dah berapa lama aku tak update blog ni, tapi bukanlah sebab aku sangat fokus belajar untuk periksa. masa yang aku tak guna untuk blog tu tak bermakna aku guna untuk belajar.
aku masih mengekalkan sikap buruk aku, iaitu belajar hanyalah bila nak periksa, dan hanyalah enam jam sehari sebelum periksa. ya.
apa, susah nak percaya?
amalina yang korang katakan nerd ini sebegitu rupa?
tu jelah kenyataannya. tapi masih ramai yang menganggap aku kononnya rajin melampaui batas, padahal tidak weh, tidak. susah sangat ke nak percaya yang aku ni malas?
oh, sebab kalau malas je result mesti nak kena fail semua lah?
takleh terima yang aku tak berusaha bermatian-matian? fine.
maaflah, kalau post kalini agak poyo. tapi niat aku cuma nak lepaskan amarah dekat manusia tak rasional yang tidak dapat menerima kebenaran je.
kau nak sangat tengok aku dapat result teruk sebab sebelum ni aku tak belajar sangat pun still dapat result okay kan? nak tengok sangatkan? pas aku fail exam ni, gelak lah kau puas-puas. gelaklah, gelak. orang kalau takde kekuatan sendiri memang suka cari kelemahan orang lain.
lepasni aku fail semua, baru kau nak puas hati kan?
jangan risau, aku tak dapat result kalini macam ujian 1 dulu. barulah kau percaya yang aku ni takdelah beriya sangat sebenarnya. kalau aku dapat okay, camna kau nak percaya kan?
ada jugak manusia yang takleh terima kekalahan sendiri, lalu mereka cipta kisah pasal orang lain, sebab tak puas hati dengan orang tu, tak puas hati dengan diri sendiri.
contohnya; artis A. tak suka artis B. sebab artis B ni bukan saja cun, tapi rezeki melimpah ruah. nyanyi setengah jam pun dapat 8 ribu. jadi artis A, canang cerita kata artis B pakai susuk, sebab tu dia nampak lawa, sebab tu ramai orang panggil kerja. padahal taknak terima kenyataan. simple je, yang sebenarnya artis B tu lagi berbakat dari dia. kalau artis B berbakat semula jadi, kau pulak tak, kau haruslah cari inisiatif lain wahai artis A, pergilah kelas vokal ke, London Weight Management ke, masuk AF ke.
pendek kata, usaha. usaha itu berbeza-beza mengikut orang. kalau kau cuba berusaha macam artis B, yang sebenarnya takdelah beriya sangat cuma Allah je mudahkan jalan dia, kau janganlah ikut rentak artis B yang selesa macamtu. kau kena usaha lebih lagi, jangan ikut orang.
faham?
aku rasa kat mana-mana pun akan ada manusia macamni. tapi korang yang baca, tolonglah jangan buang tebiat macam ni. penatlah tau tak, penat.

No comments:
Post a Comment