Sunday, January 17, 2010

Gotong Royong part 2 (versi hyper)

memandangkan semua orang layan aku pelik semacam sebab aku sedih kawan nak pindah, mari kite lupakan itu semua. sekarang bertemu kembali dengan Amalina Gila Gedik dan Gatal!!! eh tak, ciri terakhir itu tak benar sama sekali.

hari gotong royong tu sesi emo aku hilang sebaik saje camera mula bergiat aktif dlm tangan tuannya. mcmkan emo itu lenyap dengan setiap bunyi 'klik' yg dihasilkan si camera. biaselah kalau dah camwhore, sepi dan duka pun boleh lenyap camtu je.



Muka pertama SBPI Sabak Bernam, senyum pun dah ade kriteria budak sekolah integrasi. muka kedua da SBPI Gombak, gembira nampaknya dia untuk bertukar gaya. muka ketiga paling bahagia tak semena-mena, mungkin sebab kemungkinan besar akan berhijrah ke MRSM yang diidamkan. manakala muka ke-4. . . ish nak describe pun tak sampai hati.



kita bersama mengejar mimpi, terpisah sementara ku pasti, suatu hari nanti cinta kita bersemi kembali menerangi mekar di taman hati. . . geli ok maen cinta-cinta ni. nanti kalau jumpa lepas berpisah, kita akan sama mcm dulu ke? mesti janggal. experiences have taught me things can never be the same once they have changed. but i believe, kalau tak byk berubah, tercampak ke 4 penjuru dunia pun takde beza. syarat lagi satu kena dibelanja makan setiap minggu oleh budak asrama, barula kukuh ukhwah he he.



gambar pertama menonjolkan sisi boyanku. nak jugak merasa apa yang best bersifat ala-ala boyan by heart ni, memandangkan zaman sekarang trend keboyanan semakin mendapat perhatian muda mudi. aku and Wani paling banyak tgkp gambar sebab masing-masing asek tak puas hati je dengan hasil snap. benci tau Wani nak lawa setiap masa, taknak kalah. sebelum lu pindah bagila i peluang feeling cun sebelah lu weh. ambek ong orang kata.



aku gelak sakan time ni sebab aku buat muka control cute, tetiba Masyi excited kata aku nampak comel tak terhingga. i tell you bila Masyi memuji sesuatu sambil hidungnya bertukar kaler merah, dia sesungguhnya tak menipu. ehhem.



"Selamat Datang ke sekolah yang tiada rakan, semoga berseronok!"

tiba-tiba je aku ajak dorang pergi rumah Nawa. sure Nawa lega dpt meloloskan diri drpd aku lepasni sebab takde sape dah pandai-pandai plan nak lepak kat rumah dia. yela Nawa, awak takde pun sila pastikan tingkap bilik berkunci, silap hari bulan kang mak awak gelabah dengar ade orang dlm bilik awak maen ngn Nikki.

tapi setibanya kitorg depan lorong belakang SMKLK, aku sekali lagi dpt idea bernas sebab perut dah berkeroncong Pokerface dah ni. Wani pulak ckp die kebuluran, tanpa ragu-ragu aku ajak dorang pg McD. ikut lorong tu. YEAY FIRST TIME LALU POT BUDAK SMOKE DATING DAN PONTENG! sekarang takde sape boleh panggil aku nerd lagi. ngehngeh.

lepas lorong tu ade denai pulak, tepi sungai Klang yang bunyi air boleh buat orang ingat situ tempat piknik, tapi bila pandang je, terus sedih mata aku. air yg dulu jernih sekarang warna mcm tempat kerbau berendam pulak dah. dulu sungai ni la tempat budak-budak mandi, sekarang sape mandi mesti tumbuh bintat berlumut. tapi ade orang memancing ikan kat situ. pakcik makcik, anda buta warnakah? atau hidung tersumbat? isk kesian.

ingat terus jumpa McD, tapi bayang pun tak nampak. rupanya jauh gilala. kitorg takeaway. tapi nak balik ade masalah sikit. patutkah kitorg patah balik lalu ikut denai tadi sampai depan sekolah pastu jalan ke rumah Nawa yg dlm 1 km tu, atau mara ke depan. kata Nawa dekat je kalau mara ke depan, so kami yg kurang mengetahui ni ikut jelah kapten rombongan.



dekat, memang dekat sangat. ade lagi dua jejantas, dan jejantas terakhir membawa kami kepada Zoo Negara. memang gigih betul kitorg. aku tak habes-habes gelak sampai senak sebab rase bongok gila kitorg, memang tak masuk akal berjalan kaki sejauh tu. dahlah aku ngn Hazirah pas camera mcm pas baton untuk tangkap gambar keterujaan masing-masing. orang tgk pelik je, dr sekolah mana pulak budak-budak ni jalan tengan-tengah dunia. "Sri Inai, bang". cool sikit.



ni pun dah lepas Zoo Negara. aku mengharapkan belas kasihan sesapa, tolong kirakan berapa km sebenarnya perjalanan kitorg dari denai belakang sekolah tu sampaila Taman Permata? naseb baek aku tak melentikkan badan kelip-kelip mata untuk hitchhike sesapa. tak pernah dibuat rakyat Mesia. berposing tepi signboard mcmni mesti orang ingat aku minah Indon tgkp gambar untuk masuk dlm majalah Mangga bertajuk "I suka trabelling".


Hazirah ditemani panorama yang indah.



'Peringatan: 60 minit perjalanan!'

Haz muka berasap jalan sebelah highway. kereta Mesia memang tak human friendly betul.

bila dah nak sampai, Haz terus lari tinggalkan kitorang menuju ke rumah nawa. naseb baek dia tak cukup gila untuk masuk terus sorang-sorang. masuk je bilik Nawa, kitorg tanpa dijemput terus terbaring kepenatan atas katil. dahlah berpeluh masyem. alah Nawa, pasni awak gi asrama mana ade dah orang nak buat mcmni kan? hee thanks ek, bilikmu akan kurindu.

berbaloikah berjalan 30 minit tepi highway dengan risiko ditiup angin ke tengah jalan semata-mata untuk McD? ya memang berbaloi. kitorg bukan saja dpt burger, fries, carbonated drink ngn sundae, kitorg juga dapat pengalaman.

ending tak boleh nak corny lagi ke. tapi mmg betul, sape pernah buat mcmtu?
HazAmaNaWani pernah ;)

The End.

11 comments:

Amirah Rashid said...

rindu nk pegi mcd.
ktorg slalu pegi time rehat b4 prep
tp time teacher patvinder,
xbrani nk pegi
nnti lmbt masuk kelas
hee
:D
hope korg akan still contact each other.
BFF frvr yeahh :)

Keretapi said...

jalan ke? whoa bestnya, kitorg rase
cam tak sempat je. pdhal dulu ade plan gak.

tcer patvinder, rinduuu :D
hope so akak, insyaAllah :)

Nadia said...

Akk!xD
Akk sememangnye sayang akn sahabat2, n?;)
Akk, jgn sedih2 tau!;)
Akk kne tabah.:D
ALHAMDULILLAH, Akk dpt spend time cket dgn kwn2.:)

syahiraomar said...

nadia nie jenis adk yg prihatin lah!
haha

awk adk hazirah COMEI GILER!!!!
ok dh :)

nawanajib said...

apahal cte psl adk hazirah ni. x blh ke puji ktorg yg ade dlm beloig ama haa? haha. okey terharu awk tulis post ni. sedih gile. lagi lagi hazamanawani.

BFF FOREVAH! YAHHH! XD amin :))

kt blk due mggu sekali yaw! fcebook 6 hari sebulan yaww. :D

Keretapi said...

betul tu kecik,
si Nadia ni mmg baek kankan :D

tetiba plak ckp pasal adek hazirah kat sini,tade kena mengena betul haha. TAPI MMG COMEL YG AMATTTT!

ape yg sedihnya nawa, ish.
ye :)

Hazirah said...

ahah. 60 MINIT PERJALAN ingat lagi kt cakap?
gahaah.
memang berpotensi jadi awek indon dengan cat penuh satu badan.
apahal plak expression muka kita menggambarkan begituu?
cis.

Keretapi said...

mestilah ingat,
sbb awak dah pandai buat lawakk
gahaha
mmg muka awak agak pelik, naseb baek asap tutup xD
tp yg mana anda maksudkan?

Shafiqah Omar said...

beesst aje baca mende ni. kta baru buat post psl sedih gotong royong. hsk. nak dijemput ke? baik.

Silakan...

Keretapi said...

awak tayah jemput pun kite akan sampai jugakk :D

heyH said...

gambar pertama knnya anxious dpt mrsm.
tah shaf. sape yang tak singgah blog awkk.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails