akhirnya........
aku............................
dah.......................................
DAPAT LESEN WEHOOOOOOOOOOOOOOO!
hekeleh budak ni, orang lain dah setahun dua dah dapat lesen, hekeleh hokaloh. eh suka hati aku laa nak gembira pun! ujian komputer ngan test jpj dua-dua lulus sekali buat je! takyah ulang-ulang! alhamdulillah!

a year late wouldn't hurt right? hehe
masa aku baru masuk 17 tahun, berkobar gila nak ambik lesen. birthday aku kan agak awal berbanding kengkawan lain. bapak best kalau aku dapat lesen dulu weeee. tapi aku kenal sangat diri sendiri. takde maknanya aku nak ikut kelas memandu sume masa aku ada kelas sekolah. cuti hujung minggu dan cuti seminggu dua harrommm diganggu. so aku ingat nak ambik pas SPM je la.
tapi pas SPM aku sedar aku taknak ambik awal-awal. kenapa? sebab semua orang nak ambik awal-awal. kalau aku pergi kelas memandu, sama je macam aku pergi kelas sekolah. mesti penuh ngan muka-muka yang aku kenal. muka-muka yang ada aku tak nak jumpa lagi. cukupla. i had had enough of school and some people already. lama-lama dah tak heran dah pasal driving ni. makin malas adela.
boleh tak aku taknak ada driving license?
aku nak ada driver je. mengada.
tetiba dah masuk belajar balik. tapi nak tak nak, kena buat lesen la jugak kan. lagi lambat lagi malas. makin lama makin busy. semangat aku nak buat lesen datang setiap kali aku nak kuar berjimba tapi takde driver. sobs. and dari kecik memang aku suka dok atas kete ke bas ke lelama sebab aku suka berangan, berfikir atau kedua-duanya sekali. aku bayangkan besar nanti aku boleh drive sendiri so bila aku nak cari ketenangan bolehla aku membawa diri. takyah gi memana, dok atas jalan je. aku kan spesis rebel nak escape la nak breakaway laa.

so bulan 12 tahun lepas, seminggu sebelum masuk sem 2, aku ambik ujian komputer. nampak tak betapa malasnya aku kat situ? dan sekarang, seminggu sebelum masuk sem 3 baru aku ambik test jpj. nasib baiklah dua-dua test last minit ni terus lulus, takyah ulang. kalau tak tah bila la pulak aku nak dapat P nanti.
memula aku nak cikgu perempuan. sebab tu jugak aku lambat daftar, sebab memilih benar. takdela, aku tau aku camne. mesti janggal je. padahal aku ada 4 abang yang semuanya lelaki dewasa, tapi awkward ama is still awkward. tah pape je. lagi satu aku tau aku akan jadi bimbo masa belajar drive nanti. tergelak-gelak sebab cuak. mesti ada terpekik sikit. terayu sikit, eh. tak best la berbimbo depan laki en. kalau kengkawan takpe, mungkin aku berbimbo tu dah biasa bagi mereka. kalau laki tua pangkat pakcik pun takpe, ni yang agak muda kena panggil abang yang susah sikit. abang-abang aku pun aku tak panggil abang. ew. haha. aku panggil orang abang masa aku dok setahun kat mrsm je, ngan sepupu-sepupu aku. sebab tu jugakla aku malas nak kawan ngan laki tua sikit walaupun setahun dua, kalau aku tak berabang tapi berkau aku nanti dorang ingat aku kurang ajar pulak kannn. lainla kalau kita ada persetujuan macam aku ngan sorang ni. dari mespes bawak ke fesbuk, dah 5 tahun kawan. ha tu ok. eh banyak cite lak kau hahah.
akhirnya kami jumpa satu syarikat memandu kepunyaan seorang makcik, yeay! kawan aku belajar ngan makcik ni. tapi tetiba hari daftar... anak laki dia yang ajarkan. wat. pasrah jelah. tapi aku malas nak berhubung dengan dia, mak aku je jadi medium. dia takde number aku, aku takde number dia. mak aku pun faham aku ni pelik semacam sikit. sebab kami sesama pelik hew hew like mother like daughter laaa.

nasib baik abang tu baik. bila aku dapat P aku macam nak tunjuk penghargaan dekat dia. aku nak cakap "terima kasih sangat bang omg abang tau tak saya noob gila bab driving ni first time saya pegang stereng tahu mana gear mana hand break mana segala jadah benda apa nak buat semua abang yang ajar tau omg memang start from zero tapi sekarang saya dah boleh drive dah dapat P dengan sekali ujian je you're the best lah terima kasih banyak banyak!!!" tapi kali terakhir aku kuar dari kereta dia masa dia hantar aku, aku cakap terima kasih je. cam biasa. lol. segan la ai nak suarakan penghargaan.
tapi serious. terharu la pulak. teringat first class aku bawak kete. "betul ke bang? saya langsung tak pernah drive ni" berapa banyak kali termati enjin. masalah utama aku masa baru belajar drive ialah kaki aku. in fact, masalah aku setiap kali aku bawak kete yang aku tak biasa. kaki aku tak reti bajet. aku rasa aku lepaskan clutch sikit je, tapi rupanya banyak. pup mati. itu paling perlahan dan paling lembut aku boleh buat. bila aku try control kaki, tak gerak-gerak pulak kete. rupanya sebab aku tak lepaskan langsung haha. frust gila masa tu ngan kaki sendiri. kaki kenapa kau tak mengerti?!
dahlah kaki masalah, tangan pun masalah. tak larat nak angkat hand break masa atas bukit.... nangis. kalau guna kereta yang hand break ketat and kena tarik banyak kali, mesti kena guna tenaga sampai dua tangan tsk. nak turunkan pun satu hal. bila tenaga dah tertumpu kat tangan nak turunkan hand break, kaki kiri aku pun tergerak sekali maka tereffectlah clutch pastu meluncur ke belakang... tapi abang tu ajar, luruskan tangan dari bahu masa nak turunkan hand break. pastikan tumit kiri dah pasak kekuat so dia tak gerak, kalau perlu pegang lutut bagi statik. tarik nafas and tahan, barula turunkan hand break. tak berundur! kereta meluncur ke depan, aku pun melepaskan nafas lega perlahan-lahan :D
aku ni tukar gear pun semacam sikit. dia salu kata aku tak tukar smoothly. siap pernah cakap "janganla ganas sangat, awak tu perempuan"..... k. kalau abang nak tau, kaki dan tangan saya memang sukar dikawal! mereka ada otak sendiri! serius! tu la timbul tabiat tak beragak bila tampar orang tutup pintu semua. rasa cam lembut je sekali bunyi kuat gila. merah muka orang yang ditampar. nak tertanggal pintu segala.
rupanya masalah kaki tak reti bajet aku ni merupakan masalah genetik. bapak aku mengalami masalah sama. sebab tu bapak aku tak drive. aku pelik jugak kenapa ngan bapak aku ni. askar dah keluar masuk hutan buat macam-macam, businessman dah keliling dunia, tapi satu benda dia tak buat ialah drive. pegi memana pun Cik Din drivekan. tapi babah tak pernah duduk belakang. tu tanda hormat dia pada Cik Din :') sekarang baruku memahami babah. sobs. masalahnya Cik Din dah tak jadi driver lagi. terpaksala aku berdikari.
"ma kalau ayu taknak drive boleh tak? laki ayu drivekan. so kenala ade laki. hihihi" sempaaaaaat.
tak cukup ngan genetik kaki babah, aku jugak mewarisi genetik takut mama. hahaha. masa dia muda je dia drive jauh-jauh. sekarang tak lagi, takut katanya. sebab tu la orang kena paham kalau nak harapkan mak aku drive, radius kawasan yang aku boleh sampai kecik je sebenarnya. banyak sangat kete ngan traffic light dia cakap, lolol. yelah dulu bukan semua orang ade kete. sekarang dak pas SPM pun nak ada kete en? sebelum test jpj aku suruh mama teman aku drive kat sekitar taman ni je, tu pun dia takut. lebih kepada tak mempercayai kebolehanku sebenarnya hm. aku boleh je drive toyota mak aku yang lebar tu. pernah je. takde la langgar memana... oh mungkin sebab masa tu aku drive kat empty parking lot. lol.
patutlah aku camni rupanya, bisikku dalam hati. haha. plot twist: abang keempat aku takde lesen pun! dia dah drive sejak dia form 1, curi bawak kete mak aku malam-malam. mama kata nanti pagi esoknya tengok kete lain macam sikit posisi. tak lain tak bukan anak jantan dia ah ni. tapi abang aku, macam aku, pemalas. so genetik pemalas aku dari dia pulak. omg what is this family hahaha. dia malas nak gi kelas bagai. so dia takde lesen. dia pun tak suka drive. selama ni dia drive sebab perlu je, maksudnya kalau setakat nak gi lepak memana tu kengkawan dia datang ambik. plot twist kedua: abang ketiga aku tak ambik driving test tapi ada lesen! waaaaat. lepas SPM dia terus fly, takyah tunggu result, so tak sempat ambik test jpj. dia belajar drive sikit ngan mak aku. kat US dia ingat dia kena test, sekali terus dapat driving permit. balik mesia tukar jela jadi lesen. best gilaaa. abang kedua aku pulak first time fail, second time baru lulus. abang pertama lulus first time on his 16th birthday, tu zaman lesen kete boleh ambik umur 16. lihatlah betapa zaman dia dah lama berlalu. ok tetiba cite pasal family aku pulak dah kenapa kan, ish.
sambung cerita pasal aku. eh mestila nama pun blog aku daaaaa~

satu hari tu seperti biasa aku tunggu abang tu sampai. dia sampai aku pun terus pusing pegi belah passenger's seat, tapi dia dok situ sambil sengih. ternganga. terkejut. sebab aku cuak, aku pun gelak. "hahaha betul ke ni bang hahaha" sambil masuk belah driver's seat. "hahaha tapi saya tak pernah drive kat jalan serius ke ni hahaha" sambil duduk. serius saspen. aku tau aku kena jugak drive kat jalan nanti, tapi takdela aku sangka first time aku drive dari lembah keramat ke cheras! walawehhh. but i'm still alive and i'm still in one piece, phewh haha. dah lama sikit mula terasa wah cool siaa aku drive, bestnya wah wah, nak-nak kat highway. boleh laju kan. takyah fikir memacam. aku pun tak caye aku selamat sampai dengan jayanya. family aku ape tah lagi. "tererla ayu" oh time kasih. memang terer pun, cuma tak tunjuk je ketereran tersebut. dan dan.
3 Julai 2013, tibalah hari ujian memandu jpj. cantik gak tarikh aku pilih. ni baru test jpj, if you know what i mean *wink hahaha
malam sebelum tu sebelum tido aku bayangkan apa aku kena buat. bayangkan jalan yang kena drive, lorong mana, tunggu berapa saat before gerak kat traffic light, dahlah ada banyak traffic light pulak tu pfft, belok mana, bila nak signal nak tukar gear bagai. aku dahlah tak berapa hafal berapa kali kena pusing stereng masa parking sume. ikut suka hati instinct aku je. kalau lupa, kuar kepala tengok tayar. silap takpe, time prektis abang tu betulkan keh keh. mesti dia tensi ngan aku asyik silap pusing je padahal dia siap message skema jawapan step parking, step three point turn. malam sebelum tu baru aku hafal typical ama tolongla pls. tapi skema dia pun ada tak lengkap. so aku google... tapi step kat internet ngan step dia ajar lain!!! OMG. ok lek, sebab abang tu cakap "abang ajar memang untuk lulus terus" so inilah ramuan rahsia yang orang lain tak tahu hehe. kot-kotla aku lupa skema, aku prektis guna jari bentukkan pergerakan kereta kalau aku pusing tayar hala ni, dia pegi mana, berapa kali, dia senget mana. ama's logic lol.
bangun pagi tu rasa nak ambik spm pun tak takut camni. tak sanggup kena ulang kalau fail. ulang kelas, ulang proses cuak, ulang test, ulang bayar. tolong aaa aku dah rasa cukup kekecewaan minggu ni. aku taknak rasa benda sama lagi. biarla aku hepi jap. i didn't want to have to deliver two bad news, don't be that loser in a row, don't be a double failure, just don't. so i told myself. cuak nak mams i tell ya.
aku sesi 1, number 51. pak cik yang jaga turn ujian litar menakutkan. main tengking je kalau orang tersilap jalan ke tak dengar arahan ke apa heh. tolonglah jangan downkan semangat orang yang memang tengah tak cukup semangat ni. tapi bila turn aku masuk kete, baik pulak dia. aku pun jawab jela dia tanya pape pastu senyum, dia kata jangan takut sume aku gelak je. lek la sikit at least ye dak.
tunggu turn sampai dah hilang nervous. memang tak nervous sangat dah. tapi kereta aku nauzubillah. nazak dah. sebelum pape aku test dulu hand break... great. tak dapat rasa pun berapa kali dia naik bila angkat. takde click, click click, terus krekkk. nanti aku angkat jela sedaya mampu harap cukupla nak stay atas bukit tu. pastu bila start enjin, mati. start mati. start mati. TAK LAWAK DOH APAHAL NGAN KERETA NI. even sampai turn aku nak naik pun still mati lagi. bila dah sampai atas tu, pegawai jpj kata ok and boleh turun. aku pun kira - straight, pasak, tarik nafas, hand break, and kete meluncur ke depan.... lega gilaaa!
tip: ucaplah terima kasih kepada setiap pegawai jpj atau pak cik mak cik yang membantu. yes some of them could use some work etiquette or common manners.... tapi dorang muka ketat sebab penat. setiap minggu kena uruskan umat manusia yang sama ramai. thank you is the least thing we could say. a lil appreciation goes a long way :)
bila dah drive cam biasa from bukit tu baru lek sikit takde terbenti lagi enjin. i said to myself - you could actually see my mouth moving and it's not something usual as usually i would rather think to myself - "you can do this ama, you can do this. don't screw up ok." masa aku tunggu turn bukit aku, aku tengok orang lain test parking jugak. ada sorang bro jpj ni. dia nampak rilek dan tak nampak macam perhati sangat apa orang buat. aku terus aim dia. aku dah lama perhati kau, kau tunggu jap hahaha. alhamdulillah, aku rasa parking and three pointer aku perfect. perghhh. kete lurus, dalam kotak, tak langgar line, takyah adjust tayar masa bergerak, ikut je step, just nice lah. terima kasih skema jawapan abang tu heheh.
maka luluslah ujian litar aku! weeeeeeeee! :D
masa untuk drive on the road. aku dah alert dah so bila kena panggil aku terus pergi, takdela makcik tu nak mengamuk kat aku. aku kesian akan mangsa-mangsanya. sampai turn aku tunggu untuk masuk kete. ada satu kete tu dah park lama gak kat situ, tapi pegawai jpjnya takde. bila kete lain sampai, aku target kete tu la. tengok je, tunggu budak yang test tu kuar. rupanya pegawai jpj yang tinggalkan kete tu tadi dah sampai and panggil aku tapi aku tak perasan. "yang awak termenung tu kenapa?" dia tanya. "takdela hihi" lol. tengok dia pun boleh tau dia lek. muka tak ketat, cara cakap pun ada humour sikit. phewhhh. aku takut je dapat pegawai yang muka kerek pakai shades segala senyum sikit pun takde. ada sorang pegawai pompuan camni, terus aku harap dapat laki. sebab lain ialah aku rasa... aku boleh cuba buat muka comel dan berunding dengan dia kalau aku di ambang kegagalan. hahaha. ep don't judge, kita kena ada strategi okk.

masuk aku kasi salam sume. serta merta tau it's not going to be that bad, pegawai wise. i've heard stories of pegawai, which aren't that pretty. tapi dia suka saiko orang. heh.
dia: ni apa bawak slow-slow ni
aku: slow eh (padahal abang tu ajar bawak slow dekat kawasan sempit dengan masa nak belok taww)
dia: laju sikit, ha laju lagi takyah takut-takut
aku: er ok... terima kasih (?)
dia: bawak kete pun nak ayu-ayu lagi
aku: ........
dia: takyah ayu-ayu, ganas sikit! laju!
aku: mana ada ayu
dia: ya bawak pun alahai lembutnya ayunya
aku: dah terbiasa (LOL YOU WANT ME SASSY? HERE COMES SASSY)
dia: duduk sebelah boyfriend tak nervous, duduk sebelah abang nervous pulak
aku: (i'm not sure if i called him abang first or....) er mana ada boyfriend
dia: betul ke takde ni (he's in his 30s btw...)
aku: betul takdeee
dia: boleh percaya ke ni
aku: haha mestila bolehh
dia: bawak punnn (perli tone noted)
aku: emm ok ke tak? gagal ke lulus? (sambil buat u-turn haha)
dia: awak rasa?
aku: lulus kott, lulus laaa
dia: gagal ni. gagal teruk gagal semua ni
aku: aaaa ye ke bang (you've gotta have a better skill at trolling with me bro)
dia: ye laaa
aku: hm ok
dia: saiko sikit dah cuak
aku: eh manade cuak. saya belajar psychology (kaitan? hahaha)
dia: tapi awak tak saiko abang pun, abang yang saiko awak
aku: saya tak salah guna saiko orang ni sumee
dan beberapa lagi episode saiko bersama beliau. episode saiko terakhir berlaku apabila telah sampai. dia tengah kasi markah pastu dia tinggalkan beberapa tempat kosong. dia tanya lulus ke gagal ni? bang kau jangan sampai aku gunakan strategi aku bang. terpaksalah aku memujuk rayu. eww hahah. tolongla bang, luluslaaa. "apa bukti awak lulus?" er... saya tak langgar pape. selamat je. pleasee. alaa bolehla bang. nanti saya takde masa nak ulang. "awak takde masa bukan masalah saya" -..- luluskan je bang, cepat bang nanti dorang tunggu lama tu. "ah biarlah saya yang uji dorang bukan dorang uji saya." nampak tak betapa lama sesi memujuk rayu tersebut? beberapa minit kemudian.... "hm lulus?" alhamdulillah terima kasih bang! "jangan terima kasih lagi tak tulis lagi ni" you don't play play with me -..- then lulus jugak atas kertas akhirnyaaa! aku rasa memang brader tu tolong aku jugak. i expected my pegawai to be the silent, suka hati kau la nak drive camne pun, strict type. but he's the opposite of that. selain tolong directly, beliau jugak tolong indirectly by loosening me up dengan sembang-sembang. aku boleh gelak-gelak lagi. memang tuah memang rezeki :)
aku cakap banyak kali terima kasih pastu blah dengan perasaan gembira, langkah ringan seringan bebanku yang tidak lagi ada~ pastu dengar banyak kali hon. makcik tu pun mulala memekik cepatla kete dah hon tu! tapi dah ada budak lain pergi kete tu.... cepatla calon seterusnya! kete hon lagi. makcik memekik lagi. pastu ada pegawai cakap "calon tadi, lupa beg" ya Allah hahaha malu gilaaa dah la ramai gila orang jadi saksi kejadian! lega sangat sampai lupa bag ye. aku ambik bag cakap sorry sengih pastu kembali ke tempat tadi ngan senyuman muka watlek watpis watkul cam takde perasaan hoh.
pastu makcik tu panggil nama, kasi result dan sticker P :"")
"time kasih makcik, time kasih" makcik tu pun elok je balas balik siap panggil ai sayang yuu :"")
aku tak bagitau sesape aku lulus ke gagal ke. masa aku call mak aku mintak number abang tu sebab nak balik, dia tanya aku tak jawab. mehehe biar seprais. nanti aku balik nak tunjuk stiker P tu je, tadaaa! mesti memula dorang ingat aku fail heheh. aku habis sebelum pukul 12 lebih camtu. abang tu datang pukul 2...... k.
aku dahlah sebenarnya ada date. date bersama hajerah pajero. memula aku set pukul 11. pastu masa tunggu ujian litar, aku cakap "make it 12." pastu masa tunggu ujian on the road, aku cakap "make it 1." aku just bagitau dia aku ada dekat somewhere buat something. takde sape selain family aku tau aku ada test jpj. even masa aku dah lulus tu dia tanya pun aku tak cakap, bajet nak buat kejutanla tetiba drive ke tempat yang dijanji cehhh. sekali lambat sejam dua kauuu. kesian ma bebi. sebab berhutang penjelasan maka dialah orang pertama yang tau aku lulus jpj test huhu.
ma bebi. sampai je terus cari tempat makan. dua dua kebuluran
aku suka pakai maggi shawl tapi bila pakai megi muka aku jadi bawang. tembam nak mam macamla ketembaman aku tak perlu ditekankan lagi tsk. sampai hazirah tetiba cubit pipi aku pastu cam "eee ama pipi awak!" .... ok sobs. tak pernah terjadi. biasanya aku je yang cubit pipi dia. cubit pastu cakap comelnyaa, awak ni comel gila, kenapa awak comel sangat, dan seangkatan dengannya. dia pun dah bosan setiap kali jumpa camni. aku pun bosan jugak tapi tak boleh selagi tak cubit tak cakap! cam tak puas tak luahkan haha.
tak cukup ngan cubit, haritu aku tertampar dia sekali. serious reflex. comel sangat macam nak tumbuk, tampar tu kira cukup baikla tu lolol. dia cakap "tangan awak pun macam kaki awak ke ama takleh bajet?!" hahaha kesian, sakit ye. that's how i show my affection, i get physical :3
telur dan bawang HAHA
dah aku sorang je boleh cakap dia comel. yang lain takyah tengok shuh jejauh
gambar pun camni ada hati nak ambik wedding photographer?! kah kah kah
tak photogenic, gambar memang camni tsk. s4dl0if3.
aku nak orang tangkap gambar aku tapi 99% aku akan delete sebab tak sanggup tengok kah kah lagi
during the failed attempt to take decent pictures of me:
"ama kenapa awak segan ngan kita ni"
"kita memang segan laa orang tangkap gambar kita"
iye. tapi kalau aku tangkap gambar sendiri takpe. malah, aku handal bab selfies ni.
my selfies are the best! da bombz! ternganga uols kang kalau tengok. jadi taklehla tunjuk :3
pftt.




4 comments:
tahniah Akak :D
bolehlah Akak bawak kete jalan2 bila2 Akak nak x)
* Akak and Kah Hazirah comel <3 hee.
terima kasih nadiaaaa! :)
eh dude,
tarikh lulus jpj tu hampir samalaaaa.
heee dkt cheraskan?
makcik tu macam garang gilakan????
tensii habis
haah cheras. makcik tu gangster gila! serious menjejaskan prestasi
Post a Comment