Friday, June 11, 2010

Konspirasi Dunia

PUH, PUH, PUH!

letih meniup habuk dari blog ni. ye dah agak lama aku tak update. kenapa?

mula-mula aku baca kat iluvislam pasal kekejaman Israel. then pasal Israel dan Yahudi, apa beza? kemudian dalami pasal ahli kitab. lepas tu, terbaca pulak The Vatican. konon pasal perbualan sorang mamat dengan orang kuat agama Yahudi.

menarik untuk dibaca, dan sangat membuka minda. aku tak skeptikal pasal konspirasi, malah agak into it, tapi tak percaya bulat-bulat. kalau betul, memang hebatlah yahudi untuk plan such thing for hundred of years. wallahuallam.

aku tengok The Arrivals dengan video The Wakeup Project yang lain. terbaca pulak pasal The Obama Deception. seterusnya pasal The Protocols of The Elders of Zion, New World Order, Illuminati, dan sepupu sepapatnya. sampai pulak dekat topik 2012, dari pelbagai sudut dan kononnya mungkin bukan the so called 'apocalypse' yang jadi, tapi satu era peradaban baru, mungkin time tulah New World Order ni direalisasikan, banyak lagilah. bukan tu je, aku siap baca pasal asal usul Hang Tuah and Co. sekali, adakah dorang ada kaitan dengan Hang Li Po?

itulah agenda aku selama beberapa hari aku hilangkan diri. tak tido malam baca pasal semua ni. salahkan forumer kat iluvislam. eh tak, salahkan diri sendiri sebab taknak ambil tau dari dulu.

aku cadangkan korang baca jugak, cuti ni nak layan facebook setiap hari pun boleh muntah bai.

kesimpulan aku pasal teori konspirasi, aku tak tolak mentah-mentah. tapi kesannya memang kita dapat tengok dengan mata, fikir dengan akal. kalau betul, kita dah termasuk dalam jerat diorang. kalau tak, kita masih menuju tempat yang sama, diorang takyah buat apa pun.

kesimpulan aku pasal 2012, aku menyampah kat orang yang bajet bagus sampai boleh kata benda ni mengarut. memanglah Allah lebih mengetahui, tapi tak rugi kan untuk tahu serba sedikit pasal hal ni. manusia ada keupayaan untuk kaji banyak benda, dah tanggungjawab kita untuk guna kelebihan tu demi agama. bukannya sampai nak percayakan manusia lebih daripada rahsia tuhan kan?

wallahuallam.

jangan risau, hidup aku tak berkiblatkan apa yang aku baca dalam internet ye. baca takpa, at least kalau ada apa-apa jadi, aku dapat kata

"aku dah baca!"

mesti nak menang okay.


2 comments:

En iLHAM said...

skrg pun sy tengah menghayati video-video the arrival

Keretapi said...

memang rasanya semua orang kena tengok the arrival kan, tak kesahla agama apa pun.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails