Monday, July 1, 2013

A Little Thing Called Love

khamis lepas aku dapat satu mimpi. mimpi ni lain macam sikit. 

aku mimpi ada laki datang jumpa mak aku sebab nak kawen dengan aku. laki tu ialah.......... MARIO MAURER! WEH WEH WEHHHHHHHHHH! ok ama, tarik nafas. mereka mungkin taktau siapakah gerangan mamat mario ni sebenarnya. WEH MARIO KOT OK LEK. so izinkan saya membuka cerita ye.

banyak aku nak cite ni. about the dream, the guy, the movie and my memories :3


THE DREAM

dalam mimpi tu aku ngan dia ni kira cam bercinta la, haha. alah apa ada hal aku pernah mimpi kapel ngan fahrin ahmad kot weh weh WEH. aku ngan mario siap bersaya awak lagi ya tuhannn comelnya diaaa! kitorang sembang semua pastu dia senyum kat aku ngan muka perfect camtu ok boleh tak aku cair sekarang boleh tak cubalah bayangkannn! walaupun mimpi, tapi ada la pengalaman merasa ok tsk hahah.

satu hari ni (berhari-hari ke apa mimpi kau) lepas kitorang jalan-jalan kat kawasan rumah aku (pebenda ni kata mimpi alang-alang gi la paris ke ish) dia hantar aku balik sampai depan pintu rumah. aku sajela jadi sopan tanya nak masuk tak? muka dia tetiba serius. dia kata nak. ah sudah. aku hanya berbasa basi! dia cakap nak jumpa mak aku. time tu aku dah okay.... nebes tapi eksaited hihiks. tapi kita tak bincang apa-apa pun lagi awak! lulz. mak aku tengah tengok cerita indon, time tu after solat jumaat. aku pun taktau apa logiknya aku date ngan dia kat kawasan sekitar bila orang lalu lalang nak gi masjid. jangan cuba di rumah ye. aku cakap ma dia nak jumpa. mak aku tensyen sebab kena tutup tv. aku suruh ma siap cecepat sebab dia dah masuk dalam rumah tapi tak masuk bahagian dalam lagi kat ruang tamu. dia tunggu je kat situ. nasib baik tetiba ada air sirap atas meja, so aku tuangkan je takyah bancuhkan hahaha keji. aku suruh dia masuk. pastu aku masuk bilik. nak cari something tapi last-last aku tak keluar terus, biarlah hanya orang tua yang berbincang ihiks. lama kot bincang. aku dengar je. mak aku macam taknak cecepat, yela aku takde cakap pape kat mak aku pastu kau datang rumah tetiba camni kan, aku pun terkejut. dia pujuk. lelama dia emo. sebab mak aku tak kasi dia kawen ngan aku HAHAH OK JANGAN GELAK. dia emo emo pastu aku rasa takleh jadi ni, so aku keluar je. tetiba kat ruang tamu dah ramai orang, ada abang-abang aku la sape la. aku cakap apa tah, tapi cam dah lah tu. aku marah dia. abang aku sorang pun terus "ah malasla aku tunggu lagi" pastu blah lol. aku cakap kat mario, ehhem lebih kurang camni "yang awak nak emo kat mak saya kenapa? saya pun nak tapi kalau tak boleh sekarang takpela. cakapla elok elok. awak dah tau dia nak jadi mak mertua awak pastu awak buat camni pulak, awak ingat dia nak ke?" HAHAHA OK KELAKAR GILAAAA TAPI MIMPI NI HARUS DIABADIKAN DALAM KENANGAN. MARIO MAURER DOH MARIOOO OK. time tu muka dia comel gila alahaaaai aku tensyen kat kau sebab paksa paksa mak aku tapi aku sayang kau janganla buat muka camtu mariokuuuuuu. jangan putus asa. nanti kita pujuk mama saya, ok bebi? 

ok the psychology behind dreams.

