Sunday, January 24, 2010

Tips Untuk Kuruskan Badan drpd Uncertified Dietician

aku harap dapat blog dalam sebelum pukul 9. sebab tak lain tak bukan; homework physic yang ada berapa puluh soalan menyusahkan otak belum disiapkan lagi. fuish parah ni. tapi panggilan blog itu lebih perlu ye rakan rakan. ngehe. jangan contohi ok.

apa yang aku kemaruk sangat nak blog malam sekolah dengan homework bergunung tak sentuh lagi ni? sebab aku dah gemuk. MAKIN dan BALIK. faham? 3 kg naik, tak boleh jadi ni. maka, perlulah aku blog tips untuk kurus yg aku cuba dulu. boleh tolong sesapa untuk kurus, ngan ingatkan diri sendiri camne dulu aku turun 10 kg dalam masa 2 bulan.

APA? 10 KG! sumpah tak tipu, malam isnin ni. eh ada kena mengena pulak kan. last year mendadak turun berat aku. kawan2 dekat tak perasan, yang jauh pulak perasan. termasuk Tcer Asmah yg 3 kali tegur, suruh aku makan, jgn belajar je sampai cengkung. isk usaha gigih aku berdiet tak dihargai, orang ingat sebab aku saspen sangat nak PMR, makan pun tak hadap buku je manjang. ish takleh lari daripada imej nerd itu. well.

jadi di sini aku nak revealkan apakah tested and proved tips untuk menurunkan berat badan dalam sekelip mata! tak payah percayakan Jus Mate5 Dr Rozmey yang hot stuff sekarang, percayakan saja aku! ok mengada gila nak excited lebih, padahal orang lain tak nampak pun mana hilang 10 kg lemak kau tu. eh at least penimbang berat aku nampak, so amacam?

1. MAKAN DLM KUANTITI YG KURANG SIKIT DR BIASE.
sikit je, bukannya suruh kurang half portion terus. kalau dulu biase makan satu tong beras, sekarang kurangkan kepada 3/4. asalkan kurang drpd biase. biar perut mengecil sikit demi sikit. janganlah drastik gila, percayalah tak kekal. sebab korang akan naik gila bila nampak pizza dan terus melantak lupa diri, atau tak kekal sebab korang yang jalan dulu. dulu aku makan banyak gila ok. burger dua. nasi dua pinggan. tapi lama2, burger satu pun tak larat nak habis. DULUla.

2. JANGAN MINUM AIR SEBELUM AND SELEPAS MAKAN.
dlm 20 minit or so. less pun takpe. kang dehydrated pulak kau. sebelum makan bagus minum, sebab akan rase kenyang and makan pun ciput je. yang tak syoknya, kalau korang memang intend nak penuhkan perut, tp tak dapat sebab dah kembung air. so tengok plan lah kan.

3. JALAN 4o LANGKAH SELEPAS MAKAN.
ini sunnah nabi. kalau lebih pun takpe, bantai jelah 400 terus. tawaflah satu rumah macam aku buat. sambil tu berkawad pun ok jugak, timbul lah urat besi tulang dawai korang nanti. macam aku ni ha *picit tangan yang sebenarnya penuh dengan lemak dan bukan otot.

4. JANGAN DUDUK TERUS LEPAS MAKAN, TERUTAMA BARING!
diri dalam 5 minit, walaupun aku taktau kesahihan dari segi saintifiknya. aku melulu je praktikkan, berhasil ke tak entahlah. konon nak bagi makanan meluncur laju masuk usus, duduk kang tersekat pulak ayam dekat trachea. eh bukan, esopagus. tapi yang baring tu memang ya, jangan lepas makan terus landing macam ular melingkar kekenyangan pulak, faham?

5. MINUM AIR BANYAK2!
selain memutihkan kencing, kulit jadi sihat berseri dan kita juga akan kurus sebab metabolism rate cepat. jangan tanya kenapa. aku kalau ke dapur atau tempat2 yg dekat dengan dapur, straight pergi tuang air. haruslah dalam gelas panjang, lagi efektif. satu gelas panjang 500 ml. sehari pergi dapur 5 kali, toilet yang berdekatan 5 kali, jemur angkat baju 2 kali, dah 12 kali minum air. 12x500ml, dah berapa liter. jangan risau nanti gemok air, pergi jelah toilet. contohi Hazirah yg berurinary bladder kecik, die salu ke toilet, manade die gemok air kan.

6. AIR JANGANLAH SEJUK!
kalau dekat restaurant, kedai mamak, kantin, 7-11, dimaafkanla. tapi kalau tak sentuh terus kan lebih afdal. yang aku cakap ni macam dekat rumah, takyahlah setiap masa meneguk air sejuk je, biasakan diri dengan air suam. air sejuk slowkan metabolism rate kite, ingat tu.

7. BANYAKKAN BERGERAK!
tak kesahlah jogging ke, lompat bintang ke, main police entry ke, menari dengar Party In The USA ke, jadi pengawas ronda sekolah ke, jadi penyebok suka berjalan ke tempat orang bersembang ke, asalkan bergerak. jangan malas. walaupun tak sehebat bersenam, at least takdelah mcm dugong je melekat dekat satu tempat. sebab tulah dulu aku rajin teman Hazirah menjalankan tugas sebagai ass monitor, sebab kire aku bergeraklah tu daripada dok diam je usha jantan dlm kelas kan. ingat, jadikan bergerak itu satu kewajipan!

8. KURANGKAN BENDA YG KORANG TAU TAK PERLU.
junkfood atau carbonated beverage yang korang ambik untuk suka2 je. teman tengok TV, tolong muscle mulut exercise dengan mengunyah, ah takde. itu semua tak perlu. terutama benda yang menggemukkan. teringin sangat nak mengunyah, kunyahlah pipi sendiri puas2. mungkin benda tu kecik, tapi kalau dah selalu, jadi besar jugak perut tu berisi lemak nanti.

9. MAKAN BENDA YG PERLU JE! ATAU TERLAMPAU SEDAP TAK TAHAN LG DAH!
aku mana makan benda yang aku tak suka. aku makan benda wajib je, sebab sedap sangat, macam masakan mak aku, McD, AnW, Subway, Kenny Rogers, Pizza Hut, Domino's, Cheng Ho, Char Kuey Tiow Tapah, Nasi Goreng Kalidso, Burger Abg Depan 7-11, Cengkih, KFC, Wendy's, dan yang sewaktu dengannya. memanglah berlambak, boleh kata semua aku suka, tapi better drpd benda yang aku tak suka pun aku melantak kan? contohnya mcm ulam-ulaman dan masakan sepupu yang tawar mcm tak pernah kenal garam lada.

10. JANGAN TINGGAL BREAKFAST!
pagi2 mana ade selera. makanan pun cereal je, roti je, apa barang. baik skip breakfast, lepastu lunch terus banyak2. NO NO NO. walaupun perut tak lalu, sumbat jugak! makan jelah pape yang ada. orang Jepun makan breakfast lagi banyak drpd portion makanan diorang masa lain. and tengok lah badan diorang macamane? lg halus dari jari aku. and kajian mengatakan lebih elok makan banyak kali dlm kuantiti sikit, drpd makan sehari sekali dlm kuantiti yg banyak. tau.

11. Physicology.
pandai2 koranglah saiko diri sendiri. inspirasi ke, dendam ke, suka hati. ade budak pernah cakap bila orang kenen die dengan aku "dengan Amalina, suruh die turunkan berat dulu baru aku on", depan aku tu. tapi tengok, belum aku turun 1 kg pun, die jilat ludah die balik. nak je aku ingatkan die pasal tu, tapi biarlah. cukuplah aku bajet jual mahal, tak payah seksa budak tu lagi. ngahaha perasan. tapi kisah benar. and ade budak ejek aku masa 9 tahun, tengok2 masa 11 tahun dah menggatal dengan aku. tu semua membantu tau tak. jadi fikirlah sendiri.

tak berjaya misi untuk blog dalam masa sejam. isk. jadi semua ni tips yang aku dah cuba. jalan tak jalan, tak tau. mungkin ada yg aku lupa. and ada yg aku tak sebut sebab aku tak buat, contohnya exercise. rarely, on a very good day when pigs fly je, you will caught me red-handed stretching my muscles like i did last friday, semangat main badminton berguling2 siap bulu tangkis tu kena mata lagi.

ingatlah, seperti manusia mempunyai otak berbeza yg memerlukan usaha berbeza untuk dapat result bagus, macamtu jugaklah ade manusia yang mempunyai perut berbeza yg memerlukan usaha berbeza untuk kurus. kalau korang jenis yg makan tak ingat dunia tapi masih cikeding, sila bersyukur dan simpatilah kat orang cam aku. sebab aku pun tak memperlekehkan orang yg kurang berbakat dlm bidang lain. ok.

jadi, GOODLUCK!
kepada diri sendiri terutamanya.


now, off to buku sivik, eh tak, fizik. hip hip. . . hooray. . .

3 comments:

Amirah Rashid said...

wahhh
bagus
bg tips lg :D
physics?
xpyh buat
haha
(saje ckp mcm ni cz akak xsuke sgt phy :P)

Amirah Rashid said...

anda di tagged
sila jawab :)
pegi link bwh ni
http://chelsealoverforever.blogspot.com/2010/01/tagged-by-mizara.html

Keretapi said...

SAYA PON TAK SUKA!
taktau fizik tu apehal sebenarnya,
tak paham. ngahaa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails