Saturday, January 26, 2013

Sendiri Tapi Tak Sunyi, Sunyi Tapi Tak Sepi

Wah tajuk. kalah novel melayu.

harini aku telah mencipta sejarah. aku tak balik rumah. awwyeaaah. bagi seseorang yang last sem hampir setiap minggu balik dan this sem mula mempraktikkan balik selang-seli, haruslah aku kira ini satu pencapaian. waii? let me tell you waii.

satu, aku tak balik last week. jadi mengikut teori aku wajib balik this week. tapi tetiba semalam aku mendapat satu epiphany. epiphany ni ada kaitan dengan point kedua. dua, INTEC tetiba bermurah hati kasi banyak cuti. memula semalam cuti. harini kelas. esok sampai isnin cuti. selasa kelas. satu malaysia pun camtu kan? tapi tidak bagi kami. atas sebab tertentu, dak INTEC dapat cuti extra dari rabu sampai ahad. ambik kau. jimba la sampai pengsan. nak nak lagi elaun JPA dah masuk kan. kenalah berjimb... at. er. berjimat.

epiphany aku berbunyi begini: kalau ini sekolah, dah lama aku ponteng jumaat dengan selasa, buat sem break sendiri dari rabu petang sampai ahad malam depan. tapi ini bukan sekolah. aku dah berubah *mata bercahaya* kalau aku balik hari jumaat, alamatnya liat gilalah aku nak balik shah alam hari isnin nanti, semata-mata untuk kelas 5 jam hari selasa, pastu balik kl balik. kan dah menyusahkan hidup orang lain dan hidup aku. tapi kalau aku skip hari selasa, maknanya aku dah pecahkan rekod sejak aku masuk intec, yakni rekod sifar ponteng. ye, sifar ponteng. awwyeaaah. 

tahukah anda sepanjang hidup aku sebagai budak sekolah, aku kaki ponteng? masa form 5 boleh kata setiap minggu mesti ada sehari yang muka aku takde. jadi untuk aku, bekas ratu ponteng, tak pernah skip kelas lagi selama satu sem satu bulan ni walaupun tonsel bengkak, hidung mengalir (runny nose) dan dilanda kemalasan tahap cipan, ini sesuatu yang besar ok. makanya, jika aku ponteng pada hari selasa, aku tahu aku telah unleash the ratu ponteng in me, dan aku akan nak ponteng lagi dan lagi sesuka hati. itu tidak bagus ya.


jadi aku memutuskan bahawa aku rela tinggal di INTEC hujung minggu + cuti sehari, dan hanya akan pulang ke kota halaman pada hari selasa nanti (walaupun mungkin kena balik hari rabu sebab petang selasa ada meeting peers pffft, selaku vice president aku haruslah menunjukkan muka, eh ada aku cerita? aku jadi vice alkisahnya sebab president yang dah dilantik dah kenal aku, dia calonkan aku di saat akhir sebelum pencalonan ditutup, aku cam wth, dahlah kena bagi manifesto pendek segala, belum lagi komitmen, so not my thing, jadi aku bagi manifesto paling selamba berbunyi "saya pemalas sebenarnya. tapi kalau ada tanggungjawab, saya cubalah galas sebaik-baiknya" walhal calon lain mempamerkan kredibiliti mereka dan menyenaraikan jawatan yang pernah disandang - list aku panjang sebab tu malas nak cite hahaha k panggg, dahlah dulu masa jadi naib pengerusi pandu puteri yang dicalonkan oleh junior secara tetiba, junior lain pulak tak puas hati, hah gaduhlah sesama korang nanti bila aku tunjuk kredibiliti paksa kawad korang jangan lari - aku pun yakin aku takkan diundi, tetiba lepas habis sesi mengundi dan kami dipanggil semula, cuba teka apa jadi, senior semua kata "haa yang pemalas ni, yang pemalas ni dapat", sihir apakah ini?! namun kawan aku kata itu bukan sihir, tapi aura hahaha panggg lagi)

fuhh.


jadi pendek cerita (lol), aku di sini. di rumah Akasia seorang diri. tapi aku tak rasa sunyi. malah, aku sangat perlukan kesunyian ini. so me. 

alah dulu study leave pun aku selamba sengsorang je, tido sorang, makan sorang. apalah sangat tiga pat hari ni. insyaallah takde pape, lagipun mungkin aku tido bertemankan teman tapi mesra aku, Wani. setiap bulatan persahabatan, kita kena ada seorang homo partner ok. she's mine *battling eyelashes* what happens in the toilet stays in toilet baby, hahahahah. haa hangpa dok pikiaq pa tuuu. cek dah gheti cakap utagha, thanks to Wani and Ceka. tapi depa kata cek cakap loghat pekat kalah nenek depa, dah natural hat ni nak buat lagu manaaa. hahaha amekkau. anda tahu ada spesis budak kl yang nak jadi orang utara celup? ha aku la tu.



cek dengan oghang kedah, Wani yang memendekkan diri



kami dengan orang pinang, Ceka yang vain berposing


namun diharapkan weekend ni productive lah sikit, tidak seperti study leave yang memang leave study betul seminggu tu. ish ish ish. kalau tak blajaq baik cek balik umah jaa.


angah boleh je hantar ambik hantar ambik aku, ulang alik. kata dia. tapi tak syoklah kan, rasa cam menyusahkan. maka tidak mengapalah, aku berkorban sobs. nak berdikari balik sendiri dia tak kasi. last-last aku sengsorang terperap kat sini.


the pits of being the only daughter and the youngest sister. especially to four brothers.

setiap abang akan ada benda yang dorang risaukan. wait, let me rephrase, paranoidkan. out of my four bros, only one understands that, yes, even though i'm still their lil sis, i'm not a lil girl anymore. in fact, all my life i've done things they won't approve of and taken care of my problems on my own, if only they know.


My bros and their paranoia -

1st bro: irrational things including what are included below
2nd bro: safety (i'm thankful for having a bro who's willing to be my driver, but sampai bilaaa)
3rd bro: studies (the only acceptable worry and the only one who understands that i'm almost 20, tells me to berdikari, which is made impossible by my other bros, and layan me when i make jokes about boys lol)
4th bro: suruh aku bagitau kalau aku kena buli atau kena ngorat ngan laki (despite himself who used to be a bully and a kaki ngorat pompuan juga). thanks for the offer, but wut r u gonna do bout it? menggangsterkan diri lagi? no thanks, aku boleh dan dah pun settle sendiri.


i have a in-denial-last-child syndrome. i try to do everything to get away from the typical anak last image.


but of course, being manja with mama doesn't count hik hik.


i always think the hardest part before i get married is to tell my bros about it. kalau dorang berempat semua tak bising tak itu tak ini mengalahkan mak aku, dah boleh sujud syukur dah tu.


"er, good luck!" bak kata Maria Elena kepada Asfirdaus. awww.






No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails