Selain menelaah tentang Konspirasi Dunia aku jugak sibuk belajar memasak.
statement tak nak kalah, macamlah masak steak ke nasi arab ke. alaa budak baru nak up, biaselah masuk dapur sikit nak kecoh. siap tulis dalam blog pulak tu hah.
oh bukan nak tulis saja, ni siap nak tunjuk gambar lagi ni.
alkisahnya, satu hari tu perutku bergoncang, terdengarlah suara usus meminta belas simpati. " oi tuan rumah, kami dah lapar. kau hentam sajalah apa yang ada, akan kami digest dengan gembira," teriak organ pencerna dan enzymenya.
lalu aku secara mengejut bersemangat untuk cuba resipi baru, apa yang retinaku nampak itulah yang aku ambil dan satukan menjadi maaakaaanaaan. eh kenapa banyak pulak ciri Biology aku selitkan dalam post ni? teruskan.
jeng jeng jeng. . .

gambar kiri ialah ayam yang dipotong lebar dan nipis diperap dengan oregano dan serbuk cili Domino's. apa? serbuk cili pizza tu kau buat perap? ye, saya. sudah kukata, apa yang ada aku ambik je. sila rujuk tajuk post ye. walaupun taktau fungsi garam sebab makanan masin bukan sedap pun, tapi since semua benda letak garam, aku pun jadi pak turut saja. maka garam pun kuperap sekali.
gambar kanan ialah roti, tomato dan timun. kalau ada sayur lain sila lebihkan ye. lebih banyak lebih meriah warnanya, khasiat pun lebihlah hendaknya. haish asal macam pantun ni.

setelah perap lebih kurang 30 minit, tibalah masa untuk masak! guna butter ye, baru rasa lemak. masa gambar atas ni diambil, aku dah makan 1/3 daripada jumlah ayam sebenar. konon nak rasa lah apa yang kurang. sekali telan, eh macam sedaplah pulak. ngehngeh.
setelah angkat ayam, kita bakar roti atas kuali yang sama. serap sikit segala bahan perap yang tertinggal tu. jangan lupa letak cis time tu, bagi dia cair keemasan. fulamak ayat nak macam chef pro je. pastu sapu mayo ke apa-apa jelah yang disukai, susun sayur, letak ayam tersebut, tuang sos dan jadikan sandwich.

tadaaa!
bolehlah dimakan, sebab sebelum ni pernah tau a recipe gone bad. ini dah boleh makan tanpa rasa loya, kira pencapaianlah tu. nak nak pulak menu ni aku main hentam je bahan-bahannya, lagilah bangga. heh heh.
ruang jujur: serbuk paprika dan oregano kena letak lagi lebih, sebab rasanya ditenggelami sikit oleh sos, mayo, etc. kalau makan ayam sahaja sedaplah, macam yang aku buat ketika proses merasa tu. time tu sumpah sedap, tak tipu. rasa macam spaghetti pun ada sebab oregano. and paprika memang pedaslah time tu. tu yang syok makan tak ingat sampai berapa ketul tah habis.
jadi, kalau nak makan ringan sambil tengok World Cup, bolehlah makan ayam sahaja. tapi, kalau nak makan sedang sikit sambil bergossip bersama taulan, bolehlah buat sandwich ayam oregano serbuk cili Domino's ni.

selamat mencuba!
tapi kalau ada yang masuk wad kang, saya budak sekolah je, jangan saman ye.
5 comments:
sedapnya~~
huuu~ nmpk sedaaap~
buleh try nih! [i will, insyaAllah]
masuk list : things to do after spm . xD
haha terharu lah pulak ada orang kata sedap :')
kak syaza, list of things to do ye, ah rindu saat pas pmr tu :D
btol2, lps pmr dlu macam2 la, snarai mmg panjang kot, tapii~~ last2 bertapa kat bawah selimut je kot. ahaha
amek sc stream?
same! bukan maen lagi senarai nak buat pelbagai, siap berapa puluh novel tah nak beli.
last2 mcm tak larat nak bace pape dah even novels, pastu tido, internet, tv and makan je la manjang.
yes sc stream. takde pilihan lain. hoho.
Post a Comment