tau tak, semua orang yang kita pernah mimpi, kita pernah tengok dorang in real life? maksudnya kita takkan mimpi orang yang kita tak pernah nampak, sebab camne otak kau nak cipta satu muka baru? kalau orang dalam mimpi tu bermuka la. kalau tak... bangun mengucap har har. kita maybe tak ingat, tapi actually otak kita simpan imej orang tu. so bila aku mimpi mario senyum kat aku, buat muka comel gila nak mati, pandang aku dengan pandangan kasih sayang (hahaha), muka stress and sedih sebab tak dapat kahwin ngan aku cecepat (hahahaha) tu semua muka dia yang aku pernah tengok dalam movie. omaagaaaad!

walaupun kalau boleh memang aku nak kapel ngan fahrin tapi kawen ngan mario. mungkin mimpi tu tak bermaksud aku memang nakkan mereka, tapi ada maksud tersendiri. bila kita nak tafsir mimpi sendiri, kita akan subjektif. itu membuatkan tafsiran kita unreliable. macam tetiba aku terfikir, mungkin aku mimpi ni sebab.... padahal i might just be trying to fit my dream into my reality. my dream is the manifest content. but the meaning of that dream is the latent content, which we have to interpret. you're just influenced by your thoughts, desires, fears, be it unconscious or not. tapi mungkin mimpi hanya mimpi. orang kata mimpi mainan syaitan, aku kata mimpi mainan otak kita. Sigmund Freud pun cakap sometimes a cigarette is just a cigarette, despite him interpreting everything as having meaning. if it's good, just enjoy the dream because even though it's only a dream, for a moment you actually feel it is real, even though it's not in the real world. to me, that's good enough because it actually did 'happen'. ok? pesan kat diri sendiri sobs.

cukup pasal mimpi.

jadi mari kita cerita pasal mario pula. siapa mario maurer?


THE GUY


oh mamat ni je


.................


weh


WEH


WEHHHHHHHHHHHHH


CAN YOU NOT I CAN'T EVEN 


sumpah first time aku tengok dia aku tak rasa dia hensem. aku mana la minat mamat jambu thailand korea jepun ni, taste aku either pure melayu atau omputeh terus, pastu haruslah jantan ahaha banyak songeh kau, tak sedar diri. tapi lama-lama tengok... dia.... perfect. tak sesepet korea jepun, dan tak semelayu laki mesia, dia...... just perfect. ceyy


movie pertama aku tengok dia berlakon, A Little Thing Called Love. cerita ni comel camtu jela pada aku, tapi ending dia omagaaaaaad COMEL GILAAAAAAA! ending dia yang best, terbaik. kawan aku cakap dia menangis tengok cite ni. so the whole movie aku tunggu part mana la yang sedih ni? takde pun.... tak best ah kelakar je. i like it to be deep lol. sekali menjelang akhir cerita, menitik-nitik air mata. air mata sedih and hepi and i want it too but it's never gonna happen in real life it's too good to be true why can't it be me???!! lol. kalau suruh aku tengok balik cerita ni, boleh. tapi aku terus skip gi ending. for first timers kena la tengok dari awal, sebab ada plot twist di akhir cerita :3

meh aku cite cerita ni pasal apa dengan plot twist and ending sekali. maklumlah aku kan suka bercerita siap kasi spoiler lagi. 


THE MOVIE




kisah seorang budak perempuan yang dari tak cantik menjadi cantik dari tak pandai menjadi pandai senang cerita dari loser menjadi popular. kenapa? sebab dia suka sorang budak laki ni. itu usaha dia untuk budak laki tu sedar kewujudan dia seterusnya menyukai dia juga. sekali bila dah cantik, pandai dan popular, kawan budak laki tu pulak suka dia. mereka pun kapel. tapi dia masih suka budak laki tu. hari terakhir sekolah, mengenangkan it's a now or never thing, dia confess kepada laki tu. tapi dia dapat tau laki tu baru kapel ngan pompuan lain. pastu dia berlalu pergi menangis. 

that is her side of the story. not the whole story. jeng jeng jeng THIS IS THE BEST PART AT THE END OF THE MOVIE IT SHOWS HIS SIDE OF THE STORY ASDFGHJKL

his side of the story: ok aku takleh cerita. lagi feeling kalau tengok sendiri. sebab aku baik, nah video untuk mudahkan hidup korang. sebab aku annoying, aku paksa korang tengok. TENGOK AKU KATA!!


this is her confession


KAU TAKLEH RASA KE perasaan dia masa dia mengaku semua tu sambil berair mata pastu tersenyum takleh rasa ke kesedihan dia masa dia cuba nampak lek terima kenyataan pastu jatuh swimming pool basah basah depan crush dia pastu  tahan air mata berlalu pergi konon ok? TAK RASA KE T__T




this is his secret

TOLONGLAH TENGOK NI BENDA PALING SWEET + SEDIH TAU TAK


KAU TAKLEH RASA KE perasaan dia masa dia senyum sorang-sorang terkenang masa dia usha pompuan tu diam diam masa dia kata she looks the same kat orang tapi dalam hati cute as always takleh rasa ke kesedihan dia bila dia takut setiap kali dia nak confess kat pompuan tu pastu dia kecewa ngan diri sendiri sebab dia takut masa dia kasi bunga tapi pusing belakang pastu muka cam kenapa aku ni tak cakap je aku yang kasi masa dia nak confess akhirnya tapi kawan dia confess dulu pastu dia sedih kat tangga weh muka dia time tu WEH  masa kawan dia mintak dia jangan suka pompuan tu dia terpaksa setuju pastu dia sedih sebab dia takleh buat pape sambil tengok diari dia WEH

seriously macam-macam bunyi kuar dari mulut aku masa aku tengok video ni.  








silalah jeles dia buat muka camni dalam mimpi aku UNTUK AKU


muka camni jugak bila dia tak dapat kawen ngan aku HAHAHA


seriouslah kalau ada manusia yang cakap ending dia tak best memang i'm judging you. kau ni takde perasaan ke apa hah?! oh mungkin sebab tak cukup pengalaman untuk mendalami perasaan mereka, hew hew.







it gives us hopes, but still it's too good to be true. a prince charming falls in love with an ugly duckling? unlikely. lepas habis cerita ni, hepi untuk dorang tapi sedih untuk diri sendiri. makin down adalah sebab memang takkan terjadi! plot twist gila bila he likes you all along. tapi lagi plot twist sebab he likes you even when you think you're not worthy to be noticed. he sees you when you're invisible. ah dusta je semua tu!




dua-dua menyedihkan, tapi laki ni aku rasa paling kesian. pompuan tu at least ada tempat nak mengadu, nak bercerita, meluahkan kat kawan-kawan dia. tapi laki ni ada diari je lol. pastu dia kena tengok best friend dia date dengan perempuan yang dia chentaa. and then dia takleh buat pape walaupun dia nak. pompuan tu walaupun malu sebab confess tapi tak dilayan pastu jatuh swimming pool lak tu takleh nak pathetic lagi ke depan laki yang dichentai, and sedih sebab rasa cinta dia tak dibalas, at least dia dah cakap. dia dah lepaskan beban yang menghimpit jiwa. lulz. so dia ingat dia memang takde harapan and dia boleh move on, lupakan takdela stuck with you lagi. laki tu? simpan la lagi tunggu la lagi terseksala sorang diri. tolonglah bersyukur jika anda bukan mereka.

so don't wait until it's too late! don't be afraid! take your chances! at least you try! or you'll always be wondering why!



nampak tak betapa laki ni bukan je boleh buat muka comel tapi pandai buat muka sedih :3


dalam video tadi ada cakap 9 years later kan? ha jeng jeng jeng.....



OMAGAD SWEETNESS OVERLOAAAD

tapi gila nak tunggu 9 tahun. tahniahlah p'shone dapat bertahan. saya kat sini tunggu awak lagi. sobs



MY MEMORIES

aku rekemen semua orang tengok cerita ni. bukan je sebab sweet sedih kesian kelakar semua ada, tapi sebab cerita ni macam kenangan kot. kenangan zaman sekolah, era suka suki. kalau korang macam aku la. eheh. budak-budak tak matang buat macam-macam. heh heh. sentimental nostalgic giteww.




PEOPLE WHO WATCH THIS TRAILER HAVE BEEN THROUGH THE EXPERIENCE

so i'm gonna share something which is so rare: mine. heheehehe.

WALK PASS BY JUST TO SEE HIS FACE

but when he saw mine i looked away cey


KEEP HIS THINGS AS SOUVENIR 

sekotak ferrero rocher, sehari sebiji je makan. haruslah. muka cam aku mana pernah dapat hadiah dari crush sobs. sebulan aku tunggu. bukan aku tunggu hadiah pun, aku tunggu wish je. kemain kau simpan sebulan wish ngan hadiah sekali, apesal tah. tapi takpe. saya tak meminta nom nom nom. pembalut coklat, kad pokemon, surat koyak daripada kertas buku tulis pun dijadikan khazanah.


CALL HIM JUST TO HEAR HIS VOICE

ni masa darjah 6. aku selalu call crush aku, betapa comelnya zaman tu bukan semua budak ada fon, so aku call rumah je. lagipun takdela dia tau number aku hihihi. bila dia angkat "hello?" melompat-lompat dengar suara crush guling-guling atas katil hahaha. call lagi "hello? sape ni?", tahan napas, letak. tetiba satu hari, aku call macam biasa, dia angkat dan berkata "aku tau ni sape." WEH TERUS LETAK TOBAAAT. aku taktaula dia gertak je ke dia bebetul tau, tapi kat sekolah takde tanda pun dia tau tu aku. aku buat dek je ngan dia, buat cam biasa sebab ni crush memain gitu. tapi gedik kemain hmph.

aku ada lagi satu crush masa darjah 6. tapi masa berlainanla hew hew. aku tak call dia, sebab dia ada fon and kitorang memang kawan. so penahla main mesej semua. nanti dia tau la tu aku. solusinya aku suruh member aku call kan. tanya beday bagai. padahal bukan aku nak wish or kasi hadiah pun, just nak tau. nak ada serba sedikit informasi mengenai si dia lolol. bolehla aku cek bahagian horoskop aku serasi tak ngan dia HAHAHA WTH. layankan jela. bebudak. so kawan aku pun layankan je permintaan aku. aku siap kasi arahan jadi direktor sediakan dialog, "kau call dia tanya beday, cakap kau buat survey." patuh gila mamat tu, ikut je apa aku suruh. memandangkan aku pun jadi kuli dia jugak bila melibatkan crush dia. kami bantu-membantu camtu. balik sekolah jalan kaki sesama, cite pasal crush memasing. pernah sekali "weh jalan sebelah aku, pastu kau pandang belakang cek dia tengok tak kita. biar dia jeles" lolololol. banyak la peranan dia dalam drama aku dan crush (-crush) ku. lulz.

APEK YOU'RE DA MAN! :'D


DOES EVERYTHING TO BECOME BEAUTIFUL

masa ni aku tak kisah lagi rupa bentuk aku camne. biasalah sekolah rendah. kisah pun bukan buat apa, makan camtu gak burger sekali dua lol. stended la aku kejar budak laki ngan pembaris sebab dorang ejek aku gemuk. kengkadang satu sekolah aku kejar. kengkadang tak bawak pembaris, bawak tangan je. sebab tangan aku sekali penampar memang kau menyesal tak sudah. dulu zaman aku menampar laki, aku bukan jenis "hehehe awak ni" pap lembut. tapi "KAU PEHAL CARI PASAL?!" PANGGG! 

ada sorang kawan aku mulut ala-ala azwan ali sikit, jadi aku salu dok menampar dia tapi tak pernah ambik pengajaran. setiap kali aku tampar, muka dia merah cam tomato. telinga merah cam nak berasap. kalau kat bahagian boleh nampak tu memang nampakla merah kulit dia. kah kah kah. aku tak tampar pompuan sangat, kecuali sorang ni. tu pun sebab dia lagi besar daripada aku so aku rasa tak efek la tamparan wanita ku. tapi dia pun mesti mengerang kuat kalau aku tampar. maaflah ye tangan saya memang tak reti bajet speed and strength nya.

ada sorang budak ni. dialah yang paling aku menyampah, mulut paling patut dicili. dalam ramai-ramai memang aku benci gila dia. suka hati kau je nak ejek aku kau ingat kau hensem sangat?! sampai darjah 4 kami sentiasa bercakaran dan berkejaran (taula kau kurus tp jangan ingat kau boleh lari). masuk darjah 5.... plot twist: dia suka aku. hahahaHAHAHAHA APA TAK DENGAR, LAGI SEKALI? KAU SUKA BUDAK GEMUK NI?! last-last dia la yang paling jadi kenangan aktiviti luar bilik darjah aku time tu hew hew. sekarang dia dah bertahun dengan makwe dia. ingatlah, sebelum kau bersama perempuan hotstuff itu, kau pernah menyukai perempuan cold storage ini untuk setahun dua. gudbai.

ni pulak kisah form 2. mamat ni dikira paling hensemla ketika itu dalam kalangan kami. digilai junior dan diminati rakan sebaya. dia pun aku menyampah dan mulut patut dicili. time tu laaa time tu k jangan pusing cite pastu mengadu domba heh. dia baik memang baik, tapi mengundang. aku jenis malas layan dak laki kalau dorang ajak gaduh. dak laki kan suka menyakat. dak pompuan layan pulak tu, padahal tau sangat nanti kau jugak yang stress. so aku biar je kalau dia cakap pape. orang cakap sebab tu aku cool dan tak emo, aku taktaula kekeke. dia pun cakap camtu. tapi ada sekali, aku balas balik. balas balas balas. tetiba ada budak cakap something like "korang ni gaduh gaduh nanti kawen kang" pastu mamat tu cakap "amalina ni? kau suruh dia turunkan berat dia dulu".... KUAJJAAA LUUUUU! tapi aku just kata "kuajja haha" pastu pandang tempat lain. takut pandang dia lama-lama kang ada gak makan penampar wanitaku setelah dua tahun aku pencen. tak lama kemudian.... plot twist: dia suka aku. wehhh aku rasa puas gilaaaa! cam nak cakap je "aik aku tak sempat turunkan berat, kau dah suka aku?" I SO WINNNNN

sumpah aku taktau kenapa budak-budak ni boleh ada perasaan sedemikian. pernah tengok aku masa darjah 5, masa form 2? kalau pernah kau fahamla kenapa haha. aku rasa itu karma. tu la, orang-orang tua dah kata. jangan benci, nanti suka. jangan mengutuk orang, nanti dapat laki/bini cam dia. kah kah kah. nasib baiklah setakat crush kat sekolah semata. tapi terima kasih for seeing me when i was invisible. lol. it was memorable :'D


TIME CHANGES, PEOPLE CHANGE, BUT THE HEART REMAINS TRUE

wrong. the heart changes. unless it has found the right one. only waiting for the right time.
time is the variable, and the person is the constant.

tetiba deep.


"maybe you won't be seeing him again in this life, aren't you going to do something?"

i wrote a letter to my crush. actually my friends and i wrote it. crush memain yang aku salu call tu, jadi tiada emosi berat dan perasaan sebenar di situ. bolehla dikongsi dengan rakan-rakan tersayang proses nak confess. cuma..... aku tak confess untuk diri sendiri. aku confess untuk sorang lagi budak yang memang suka dia. hahahaha. well that was me and my girls; the whatever club. being mean in high school was too mainstream. so we did all sorts of things in primary school hehehe. sebab tu sampai sekarang sesapa from the same school ingat kitorang. kitorang tulis nama budak pompuan tu, pastu suruh kawan aku dak laki yang aku salu tampar sampai muka merah tu kasikan kat crush aku. macam-macam kitorang tulis. tapi takdela kejam sangat, memandangkan satu sekolah tau budak pompuan tadi suka budak laki tu. dia tak malu mengaku. tapi budak laki tu buat dek je kat dia. so aku tolong dia by mengaku lagi sekali. ngehehe. it was the second last day of primary school. the day upsr result came out. pastu dak laki tu dapat tau surat tu bukan dak pompuan tu kasi. dia mula tanya orang sape kasi surat tu sebenarnya. time tu cuak terkantoi ngan cuak dapat result bergabung jadi satu. cuak nak mati la jadinya. insaf.


BASED ON THE TRUE STORY OF EVERYONE

so true!
it brings back memories :')





2 comments:

Esha Qifa said...

hahaha comel gila kak ama!!!!!!!!! omggggg

Keretapi said...

aw malu :3

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails