Friday, July 23, 2010

Aku Yang Berdosa, oh, Bila Nak Berubah?

hidup dalam dunia moden ni banyak gila benda yang salah tapi kita rilek je buat. kehendak semasa ah konon, kalau tak buat kira cam terlepas lah, mustahil lah. macam perbezaan zaman kita ngan zaman nabi dulu halalkan semua lah.

aku kalau mengidam nak jadi baik memang nombor satu. masalahnya nak jadi tu, makan masa. tapi kalau malaikat maut datang nak jemput, boleh ke aku jawab "tunggu ye, hidayah nak bertaubat belum sampai".

bab hidayah ni, aku boleh doa jelah bagi aku dapat cukup nur. hidayah ni milik Allah, tapi kalau kita tak tunjuk minat nak dapat hidayah tu, susah gak bai. aku boleh doa jelah bagi kuat nak lawan godaan syaitan, nafsu sendiri. oh banyak betul yang aku takda!



PAKAIAN

walaupun aku pakai tudung, aku tak ikut kod yang betul. sejuk mata pandang pompuan yang tutup litup bertudung labuh, tak kisah nak melawa. pada mata manusia biasa, dorang mungkin tenggelam. tapi pada Allah, dorang lah yang cantik bersinar.

walaupun aku tak seksi, tapi takdelah jugak aku pakai baju baggy, muslimah style sahaja. takdelah aku berjubah, bert-shirt panjang.

walaupun aku tak overdress, tapi aku takdelah sepenuhnya plain. berdiri depan cermin aku masih fikir, okay tak aku pakai ni? aku nak stylo mylo milo jugak! secara tak sengaja aku pun terpakailah pakaian/warna yang menarik perhatian (walaupun tak sama langsung dengan fenomena orang terbeliak memandang Rozita Che Wan).

bukan ke tak boleh? lebih selamat kalau pakaian sangat plain lalu orang tak pandang. oh, bila aku nak berubah?


PERGAULAN

walaupun aku tak couple, tapi aku masih bebas mengusha lelaki, eh. patutnya aku tau, couple hanya label. yang penting perlakuan kita dengan laki. memang aku tak let loose depan dorang in real life, tapi still chatting via electronic devices. . atas dasar alasan yang lagho, bukannya keperluan sangat pun.



walaupun aku tak huha huha sangat dengan laki, tapi sekali sekala aku duduk semeja dengan dorang, bergelak tawa bersama. walaupun aku tak berkenan tengok perempuan terlalu slumber dengan laki, tapi bila aku dalam situasi tu, aku lupa.

walaupun aku takdelah main rembat kawan dengan mana2 laki, hai hai bai bai semua jantan kat sekolah, cool tak kisah, masih ada sorang dua yang aku kira rapat gak ah. kadang2 ada yang boleh buat aku senyum, ketawa lupakan duka. eh gedik ok. oh, bila aku nak berubah?



DAH JADI TABIAT YANG SUSAH TU

ini baru bab pakaian dan pergaulan. itu belum lagi hubungan dengan Allah, kesalahan dengan manusia. banyak betul sebenarnya yang salah, tapi masih buat. kerna terbiasa. . . terbiasa bersama. eh tak, terbiasa buat. haish.

there's more to Islam than wearing hijab. Islam means you have to wear veil, not only literally, but also figuratively to cover all that needs to be hidden, stop every wrongdoing that is forbidden.

ALL, bukannya apa yang masyarakat rasa perlu je. aku konfem kalau orang alim, yang lebih 'berperasaan' daripada aku tengok aku, mesti mereka geleng kepala. macam aku geleng kepala tengok sesetengah manusia. oh, pandai pulak nak geleng kepala kat orang padahal kau sendiri tak sempurna! makiku kepada diri sendiri.

keinginan untuk berubah memang dah lama ada. nak tutup aurat seperti yang sepatutnya, bukan mengikut cita rasa manusia biasa. nak tutup semua tingkap yang akan sebabkan aku mula buka pintu lebih luas untuk mereka. nak memang nak. tapi aku tak kuat.

masalahnya bila nak maju kalau camtu? nak tunggu dapat hidayah je? kalau camtu samalah aku dengan mereka yang terang2an buat dosa yang memang jelas, atas dasar belum dapat hidayah.

contohnya, ramai sekarang yang nak pakai tudung, tunggu hidayah dulu. NO OFFENCE! hanya contoh.

aku rasa langkah pertama untuk berubah ialah paksa diri sendiri. discipline leads to routine. kang hidayah tak sampai2, bala yang sampai. the worst, malaikat maut sampai dulu kang.

bila dah ada keinginan untuk berubah tapi masih tak betindak yang lagi berat sebenarnya. kita hidup dengan perasaan bersalah. kita enjoy dan masih tau itu sebenarnya salah, dosa, haram, makruh, tak digalakkan.




kuatkanlah aku ya Allah. bagi cepat sikit aku berubah. hidup sebagai umat akhir zaman tak mudah ye kawan2. jangan sampai kita jadi macam zaman jahiliah dulu, sebab memang itulah syarat nak kiamat. umat islam akan menyerupai orang yahudi dan nasrani, semuanya akan reset back to 0-0 macam zaman sebelum Nabi Muhammad selamatkan kita.

sekadar peringatan untuk diri sendiri dan orang lain.


11 comments:

Diyanah said...

amiiiin :)))

hidayah milik allah, bila2 dia boleh bagi, bila2 dia boleh tarik kan. :)

ari tu amalina suh akk buh "Tazkirah" kat blog akk ann.. haha. xde la byk sgt, akk just update apa yg ktorang blaja masa usrah :)
take a look if u want to.

lizz said...

hehehe.kite serupe. bace entry ni, honestly macamtulah gue :P niat nak berubah selalu ade tp slow sangat nak berubah tu.adoi.

doakan yang terbaik 4 u ok ;)

Keretapi said...

syaza suraini: amin :)

takutnya kalau dia tarik, time tu takleh buat ape lah kan.

oh tq akak! heheh, akan saya baca! teruskan berdakwah via blog :D

lizz: doakan yang terbaik untk semua sama2 jom :)

miss asrar awkward D said...

salam. doa utk hidayah kena selalu, tp igt still kena usaha utk dpt hidayah tu,,tanpa usaha x kn berjaya.sama je la mcm ni..insyaAllah akn berubah klu dah ada keinginan
-bdk meja ke 3 dari tempat awk :P

Keretapi said...

tulah kan, usaha. pakse diri tu sekali sekala, jangan liat sangat nak berubah.

terima kasih Diena. haha

Duniakuabstrak said...

eden torai =)

Shafiqah Omar said...

kita nak terus terang dengan awak. awk tau, kita rasa kitalah orang paling lambat dalam sekolah untuk baligh, dan mmg betul pun.. tahun ni baru baligh. masa tak baligh lagi, kita bersyukur sgt. kenapa? sebab "ya Allah, rakan2 aku bergelumang dosa, aku suci lagi"

lepas baligh, kita nak jadi muslim smpurna. solat tak nak tinggal, nak ckp mende berfaedah je, jaga pakaian, perututran. a perfect muslim icon la katakan.

hampeh, ama. hampehh. lepas baligh - umph. perkara wajib takdelah kita tinggal, tapi bab2 yang awk sentuh atas ni la. kita dgn lelaki memang tak kawan sangat. awk pun kenal kita kan, memang pemalu sikit dgn lelaki.

tapi di FB, kita huu haa jugak. pakaian pun. adakalanya kita keluar sidai kain, anak jiran hensem nampak kita selamber aje. dalam rumah kan. itulah dia. dosa betol. skang ni kita dah berubah dah alhamdullilah. mungkin sebab kita fikir, sampai bila nak mcm ni? benda kecik je, setakat tak tutup aurat masa keluar jemur baju tapi still. dosa tetap dosa.

panjang tak beb? hahahah. saje nak meluahkan nak kongsi. hope you'll always find what you want in life. as a fellow muslim, i'll always pray for you.

Keretapi said...

kita paling awal baligh. kecik2 masa tak kesah dosa pahala sangat sebenarnya dah bergelumang dgn dosa, itu yg susah tu bila nak sental kasi bersih balik --"

lepas baligh lah banyak godaan kot, lagi pun kan hormon membuak2 nak buat perkara tak elok. ceh hormon, dak dak biooo

tulah kan, kadang2 tak perasan benda camni. kat fb, kat fon, kat ym. haish. padahal same je, kot.

bestnyee awak dah tak buat camtu lagi. senang betul nak berubah. kita ni haa, kalau bab pakai stokin berkira sangat. tapi kita cuba lah pakai kasut tertutup, tapi tak stokin ah. bajet mcm tak nampak kaki. last2 melecet. baik pakai stokin je camtu --"

panjang itu best! haha, thanksss :D

Anonymous said...

semua nie dugaan :D

Linglung said...

mudah2ah makbul doa, hasrat dan impian lu :) amiin

ain fathihah fhm said...

terasa kena batang hidung sendiri...dush3, memang tepat.

bila ya, nak berubah?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails