Sunday, March 21, 2010

Takde Laki Lain Ke Kau Nak Cerita Ah?

memang takde. dia jelah penyeri hidup aku, intan payung, penghilang duka, pelenyap lara, pembawa kebahagiaan, epal di mataku, semua dia lah. Malmal yang mokmok.

sape yang baca blog ini dari dulu mesti ikut perkembangan budak ni. berlambak post pasal dia dengan gambar sekali, dah tu je benda best aku ada untuk cerita ;)

mood miserable aku hilang 50% bila cuti sekolah, 25% bila jumpa Malmal, 25% lagi bila meninggalkan rumah. lagi lama cuti, lagi lama dengan Malmal, lagi lama duduk tempat lain, makin bahagialah aku. itu bukan sekadar hypothesis, tapi dah hypothesis is accepted pun.

cuti seminggu ni mood miserable aku hilang seratus persen, digantikan dengan kebahagiaan tak berbelah bahagi. mungkin sebab cara aku tulis yang begitu dramatik buat korang fikir, ah, takdelah seteruk tu hidup dia, saja nak jadi drama queen, tapi tak. semua ni fakta sahih tau.

Malmal memang menyelamatkan aku daripada masuk hospital bahagia. bukan setakat muka je comei ganteng lagi, tapi juga personaliti dia yang adoh, memang adorable lah.



Malmal suka baca buku. oh bukan, pandang buku. satu muka surat sejam dia tenung, entah apa otak gemok tu fikir. masa dia kecik, paling dia minat ialah kereta. belum reti sebut "ayu comel", dia dah reti beza jenis kereta. bukan kaler, tapi jenis. dia sebut "car mama", "car ayah" bila nampak kereta sama. dia siap tau mana "car opah" wlaupun jumpa tiga bulan sekali je.



dah dua tahun ni, dia suka tengok semua gambar dalam buku. terutama gajah. dalam bahasa comel dia dia describe "tine gajah bsya", "hidun gajah panjangg", "kaki gajah mokmok". pastu dia cerita lagi "malmal tatot gajah, hmm, iye, tatott". kalau jumpe gambar cicak, ular, buaya dan sepapatnya, Malmal mesti menggeletar kegelian. terus aku suka jadi cikgu ajar budak nih.

dahlah dia ikut je apa orang cakap. haritu ada cerita sorang pompuan ni jatuh basikal berdarah kat siku. sampai 3 hari Malmal ingat, tak habes2 dia cerita kat orang berpuluh kali. "siannn kakak jatoh, nek basyital, syaket, darah, syiku" sambil usap siku dia. kat tadika kalau kawan2 dia nangis, dia join sama. dapat genetic terlebih simpati daripada aku kot. memang korang rasa nak amek sudu garpu ngap terus budak bising gendut ni.



muka ketiga ialah muka bila dia geram dekat aku. sejak baby dia ada habit picit orang sampai menggeletar badan guna tenaga. aku kalau jumpa dia tak sah takda luka. kadang dia gigit, kadang dia cubit. proses tu terjadi sebab aku salu bagi dia bengang. tapi kadang2 takda puting beliung, dia datang sendiri picit tak pasal2. berdarah terus bai.



walaupun Malmal suka menyerang dengan gigi bila aku cium peluk cubit dia, dia masih tunjukkan rasa sayang kat aku. konfiden okay disayangi budak 2 tahun. dia datang tonyoh pipi, suruh cium. dia datang peluk, picit pipi, usap pipi aku, kadang-kadang dia pandang je aku. sape tak sayu bila budak kecik buat macamtu, rasa diri beharga. lama dia peluk, lama dia bagi aku cium. sedih pulak. kalau dia rindu camne? tapi tak mungkin, aku bukan mak dia *sayu



pipi merah tu yang buat aku sental pipi dia puas-puas, maen macam play-dough. mulut dahlah bising membebel benda yang tak difahami, badan debab, rambut belah tengah, geram.

tiga hari sebelum aku balik KL, Malmal balik kampung dia. malam terakhir, dia manja lebih pulak. banyak kali dia ajak "jom naek atasy" sebab nak tido sama. tapi aku tipu, aku kata aku tido depan tv. aku ajak dia tido kat situ dia tamau. dalam sejam jugak dia tunggu, tarik2 tangan aku. last2 dia masuk bilik mama dia. rasa bersalah gila. nanti kat sana mesti dia tengok takde Opah nak layan dia pandang buku, cerita dengan dia pasal kakak jatuh basikal berdarah. mesti dia pelik mana Ayu yang bising tu, yang suka buli dia tu. takde dah Ayu nak layan dia mengarut.

tadi masa atas Lebuh Raya Utara-Selatan, Uda text kata Ikmal lepas sampai rumah terus naik tangga ke tingkat dua, lepastu turun slow2 terkedek-kedek. sampai bawah dia tanya

"Mana Opah? Mana Ayu?"



er malu nak mengaku, tapi nak jugak. dalam perjalanan tadi, ade dua tiga titik air mata jatuh. tak jumpa Malmal, 25% mood miserable kembali. pulang ke rumah, 25% lagi. tunggu 50% je untuk dilangsaikan Isnin ni. pada orang lain, mungkin aku cengeng. tapi aku je yang tau keadaan sebenar, orang lain tak tau satu haram pun.

makin lama makin teruk, entahlah bila aku nak keluar daripada semua ni.

kalau dulu malas nak pergi sekolah sebab homework tak siap, mesti ingat "Oh, kawan aku yang tu ada cerita pasal lelaki terbaru", atau "harini budak kelas mesti bergosip sakan, kena join", atau "nanti tak jumpa Boy Next Door, rugi". ada sebab walau sekecik mana pun untuk naikkan semangat. tapi sekarang, apa pun takde. malah yang tak best pulak isi ruang kosong tu.

aku tak sangka aku boleh benci sekolah sampai camni sekali.
tolonglah, aku masih nak belajar, tapi camne?

5 comments:

Nadia Sabrina said...

Haha.:D
Malmal comel, pipi dia chubby oh!xD
Comel cam Kak Ama.:D
Geram tgk pipi dia.xD

Shafiqah Omar said...

camne?

sigh. ama, kita tak tau lah *sebak serious* nak cakap apa daah.

Kalau nak sroh awk sabar, kita tau awk tgh sabar.

Be strong. bkan saje sabar, tapi KUAT. Garang. boleh? And nt ever2 hide ur feelings smpai makan diri. malu nak ckp kat kita depan2?

tulisla dlm blog! ini kebebasan kita. nak bersuara - ada sekatan. kita gnela teknologi utk kebaikan diri. :) yes?

Shafiqah Omar said...

' and DNT ever2..."* ahha typo, yek.

Keretapi said...

hah tenkiu. kite mcm hari2 skang doa suruh sabar dan tabah dan cekal dan gigih dan berusaha, semua nilai murni ada situ.

betul, demokrasi bersuara. sedangkan orang mengutuk politik pun tade dikenakan tindakan, kenapa kita harus menyorok di bawah meja makan?

sekian karim sam warjo melaporkan x)

~Eza White Rose~ said...
This comment has been removed by the author.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails