Suatu masa dahulu, semua orang ialah sahabatku.
Jika kita saling mengenali, walaupun rahsia tidak kita kongsi, gelak tawa tidak berbunyi, idea tidak dipersetujui, kesunyian tidak terisi, dan terpisah oleh beberapa buah negeri, kita bersahabat.
kita orang Melayu, sahabat biar seribu. kita orang Islam, ukhwah biar padu.
sebab semua orang sahabat aku, detik ibuku berkata "muka dia macam budak jahat" dengan merujuk kepada rupa salah seorang sahabatku, aku terus defensive.
aku perlu defend sahabatku. wajib. jika seseorang berkata sahabatku tidak baik, dia berkata aku tidak baik. dia mempersoalkan kebolehan aku memilih sahabat. dia merendahkan aku.
begitu besar sekali nama seorang sahabat untukku.
tetapi sekarang, aku malu.
aku malu untuk mengaku betapa ibuku berbakat dalam mengenal hati budi seseorang.
hanya berdasarkan rupa. sekilas wajahnya memberi makna.
makna yang aku perlu tahu sendiri. meletakkan aku sebagai bahan eksperimen yang perlu dibuktikan hipotesisnya. kerana aku ego. hipotesis sudah diberi, tetapi terlalu ego untuk menerima tanpa konklusi.
nah, konklusinya. tercalar diri tidak mengapa, bukankah engkau yang mahu membuktikannya sendiri?
sesungguhnya seorang ibu memang tahu.

No comments:
Post a Comment