Saturday, January 29, 2011

Drama Perebutan Jawatan

Assalamualaikum!

Minggu ni ada mesyuarat agung untuk unit uniform, kelab persatuan, permainan, ngan rumah sukan. agenda utama mesyuarat agung mestilah untuk lantik orang dapat jawatan kan?

itu semua orang tau. tapi tak semua orang tau betapa competitivenya dak-dak form 5. kalau AJK tertinggi tu semua form 5 nak sapu, adik-adik sila dok belakang.

well, semua semangat nak masuk U kot.




sila maklum aku tak kemaruk kuasa. seumur hidup aku, aku tak pernah plan dengan kawan-kawan, "eh awak cadang kita, kita cadang awak hikhikhik". takdonyo.

kau ingat muka aku tebal sangat ke? kot tak dapat jawatan tu, sorang je undi, tak ke malu?

jadi jawatan aku sejak sekolah rendah, semua orang cadang tanpa pengetahuan aku. kalau dorang bagitau aku dulu, mau ugut putus kawan terus. tapi jadi bff lah kita kalau aku dapat undi banyak kan. heh heh heh.


PERMADA

ini permainan dalaman. contohnya congkak, chess, congkak, chess. . . . oh dam ular dan monopoli. permada ialah rekreasi yang terbaik, sebab kita hanya perlu duduk dalam perpustakaan yang ada aircond, dan bersukan menggunakan jari dan otak.

masa aku tengah duduk tenggelam atas kerusi, hanya bersedia untuk mengundi tapi bukan diundi, tetiba sorang budak form 5 kelas lain cadangkan aku untuk setiausaha.

tetiba je awak ni. awak tau tak kita dahlah tak konfiden, sapa nak undi. lepastu kena kasi manifesto pendek tetiba kat depan tu, awak tau tak kita merapu spontan je?

tetiba kita dapat jawatan tu. terima kasih awak. awak baik sangat, selalu tegur kita. kita akan sentiasa ingat awak kawan kita sejak sekolah rendah, walaupun kelas tak pernah sama. awh.






Kelab Elektronik

ini ialah kelab yang aku terpaksa masuk sebab aku masuk pertandingan kejuruteraan. sebenarnya aku nak masuk Pengguna sebab aku Pengerusi last year, manalah tau sejarah berulang semula.

aku agak kecut nak masuk sebab kelab ni banyak lelaki. tapi bila dah sampai, hek eleh dak-dak laki kecik je. wa senior beb. buatpe nak segan dengan dak-dak form 1 kemetot ni semua.

wah riak. kau tengok akhir tahun kang dorang lagi tinggi daripada kau.

kelab ni cikgu yang lantik sape jadi apa. sebab aku masuk pertandingan tu, maka aku jadilah Naib Pengerusi. tapi aku nak tukar jadi setiausaha or something.

inilah privilege masuk pertandingan yang takde kena mengena dengan cita-cita aku.


Pandu Puteri



seorang junior tetiba cadangkan aku untuk jadi Pengerusi. masa aku dengar dia cadang aku, aku macam "KENAPA?" tolong jangan malukan akak!

dahlah pesaing semua lagi menonjol daripada aku. tapi dah rezeki, aku pun tak sangka aku jadi Naib Pengerusi. ada jugak orang undi ai :')

rupanya ada jugak orang lain yang tak sangka. angin membawa khabar bagaimana ada bunyi-bunyi tak puas hati oleh beberapa pihak.

okeh, bersedia masuk mode poyo untuk pertahankan diri. kalau tak aku dah cukup rendah diri dah sebelum ni. memang aku tau aku tak layak, agak segan sebenarnya. tp since ada bunyi tak sedap macamtu, kenalah aku balas sikit kan.

kenapa aku? aku dah kawad since darjah 4. kau tau tak berapa juta pigmen kat muka aku yang dah jadi hitam selama 7 tahun ni? aku mengaku aku lagi aktif kat sekolah rendah, pergi kem lah masuk pertandinganlah.

sekolah menengah ni aku slow sikit. tapi aku still ada beberapa keping sijil Pandu. bukan salah aku bila aku libatkan diri, orang tak perasan.

aku bukan orang yang akan buat orang nampak aku. aku dok diam-diam sampai khidmat aku diperlukan. tapi since ada jawatan ni, aku kenalah nampak berwibawa sikit. jangan menyesal bila aku banyak mencapub nanti, korang yang nak kan.

mungkin orang tak perasan kewujudan aku sebab ketinggian yang tak menyebelahi kot. tapi masih ada yang nampak aku, jadi mereka undi aku. kalau tak puas hati, sorry. suara majoriti.



pergh konfiden macam mintak penyepak je. agak-agak boleh masuk politik tak?


Drama Betul La Korang Ni





rupanya selain aku, ada jugak beberapa orang lain yang dapat jawatan yang jadi mangsa tak puas hati. ada jugak orang yang tak dapat jawatan, tak puas hati kat orang yang dapat. siap mengadu kat cikgu, emo kat kawan-kawan semua.

pompuan. biasalah tu. kelakar pun ada sebenarnya.

kepada sesiapa yang buat surprise undi aku, korang taktau korang tolong aku. aku akan sentiasa ingat sape yang cadang nama aku, sebab jawatan yang korang kasi tulah mungkin bantu aku dapat markah koko, biasiswa, masuk U, atau fly terus. Amin.


gua cita-cita tinggi beb. bila gua kaya nanti gua balas jasa baik lu orang ok.

(tapi tak janji, kot-kot tak jumpa lepas sekolah. maka hanya doa yang akan ku kirimkan kepada kalian. sob sob.)


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails