Thursday, August 20, 2009

Amaran untuk Calon PMR

kalau korg nak amek pmr, tolong la sedar diri. tolongla sedar korg kena start belajar setahun lebih awal, dan bukan semua plan sistematik maha hebat korg tuh berhasil dilakukan pada saat akhir. sebab korg mungkin akan jadi mengada ngada dah nak trial pun tak habes belajar lagi.

dan sempat lagi tido petang hari hari minggu trial. menyebabkan korg kena stay up sampai pukul 4 pagi tu pon maseh terlena lena atas buku dengan pensel termasuk dalam hidung sebab nak tebus balik mase yang korg dah bazirkan sia sia.

tolong la jangan jadi macam aku.
penat weh. penat tau tak.

aku bukan taktau yang aku ni memang akan serabut time nak periksa. aku tau. sebab aku dah
banyak kali jadi camni, belajar sehari sebelum periksa non stop dan stay up minum nescafe overdose. dah banyak kali. sejak aku form two.

tapi walau camne aku menyesal pun, aku still tak berubah. haih. belajar masih last minute, sangat last minute, seminggu sebelum trial pergi tengok wayang la ape la.

kalau belajar tiga hari sebelum final tu bolehlah masuk akal, sebab final SAHAJA. tp aku ni dah melampau la kan. SEMINGGU before TRIAL baru aku nak start dr form 1, gila ke ape.

tolongla jangan cakap amalina tu dah naek lemak la tocangla dah naek tanduk tumbuh ekor la sebab tu die tak amek serious peksa ni bajet hebat sangat la tuih.

ASSALAMUALAIKUM, kau tak kenal aku kau diam. kalau aku suck peksa kali ni, bukan sebab aku naive dan bodoh sangat bongkak camtu. kalau korg betul betul kenal aku, dah memang style aku belajar macam ni sejak azali. sebelum ni kalau keputusan aku ok tu sebab tuah dan berkat doa lah, bukannya dulu aku berusaha pastu aku riak pastu aku terus ingat PMR tu mcm petik jari je lapan A datang. pleaselah.

papepon kali ni memang aku serious cakapla, aku saspen BM dan BI. BM sumpah susah gila dan aku, mcm selalu, banyak CUAI, pastu BI lak kertas dua tunggang langgang, literature aku DUA KALI GANDA essay 30 markah tu sebab feeling sangat tulis pasal kesengsaraan the Phantom, and tcer pat keeps repeating

"i wont give u an A if u dont deserve it".

damn it.

takpe, better now than the real result kan.

aku cakap kat mama "sorry kalau tak dapat straight As dah"
mama aku yang tak pernah kesah pun cakap la

"kenapa nak sorry kat mama pulak, sorry kat diri sendiri la".

wow, kalau dapat mak mcm mama aku nih memang la payah nak belajar rasenya.

1 comment:

Shafiqah Omar said...

ok, I understand. Tapi setan tu. Setan tu nak menyesatkan manusia melengahkan kerja, membuang masa.

Setan tu, ama.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails