Wednesday, June 6, 2012

An Appeal Letter From A Brother

I have four bros. but today i'm blogging about the third one.


because i just found out that Uda wrote to UIA appealing for me after he found out I didn't get MARA, he wrote it the same day i found out i got JPA.










Uda is a bro unlike any other. Dialah yang paling semangat untuk aku untuk semua benda. 


aku ada 4 orang abang, kitorang bukan adik beradik paling rapat dalam dunia sebab jarak umur aku dengan dorang. tapi aku paling selesa dengan uda <3



Penaja Buku

dulu masa aku baru mula sekolah rendah, dia yang belikan aku banyak buku. dia yang bawak aku pegi MPH pastu paksa aku beli buku. semata-mata sebab nak pupuk minat membaca dalam diriku hoh. aku taknak, aku taktau yang mana best aku kata. so dia belikan aku banyak buku Enid Blyton. tetiba nanti dia bawak buku baru balik rumah, padahal buku dulu tak abeh baca lagi.


masalahnya aku tak minat buku Enid Blyton. apa rabbit monyet binatang dan hidup mereka semua ni tapi aku bacalah jugak sebab kesian kat dia pastu nanti dia bising. dahlah suruh aku baca pastu highlight perkataan tak faham dan cek maksud, takde keje aku nak bukak buku sebelah tangan, sebelah lagi belek kamus. nanti dia belek buku cerita aku pastu tanya "yang highlight purple ni kau paham ke tak?"


"paham"

"apa maksud dia?"

"emmm, tak sure tapi taulah apa yang dia nak maksudkan..."

"gi amek dictionary sekarang"


kalah cikgu sekolah. sekarang kalau aku masuk kedai buku dengan teruja mesti dia terharu kan, "dah jadi ulat buku dah adik aku...." kata dia dalam hati sambil hulur duit, aku menolak dengan sopan "eh de takyah, duit ada ni!" tapi dia insist sambil pesan "nanti resit kasi aku," kata dia yang dah buat mental math congak berapa dapat tolak cukai. lolzde.



Geng wayang dan makan

dalam post Potterhead kan aku cakap abang aku yang suruh aku tengok Harry Potter? haaa abang yang ni lah.


tau tak first time aku tengok wayang masa aku darjah 5? sedih kan hidup aku. takde sape nak bawak sob sob. semua sibuk dengan hidup sendiri sob sob. tapi uda masih ada di sisi (masa dia tak kawen lagi T____T). satu hari mak aku kejut bangun pagi, mama kata bangunnn. aku kata nantiiii. mama kata bangunnn uda nak bawak tengok Harry Potterrrr. aku terus HAAAA YE KE?! mata terbeliak.


Uda datang pagi tu ambik aku pegi KLCC wehooo (kesian aku... takde sape nak bawak jalan selalu.... semua sibuk dengan - DIAM AH AMA) dalam kereta aku macam OMG OMG UDA KENAPA TAK BAGITAUUU. pastu dia yang tengah bawak kereta laju sebab takut lambat sampai dengan rileknya berkata sebab dia taktau sebenarnya dia boleh balik ke tak minggu tu, tapi dia dah book tiket dulu. kang bagitau awal-awal tapi dia banyak keje, histeria pulak aku kecewa. so jadilah surprise.


aku macam woaaaaah. then tengok Harry Potter and The Goblet of Fire pun woaaaah.

sejak tu dialah yang balik KL jauh-jauh dari Perak semata-mata sebab aku mintak dia bawak aku tengok Harry Potter (read: paksa - sape suruh kau baik sangat muahahahaa)


Harry Potter and The Half Blood Prince yang last HP kitorang tengok sama. lepas habis wayang, cam biasa dia belanja makan. dia dengan aku sama, kitorang suka makan macam-macam kat restoran yang mak aku takkan sanggup makan kalau pegi sama. pas HBP, sambil makan makanan vietnam, uda kata "hek eleh, tu ke Half Blood Prince nya? aku ingat nanti ada prince dari negara lain datang lawan sama-sama dengan Harry ke apa"


aku macam DO NOT QUESTION JK ROWLING'S MASTERPIECE.


nanti dia balik KL je dia ajak aku tengok wayang, sedih tak hidup aku pegi tengok wayang dengan abang sendiri je hahah. itu sebelum zaman reti jalan ngan kawan-kawanlah, masuk sekolah menengah terus "De, kita gi Mid lah. Mines ke. jangan gi KLCC nanti jumpa kawan sekolah," HAHAHA.


sekarang beli dia dah kawen pastu ada anak memang harapanlah nak tengok wayang segala :( no more tido kat hotel Mid pastu pegi tengok midnight movie sesama :(


masa aku darjah berapa entah, dia jugak yang bawak aku pergi Petrosains dengan Dinasourous ke apa tah dulu tu, sekarang cam dah takde je. dia belikan aku macam-macam and bawak aku merata-rata. bila aku terkenang semua tu sekarang, aku rasa terharu, sebab dia macam nak aku ada pengalaman tu. childhood. dia nak aku rasa semua tu, apa yang budak lain rasa, apa yang mungkin aku rasa kalau Babah ada.


sampai sekarang kalau aku terharu or sedih or kesian kat dia, sebab dia banyak kerja or tak dapat balik or sebab dia baik sangat ke, mesti dia kata "nak kesian apanya, poyo!"


aku pulak yang dipoyokannya.








Potato Couch

abang-abang aku yang lain, dorang lain. ada yang judgemental gila. ada yang suka kutuk artis tak pasal-pasal sampai boleh gaduh aku dengan dia semata-mata sebab aku back up artis yang aku tak suka pun. ada yang rasa diri cam gempak sangat maka takleh tengok tv shows yang tah pape cam AF contonye. ada yang rasa diri matang sangat baru sekolah rendah dah tak tengok Disney Chanel. SAPEEELAH TU.


tapi Uda manade camtu. pandai je orangnye, one of best students sekolah sains dia and Negeri Pahang terus. gempak je orangnye, belum kuar result SPM dah fly US. sebab tulah mak aku ni macam sayang Uda lebih sikit (aku dengan abang aku lagi satu salu cakap "laaa mama ni sibuk-sibuk kemas rumah, masak macam-macam kenapa? yelahhh anak kesayangan nak balikkk~") bukan sebab dia pandai, tapi sebab dia memang jarang balik dan dia sangat baik. dari form 1 masuk asrama. habis form 5 terus pegi US. balik US dok Shah Alam. lepas tu pindah Perak. memang 3, 4  bulan baru jumpa. tu pun tak tentu.


despite all that, abang akulah orang yang tengok Disney, Nickelodeon, Cartoon Network. dia tengok Lizzy McGuire, That's So Raven segala yang aku pun tak tengok. tetiba kang dia tengok Evan Steven ke apa entah. pastu gelak gelak sengsorang. aku macam..... wut?


Dialah jugak yang ajar aku tengok Friends, Angel, Buffy segala masa aku tak faham english pun lagi. k fine bukan ajar tapi aku terpengaruh secara tak sengaja har har. awkward moment bila tengok America's Next Top Model dengan dia dan model-model tu menyeksikan diri.... tapi Uda buat muka pokerface je. bila tengok cite pape ada scene tak senonoh, aku saje je tengok dia buat muka "heh heh heh" LOLZDE.


itu dulu. sekarang tidak lagi sebab dah lama tak bertemu. tsk.




Cool Bro

Uda lah satu-satunya abang yang tak menggelabah jadi overprotective. ini tak boleh itu tak boleh sampai bila nak boleh pun aku taktau. "sampai kau kawen, hahaha" abang sulung aku cakap. BORING AH KORANG. sekarang dah 18 tahun pun takleh lagi tak faham aku. pastu bila aku tak reti berdikari naik lrt naik teksi sendiri, aku cari korang korang jangan bising. dah semua tak boleh kan, jadi driver aku boleh?


Uda dari dulu salu suruh aku buat semua benda sendiri, biasakan diri. tsk. tapi sebab tiga orang abang yang lain tu, sampai sekarang aku jadi anak manja yang perlukan teman. tsk.


Uda jugak cool bila sampai bab lelaki, tak cam abang lain yang bajet bukan laki pulak korang sebenarnya. beberapa minggu lepas, jiran aku, arkitek yang kaya raya buat kenduri kahwin. anak jiran dia semua dah kahwin, kahwin pun dengan dak-dak sini jugak, yang pernah sama sekolah, pernah kawan biasa. bila dah kahwin semua tinggal sebumbung sebab arkitek ni sentiasa renovate rumah dia untuk keperluan semasa. sorang je anak laki dia belum kahwin.


aku lupa camne topik ni leh timbul... tapi aku rasa puncanya ialah aku cakap aku taknak pegi belajar mana-mana. macam biasa bila aku buat perangai camtu, mama cakap "habis nak buatpe, kawen?"


tah macam mana dari situ, boleh lak Uda gemok ni cadangkan aku kahwin ngan anak arkitek. Uda suruh aku pergi kenduri kahwin tu nanti, tunjuk muka sikit manalah tau mak dia nak buat menantu, mak dia kan selalu suruh mak aku bawak aku pergi kenduri dorang. menantu dia semua pun orang-orang sini je. aku pun joinlah sekali "haah kalau kawen dengan anak arkitek konfem tak homesick sebab selang satu rumah je! hahahah" tetiba terus hepi, tah pape entah.


aku selalu taknak pergi kenduri dorang bukan je sebab aku malas, tapi sebab aku dulu pernah kawan dengan anak sedara arkitek yang pernah sekolah dengan aku... pastu dia asyik2 ajak pergi kenduri tu. lagi kau ajak lagi aku taknak tau takkk. Uda dua tiga kali cakap pasal anak arkitek, semangat pulak dia.


tapi itulah, Uda. dia sorang je yang tak cakap aku gatal kalau aku sebut "lelaki" atau "kahwin". ye abang-abang aku yang lain sangat koman, dah lupa agaknya dorang dulu umur aku lagi dah ada makwe(s). sekarang aku tau sape leh jadi wali kalau aku kahwin lari :') LOLOL.



Support Study

dulu masa aku nak masuk asrama, dia yang paling excited. sebab nasib aku sama macam dialah konon baru form 1 dah terpisah dengan keluarga. orang lain ada jugak ragu-ragu, aku pun macam tak sedap hati time tu. tetiba je padahal aku lah yang nak masuk asrama sangat dulu. sebab tak dengar kata hati awal-awal, aku keluar MRSM kemudian. kempunan uda nak melawat aku kat asrama. 7 bulan aku dok situ tau tak, sempat je nak lawat setiap minggu (7 bulan kat situ 2 kali je kot family datang tsk) sape suruh kau workaholic sangat.



lepas form 5 masa aku dok pening pasal masa depan, Uda pun membantu dengan kata-kata semangatnya "engineer taknak engineer?"

"taknakkkk!"

setiap kali aku konfius setiap kali tu jugaklah dia tanpa putus asa "engineering takmau?"

"TAKMAULAH DE!"


bila aku mintak pendapat dia apa aku patut buat, dia memang tak membantu... aku salu cakap Uda memang dilahirkan untuk jadi engineer, bukan psychologist, bukan kaunselor. sebab jawapan standard dia ialah "mana aku tau", "buat jelah pape kau suke", "entahlah yu", "taknak jadi engineer?"


if you expect inspiring words and motivation from someone, let it not be Uda. being true to his profession, Uda is only up for practical things, like bringing you to the cinema and booking a holiday trip, or writing an appeal letter. 


kat email tu yang part "opposed by her siblings" tu, opposed by dia je sebenarnya. hahah. but blood is thicker than water, bila aku tak dapat study apa aku nak study, tukang oppose terus jadi tukang support. sian Uda gemok semangat buatkan aku appeal letter, cam nak nangis pun ada.



Pemurah Macam Babah

sangat sangat sangat sampai mama pun selalu cakap dia cam babah. nuff said.

comel je uda :')


dulu kan aku obsess blog pasal sorang budak laki hensem kan?















haaa budak tu anak dia lah tu.




there are many things that set him apart from other brothers, even my other brothers, but let's just keep that to myself, and to my poorly-kept-memories because i want to blog more about this but have forgotten what i wanted to mention.


sometimes i wonder if i will suffer from Alzheimer. God forbids. but if one day i will, i know just someone who's gonna write letters and send emails to all doctors asking for their attention for his little sister's treatment.


a brother.







2 comments:

Diyanah said...

comelllnyaaa.. haha

Keretapi said...

kaaaaan :'D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails