perubahan ni in the first place? kenapa terjadinya punca ni. even i can smell something fishy. not just me, but everyone else with right mind still working. tp dah namanya org bawahan je kitorg semua ni, sape nak dengar? wahai raja yg bijak bestari, anda tak curious kah?

ruang ni aku nak ckp pasal rajalah kan. kang aku cakap pasal pihak b kang terkeluar semua nama. pihak b memang kejam. dah dapat apa diorg nak, yg lama diorg sepak merata2. notis 24 jam utk pindah, what the hulk? dan kau sebagai pihak b, ada duit, semua boleh jadi. even kuasa terbesar kat negara pon kau boleh manipulasi, inikan pulak media massa yg semuanya rata2 menyebelahi kau. teruk, teruk. salah satu tanda dunia nak kiamat. tahu tak,

salah satu drpd tiga golongan manusia yg allah takkan hisab dan terus masuk neraka ialah;
raja yg berdusta

dan

salah satu drpd tiga golongan manusia yg masuk neraka sebelum orang lain ialah;
raja yg kejam.

dan aku rasa raja tu bukan sahahaja bermaksud raja dlm sistem kita, tp juga pemimpin.

aku sebenarnya nak ckp banyak lagi ni. tapi kena beragakla kan, since blog ni public.
walaupun dah mengadakan sesi sumpah seranah bersama keluarga depan tv tadi,
aku masih tak puas.

aku derhaka?
at least aku boleh fikir.
lagipun, kalau yg murka tulah raja aku,
kenapa baginda boleh dibeli?

wallahualam.


jumaat -
one thing can be said; i think my life never revolve around my story. their stories are centered in mine.

____________________________________________________


4 comments:

Diyanah said...

waharrgh.
suke tol yg ari khamis tu.
alah.
xpe. ckp teros je spe pihak A n B.
hahaha.
kang tetibe masuk isa lak.

agak2 kat situ leh blogging x? ahah

Keretapi said...

tulah pasal.
tak sempat nak berpmr kang dah masuk isa. headline tuuu X)

blogging kat dinding boleh kot :D

syarahyusof said...

haha.
bagussss..
baru akak fhm npe ama kte kte 2 dipihak yg sme.
xD

Keretapi said...

haha kak syara
sep sep!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails