Sunday, June 10, 2012

Umrah: Madinah

Setelah hampir 3 bulan berlalu, kini tibalah masanya untuk blog pasal umrah.


yes i'm the world's best procrastinator~ takde trofi or makanan or something? blogging buat orang lapar tahu. ke aku je sentiasa lapar?



kat sana hidup rasa tak perlu apa dah. cukup apa yang ada. cukup aku boleh jejak kaki kat Masjidilharam hari-hari, menapak keliling Kaabah bila-bila aku nak. takde apa nak fikir, takde apa nak risau, cukup tenang, cukup. tak perlu segala macam manusia dan perkara yang buat aku pening kepala bila balik Malaysia. tapi Allah tak suruh hamba Dia hidup dengan agama je kan? Ada beza antara hidup untuk akhirat dan malas nak usaha untuk dunia ye, tsk terasa.


bagus jugak aku ambik masa 3 bulan baru nak blog sebab bila dah lama, otak pun dah tak ingat some things yang dulu dah pesan kat otak "kena ingat!" ish bad, bad otak. tapi sekarang dah lupa. but be warned, this is a very long post still. very. ve. ry. b to the e to the ri.


and it's only the first post :D about Madinah. the second one will be about Mekah.




ambik kau muka secalit bedak pun takde.sebab orang kata jangan pakai pape nak gi umrah :( tapi makcik-makcik tu sempat make up lagi :( dengan muka pucat inilah bertemu Luqman pula :( keciknya dunia :')




from KLIA transit kat Abu Dhabi. naik balik, terus ke Jeddah.



flight paling teruk aku pernah lalui, siyesli


lepas transit, aku dengan mak aku tak duduk sebelah2. nak suruh tukar, macam tak sempat sebab naik lambat. takpe, no problemo. tapi problemo bila aku bakal diapit oleh... dua lelaki. wut.


dengan cool aku duduk. rilek. breath. or don't. they smelled weird. oh no... the scent of males :O aku tak letak beg kat atas, takde keje nak terjengket2 sebelah laki. aku mintak tolong FA. tetiba ada mamat indon nak tukar seat (rly? aku redha dengan seat aku so you should too! grow up! tetiba emo) jadi FA layan mamat tu. jap beg aku pe cite? dahlah ramai pulak tu bertukar seat. 

ma, save me. sedih pulak diapit oleh dua laki yang tak membantu langsung. diam, masam. rasa sepi menebal dalam diri. aku rasa betul2 dewasa, pertama kali menaiki kapal terbang di sebelah orang2 asing yang tak diketahui asal usulnya. besar dah anak mama ni, if only you could see me... well you could if you walk pass a few rows and change the dem seat.


aku mintak tolong another FA, dia cakap takleh sebab sakit pinggang apa kes tah. then she said "why don't you ask this gentleman here? sir?" this gentleman here who had been ignoring me the whole time turned towards me slowly, and did it. i smiled and said thanks. he smiled back. tadi taknak pulak senyum and tolong aku, hmph. dia tanya "malaysian?" dan rupanya dorang filipino.




tiket pergi, balik dan balik. naik Etihad



masa take off, belum pape aku dah tido. aku terjaga sebab pramugari hantar makanan. aku tengok dia keluarkan meja makan dari tepi seat. kalau tak curious aku celah mana nak letak tray (oh lupa, ni first time naik flight first row in a section, sebab tu takde tv ngan meja, hence the boredom and awkwardness). aku pun try. yang keluar bukan meja, tapi tv. mana meja? tetiba laki kiri kanan aku ni rasa termotivasi kot dipanggil gentlemen tadi, terus tangan bersilang2 depan aku nak tolong punya pasal. awkward... jadi gentleman takpe, jangan gentel men dahlah ye.


time nak makan aku diserang dari dua penjuru. sorang koh koh, sorang sroih sroih. namun itu tak membantutkan selera aku. lagi cepat aku selamatkan makanan untuk disimpan di tempat yang kalis hingus dan elior, iaitu perutku.


the filipino tanya aku "dsdhbsdnsidnisnd?"

"what?"

dia ulang "vdshbsjnisnsodn?"

"sorry?"

"hsdbsubsidnisd together?" ohhh together...? aku cakapla aku datang dengan mak aku tapi dia dok tempat lain. tah menjawab soalan ke tak tah.

nak mintak turunkan beg semua aku harapkan laki yang sroih tadi. dahlah lap hidung dengan tangan yang digunakan untuk angkut beg aku. pasrah.




masa nak balik Malaysia, hampir malam. masa nak pergi Madinah, hampir pagi.




Mamat2 Arab


lepas landing terus aku bangun. biasanya tunggu orang ramai turun dulu. tapi kalini tak kisah berdiri, beratur, berhimpit-himpit, jalan sikit... sebab nak jumpa ibu yang sedang menungguku. ohhhh, ibu! terus rasa homesick dan literally sick akibat sroih dan koh tadi. tapi aku suruh mama turun dulu. eroplen ni guna tangga, kat bawah dah ada bas tunggu. sejuk gilos, angin kuat menggoncang tubuhku.


aku dah sampai bawah, mama still kat tangga lagi satu. dorang tak kasi semua turun sekali gus, dorang suruh yang kat bawah ni masuk bas terus. orang arab banyak suka bising, menjerit, mengarah, benci. mak aku dah kat depan sekali, aku suruh dia turun diam-diam. tetiba ada mamat arab memekak paksa aku masuk bas. i'm waiting for my mom, aku cakap. dia tengking aku dalam bahasa dia siap tolak2 aku. apa lagi, aku lawanlah balik. sampai tinggal aku sorang je dengan dia menghambur elior kat muka aku. hati aku yang cepat sampai tahap didih ni dah berasap Allah je tau. fine, aku masuk jugak bas. lek, cool. kang bapak Luqman nampak aku naik hantu kang malu ai yu no.


ada mamat arab yang kerja situ tengok aku pastu ulang2 "masyaallah". masyaallah muka aku dah tak rupa orang kot. bila nak cari beg, terpaksa lalu celah orang. dia lalu sebelah aku pastu elok je pegang bahu usap sampai lengan aku. siap ada eye contact and sengih lagi. WTH ASDFGHJKL. lalu jelah takyah nak alihkan aku boleh tak?! mana tak angin. katelah takde niat apa pun dia pegang aku, tapi perlu ke? tak kan? pastu kau nak pandang2 lagi pahal? aku korek biji mata kau kang. pastu memang aku buat muka yang tak segan nak tunjuk kebencian. kalau kau nak ulang masyaallah lagi tengok muka aku time ni, memang patut pun sebab menakutkan.



aku takleh tahan dengan dugaan yang manusia sebabkan. contohnya keadaan yang kecoh dan kotor, orang yang slow. baru dekat airport Jeddah pastu nak solat subuh kat surau berdekatan dah terseksa batinku. tapi nak buat umrah, jadi mulut kena jaga. no wonderlah. masalah bila masalah yang datang dari manusia kita diamkan je. takde sape berani bersuara sebab takut kena balik kang. aku bersuara kat kedutaan nak?


mak aku pesan untuk kesejuta kalinya, benda yang aku dah dengar sejak kecik, iaitu jaga kata-kata. sebab tu orang pergi haji bila dah tua, sebab makin tua makin sabar. umrah yang takde dugaan sangat ni pun dah cabar kesabaran, apetah lagi musim haji yang penuh dengan manusia, yang tempoh lama, rommate perangai macam2 lagi. kalau dah tak tahan sabar pastu mulut laju je lancang, tak ke payah tu? terutama orang cam aku. tsk.




Tak nampak kubah hijau pun?


sampai hotel time tu nak masuk zohor dah. zohor kat sana dalam pukul 12 macam tu kot, lupa. alah sedinnya dah lupa waktu solat kat Madinah and Mekah :( tapi waktu dorang awal daripada kitalah.


ramai yang tak pergi zohor kat masjid, sebab penat baru sampai. tapi aku, ma, dengan Makcik Roommate pergi. maka berjalanlah kami yang jarak dia dekat je, dah sampai. sebelum tu Makcik Roommate yang selalu pergi umrah dah pesan jangan bawak camera ngan fon, nak masuk dalam masjid dorang cek. kalau ada dorang ambik, siap campak berkecai lagi dia kata. dia katalah, campak berkecai tu taktau betul ke tak. kalau nak dok luar masjid je takpe.




kat luar masjid kalau siang pun dah sejuk, angin kuat. bayangkan aku dok luar masjid masa subuh semata-mata sebab nak bawak camera. time tu sejuk tak terkata rasa cam nak mati pun ada. dahlah memang kat Mekah Madinah pegi masjid awal dua tiga jam camtu. comel kan payung-payung tu? payung ye bukan bumbung sebab bila malam, payung tu tertutup. comel je.



kitorang sempat masuk dalam. penuh kalau pergi lambat. besar, cantik. ramai sangat umat. sampai berhimpit-himpit semata-mata sebab nak solat dalam masjid. aku taktau camne aku boleh jadi bodoh gila, and aku dah lupa camne mama sedarkan aku daripada kebodohan tersebut. mungkin camni -


mama suruh banyakkan selawat nabi, nabi ada kat sini. sini? yelah, kita kan kat Masjid Nabawi, masjid nabi. lepas aku sedar betapa bodohnya aku sebab aku tak sedar aku kat dalam Masjid Nabawi, aku nangis. 


nangis yang sangat-sangat nangis. lagi teruk bila mama cakap "kita kat sini" sambil tunjuk masjid berkubah hijau dekat sejadah yang selama ni aku guna dekat rumah. teresak2 aku cakap "tapi takde pun kubah hijauuu" betapa childishnya diriku. masjid dah jadi besar, kubah hijau kat tengah, kita tak nampak, ma jawab kebingungan anak daranya yang bersifat keanak-anakan itu.


aku nangis sebab aku tak sangka aku dalam Masjid Nabawi. patutlah ada orang lain nangis, baru aku tau kenapa. aku nangis sebab aku kat dalam satu tempat dengan makam nabi. aku nangis sebab aku rasa dekat sangat dengan nabi, nabi kita. nabi yang dah lama takde, tapi sekarang aku ada kat sini. nabi tau kalau aku selawat tapi sekarang mesti nabi dapat rasa aku ada kat sini. aku rasa dekat dengan nabi. 

baru betul2 terasa ya Allah aku dah sampai Madinah. layak ke aku ada kat sini? aku banyak dosa, aku malu. orang lain lagi layak daripada aku. aku rasa tak patut aku ada dalam ni, dekat dengan Nabi, dekat tempat para sahabat. ya Allah aku ada kat sini dah?







aku taktau aku akan nangis sampai camtu sekali. at one point aku kena benamkan muka dekat peha mak aku just because benamkan muka dekat kaki sendiri was not enough. just by sitting on the bare floor (not early enough to go to the carpeted part of the masjid), along with thousands of other muslims and muslimats (thinking ya Allah do You hear me? of course You do, but do i deserve to be heard by You?) in Masjid Nabawi, i could feel and think of all those and more. i cried while i prayed, from before i heard the first azan in Madinah, while i was waiting tearfully for iqamat and praying with tears wetting my telekung, to after i said my second salam. 


it was.... no words for that first time experience. a feeling i never felt before. i'm gonna admit, i was never really aware of azan, listening to it word by word with a feeling of "this is a call for me" and let the azan touch my heart. let my presence in a masjid touch me so much. but that day, it was different. everything was different. the way i  see and the way i listen, was different.




dalam masjid, bahagian depan. gambar atas sekali, kayu kaler coklat tu ialah border tempat laki dan perempuan. selalu datang awal sebab nak duduk sini. sini umat lebih bertamadun, takde tolak2, selit2, bontot tersepak kaki terpijak sume. sejuk, aman, senyap, selesa. gambar ni diambil guna camera phone yang disorok dalam seluar track yang dipakai dalam jubah ye. aku tak kesah, sanggup ambik risiko. tapi tengok orang lain lek je kuarkan fon dengan camera semua. keliru di situ.




Raudhah Taman Syurga


umat ramai gila, macam-macam bangsa ada. siap ada bahagian lagi, tulis "Bahasa Melayu", etc sebab taklimat, tazkirah ikut bahasa masing2. Raudhah guide walaupun orang kita, tapi duduk sini. kat section BM, ada orang melayu, indon, and brunei. Raudhah guide kitorang bunyi macam indon, tak sure sebab semua  pakai niqab hitam. ada sorang yang pakai tudung biasa, dia ustazah rasanya.


time ni memang kecoh. Raudhah guide bising kawal bangsa dorang dengan bahasa masing2, manusia berhimpit-himpit, aku pun terpaksa duduk atas satu kaki. aku yang muda ni dok camtu pun dah seksa apatah lagi makcik2 dan nenek2 yang jadi majoriti. dahlah lama tunggu, bila sampai turn, Raudhah guide panggil "Malaysia sahaja" tapi semua bangun. bukan Indon dengan Brunei je, bangsa lain yang takde rupa orang Malaysia pun terus berpusu-pusu berebut nak masuk. 


masalahnye manusia yang tak reti bersabar. bangsa yang bukan orang kita (orang kita = melayu, indon, brunei) suka tolak-tolak sampai aku yang sabar menunggu ni pun hilang sabar terus. dorang tolak bukan macam kau tolak orang sebab nak naik bas, dorang tolak kaw kaw punya macam nak lari dari tsunami. sangat kecoh dan tak terkawal, aku pun hilang kawalan terhadap mulut lalu selalu berteriak "TOLONGLAH SABAR BOLEH TAK?", "CAN'T YOU READ THE SIGN PLEASE WAIT!", "ASSOBRU MINAL IMAAAAAAN" tapi memang takde efek.






gambar ketiga. baca kat Masjidilharam. terasa. bermakna.




banyak je tau amaran dalam bahasa yang paling ramai faham termasuk BM. kalau bahasa kau terkecuali, ada je english suruh sabar. tak faham bahasa ke takde adab aku taktaulah. sabar. jangan tolak. semua orang akan masuk jugak. it's only common sense kamonlah. bangsa yang tolak ni pulak bangsa yang badan besar, boleh penyek kita yang kecik-kecik ni. 

mak aku dah mula sakit kaki and tak boleh jalan laju, sebab tu masa nak masuk pintu Raudhah kitorang lambat sebab aku tunggu mak aku. yang lain semua dah berlari ke depan. kau kalau buat mak aku sakit memang siap kau, terus aku tak ingat ni masjid kang.


it's ironic how some muslims would do anything to please Allah, to the point of displeasing other muslims, which really, made your effort to seek His blessings rather pointless if because of humanbeings, you're cursed.



akhirnya selepas ditolak, dihimpit, dilenyek di tiang oleh seorang makcik badan besar yang tak reti bersabar, dirempuh sampai terhilang jap tangan mak aku yang dipegang tadi, menyelit cari balik mak aku nasib baik jumpa, kitorang dapat masuk Raudhah. yang keadaan dia sama juga. 

cuma ada yang solat merata-rata. almost terpijak sorang nenek kecik yang solat tanpa orang jaga and teman. orang lain yang solat biasanya ada dua tiga orang kepung sambil jerit "solat! solat!" kalau orang nak lalu jugak kat situ. aku rasa nenek tu memang saje nak meninggal dalam Masjid Nabawi kot, kan rahmat tu. tapi bukan camni caranya nek, bahaya. seksa.





memang telekung kena tarik tangan kena ramas semualah. ada Raudhah guide yang bawak sampai ke depan, ke karpet hijau kalau tak silap, where doa insyaallah akan dimakbulkan. dalam Raudhah karpet banyak kaler untuk tunjuk where level you're at, but it's impossible to see the carpet since penuh dengan kaki manusia. we were left behind by our Raudhah guide, so it's just us against the world.


sampai kat satu spot ni, mak aku dengan sorang makcik sama group nak solat. people were pushing and stepping on our feet it was ridiculous, what if they stepped on our necks? it became worse as they were pushing my mom. macam nabi suruh, aku guna tangan untuk halang tapi tak berjaya, tangan aku pulak yang patah kang. 

aku berhenti solat, aku kepung mak aku, more to peluk sebenarnya sebab camnelah sorang je nak kepung kan. "solat! solat!" turn aku pulak menjerit. "solatlaaaah!".... and i cried. i cried cos i had to stop solat to make sure my mom's safe, cried because i was standing there trying to place my feet firmly on the ground to guard my mom while i was pushed down myself, cried because nobody cared to go away. i prayed "ya Allah i don't have the chance to pray in Raudhah but please listen to me anyway, make this worth it i really want to pray here but i can't, help me".


after a while i felt someone pushed my arm repeatedly. "SOLAAATLAHHHH!" tak faham lagi ke? aku nak pusing kepala tengok pun susah, but when i did, it was a makcik, maybe arab or french, i don't know. but this makcik had a look on her face and instead of pushing my hand, she grabbed it and nodded towards me. after i second i understood she wanted to help me. then she said, aloud "solat! solat!" and some things in her language i couldn't understand. she was helping me... and i cried again.


you don't know how it felt. i felt so helpless. but this makcik came and helped me. and i felt... blessed. i was all tears and snots and i couldn't even wipe them off my face sebab tangan sibuk kepung mak aku. nak tengok makcik tu pun segan but all i could say was thank you, syukran. may Allah bless you.





Gunung Uhud and makam para sahabat yang syahid masa perang uhud. sedih terkenang sejarah Hamzah semua kat situ. papan biru tu peringatan pasal ziarah kubur and makam, dalam BM pun ada.



after my mom and another makcik was done, kitorang terus ke depan tempat karpet hijau, baru nak doa, tapi Raudhah guide dah "Malaysia! Melayu! keluar! keluar!" and i guessed she wasn't even malay or indon judging from her accent. she was screaming angrily and i hated her for that. i hated her for stopping me and my mom from praying at the front whereas others, including from our own group, were able to do so.


tetiba ada orang pegang tangan aku, not pulling it roughly like the Raudhah guide would do, but gently. it was that ustazah, the one with tudung biasa instead of niqab. "mari," she guided us out and i was thankful for her presence. i said terima kasih, rasa sebak... hence the rush of emotions again.


bila pergi dekat kumpulan kitorang, most of them muka merah, mata berair. maybe dorang nangis sebab the situation itself was stressful, or because they did pray kat karpet hijau, after all. tapi aku tau takde satu pun sebab dorang yang sama dengan sebab aku. aku rasa muka aku yang paling teruk antara semua time tu.


Raudhah ialah bahagian masjid yang dah wujud sejak zaman nabi. kat mana nabi, sahabat pernah solat dulu. nak masuk bahagian Raudhah pun dah cukup dalam dari bahagian masjid yang baru. bayangkan betapa besarnya masjid Nabawi.


aku tanya mak aku, tadi kata nak tengok makam nabi. bila nak tengok?

ma jawab, makam nabi kan dalam Raudhah tadi.

"mana ada!"


"ada, yang hijau tu. tak sempat lambai ke?"




ah sudah. rasa bodoh lagi. kalini taktau nak nangis atau gelak kat diri sendiri.




Bahasa Melayu Bahasa Jual Beli




Madinah, a few blocks from Masjid Nabawi


first time dengar orang arab kat sini cakap BM, memang terkejut. biasanya yang tau cakap BM ni pekerja masjid atau penjual kat tepi jalan ngan peniaga kedai. bukan je dorang tau cakap "makcik! beg sini buka, beg!" bagi pekerja masjid yang tunggu kat pintu sebab nak cek beg sampai aku dimakcikkannya and "beli sini beli!", "murah murah", "selamat pagi! dah makan?" bagi penjual, tapi dorang pun tau bersembang dalam BM. bukan setakat cek kamus BM untuk istilah jual beli je. 


kadang-kadang dorang tengok muka kita pastu tanya "Malaysia? Indonesia?"





bukti orang kita main peranan kat situ. BM boleh jumpa merata-rata. sebab orang Melayu, Indon memang merata-rata. dah macam kat tempat kita pulak rasa. orang kita is the first or the second bangsa yang paling banyak pergi sana tau. gambar terakhir patutnya mention sekali please do not menyelit if you come late.


pernah sorang pakcik Arab cakap kat kitorang "Najib!", "Badawi itu baikk", "Aziz, Aziz bagusss"

aku: sape pulak Aziz?
ma: Nik Aziz?
dia: haaa Nik Aziz banyak bagusss


tah mana pulak dorang tahu pasal politik kita ni. bagus betul peniaga kat sana, buat homework pasal negara kita. mestilah kita lagi selesa berjual beli dengan yang pandai cakap BM kan? dorang ni pulak friendly jugak. rasa hepi je shopping. tapi kalau tak jadi shopping lepas belek-belek barang, haaa siap.




Lambai kat nabi


solat terakhir dekat Masjid Nabawi untuk aku kali ni was solat subuh. lepas keluar masjid, kena lambai. sebelum keluar masjid, ada doa kena baca.





sedih kan doa ni? tak sah kalau tak nangis. Selamat tinggal wahai Rasulullah. jika aku mati dulu, maka sekarang aku tinggalkan di sampingmu ikrar sumpah setiaku dari hari ini hinggalah ke hari kiamat.




Jika umurku masing panjang, kita akan jumpa lagi. Insyaallah.


Selamat tinggal wahai Rasulullah.


*lambai*











5 comments:

1195952101 said...

haha that was interesting. mmg bm lingua franca la. time pergi beijing pon diorang boleh cakap bm jugak. senang orang kita, tak payah belajar byk2 bahasa :)

Nadia Sabrina said...

Akak!

Kasarnya orang Arab tu! Dx

Rasa macam tak percaya je.

Seronoknya Akak dpt prgi umrah :D

Ternyata, Bahasa Melayu mmg digunakan dengan meluasnya xD

Bahagian 'Lambai kat Nabi' tu,

Doanya memang rasa hiba je bila baca.

Nadia yg xmerasa baca doa tu kat Masjid Nabawi pun, menangis bila baca :'(

Kak Ama,

Thank u sangatsangat sbb sudi post psl umrah Akak, blh nadia tahu serba sedikit psl tmpt2 kat sana (;

WANI said...

meleleh air mata. u do have that ability to make people cry bila baca ur blog, sedar tak? ><

Diyanah said...

bestnya dapat g umrah! thank u for sharing, at least dpt imagine, feel the tense segala... part nenek tu saja nk meninggal ok xleh blah . :D

akk xdpt join family last year sbb dlu igt masuk U bulan 9, tempah tiket bulan 5~~ org kata kena muhasabah apa sebab kita tak dijemput lagi. sobs sobs.

Keretapi said...

hani: ade rasa bangga sikit en haha

nadia: not to stereotype but some of them (or most) mmg jenis kasar... dan macam2 lagi --" insyaallah satu hari nanti nadia dpt baca doa tu dekat masjid nabawi :)

wani: i am flattered, hoho

kak syaza: no problem, tu pun lambat gila baru share. post mekah belum lagi.. ya allah amaa --" ala rasa rendahnye diri saya yg tah pape ni sampai dulu, tak sempat muhasabah pun :'( alhamdulillah. nanti ada la rezeki akak insyaallah :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails