Malmal dah besar, sekarang dah pandai bersembang. tadi kitorang main kereta dia, pastu dia mulala reka cerita. kete balik yumahlah, kete gi syunailah, kete mandilah, kete pakai pampers, semua ada. tapi cakap masih pelat dan tomey.
dia cepat ingat, cepat tangkap. otak pun dah berkembang, die dapat relate. macam iklan beruang kutub tak makan penguin tu. siap reti baca doa makan pelat-pelat. dah reti ikut azan. bila hingus dia meleleh, dia amik tisu. bila ada taik idung, dia kecikkan tisu tu pastu tonyoh dalam idung. nak simpan tisu? dia letak kat celah seluar.
dia cepat ingat, cepat tangkap. otak pun dah berkembang, die dapat relate. macam iklan beruang kutub tak makan penguin tu. siap reti baca doa makan pelat-pelat. dah reti ikut azan. bila hingus dia meleleh, dia amik tisu. bila ada taik idung, dia kecikkan tisu tu pastu tonyoh dalam idung. nak simpan tisu? dia letak kat celah seluar.
"Mal, kiss ayu?" aku mintak. "tanak" dia balas, sambil main. aku paksa "alaa kisslaaa. nak, nak!". "tanak. tanak tawan ayou," tetiba pulak budak ni taknak kawan aku? aku pun nangis "waaa waa huuu". dia datang peluk, lama. "syayang aku ke?" aku test. "syayangg", dia jawab :')
dia kalau merajuk, mesti dia "nak balik E'El". kalau dia taknak mandi, gosok gigi, makan ubat, umpannya mesti "lepasni kita balik KL, ok?" dia pun menurut perintah. untuk budak sekecik tu tau apa itu KL dan nak balik KL sebab opah dan ayunya ada kat situ, sangat mengharukan okeh.
dia mesti nak ikut aku dengan mama. kalau pergi mana-mana, dia mesti pegang tangan kuat-kuat sebab taknak berpisah. omaigod aku taktaulah nak describe dia camne dowh, kalau korang jumpa baru korang faham. tak pernah ada budak sayang aku sampai macamtu, rasa macam anak sendiri pulak dah. mana aku tau dia sayang? i know laaa!
seminggu duduk dengan dia cuti ni, tadi tibalah masanya aku balik. aku dengan mama naik bas, dari Kuale ke KL. dari awal pagi aku dah kata "Ayu nak balik E'El harini, naik bash. tata Mal. Mal nak ikut tak?", nak, dia kata. banyak kali pulak tu dia cakap "Kemal nak ikut Ayou". bila tanya, sape nak bawak? dia kata "Ayou". pastu berguling baring ngan aku.
kalau baring ngan dia sakit oh. main ganas betul budak ni. dia peluk, picit, tarik rambut, ya Allah seksa. tapi sebab tu cara dia tunjuk sayang dia, aku pun terima ngan bahagia jela. tapi tadi dia puji tau, masa dia main rambut aku dia kata "rambot Ayou comei". the best compliment ever!
walaupun dah cakap awal-awal nak balik, bila kat stesyen bas baru dia faham. time tu dia dah diam semacam. pastu bila nak masuk bas, orang suruh babai opah dengan ayu, dia terus jebik nangis. lepastu dia meraung. lepastu dia meronta, air mata merambu-rambu.
lepas sampai, aku call dia. aku pernah nangis sebab rindu dia. mesti ramai tertanya-tanya, kenapa setiap kali cuti aku pergi Perak, rumah Malmal? sebab aku penat dengan keadaan rumah aku, aku nak perubahan. mungkin korang rasa patutnya pergi holiday kalau nak bertukar angin kan? pada aku, cukuplah setakat bertukar rumah. kedua, sebab ada Malmal, of course. bila aku nak kena balik KL, rumah sendiri, sumpah rasa macam kena hantar balik asrama.
6 comments:
sweetlah ayu dgn mamal
sedih pun ade bile tgk pic die nanges tu
huuu~
mamal ni anak sape?
btw, hope ayu xmoh tensen k
ai pun ada masalah sama mcm ayu
kalo bleh takmoh blik uma sndri
rse empty gile!
haha dont call me ayu! itu nak sedara and family je guna :D
mamal anak abang ketiga. em takdelah rasa empty, cuma kadang2 there's something pasal rumah yang rasa, better aku kat tempat lain camtu. hmm.
manis jugak er...yg empunya blog nie...hehe [just kidding]
-penjaga loceng keretapi-
penjaga loceng keretapi: manis? masam ada ah haha
hehe...
sies r...cuma gmbr last tu jee..yang mulut ternganga...nmpak cam len macam je...meremang lolz..
haha...
-penjaga loceng keretapi-
sapekah anda?
sebab tu lah gambar tu tak senonoh. jangan tengok xD
Post a Comment