Sunday, July 14, 2013

Kisah Cinta Tragis Abangku

pada pagi ahad yang hening lagi sejuk semacam, amatlah best untuk melepak bersantai bergolek berguling dengan mak sendiri. mother and daughter moment, girls talk gituu.

sembang punya sembang dalam satu topik tertentu ni, mama cakap..... "macam uda dengan kak syikin dulu."

maka timbul lah semula satu kisah tragis cinta uda dan dara. gi ambik tisu dulu blog ni takde sponsor tisu k.




dulu masa solat hajat pmr dekat asrama uda, ada sorang budak pompuan ni pandang-pandang aku. tetiba aku jadi watak sampingan kan, eh haruslah ada yours truly interframe sekali. abang-abang aku, eh tak, abang aku sorang je yang keempat tu memang suka gunakan aku sebagai taktik nak pikat awek. dulu jap jap akak ni nak cakap ngan aku, akak tu nak jumpa aku, waddehailll. konon nak tunjuk kasih sayang sebagai seorang abang. abang mithali habis lah tu jadikan aku umpan pancing, tuih. berbalik kepada cerita abang ketiga, ma kata mungkin sebab dia tengok aku comel kot, geram tembam je gemok gebu umur setahun dua camtu. aku memang comel.... dulu. dulu. tabahlah ama dan teruskan hidup. ok.

habis solat tu uda tanya "ma nampak tak tadi budak pompuan yang pandang-pandang belakang tu? tu la syikin" jeng jeng jenggggg. kata aku (yang dah besaq sembilan belaih tahun ni laa bukan yang keciq comei dulu) "mesti ma ni cool mom kan, selamber je uda cite pasal dia. ye laa siap dah tau nama, mesti la citee" hebat abang-abangku. tapi taktaula dorang cakap apa, mungkin kawan biasa jee. jawapan kelisyerr stended retisss gitu! yang kau ni pulak bunyi cam kiah propa dah kenapa, bulan puasa ni ama pls.

aku pun takde keje nak cite kat mak aku pasal benda camni, melainkan dah serius tahap memerlukan luahan, bantuan dan permintaan "ma tolong doakan." bagitau pun crush syok sendiri sesaje. kalau yang bajet serius sudahnya tak, buat malu je bagitau mak. tapi tak tercapaila tahap bagitau nama siap tunjuk orangnyaa. so way to go bro! pastu jangan nak cakap aku gatal sangat, macamlah aku taktau sejarah korang. ternyata akulah paling soleh berbanding kalian kah kah kah k tak ._.

tapi aku taktaulah apakah jenis hubungan yang terjalin di antara mereka. mungkin memang teman tapi mesra, mungkin rasa itu tidak nyata atau hanya ada setelah sekian lama, sehingga apabila sudah terlambat masa, barulah menyesal uda dan dara. entahlah. yang aku tau kisah tragisnya, bukan kisah cintanya. mana tisu mata berdarah baca ayat jiwang sangat.




syikin belajar di mesia dan uda di us sana. tidak tahulah apakah ada khabar yang dibalas antara mereka dua. tapi jelas lagi nyata syikin tetap menunggu uda. ok taktaulah jelas lagi nyata ke tak, sebab aku teringat beberapa tahun lepas mama pernah cite jugak bermula ayat "macam uda ngan syikin..." time tu aku gaduh dengan kawan laki mrsm aku. aku rapat ngan dia walaupun dah berbulan blah dari situ. aku rasa makin lama dia makin berubah, makin pelik, dan aku tak suka cara dia. bukan macam dia yang aku kenal dulu. dia masuk rugby, nak jadi cool, nak cari pompuan. tak setragis kisah uda tapi tragis gakla bila aku ingat balik kisah persahabatan terputus dak empat belas tahun dan ayat drama kitorang. ni kena bukak post baru kalau tak kisah cinta uda dan dara ke mana lak kang, tak habis-habis adik pompuannya interframe.

apa yang berlaku buat aku cakap sesuatu macam "kalau camni takyah kawan dahlah." drama kauuu. pastu dia cam "betul ke ni?" masa tu aku dilemma sengsorang jadi tercerita kat mama aku gaduh ngan kawan pastu cakap taknak kawan dah, dia pulak dengan patuh menurut perintah, eh hello aku pompuan kau laki susah sangat nak faham ke haa?! fight for me la sikit! omagod boys! *rolls eyes* masa tu la mama cakap syikin pernah gak kata takyah kawan dah, uda pun cam oh ok. sudahnya uda balik mesia baru tau syikin tak serius pun cakap camtu, syikin pulak ingat uda memang dah tak kisah. masalah *geleng kepala*

ok uda balik mesia.... dan syikin telah dipinang orang. WHAT?! UDA KENAPA LAMBAT? KENAPA TAK BUAT APA-APA? KENAPA??? HAH?! ma cakap sebab uda tunggu setahun baru keje ngan TNB, dia kan scholar TNB, maka kenalah tunggu kerja TNB. jadi dia tak kerja lagi. dia rasa mak bapak syikin takkanla nak terima dia. baidewei ni zaman sebelum kahwin muda itu mainstream dan nikah khitbah itu hotstuff dan mahar guna ayat quran jewp~

padahal abang kedua aku kawen muda, nikah khitbah, ok tapi mahar takdela guna ayat quran. lek je, hipster gila.


tisu sudah di tangan? teruskan.

hari nikah syikin, syikin call uda nangis-nangis, taknak pakai baju pengantin bagai. uda pulak yang kena pujuk dia. bayangkan. walaupun dah kahwin, dia tak bahagia. walaupun dah anak sorang, dia masih tak bahagia. bayangkannn. sampai.... uda pernah tanya mama kalau syikin cerai, boleh tak dia....?




mak aku, sebagai cool mom, masih cool, dan memberi jawapan yang cool. mama kata, kalau dia memang dah nak cerai, tak boleh buat apa dah dengan suami dia, takpelah. biar dia cerai dulu pastu baru. tapi janganlah dia cerai sebab kita. mama tak kisah, tapi keluarga kita ni ramai mulut puaka, apa dorang kata uda kahwin dengan janda? ok mulut puaka tu aku je tambah. 

masakan tak puaka, kalau tak takkanlah disuruh mama gugurkan aku. nanti keluar cacatlaa, nanti tak sempat lahirkanlaa. aku tak paham la manusia. mak aku dengan cool jawab "kalau nak mati, mati jugak. takyah tunggu mengandung." mungkin dulu dorang rasa mak aku dah ada semua, anak pompuan je takde. bila tau mak aku ada peluang nak dapat anak pompuan, meroyanla kan. sebelum tu bising tak bosan ke empat anak laki, apa ni takde pompuan, tak hebatla semua pendekar je. mak aku dalam cool dia tu mau tak sakit hati dengar apabila puaka berbicara. padahal doa dia Allah je tahu, tu semua kan kerja tuhan. dia jawab takpela, anak laki senang jaga, anak pompuan besar kang payah risaukan dia. pastu bila tau nak dapat aku, bising lagi aik kata dulu benci anak pompuannnn. sabarrr.

masakan tak puaka, kalau tak takkanlah dikata angah dengan kakak ipar aku sebelum kahwin dulu. akak orang jauh, jadi banyaknya balik sini bila cuti. "belum pape dah bawak pompuan balik rumah." bawah batang hidung mak bapak aku jugak! mak aku secool mom mana pun, belajar gak agama, pergi ceramah merata. generasi dulu nampak macam taktau, tak buat, tapi buat. generasi kita nampak macam tau, buat, tapi tak buat. jangan dirisau puakamu itu, nak tegur, tegur, nak kutuk, tak perlu. lagipun abang kedua ketiga aku ni nerd je, apalah sangat nak dibuat hahaha. yang peliknya keluarga yang memang alim, elok je terima akak. ni yang konon alim ni mulut tak beragak. itu belum nikah. apatah lagi bila nikah dekat negara orang, haa ada bahan untuk diperam dengan daging saudara sendiri!

sekarang tengok aku membesar sempurna je kejadian, angah ngan akak pun bahagia je perkahwinan, nak dengki busuk hati lagi? tak payahlah. korang pun ada rezeki korang kan. jaga rezeki sendiri sudah.


masa angah nak kawen muda, mama tak kisah, mama risau je orang mengata. babah kata takpe, biar je cakap orang. jangan lama-lama, nanti dosa kang kita kalau jadi pape. maka pergilah kami anak beranak ke sana. bila dorang cuti balik sini, baru buat kenduri. and the award of cool mom and cool dad goes to my mom and dad :"")

sekian selingan mana datangnya genetik cool ini hihihi.




carilah yang lain, nasihat ibu. uda pun mencari. bukan terjumpa. ni kes memang mencari untuk dijadikan isteri. bila dah jumpa si dia pun berkata dia tak nak main-main, dia nak serius. jadi kalau nak main-main bolehlah cari orang lain. dua-dua memang diset upkan untuk berjumpa kerana keinginan yang sama; perkahwinan. maka mereka pun setuju untuk berkahwin.

di hari tersebut, syikin datang....... ok masa ni aku dan mak aku perlukan tisu sebab mata berair bila mak aku cerita yang syikin nangis dekat wedding udaaaa T____T sampai kakak ipar pertama aku yang jumpa dia pun nangis sekali. mak aku nampak mata dia merah je. ya Allah cubalah bayangkan korang kat tempat dia. aku memang dah bayangkan. serious boleh jadi setting lagu Someone Like You T_____________T

I heard that you're settled down 
That you found a girl and you're married now




masa aku dengar cite ni aku rasa macam nak jumpa kak syikin pastu nak peluk dia. apa tah jadi dekat dia sekarang. maybe the fact that uda got married put an end to her hopes finally. how long was it? if it was since they started to know each other, i would say more than 10 years. and since she got married? more or less 5 years. may it be the closure she needed. as something with no closure always leaves paths for us to wander. i truly hope kak syikin and uda both are happy with their meant-to-be, insyaallah.


that's the thing about jodoh, you never know. it can happen in many ways, maybe


1. like my parents. babah nak mama taknak sebab mama nak kerja dulu, takpe babah tunggu dua tahun babah doa, usaha, cuba ambil hati, siap nazar bagai tak lupa tulis surat pada arwah aki lalu aki pun pujuk mama jadi mama pun nak la akhirnya.

2. like my first bro. jumpa kat us, tau akak tak berkenan tentang sesuatu lalu tipu, tapi kantoi dan ditolak lalu kecewa, bawa diri ke toilet dan tumbuk cermin sungguh drama melayu malah lebih kurang cerita Soal Hati, tapi akak sebenarnya mahu juga tu.

3. like my second bro. jumpa kat mrsm, bersama buat persediaan kat intec, berpisah belajar kat uk dan us, nikah setelah 5 tahun berteman tapi mesra, yang ni kenapa senang sangat ni haaaaaa untunglahhh.

4. like my third bro. jumpa kat sekolah sains, berteman tapi mesra punyalah lama, namun tidak ke jinjang pelamin bersama, berkahwin pada mulanya bukan kerana cinta yang dituai dengan masa ok stahp

5. like my fourth bro. jumpa kat merata-rata hahaha, jadi playboy bertahun-tahun sehinggalah satu hari jumpa sorang makwe dan terasa nak kahwin, mengejutkan satu dunia tetiba je kau biar benar namun begitulah kisahnya.

6. like one story. bertemu di muka buku dan selepas add diapp si lelaki komen cutenya gambar si perempuan tak lama kemudian berjumpa dan rasa marilah kita berumah tangga. ataupun boleh juga dijodohkan keluarga lalu dilamar melalui hadiah kamera sudikah awak jadi isteri saya sampai syurga? eh dah kenapa macam cerita ikon kawen muda Irene Nadia dan Dena Bahrin pula.

7. like a cerita melayu story. sorang makcik yang mempunyai anak lelaki menunjukkan tanda-tanda minat dekat anak perempuan satu keluarga yang dah lama dikenali, tak habis-habis tanya perihal dia dan mak si perempuan pula walaupun main-main je tapi gelak-gelak juga bila mengutarakan idea sama sedangkan si perempuan dan lelaki tak pernah berkawan, dah bertahun tak jumpa, rupa pun dah lupa camne dan bila mak lelaki nak hantar makanan sesaje masak lebih disuruh si lelaki yang menghantar ke rumah perempuan dan diminta pula si perempuan yang mengambilnya........






you'll never know. orang cakap jangan cakap pasal sesuatu yang tak pasti jadi or you'll jinx it nanti.

i hope i can jinx some things.









3 comments:

Anonymous said...

if ur bro & sis in law were to write a story about their early marriage up until now, rasanya dorg pun femes dah kat internet. cerita kawin w/o any love at first pastu lelama live happily ever after is rly sweet kalau ikut novel. for it to happen in real life,lagi la sweet. lol.
may He grant u the best love story u could ever imagined. insyaAllah
happy Ramadan :)

Anonymous said...

I almost cried yknow baca love story ur 4th brother. Kalau jadikan novel, bestseller, kalah Panas Salju *eh tiba2*

Tp betul lah apa yang ramai orang pesan, Allah lebih tahu apa yang kita tak tahu. Ada hikmah lah kat mana pun :)

Keretapi said...

i think i have too many brothers for people to remember and they get confuse. even i get confuse. lol haha

my second bro early marriage, but not without any love at first. they were in love, sebab tu nak cecepat kawen takut melepas haha. and this is the story of third bro, pelamin anganku musnah. wow dah tajuk novel melayu dah tu. thanks anon2 :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails