Saturday, January 2, 2010

Saya Chef Baru Belajar

konon-konon mase cuti aku nak jurnalkan pengalaman belajar masak dalam ini blog. tapi tak terbuatlah pulak, biaselah lebih sibuk makan drpd biase now that i cook, hoho. dan sebab itu jugalah aku makin membulat, kalau hasil masakan layak diberi makan pade cicak je, aku lah yg habiskan semua. tak kesah aku nak makan jugak, cicak pergilah masak sendiri.

aku jarang masuk dapur dlm seminggu, kadang-kadang buat kerja separuh je. memang bertuahlah mak aku bila ade mase aku tolong drpd awal hingga akhir, bukan tunggu proses terakhir je iaitu makan.

jadi sebab aku jarang masuk dapur, lepas PMR haritu berkobar-kobarlah api dalam jiwa untuk melahirkan chef tersembunyi dlm diri. tapi aku bukan nak belajar masak step by step, aku nak buat terus. kalau aku hari-hari menolong di dapur bolehlah nak belajar step-by-step. jadi aku pun masuk dapur sorang-sorang, belajar sorang-sorang, sebab aku taknak mak aku tolong.

eh bukan bodoh sombong tau, aku tanyalah teori. tapi praktikal, aku buat tanpa bantuan. semata-mata sebab aku nak makanan tu credit kat aku sorg je. sape buat? aku. bukan sape buat? aku ditolong oleh mama 25%. aku nak aku sorang je dapat pujian.

dan makian.

tapi memandangkan kebanyakan resepi aku buat untuk pertama kali (sebenarnya kebanyakan pengalaman di dapur aku rasa utk pertama kali cuti ni) dan hasilnye kira berpatutan lah jugak.

ini contoh benda yg aku buat sepanjang cuti, yg sempat tgkp gambar sebelum tangan-tangan pelahap mencapai (read: tangan sendiri).



oh yg atas sekali belah kiri tu bukan masak, saje masukkan gambar. itu ialah sisa pengalaman MRSM aku, di mana milo serbuk boleh jadi biskut. macamane? gune seterika lah. kalau petang sabtu boring boring, aku cariklah milo sesape, buat mcmni and bace novel atas katil seraya menumpahkan serbuk milo yg tak keras ke dalam baju. kadang-kadang feeling2 sedih pun aku buat mcmni jugak, sambil duduk bawah bumbung memerhati langit. . . woaa gila dramatik.

memanglah ape aku buat ni tak seberapa nak banding dgn budak-budak yg buat pelbagai tu, tapi at least aku belajar kan. and aku enjoy memasak nih, bila tangan diselaputi tepung dan minyak terpercik dekat spek mata, cuma aku ade sikit je mase reserved utk masak. sekarang ni nak bukak sekolah dah, so lagilah jarang kot.

akhir kalam, aku bangga memasak sorang-sorang buat kali pertama tanpa tunjuk ajar tapi tetap menghasilkan makanan yg boleh dimakan!!! yeay.

5 comments:

heyH said...

hah?
apa benda yang last belah kiri tuu?
daging kah? ayam kah?
hahaaa.
wohh syabas amalina, syabas!

kita nak senaraikan jugak apa kita belajar masak.
1. chocolate cake yang pretty much berat
2. moist chocolate cake yang pahit tapi chewy dan agak SEDAP. haha
3. tiramisu>> baru je buat tadi
4. spaghetti>> baru buat tadi untuk lunch. guna sos prego je. tak sedap pahit. selalu kakak kt buat sos sendiriii....
5. eh . takde.

hoho. baik buat blog sendiri kan. takpe. kita nak bgtau awak sorg je. ahaa.
kita gila nak buat carrot cheesecake. dan pudding rotiiii.
tapi. esok dah last dayy. ceh!

heyH said...

hoh. dan kita pun buat ondeh2.
cuma kita punya macam layak ke tong sampah atau untuk dilantak sendiri je ahh. since tade kelapa, walaupun warnanya menarik mcm bubblegum yang comel.
malu sgt nak tunjuk org sumbat srg2. wuwuu.

Nadia said...

Hoho.:D
RajinRajin, Kak Ama!xD

Keretapi said...

whoah, lagi hebat engkau hazirah!
moist cokelat kek! i wanttt!

deh. spageti senang jela, dan prego sedap kot? asal awak buat pahit?
dan kite tak pernah rase spageti kuah sendiri, wow rajen akak anda.

about the BUAH MELAKA, first attempt kite agak berjaya! wehoo. kite buat size okaylah moderate je supaya rase manis gula lebih sedap. dan warna bubblegum anda bwat mcm tempting, tp mak saye tak suke berwarna unless hijau itu drpd daun pandan. so mase kite buat laen kali tu kite kaler putih je laaa. mcm pucat, naseb baek sedap hohohoh

pergh bwat buah melaka pun nak kecoh.

OH YG MCM DAGING ATAU AYAM ITU, IA MEMANG resepi yg menjadi bencana. ia patutnya daging dilapis dgn keju, lepastu celup dlm bread crumb, telur dan tepung, b4 tu adelah pemerapan sikit, tp sebab daging kite kecik so die end up berbentuk irregular. sepatutnya mcm sandwich tu. jd hasilnya tak lawa dan mcm nugget bercis lah.

sekian, panjang gila comment.


NADIA tenkiu, mmg patut dah pun di usia lima belas tahun :D

heyH said...

hebat hapenya. tapi masa tgh2 buat tu AKU agak pelik ah apahal tak guna butter mahupun telur instead ada pulak guna vinegar. hnasib baik end product dia quite memuaskan. ceh.
tatauu..
sebab kt just letak ayam je. dan masak bodoh mcm tu je. eheh. haha.
hah. ehem. tdan dia punay tastes betterrr.

insist jugak BUAH MELAKA. ohh, u guna hijau pandan eh? so no wonder la org selalu jual ONDEH2 hijau je. tade plak pink atau biru mahupun purple.

ohh. WUU. mcm sedap beb.
btw i did YOUR tiramisu dan 2 bar cream cheese agak gemuk do rasa.tapi still okay just tak mampu lantak bnyk2.haha.
nnti nak try lessen up the c/cheese
eheh.
byee~~~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails